BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Friday, December 21, 2012

entry ni aku saja tulis. so apa yang kuar dari otak aku akan tertulis di sini tanpa do backspace semula. kau ada tersalah taip ataupun reader x faham, buat2 faham sudahla ek

yes. sem aku dah nak habis. pejam celik pejam celik dah habis sem 3. wait. intro x dak kena mengena dgn apa yg dalam otak aku td,. ishhhh.  ok. there's one person yg skema yg buat aku tertanya bagaimana kehidupan sosial dia atau lebih tepat lagi bagaimana dia yg sebenar. yg tak tipu. aku dun thinnk dia seskema itu. but then dah aku ni suka sgt tgk org so aku compare wif si Bucuk. Bucuk is one of my friend so du worry about his name or what eva. bucuk yang aku kenal dalam klaz gila fokus. tapi kat luar klaz yang RABBI. x leh nk control gila2 dia. hahaha. but when i talked about this guy, i met him when my fren bring him a long with us. aku pun okay la x dak apa2. sekali bila dia bukak mulut,, nahhhhh pemikiran dia, cara dia cakap, gaya dia lontarkan intosi yeah skema but frankly, buah pemikiran dia banyak n off course i'm shock.

back to early aku tertanya itukah dia yang asli? n aku tersenyum n i duo why maybe something weird yg otak aku fikir. dah dpt org mcm ni aku makin teringin nak tahu siapa dia. but satu hari x ckup untuk aku siapa jejakan skema ini.

x salah jadi skema n topik ni juga bkn masalah skema. just aku nk tahu bagaimana dia? mesti korang x faham kan? ermmmm maksud aku x kanlah dia hanya ada satu perwatakan. hrmmm...

jaga2 ada yang memerhati

Friday, December 14, 2012

aku yang mampu

aku yang hanya mampu
mengintai mu dari tirai kamar yang suram
menyepi diri
untuk menegur takut tak di paling
untuk berbicara, jauh aku merendah diri

aku yang hanya mampu
memendam tiap rasa
walau aku kecewa
tak mengapa
asal ku tahu kau bahagia

aku yang mampu
tersenyum tatkala kau gembira
resah tatkala kau berduka
aku tak mampu merawat lukamu
aku juga tak mampu buat kau tertawa
tapi hanya satu yang ku mampu
sekalung doa
agar kau sentiasa dicucuri rahmatNYA

Thursday, November 29, 2012

aku tak pasti tapi aku yakin
satu rasa yang bersarang di ini aneh.
ku cuba tepis
ia masih di situ
ku cuba lupakan
makin kuat ia bersarang.
wahai hati mengapa kau begitu degil
tidakkah engkau takut akan kecewa lagi
sedangkan aku sekarang sudah pun terluka
melihat dia bersamanya saja sudah berjaya melemahkan aku
sedang ia sesuatu kekuatan
bkn satu kelemahan

hati,
ini bukan masanya lagi
untuk kau merasai semua ini
ini masanya utk kau bersatu dgn aku
bersama kita ke puncak menara gading
aku x men'deny' apa kau rasa
kerna aku juga rasakan dan memahaminya

hati,
maafkan aku
aku takkan biarkan kau bermain cinta
aku takkan benar aty ini terluka lg buat masa sekarang
ku mohon hati
lupakan dulu apa yang kau rasa


Friday, October 26, 2012

Sejenak Bersama Muhd Amir Khalil


Muhd Amir Khalil. Cicit pertama keluarga Haji Razak. Cucu sulung keluarga Haji Nahar. Anak sulung Abdul Rauf, sepupu aku. rauf ngan kak ilya smpai aloq staq subuh td setelah drive selepas isya dr KL. kesian kak ilya ngan rauf. penat. smpai2 terus solat then bergelut raya. kehadiran Amir buatkan aku belajar sedikit sebyk menjaga baby 3 Bulan. 

Amir seorang baby yang hyperactive. macam mana pun dia mengantuk, dia tak tidoq. nak main ja kerja. kata kak ilya kalau kat rumah pun memang amir susah nak tdur siang. hrmmmm. so aku pun tlg la kakak sepupu aku ni mandikan Amir, tukaq apa yg patut kalau perlu. Amir suka sangat main n sembang. tapi dia suka lagi org dukung dia bawak jalan2. dia baby yg nk explore semua. dia nampk, dia nak pegang. then dia sembang ngan kita cam dia nk bg tahu sesuatu. bayangkan baby 3 bulan dah start active camni. aku terbayang mcm mana dia besar esok.

Amir Khalil juga bermaksud pemerintah yang bijaksana. dari nama pun dah tau dia cmna kan. hehehe. lepas pukul 12 tgh hari akhirnya mama dia berjaya membuatkan Amir terlelap. aku pun apa lagi. dah letih main n tlg kat dapur aku pun amik kesempatan tdur sebelah baby ni. x smpai sejam, Amir terjaga. aku? hanyut dibuai mimpi indah haha. Rauf turun amik Amit bawak kat kak ilya. patutlah baby tu nangis. dia x selesa pampers dah penuh. aku tukar yg pertama so aku main balik ngan Amir. Amir langsung x tunjuk dia letih, tapi aku yg letih tgk dia.

Amir tak suka orang baringkan, so ada teknik tersendiri utk bagi dia baring. dgn cara bagi Amir meniarap. Amir meniarap tinggi badan. so secara tak sengaka nanti, Amir akan pusing n terbaring sendiri. cuma cara tu dia x menangis. 

bila selesai lunch, semua org pakat nk cri bantai, n berkumpul kat ats. aku nmpak amir. semua org x jd tdoq duk men ngan amir. kak ilya kata nk taw amir ngantok ka dak, urat mata dia naik, itu maknanya amir mengantuk. tiba2 baby ni nangis. puas tok teh, tok ngah, tok tam dukung bawak jalan, berenti sat pastu renyau balik. aku hat x taha  tgk ni, aku mintak nk dukung bawak jalan2.
tyme dukung aku sembang la dgn baby ni, wat2 mcm dia paham. aku ckp nk bwak dia p shopping baju baru, nk bawak dia mkn kfc. then yg paling aku x lih blah, aku kata kat amir " amir tidoq la syg, lepas ni, bila hg besaq, mcm2 hg nk kena tempuh. tyme tu baru hg taw cmna hg rsa nk tdur. la hg baby, tdur la secukupnya. sok besaq x dah semua ni. tgk la kak hg ni (kak? motif? aku makcik dia lah hahaha) mata pun dah mcm mata panda, x ckup tdoq"

elok aku nak letak dia atas tilam dia balik. tgk2 Amir dah tidoq kat bahu aku. alhamdulillah, Amir tdoq gak laz skali. lenguh bahu pun hilang tgk baby ni tdoq. masa mula2 aku nk pegang Amir, ayh marah. takut aku x pandai nk kendong. tp dah tyme mula2 tu terpaksa pegang gak. so jadi biasa. almaklumlah amir baru 3 bulan. tulang pun lembut lg. sapa x takut? aku pun mula2 x mau. aku kan kasaq. takut gak terkasar pegang ngan  Amir. tp dah tyme tu semua org kuaq p masjid. aku la jga amir. hihihihih

Amir i miss u

Friday, October 5, 2012

kita hanya kawan ?.?

kau selalu buat aku tersenyum
buat aku ketawa
kau juga buat duka ku indah
resah ku bahgia

usikkan kau
buat malam ku di temani mimpi indah
aku juga x sabar melihat suria menjelma
hanya untuk ketemu dengan mu di pagi

kita juga sering merenung langit malam bersama
mengukir setiap impian di tiap bintang bersama
itulah 'siang' kita

kala aku gusar
kau usap kepala dgn menyatakan
"jangan risau, aku kan ada"
dan aku akan tersenyum puas

sejak itu aku mula percaya kaulah yg akan berada di sisi aku di tiap ketika
di kala tangis dan duka
di kala hati ini gembira mahupun bahagia
kau juga pernah berkata pda
"tolong aku, jangan tinggalkan aku"

namun hanya dengan satu panggilan kau musnahkan segalanya
kau musnah tiap impian yg pernah kita impikan bersama
satu panggilan
dari 'airport'
menyatakan pemergian kau ke luar negara menyambung pengajian di sana
juga kata maaf mengiring pemergian kau yg kononnya x sanggup beritahu pda ku lbh awal
paling memeritkan
ayat yg kau lafazkan
di baris terakhir
"selamat tinggal, kawan"

menitis air mata menyembah bumi
mana bait yang pernah lafazkan yg kau akan berada dengan aku
mana janji yg kau pegang untuk aku tak tinggalkan kau
kenapa...?!
kenapa baru sekarang, tika hati ini mula jatuh cinta?

kau pergi tanpa kata
meninggalku selamanya
kini kau pergi jauh
pergi meninggalkan seorang teman
yang hampir tersungkur dek perasaan sendiri

trimas kerna buat siang ku umpama malam
trimas kerna suria yg ku nantikan tiap pagi kini pergi
semuanya hampir tak bermakna bagiku kini

Monday, August 13, 2012

cecita

post aku kali takdelah cita2 yang aku buat. tapi kali ni lebih pada kejadian2 yang berlaku pada aku beberapa minggu ne. 


1. latihan memandu aku terpaksa dihentikan seketika atas alasan kak n adik tak berapa sehat. kami tangguh sehingga lepas raya baru start balik.

2. minggu lepas aku, mak, kak, kekna n teh balik kampung aloq staq utk buat persiapan awal raya. kemas rumah nak isi balik barang yg takde dlm peti ais. so balik raya sok tinggal nak masak n nak sediakan barang2 lain sikit2 ja. tyme aku p kedai runcit dgn teh aku ternampak gasing. then terbisik la "eh gasing" rupanya teh dengar pastu dia geleng kepala hahaha aku sendiri tak tau kenapa then teh cakap. "kecik2 dlu teh pun men gasing gak" so aku tau la skang aku suka men gasing ikut mak menakan kesayangan rupanya. dulu, ayah suka kata "suka men gasing ikut sapa tak tau" pasai ayah aku tak men. sekarang dah terjawab la misteri tersebut. hihihi

3 tadi tyme aku ronda bazar kat laguna terserempak dgn one of my lect. so aku pun teguq la. when she know yg aku ni dah hbis diploma yg terpacul kat mulut dia "alhamdulillah" n aku pun berterima kasih dgn dia. pasai dia ajar, aku pasai dia twarkan aku buat sayembara sajak tu. aku benda2 camni aku anggap apa yg dia dah buat, jasa dia, aku tak boleh nak bayar. even, aku tak boleh nak balas pun. see, betapa besarnya jasa seorang lecturer. cikgu sekalilah. bila dia cakap alhamdulillah td, dia mcm lega n right now air mata aku meleleh tanpa sebab! aku terharu. nahh tu bkn aku sgt. aku payah nk terharu.. :p ntahla. cuma aku selalu doakan utk mereka yang bersama aku. :) sometime, aku terasa ucapan terima kasih pun belum cukup w'pun setiap kali aku sebut pda mereka. hrmmm

4. td aku masuk satu kedai makanan segera. then some1 kenal aku n said "hey that you" aku pelik. how come manusia n kenai aku tapi aku leh tak kenai dia walaupun aku cam muka. then slumber badak aku tanya. "aku penah jumpa hang kat mna?" then mamat ni sengih. aku cam. 'ermm hg ni ok ka dak?' hehe dia jawab "aku yg dok kerja kat dewan murni lah" haaa sejak bila aku masuk dewan murni? terpikiaq gak aku kn. dia ckp lg " hg kan yg pagi2 suka beli nasi lemak dgn ayaq teh ais. kalau petang suka makan mee bakso. hg jarang mai kalau mlm" then cepat otak aku tangkap. rupanya dia penah kerja kat dewan murni kolej aku dulu. sembang punya sembang baru tersedaq yang aku masuk kedai tu nak beli barang. tetiba dia kata "hg tak mau bungkuih teh ais ka?" ohh dia pun ingat lg muka aku ni suka teh ais.. yg ni aku agk terharu. psai aku tak penah teguq dia pun kn kolej dlu but skang kami cam leh get along. awkward but okaylah..

5. mak ayh aku dah decide raya thn ni kami akan beraya di N9. so kat sanalah aku akan berada nanti insyallah cuma yg agk tak beznya tempat yg kami biasa duduk tak dapat. slalunya dpt rumah tamu tapi skang dpt bilik. okaylah dr takde langsung. cuma terasing lah skit dr mak ayh.

6. actually aku rasa cam x sabaq nk msuk degree tp dlm msa yg sama aku takut sejarah berulang. sejarah apa jgn tnya lah. aku dah biasa tewas sekali n aku tak mau ulang buat kali kedua. hope so.

inilah cita serba sikit sal aku dua ke tiga minggu neh..

Wednesday, August 8, 2012

first tyme aku belajar keta

dari semalam lagi aku dah start risau pasal nak p belajar memandu keta... ok fine. memang aku pernah bawak keta tapi tu keta auto. so memang aku set dah dalam mind, keta auto takkan mati enjin sebab dia gear auto. so aku takyah susah2 nak tekan n tukaq gear. n kat bukit pun aku tak byk yg aku risau sbb gear auto cuma kena pndai tekan minyak. dulu rumah taman ria kalau nak park keta kat halaman rumah, kena naik bukit so aku agak dah biasa.

tapi aku tak tau kenapa aku menggeletar sampai adik berletiaq kat aku. dia kata "macam hg tak pernah bwak keta yang takut sngat ni" macam2 benda duk main lam kepala aku. camna satg kalau tyme duk blajaq aku langgar org? aku leh balance ka gear ngan minyak. naik bukit satg keta mengundur camna?
aku pernah bawak keta manual sekali. itu lah sekali seumur hidup. untuk tyme tu la. itu pun emergency kes. lepaih dari tu aku tak penah bawak manual.

sampai kat driving school aku mula buat perangai siap leh kata gi yang aku tak mau belajar hari ni. cam besa. kena berletiaq. tapi yang tak leh blahnya kak aku lek ja. cam tak dak apa2 pun. adk aku lenla mmg dia leh bawak keta. untungnya aku hari ni aku dapat cikgu pompuan. so takdak segan n garang pun. dia banyak diam.

1st tyme dia ajaq ronda dlm driving school ja dgn bawak gear satu. then dia ajar parking. tyme tu aku tak nampak kak aku pun. yang aku nampak adk aku ja. kebetulan cikgu adk aku ngan cikgu aku satu kepala. side parking pat kali aku buat ok ja. masuk kali ke lima, aku langgar divider. hamikkau! then enjin mati. itu first tyme enjin mati. then kak tu kata, ok jom buat bukit. selambe derk aku ja aku tanya " sapa nak drive?" rupanya aku la yang kena drive sendiri. dalam hati aku 'what the heck. ni first aku bawak first hang suh aku nek bukit' tapi muka tetap cover psai tak mau bagi nampak cuak.

then naik bukit. kali pertama, qeta mengundur. tyme keta mengundur aku disbbkan terlalu gabra aku tekan pedal gear and brek terus aku angkat handbrake. akibatnya keta tu berhenti mengejut. habis barang atas dashboard jatuh. hehe sorry ea kak. mujur enjin tak mati. then nak balance minyak dengan gera memang bkn kepakaran aku..

bila dah lepas bukit tu. kak tu suh aku park keta kat bawah pondok then dia kata kita p jalan raya. aku dah risau. aku makin cuak. aku pun park la keta kat pondok tu tarik handbrake semua siap then aku free gear, bukak seat-belt, bukak pintu keta and turun. slumber badak aku ja kan? then kay tu tanya "nak p mana" aku pun jawab la " kata nak p jalan raya" kak tu balaih "mai masuk. adik yang kena drive".. haaa??? bengong. percaya sungguh kakak ni kat aku. kang tak pasal2 keta ni ke mana-mana aku bawak kang. mujur la hari ni jalan satu ja dia bawak. adk aku dah cikgu dia pun ok, adk blajaq dua jalan. kak aku jalan satu jugak. smpai balik kat driving school kak tu puji yg aku ni boleh ja bawak keta. hrmm x smpai seminit enjin mati. tu la puji awai sgt.

adik banyak kena blajaq buat parking tapi memandang cikgu adk aku tengok aku terlalu takutkan bukit n dia rsa pakrking aku cam x dak masalah sgt dia buli aku suh buat bukit. aku pun lek ar berhenti tepi tu dgn niat nak bg kakak tu masuk duk seblah. skali kena sound ngan pakcik "hang tunggu pa lagi? hang drive sorang2 naik bukit tu" aku dah garu kepala dah. tensionnya.. camna ni. jadi apa2 kat aku satg tyme naik bukit. kat aku x kisah sgt. kang berlanggar satg? "abg hg rilek ja naik bukit. takkan hang tak boleh kut. "pakcik, tu adk saya pakcik. bkn abg: tetiba pakcik tu gelak "kak pendek dari abang" ok fine.

bila aku nek bukit sorang2 aku hairan bin ajaib. enjin tak mati. aku berenti pun elok2 ja dgn garisan. keta tak mengundur, enjin tak mati. minyak ngan gear balance elok then aku turun bukit pun smooth ja. then pakcik tu hingaq lagi. "haaa tu boleh. buat lagi" what??? aku baru nak bersyukur aku buat lepas nak kena buat lagi.. grrrr punya berbakul bismillah aku baca sbb takut. tp laz skali bila kat nak hbis latihan bukit. cikgu aku msuk dlm keta. sekali bila cikgu ada sebelah, apa lagi, keta mengundur, enjin mati. 2 kali minyak ngan gear aku tak blance smpai kena free gear sat kat atas tu.. turun2 dr bukit n park keta bez nya aku kena perli ngan pakcik tu "hang ada cikgu hang gabra. x dak cikgu hang rilek ja lepas. pelik betoi aku. yang kak takut bukit, yang adik takut parking"

balik ja rumah, lepas aku selesai buat kerja semua. terus aku tdoq. bgn ja tdoq nahhh kauuuu tgn kiri aku bengkak kaki kiri aku sakit. semuanya sebab gear kena tekan sehabis mungkin. then nak msuk gear tu susah nak mam''' handbrake gila susah nak angkat. aku kata kat adik, aku malaih dah blajaq bawak keta

sekian