BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 8, 2017

sebulan dua ni banyak yang berlaku. banyak sangat
kuat, aku lemah
sabar, aku tak
dugaaan demi dugaan
ujian demi ujian
aku diam tak beerti aku tak berasa
aku tak respon tak semesti aku tak mendengar
aku tak buta walau aku tak lihat.
benar kata orang
cakap siang dengar-dengar cakap malam pandang -pandang


apa yang jadi semalam
menjadikan siapa aku hari ini
aku yang semalam adalah sejarah
aku yang hari ini adalah aku yang baru
mungkin bukan aku yang terbaik
tapi aku belajar untuk jadi yang terbaik

cuma aku juga berpesan pada hati
biar apa pun yang berlaku tabahlah
apa pun yang terjadi kuatlah
kerna kau perlukannya

My Crush

Hari pertama aku di sini

Pandangan mata mu buat aku terkesima,
Sukar ditaksir
Hari demi hari
Akhirnya, lembut suara kau menegur
memanggil namaku
Dari situ bermula salam perkenalan 
Walau sekadar bertegur sapa
tapi aku puas 

Hey My Crush
Walau kamu adalah rahsia
Ketahuilah, kamu adalah rahsia terindah yang pernah aku simpan
kamu memori terindah yang pernah tercipta di sini
di dalam hati
selepas 8 tahun
Namun begitu, aku tetap bersyukur, 
kerna, walau sebentar 
walau tinggal hanya sebulan lagi.
biarlah ia berakhir dengan aku melihat kau tersenyum.
seperti aku pertama kali lihat kamu
cukup bagi ku,
My Crush

Thursday, March 9, 2017

setinggi gunung

setinggi itu juga penantian aku
entah bila akan berakhir
entah bila sebuah jawapan akan muncul
namun aku terus menunggu.
entah mengapa kaki ini terlalu berat untuk melangkah
melangkah pergi meninggalkan mu.
kali ini aku begitu sabar menanti sebuah jawapan.
mungkin bagi aku ini yang paling berbaloi untuk tunggu

apa istimewanya
apa hebatnya kau 
sehingga hati aku terpaut dengan kau
apa hati kau begitu mulia sehingga hati aku tak mampu berpaling dari mu
aku hampa
aku hampa dengan diriku
di saat aku yakin aku kuat
di saat aku yakin aku tak kan bercinta lagi
akhirnya aku lemah
aku tersungkur di pertengahan jalan
aku tewas dengan perasaan aku sendiri
semuanya kerana kamu

kamu yang muncul tiba-tiba dihadapan ku
hadir bagaikan angin kencang
tiada tanda
tiada amaran
puffff
didepan mata
begitu kau bermain dengan perasaan aku
mudahnya bagi kau

kau buat aku bingung
kau buat aku penasaran
apa ini?
apa yang kau cuba lakukan?
apa kau cuba bermain dengan hati dan perasaan ku
apa kau ingat aku ini boneka?
yang ada tika kau sedih
yang ada tersenyum tika kau berduka
memulih setiap nestapa kamu?
aku juga manusia
aku juga punya hati dan perasaan.
jangan buat aku jadi bingung begini
jangan biar aku tertunggu-tunggu satu benda yang tak pasti.
aku perlu jawapan
tolong jangan bermain teka silang kata
hati aku penat
hati aku letih
lelah untuk cinta yang tak pasti
hati aku sedih kerna pernah terluka
hati aku belum cukup kuat untuk menempuh semua ini sekali lagi
jadi tolong,
tolong jangan main-main dengan perasaan aku.
tembok yang ku bina ini belum kukuh.
aku tak rela andai ia roboh sekali lagi,
aku tak kuat.
aku lemah.

Tuesday, March 7, 2017

Menjelang Hari-Hari Terakhir


Dalam Lif Pun Sempat
Eshal Tak Dak


menjelang hari-hari terakhir aku kat sini. cuma ini yang aku pinta, keseronokan. pengakhiran yang begitu sempurna. terima kasih teman. terima kasih untuk dua bulan yang penuh keceriaan. terima kasih atas ilmu yang diberi. terima kasih atas tunjuk ajar yang diperturunkan. terima kasih mahaguru-mahaguru sekalian. jasa kalian akan aku kenang sampai bila-bila.

3 bulan. 3 bulan aku akan merantau ke tempat lain. bulan 6 mungkin aku kan kembali. mungkin juga tidak. entahlah aku sendiri tak pasti dengan apa nak jadi sepanjang tempoh aku di sana. jika baik. aku kembali, jika tidak, tidaklah jawapannya. 

hampa semua tak dak galang ganti. 

Sunday, February 19, 2017

Kuatkan aku, Tabahkan aku

perjalanan aku masih jauh, sangat jauh.
jadi hati, kau kena kental. sangat kental
bila kau jatuh, kau harus bangun sendiri
bila kau sakit, kau harus sentiasa tersenyum.
senyumlah.
mungkin itu penawarnya,
mengubat hati nan lara.

hati, saat cinta datang mengetuk jiwa,
sama ada kau terima atau tidak
sama ada kau gembira atau tidak
aku harap kau kekal bertahan.
aku harap kau kekal tabah

kerna bila kau tak kuat,
aku turut merasakannya
malah ia terlalu kuat impaknya
terlalu kuat sehingga aku sendiri jatuh berdarah.
bagaimana aku harus kuat jika kamu tidak wahai hati.
bagaimana aku kalau kau tak kental

hati, kini kau faham kenapa aku harus kekalkan kau kental
bukan aku mengunci kamu dari terima cinta kerna kegagalan lalu
cuma dengan kekalkan kau terkunci begini
sekali lagi aku harap kau kuat
kuat untuk bersama aku menempuh apa jua rintangan yang datang
hadapi apa jua mendatang.
kerna tanpa aku tak kuat
tanpa mu aku lemah
kerna itu juga aku terlalu menjaga kau

maafkan aku hati
jika aku tak pernah adil dengan kau
jika kekentalan yang aku harapkan ini
menyusahkan kau

seharusnya cinta menguatkan bukan melemahkan kita berdua
kuatkan aku hati
tabahkan aku
tanpa kau siapalah aku

Friday, February 3, 2017

Jagakan Mereka



Ya Allah,
aku bersyukur malah aku terasa ini antara anugerah paling terindah untuk aku
kau kirimkan lagi insan2 baik ini 
terima kasih adakan mereka di sana
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
tiada apa yang aku pinta, selain jagakan mereka.


Jagakan mereka Ya Allah. 
kerna dengan izin MU
mereka banyak membantu aku
entah mereka sedar atau tak,
 aku tak kisah
apa yang penting, setiap dari mereka punya kebaikan sendiri
setiap dari mereka punya hati yang murni

Jagakan mereka Ya Allah
kerna dengan izinMU
di saat aku perlu bantuan mereka ada disamping ku
sepantas kilat menghulur jasa
tanpa berkira, tanpa peduli kerja yg mereka sedang gigihkan

Jagakan mereka Ya Allah.
kerna Dengan izin MU
disaat aku berduka di sana
mereka menghiburkan hati ini.
entah juga mereka sedar atau tidak,
tak pula aku peduli
kerna setiap tingkah mereka, itulah originality mereka
merekalah penawarnya

Jagakan mereka Ya Allah
kerna aku tak mampu membalas jasa setaip dari mereka

...Jagakan Mereka...