BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, June 23, 2017

Ramadhan 2017

Ramadhan 2017...

Hampir setahun... Ya, hampir setahun kami sekeluarga diuji dgn satu satu ujian yang ckup2 hebat. Hampir setahun kami melalui detik2 sukar yang mematangkan. Hampir setahun, ramadhan kali ini membawa erti sebenar cahaya kesabaran. Ujian itu biarlah aku rahsiakan. Sakitnya, kami rasakan. Namun aku kagum. Aku kagum dengan mak ygvmasih mampu tersenyum berseri. Aku kagum saat hampir semua org jatuh terduduk dgn keadaan. Dari situ aku turut sama bangkit. Bukan rasa tanggungjawab yang buat aku kuat tapi mak. Semangat juang mak yang buat aku mampu 'berlari' bersama mak. Cakaplah ke mana. Hospital? Bukit beruntung? Seremban? Satu persatu ujian datang. Ayah pulak sakit. Wan Razak meninggal dunia. Mak terus cekal dan tersenyum sabar sehingga aku tertanya. Apa tidak terusikkah hatinya dengan ujian yang bertimpa2? Tak ckupkah Ramdhan 2016 diberi ujian yg ckuo besaq impaknya. Hospital? Jgn kata. Dh mcm rumah kedua. Mak balaih simple

Bila ada antara kita lemah, jangan lemah. Allah tu ada. Doa. Mak kuat sebab mak banyak doa.

Ramadhan 2017...

Ajar aku apa itu kesabaran. Walau sepahit mana ujian, ada manisnya. Walau sebesar mana rasa nak mengalah, aku kena kuat. Disaat aku rasa macam nak menangis puas2, saat itu jugak aku pujuk diri. Luah pada yang maha Esa. Kini, aku rasa manisnya sabar itu. Syukur aku ramadhan kali ini semuanya makin pulih. Syukur ramadhan kali ni rezeki Allah luas. Aku yang semakin jarang tersenyum, makin galak gelak. Aku yg setahun dulu berubah pd insan yang aku sendiri x kenal, kembali menjadi aku yg ceria, mudah terhibur. Allah kurniakan aku 'family kecik'. Walaupun tak semua yang patah tu tumbuh, yang hilang tu berganti, aku bersyukur adanya mereka ini. Jagakan mereka Ya Allah. Mereka tak tahu apa ertinya mereka pada aku.. Mereka tak tahu apa yang mereka ajarkan padaku. Mereka tak tahu, mereka buat aku tersenyum

Monday, June 19, 2017

My Crush 2

Hey My Crush,

just in case you don't know
I know you don't know
hehehehe
smile ear to ear
when i heard your voice
even i dont
even only i am dreaming of you
thinking of you
I can insanely smile

But then,
it's time to face the truth
i will never be with you

Monday, May 8, 2017

sebulan dua ni banyak yang berlaku. banyak sangat
kuat, aku lemah
sabar, aku tak
dugaaan demi dugaan
ujian demi ujian
aku diam tak beerti aku tak berasa
aku tak respon tak semesti aku tak mendengar
aku tak buta walau aku tak lihat.
benar kata orang
cakap siang dengar-dengar cakap malam pandang -pandang


apa yang jadi semalam
menjadikan siapa aku hari ini
aku yang semalam adalah sejarah
aku yang hari ini adalah aku yang baru
mungkin bukan aku yang terbaik
tapi aku belajar untuk jadi yang terbaik

cuma aku juga berpesan pada hati
biar apa pun yang berlaku tabahlah
apa pun yang terjadi kuatlah
kerna kau perlukannya

My Crush

Hari pertama aku di sini

Pandangan mata mu buat aku terkesima,
Sukar ditaksir
Hari demi hari
Akhirnya, lembut suara kau menegur
memanggil namaku
Dari situ bermula salam perkenalan 
Walau sekadar bertegur sapa
tapi aku puas 

Hey My Crush
Walau kamu adalah rahsia
Ketahuilah, kamu adalah rahsia terindah yang pernah aku simpan
kamu memori terindah yang pernah tercipta di sini
di dalam hati
selepas 8 tahun
Namun begitu, aku tetap bersyukur, 
kerna, walau sebentar 
walau tinggal hanya sebulan lagi.
biarlah ia berakhir dengan aku melihat kau tersenyum.
seperti aku pertama kali lihat kamu
cukup bagi ku,
My Crush

Thursday, March 9, 2017

setinggi gunung

setinggi itu juga penantian aku
entah bila akan berakhir
entah bila sebuah jawapan akan muncul
namun aku terus menunggu.
entah mengapa kaki ini terlalu berat untuk melangkah
melangkah pergi meninggalkan mu.
kali ini aku begitu sabar menanti sebuah jawapan.
mungkin bagi aku ini yang paling berbaloi untuk tunggu

apa istimewanya
apa hebatnya kau 
sehingga hati aku terpaut dengan kau
apa hati kau begitu mulia sehingga hati aku tak mampu berpaling dari mu
aku hampa
aku hampa dengan diriku
di saat aku yakin aku kuat
di saat aku yakin aku tak kan bercinta lagi
akhirnya aku lemah
aku tersungkur di pertengahan jalan
aku tewas dengan perasaan aku sendiri
semuanya kerana kamu

kamu yang muncul tiba-tiba dihadapan ku
hadir bagaikan angin kencang
tiada tanda
tiada amaran
puffff
didepan mata
begitu kau bermain dengan perasaan aku
mudahnya bagi kau

kau buat aku bingung
kau buat aku penasaran
apa ini?
apa yang kau cuba lakukan?
apa kau cuba bermain dengan hati dan perasaan ku
apa kau ingat aku ini boneka?
yang ada tika kau sedih
yang ada tersenyum tika kau berduka
memulih setiap nestapa kamu?
aku juga manusia
aku juga punya hati dan perasaan.
jangan buat aku jadi bingung begini
jangan biar aku tertunggu-tunggu satu benda yang tak pasti.
aku perlu jawapan
tolong jangan bermain teka silang kata
hati aku penat
hati aku letih
lelah untuk cinta yang tak pasti
hati aku sedih kerna pernah terluka
hati aku belum cukup kuat untuk menempuh semua ini sekali lagi
jadi tolong,
tolong jangan main-main dengan perasaan aku.
tembok yang ku bina ini belum kukuh.
aku tak rela andai ia roboh sekali lagi,
aku tak kuat.
aku lemah.

Tuesday, March 7, 2017

Menjelang Hari-Hari Terakhir


Dalam Lif Pun Sempat
Eshal Tak Dak


menjelang hari-hari terakhir aku kat sini. cuma ini yang aku pinta, keseronokan. pengakhiran yang begitu sempurna. terima kasih teman. terima kasih untuk dua bulan yang penuh keceriaan. terima kasih atas ilmu yang diberi. terima kasih atas tunjuk ajar yang diperturunkan. terima kasih mahaguru-mahaguru sekalian. jasa kalian akan aku kenang sampai bila-bila.

3 bulan. 3 bulan aku akan merantau ke tempat lain. bulan 6 mungkin aku kan kembali. mungkin juga tidak. entahlah aku sendiri tak pasti dengan apa nak jadi sepanjang tempoh aku di sana. jika baik. aku kembali, jika tidak, tidaklah jawapannya. 

hampa semua tak dak galang ganti.