BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 26, 2009

andai ini akhirnya, aku terima



"mama mama... lihat mama. nina dapat 6A 2B." jar ku pada mama sewaktu makan malam. "kenapa dengan kamu nina? kamu gembira peroleh hanya 6A. you know what? mama tak happy dengan keputusan kamu." aku cuba menahan rasa. tiba-tiba nuni datang dengan muka gembira. "mama, nuni dapat 5A 3b mama." "erm... pandainya anak mama. kamu usaha lagi ye sayang. mama tahu kamu boleh buat yang terbaik." hati k agak terguris dengan kenyataan mama. hati mula bertanya siapa aku di hati mama. semenjak mama bernikah sekali lagi, aku seakan dipinggirkan dari hidup mama. walaubagaimanapun tidak pernah aku merungut atau berdendam pada mama dan nuni. aku terima nuni sebagai adikku walaupun umurku sama.

kini, kami dewasa sudah. mama tetap mama. belaiannya sudah tidak aku rasai. terguris hatiku hanya air mata menemani. "mama, nani nak keluar pergi pejabat pendaftaran. lepas tu nani ingat nak pergi cari kerja." "pergilah" jawab mama sepatah tanpa menoleh ke arahku. luluh hatiku dengan perbuatan mama. "mama, nuni nak keluar pergi clubbing." "pergilah sayang. nani pun nak keluar, kamu pergi dengan dia sekalilah ye." perbualan mereka aku dengari. "tapi mama, nuni nak bawak kereta." "tak pe.nuni bawak nani ke pejabat pendaftaran ye. lepas tu nani bawak kereta." ak cuba memujuknya. tapi lain pulak jadinya. "kau ingat aku drebar kau ke? pergi jelah mana kau nak pergi dengan bas ke teksi ke. bak sini kunci kereta tu." nuni merampas kunci kereta dari tangan ku. kereta itu papa hadiahkan padaku. hari aku dapat hadiah kereta dari papalah adalah hari terakhir aku melihat dia dimuka bumi ini.

kepalaku terasa terlalu berat. aku cuba juga untuk melangkah. "nani tolong ambilkan aku air. kaki aku terseliuh lar." aku memandang mama. mama cuma membatukan diri. "ape lagi kau tercongok di situ? cepat! ambilkan air, aku haus." aku pergi mengambil air. aku berjalan ke arah nuni. kepala ku seperti ditimpa sesuat yang berat. Ya Allah sakitnya. air yang k bawa jath dikaki nuni lalu pecah gelas itu. kaki nuni berdarah akibat terkena kaca. "mama!!! nani saja cederakan nuni mama. lihat mama. hey! kau mmg tak boleh buat kerja ke ha? lembap macam siput" mama ku lihat merengus marah. mama datang ke arah ku dan terus menampar muka ku. 'sampai begini mama kau pinggirkan anak sendiri.'

keesokan harinya aku pergi ke hospital untuk memastikan apa sakitku. "nani, saya harap awk bersabar. awak menghidapi barah ditahap ke 4. pihak hospital terpaksa menahan awak disini untuk rawatan lanjut." "baiklah doktor." 3 hari aku dihospital. aku memandang handphone ku sepi. mama langsung tidak menghubungiku. tiada langsung khabar dari mama. 'mama, tidak rindukah mama pada anak kandung mama. anak yang ada dalam perut mama 9bulan?' aku menangis sendiri. "nani, biarlah saya berterung terang dengan awak." "apedia doc? katakan saja saya terima.""kamu sudah tidak punyai masa yang panjang. barah didalam otak kamu semakin membesar. pembedahan adalah jalan yang bahaya untuk dipilih. setakat ini, pihak hospital akan bekalkan ubat pada kamu dan..." percakapan doktor itu ku dengar bagai angin lalu sahaja. sudah tiba masanya. "doc. tak usah doc terang dengan lebih lanjut. cukuplah saya tahu masanya bakal tiba. kalau tak keberatan, andai saya sudah tiada, tolong titipkan surat ini pada mama. katakan pada mama dan nuni bahawa saya sayang pada mereka." doktor imuda it memandang aku sayu. "nani, berserahlah pada Allah. ikhlas saya katakan tiada pesakit dapat bertahan selama ini. kamu sungguh kuat nani. saya kagum dengan awak."

"Ya Allah!!! sakitnya!!!!" doktor dan beberapa orang doktor cuba menenangkan ku. sudah ku pesan pada doktor, jika aku bergini tolong jangan disuntik dengan ubat. aku mengucap didalam hati. "nani bertahan nani. ikut saya." doktor itu mengajar aku mengucap dua kalimah shahadah. kepala ku menjadi ringan seringan-ringannya. aku tenang semula. "terima kasih doc. doc, nurse, terima kasih pada kalian bertungkus lumus menjaga saya nak menahan dengan karenah saya." "itu memang tugas kami." balas doktor itu sambil diperhatikan nurse-nurse yang ada di situ. "doc, mungkin da tiba masanya. saya rasa letih dan mengantuk sangat. saya nak tidur. terima kasih sekali lagi." "baiklah" aku memejam mata. aku tenang di alam sana sekarang.

'mama, andai mama sedang membaca surat nani, nani sudah tiada lagi dimuka bumi. nani pergi pada papa. walau apa pun perasaan mama sekarang nani tetap sayangkan mama. mama walaupun selama ni nani banyak memendan rasa dengan mama. nani banyak tidak setuju dengan tindakan mama. nani mohon maaf mama. mama, jagalah nuni. salam dari kejauhan, nani"

Sunday, January 25, 2009

tersedar!!!

Keresahan menyelubungi diri
Kekesalan mencengkam hati
Tidak ku mengerti
Kenapa ini terjadi
Dalam berhati-hati
Rupanya masih ada yang memerhati

Semalam,
Hati ku di carik luka
Hati ku dicincang lumat oleh rakanmu
Tapi kau datang menenangkan ku
Berbulan malah bertahun kita bersahabat
Aku dan kau umpama satu tapi aku tersilap
Cuma aku yang beranggapan kau sahabat ku
Dalam diam kau menaruh harapan
Dalam dia kau mengawal aku
Tanpa aku sedar orang lain juga mengetahuinya melainkan aku
Tahniah!!!
Aku terasa diperbodohkan

Hari ini,
Aku menjarakkan diri
Pesanan ringkas mu tidak ku balas
Panggilan mu tidak ku jawab
Aku keliru

Kau tahu aku masih belum melupakannya
Mengapa sanggup kau menerima aku
Kenapa aku yang terpilih

Malam ini
Aku sedar kekasaran ku adalah kelemahan mu
Keegoan ku adalah kelembutan dirimu
Maaf kan aku
Yang buta dengan kehadiranmu
Yang memekak telinga dari mendengar suara mu

Esok
Akan ku khabarkan padamu
Bahwa aku bukanlah yang terpilih
Yang akan berada dihati mu
Untuk menjadi ratu
Walau hati ku ini kuat untuk menyatakan cinta
Hakikatnya aku tidak
Aku tak cukup kental

Harapan ku
Janganlah kau kecewa dengan diriku
Janganlah kau biarkan luka menyelubungi diri
Fahamilah aku seperti mana kau kenali dulu
Biarkanlah takdir Tuhan yang menentukan hati ini milik siapa
Layanilah aku sepertimana aku melayani mu
Usahlah kau cambahkan benih yang belum ditanam
Buanglah ia
Kerna aku
Sahabatmu...

kehilangan yang bererti

kalau dulu aku yakin kita hanya berteman
tapi sekarang aku mulai ragu tentangnya
dulu waktu kita di sekolah
kamu selalu asyik membuli ku
apatah lagi menyakat ku
saat itu kita akan berbalah tanpa memikir yg lain
sungguh itulah saat yang terindah
kalau dulu sewaktu aku menangis
kamu sering ada untuk menemani ku
menghapuskan semua gundah dan duka di hati
saat itu aku bahagia sekali
tapi kini tidak lagi
kamu seakan menjauh
dan itu buat aku terlalu rindu pada mu
ia seakan tidak tertahan lagi
saat ini aku terlalu sepi
ketiadaan kamu, terasa aku keseorangan
aku ingin sekali kita seperti dulu
saat itu sangat sukar untuk aku lupakan
terlalu banyak ingin ku coretkan
tapi kini kamu seakan pergi dari ku
kamu semakin hilang dari pandangan ku
kamu buat aku sedih
tiada lagi yang datang menghapuskan air mata ku
tiada lagi!!!
Kenapa ini terjadi
Ya Tuhan apakah ini satu dugaan atau kenyataan yang harus ku terima
Kalau dulu setiap kali perbalahan berlaku
Kamu akan datang menghulurkan kata maaf
Kata mu “aku terlalu takut untuk hilang teman seperti mu”
Tapi kini kamu tinggalkan aku
Sungguh…
Andai diri ini punyai kekuatan kental
Ingin saja aku luahkan semuanya ke kamu
Ingin saja aku katakan aku mencintai mu
Walaupun aku tidak pernah tahu bila perasaan ini bersarang di hati
Aku tetap menyayangimu
Semakin kuat aku simpulkan tali kebencian
Semakin kuatlah perasaan ini terhadapmu
Pernah jua terlintas di minda ku
Ini hanya gurauan perasaan
Ternyata aku salah
Ia nyata
Malah ia begitu suci hingga sukar untuk aku kikiskan
Kalau dulu aku takut kehilangan mu
Tapi kini aku lebih takut kalau kamu melupai aku
Aku masih ingat
Pertemuan terakhir kita adalah pertemuan yang aku terlalu puas
Hinggakan aku tak ingin berkongsi cerita tentangnyabagi ku biarlah hanya kamu dan aku yang tahu
Hati ku sering bertanya
Adakah hati kamu telah ku guris?
Namun hingga kini aku masih belum ketemu jawapannya
Kerna kamu telah pergi terlalu jauh sebelum aku sempat bertanya
Aku juga pernah tertanya
Bila kita mencintai yang lain adakah hati ini akan tegar??
Adakah aku cukup kuat untuk melihat kau pergi??
Ya!
Zahirnya aku tersenyum sekarang
Batinnya aku tersungkur dengan perasaan aku sendiri
Itupun gara gara kamu!
Knapa ada dia saat aku tidak kuat lepaskan kamu
Saat aku terlalu takut untuk berdiri sendiri
Kalau dulu setiap kali aku gini
Kamulah orang yang akan berada dekat dengan ku
Memberi dorongan serta sokongan
Untuk aku trus tersenyum
Untuk aku trus tertawa riang
Mana itu semua?!
Aku rindu kamu…
Terlalu rindu…
Kamu pergi tanpa melafazkan selamat tinggal
Jika dulu aku bertanya
“ kenapa kamu sering tidak ucap pada ku selamat tinggal?”
Kamu pasti jawab
“andai tidak ku titip salam perpisahan pasti ku kira detik bertemu lagi”
Saat itu aku pasti mengatakan bahawa kamu pasti berbohong pada ku
Dan detik itu jugalah kamu meyakinkan aku bahwa detik perpisahan takkan pernah berlaku antara kita kecuali ajal yang memisahkan dan kuasa Tuhan
Tapi kini kamu meyakinkan aku bahwa kamu berbohong padaku
Ya Allah kenapa aku masih memikir dia yang tak pernah peduli tentang perasaan ku
Mulai detik ini aku ingin sekali melupai kamu
Ingin sekali aku menyatakan bahwa aku tidak pernah kenali kamu
Kerna aku terlalu rindu….

Aku Remaja

Aku remaja
Cuma ingin tersenyum waktu bersedih
Ingin ketawa ketika duka
Ingin bahagia ketika hati terluka

Aku remaja
Punya rasa cinta untuk dia
Punya rasa rindu yang nyata
Cuma dia

Aku remaja
Zahirnya aku benci semua ini
Semakin aku simpul tali kebencian
Semakin itu rasa sayang mencengkam hati

Aku remaja
Yang air mata sentiasa menemani
Jiwa ku terseksa tatkala dia kecewa
Sungguh, amarah hanya ku zahirkan
Rasa cinta yg menbara aku pendamkan
Kerna aku tahu siapa aku

Aku remaja
Yang jiwanya ingin memberontak
Aku jualah yang sering membuat dia terluka
Secara sengaja atau tidak
Ia takkan merubah apa-apa

Aku remaja
Yang terlupa dia ku cinta
Dia ku sayang

Dan aku remaja
Yang sedar
Antara aku dan dia ada tembok besar yang menghalang
Walau tercarik hati dia dengan sikap ku
Percayalah hati ini lebih merasakannya
Kerna...
Aku juga remaja..

inilah kami!!!!!!!!!


Kalau ditenung betul-betul pasti ada yang salah faham dengan gambar ni. hehe... dari kiri adalah kakaku, norazlin diikuti dengan sepupu ku, lina dan aku sendiri. dihujung sekali adalah anisah. sepupu paling bongsu. tak sangka kan. sebab itulah tajuknya "inilah kami". sewaktu gambar ini diambil, kami sendiri tidak sedar yang susunan kami mengikut umur. haha.
mlangnya anisah hanya berpeluang bersama kami setahun sekali. ini kerana dia menetap di kl. jika kami berempat atau bertiga berkumpul, mulalah kesewelannya. ketensionan yang melanda dilepaskan sewaktu bersama. sungguh!! ianya hanya boleh dikenang kerna untuk menceritakan bagaimana kami agak sukar untuk diterjemahkan. hehe. setiap kali salah seorang dilanda duka, pasti ada yang menemani. dan disaat gembira kami berkongsi bersama. malah inilah yang membuatkan kami semakin rapat dan selalu bersama. inilah keluarga dan sahabat ku tercinta.

Kenangan Semalam...


Dulu, aku pernah kenal dengan sorang mamat ni. kami berkawan sejak dari form1. tanpa ku sedar hubungan kami menjadi rapat sewaktu kami di form4. jika dilihat, terlalu banyak perbezaan antara kami. tapi itu bukanlah satu masalah untuk kami terus berkawan.


Aku bersyukur dikurniakan kawan sepertinya. aku sebagai seorang manusia juga tak terlepas dari rasa sayang melebihi seorang kawan. kakak dan sepupu menasihatkan agar aku luahkan saja perasaan ku padanya. aku pendamkan saja. semuanya tidak terluah dengan kata-kata. kami sering bergaduh dan bertengkar dan aku yakin inilah yang membuatkan hubungan kami bertambah rapat dan kekal sehingga sekarang. pertengkaran kami selalunya tidak lama. kalau dikenang ianya sungguh lucu.
Kini, perasaan sayang itu masih ku pendam didalam hati. biarlah dia tak tahu tentang perasaan ini. biarlah ia terus menjadi rahsia di hati. bagiku, cukuplah sekadar dia bahagia dengan hidupnya. aku juga pasti gembira. dialah sahabat yang dihantar pada ku yang paling baik. aku akui, mencari pengganti mamat ni, tiada yang kedua. dialah satu dalam seribu.
Walaupun kami sekarang masing-masing menunggu keputusan spm, hubungan kami semakin rapat sebagai sahabat. tiada yang kurang. dia tetap dia yang ku kenali dulu. dan aku akan tetap menyayanginya sebagai seorang sahabat paling setia dalam hidup ku. aku juga berkali-kali melafazkan Alhamdulillah kerna dikirim insan sepertinya. tanpa sahabat sepertinya, aku mungkin da tersungkur dahulu.
Terima kasih sahabat. jasa mu akan ku kenang hingga ke akhirnya. :)