BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, December 23, 2016

2016 - Summarizing Story

2016 bakal ke penghujung. tak berapa hari lagi semua orang akan up status azam tahun baru. know what, aku still dengan sikap aku. follow the flow. mana angin bawak, situlah aku ada. 2016 jugak banyak benda jadi and banyak moral yang aku dapat. kira boleh dikatakan tahun 2016 tahun aku jatuh dan mulakan langkah yang baru. azam tahun baru yang orang buat untuk 2017 aku start di penghujung 2016. semua bermula dari ini...

after graduated, aku x buat apa melainkan seek for job opportunities. masa mak tak pencen, dia ada buat main-main suruh aku sambung phd. on that time i said to her " phd? it a big no no lah mak.
 yelah mana dengan ptptn sejak diploma and degree lagi nak bayar. manakan mara lagi nak settle. itu satu hal. yang hal lain plak. phd is long journey, aku mmg tak yaking aku boleh habiskan macam mana aku habiskan diploma sampai ke master. diploma pun aku dah menangis tergolek, sakit semua. inikan phd. but, i'm getting better for master. as day-by-day i became wiser too. thanks to Allah.

bulan 3, 2016. i was in KL when i received a call yg aku dpt qeja dekat gurun. i'm shock at first. but, x try x taw walaupun hati aku terdetik and ada sikit keraguan sebagai langkah berjaga-jaga. in fact, rupanya bukan aku sorang rasa. one of my family pun predict and expect the same thing tapi kami tutup mulut. berdoa benda yang kami fikir tak jadi.

it was May, 2016. in this period of time between march and may, something happen, hurricane came till which i decided with the bless from mom, I quit the job. yes. I did it. why stay if it will be worse. it hurt. so much hurt. ayaq mata? tok sah cita. ia melibatkan ramai pihak opss i would say banyak hati. and aku berkorban dengan lepas jawatan yang seberapa dan career opportunities yang boss nak kembangkan sesaat ja lagi. tapi, macam aku kata, banyak hati yang terlibat. priorities meletakkan aku dipersimpangan dillemma. aku, hati aku atau hati mereka, kesihatan mereka, hubungan. macam-macam aku fikir. but then, aku percaya ini pilihan terbaik. aku yakin perancangan Allah itu lebih baik dari apa yang aku rancang. aku masih ingat, benda tu jadi hari kamis. hari ahad, aku letak jawatan atas alasan sambung study. aku tak boleh fikir better reasons dari tu untuk jaga ayaq muka semua orang. ramai yang terkejut. apa boleh buat. aku nekad.

berjumpa berdepan hati aku sakit. bukan setakat dia tapi seluruh keturunan dia. sehongga cucu dia pon menjadi tempias aku membenci. alhamdulillah, rasa itu hanya seketika, antara mereka ada yang tak salah. bersua muka itu aku elakkan. perancangan Allah sebaik-baiknya. kami bertemu bila hari raya, di airport itu pun cukup menghiris hati. tahu apa aku rasa, rasa nak luahkan saja apa yang terbuku di hati. ingin saja aku lampiaskan rasa kecewa, marah, sedih biar kau tahu sakitnya aku tanggung semua yang bukan aku buat demi menjaga hubungan dan tutttt. setiap kali aku berjumpa mereka, setiap kali itu aku cuba jadi kuat. lepas jumpa aku menangis sepuas-puasnya. aku tak kuat kalau aku tak x dak mak yang slalu bagi semangat. kau beruntung aku ada emak yang pemaaf. kau beruntung aku ada emak yang selalu mengalah untuk kebaikan semua. jika tidak, aku tak tahu apa akan jadi sekarang. mungkin aku dan mereka tidak bertegur sapa.

masa berlalu. ada some part mak p mekah dengan 'one of them' which they thought aku dah maafkan kau. sorry. aku maafkan tapi aku tak pernah lupa apa kau buat! there still unfinished business between both of us. 

waktu ni pun ada family members aku yg dh sambung phd. ini yg seronok pun tahun 2016 rasanya. and aku pun still count bless from Allah. banyak lagi Allah bagi dan aku bersyukur atas nikmatnya. time ni, 'serangan' hebat ke atas aku suh amik phd. bukan takat mak, tok, ayah, adik, kak, pun suh sampai ada ketika aku demam disebabkan suh smbung phd.

it was november, 2016. i got call from one of my friend in that same company. they offer me a job with salary which aku pk tinggilah juga dengan aku yg tak berpengalaman ni. seronok tggu bila disember nak mai. but still but, aku dapat another call mengatakan ada yang caras job tu (da disember). sokay. so alright. bohonglah kalau aku tak rasa apa-apa. terus, bagai di hentak kepala ke dinding, bagai di tampar berkali-kali, aku terfikir apa aku nak buat. puas aku cari qeja merata except from outside kedah la. i'm scrolling around through my phone. haishh. hati tak tenang. apa lagi ujian yang nak mai after all this happen, aku penat. aku letih. rasa macam putus harapan and tak berdaya lagi dah.

entah semangat apa yang datng, waktu aku scroll phone aku tgk fb, otak aku ligat berfikir dengan kelajuan 200 km/jam. ligat sangat sampai aku rasa nak tulis pun aku tak sempat. just aku buat ja apa yang aku fikir dan tergerak di hati. aku fiir, mungkin seruan yang aku tunggu. jawapan dariNYA. dulu aku yang tak yakin tapi pagi tu juga aku snet email ke lecture aku untuk jd Supervisor aku. dekat sorang pun aku tak cakap. dengan perasaan sedih dan kecewa, aku nekad nak sambung study. email aku berbalas tengah hari. aku sujud syukur sebab dia nak jd SV aku with draft proposal. barulah cakap niat nak smbung study dekat kak dlu baru mak. know what? hari yg aku nekad nk smbung phd tu, hari yang sama birthday kau. so, im dedicate it to you as you said my qualification isnt enough to fulfill that position waktu tu yg aku tgh kembangkan job career aku. aku admit mmg aku x layak tuk post tu, tp aku blajar tuk jd yang layak. plus, takkanlah boss aku buta sgt taw aku x layak tp still kembangkan career aku n nk amik aku balik? come on! aku tak mau la doa benda ni jadi balik kt hg sbb kita bkn org lain. depa family aku jugak. so what? aku berserah pada Allah. aku kuat berdiri hari ini sbb kau buang aku, kau tolak aku sampai aku jatuh. waktu tu, kau ptut doa yang aku tak bangun secepat ini. Allah Maha Besar. aku bangun lebih cepat dari yang aku sangka. Alhamdulillah.

hari ni 24/12/2016. hari aku tunggu untuk jadi student phd. mintak-mintaklah urusan aku dipermudahkan. mintak-mintak jawapannya "yes". aminnn.

so tahun baru, welcome and aku still follow the flow. hehehe Bye

Tuesday, September 29, 2015

Sahabat _ Nana

Dulu, rasanya aku dah pernah tulis pasal sahabat. Pasal Icka. Kali ni kawan aku secantik manis Nana pulak... ramai ni dalam list nak menulis... hehe

Nurul Jannah Zulkipli @ Nana... aku kenal since aku diploma.  maybe sem dua atau tiga aku sedar kewujudan dia dalam kelas. mana nak bandingkan aku dengan pendiam n lambat recognize orang ni.. So, Nana tinggi dari aku, anak no 2 dari 3 orang adik beradik. itu ja kut.Haaa suka pesan ayaq teh ais. yang lain ada kat bawah ni hehehe...

the story begin, when i lose hope. She came and brighter my day. Start studying with me everytime we has test, quiz or final exam dan seperti biasa, aku tak mampu tandingi pointer. Nana the brave girl standing in front whenever need to do presentation, she came out with full of confident. something yang aku tak boleh buat. melayan kerenah aku tu dah tentulahkan. suka minum nescafe, mkn megi tu common la bila studentkan. aku suka supply nescafe kat dia. Nana pun sama. hehehe tapi nota Nana awam nano time study, lagi cantik dari aku. huuuuu :(

waktu aku dok serumah sewa dengan Nana, dia yang akan tumpangkan aku gi kelas. susah aku, dia senangkan. rengek aku, dia yang dgr. aku melalak menyanyi pun, dia yang tadah telinga. tak ramai orang bolih buat macam dia buat. sabar dia dengan aku cukup tinggi. dengar cita berangan aku yang tak berpenghujung. mai klas awai. Haaa n Nana suka bawak kipas panda p kelaih. aku tumpang sebelah muka sbb nak kena angin juga hahahaha

pastu, dulu kat rumah sewa, setiap kali aku cakap "panaih la" Nana akan buat bunyi buka aircond "tit tit.. aku bukak aircond dah kat hang. satg sejuk la tu" walaupun hakikatnya, rumah sewa kami x dak aircond hahaha... dia buat camtu sebab nak bagi aku diam ja. see. sapa boleh terpikiaq nak buat camtu.

bila pasar malam hari rabu, mesti aku ajak Nana jalan kaki p jugak pasar. dia suka beli ayam goreng. sampai la Nana putuskan dia nak diet. tapi sampai ke sudah, dia teman juga kerenah aku suka makan ni. hehehe

bila dalam kelas, aku suka kacau Nana. soalan paling common "hang tak ngantok ka weh?" hahaha setiap kali keta nana parkir kat dataran ilmu, mesti dia pesan " nad jatuh longkang satg, hg tu dh la jln laju" sebenaqnya Nana yang jln laju.. aku ingat lagi waktu diploma. kami nak balik asrama, jalan kaki. waktu hujan lebat. kami dua ja jalan redah jugak hujan. disebabkan baju kurung hitam Nana kain dia susun kecik, Nana susah nak jalan. aku gelak berdekah-dekah walaupun kami dah lencun dah hahahaha. bila waktu exam, yg hilang dulu, aku ngan nana. she never miss to wish me good luck. bila aku rasa macam nak putuih asa, dia yg push aku balik. heret aku sama-sama smpai habis. dia tak tinggai aku sorang-sorang :D dia jugak yang kata "Nad aku tau hg bolih buat" sedang time tu, aku sendiri tak tau apa aku nak buat. tu la magic Nana. She's can do anything.

aku beruntung ada Nana. sometime she's my shoulder to cry on and untuk tdoq dlm klas pun ya jugak... haha dia kawan, dia sahabat and dia family aku. yg pastinya dia kakak wpun jelas2 aku tua byk bulan dari dia. birthday Nana 15/8. setiap kali aku ingat birthday dia, setiap kali tu aku lupa nak wish kat dia. kawan apalah aku ni. talk bout that, i has many thing to say sorry and appologize. i take the blame on me.

Most of the time, aku lupa nak wish birthday Nana and aku lupa nak tanya khabar dia semenjak aku smbung blajaq. Aku ingat, doa aku dah cukup tapi aku lupa dengan tak mesej dia, lama tak sembang, benda tu menjarakkan aku dan dia. setiap kali dia ajak aku makan kat pakmud, ada saja halangan dari pihak aku. the little things she asked and i'hv never been there for her. Aku ingat, sepanjang aku smbung study, cukuplah bila Nana x duduk dlm situasi dgr msalah aku. tapi aku silap. bila kita ada kat sebelah org yg nk kita ada, dah cukup buat depa happy. Aku mengaku aku bersalah dlm percaturan benda ni. Aku minta maaf Nana atas semuanya. kalau ada peluang untuk aku tebus balik masa yang aku curi dari hang, aku akan buat. bila aku tersedar semua ni, mungkin aku dah terlambat. sebab tu aku tak berenti minta maaf. aku tak mau hilang kwn. yang paling sedih. bila orang tanya "kwn baik yg tgh buat apa skang? dia okay ka". pernah bekas lecturer aku, aku jumpa kat usm tanya. "Nana, buat apa skang?" dan bertubi-tubi soalan seterusnya, hanya jawapan tak tahu yang kuar dari mulut aku. betapa rasa bersalahnya aku waktu tu. dlm hati, aku dok harap Nana faham ja. Tingtongkan aku.

So, readers, if you has one friend that love you like Nana did, keep them. this is the biggest reason why i felt guilty to Nana. i'm afraid she will be hurt again. but then, i always pray for her happiness n semoga Nana selalu dalam LindunganNya bila-bila masa pun sebab dia family aku jugak. :)

Ya ALLAH, Alhamdulillah. terima kasih Kau kirimkan insan ini untuk aku. Tika aku susah dan tika aku senang. Bahagiakan Nana seperti mana dia pernah jaga dan buat aku rasa senang. Amin.

mata masuk habuk!

Friday, July 3, 2015

Cerita Pendek:Terima Kasih!

Hidup. Kehidupan. Kdg2, kau diuji dari segi mental, kdg fizikal, kdg2 hati. talk bout that kau akan rasa pahit, pedih, sakit yang kau sendiri tak mampu nak terjemahkan. nak2 kalau orang yg sakitkan hati kau, adalah orang yang paling rapat dengan kau. kawan yang kau jaga macam family. kawan yang jaga melebihi hati kau sendiri. kau telan ja apa orang buat. sehingga sampai satu saat ada yang bertanya "sampai bila kau boleh bertahan?" hati kau pasti jawab "mereka kawan. selama mana pun aku akan bertahan." "walaupun kau terluka" "mereka lebih penting.

tapi itu bagi kau, bagi mereka. datang kau tak diundang, pergi kau tak diendah. ada kau tak bererti. bagi mereka kau cuma tisu. ada kau diguna, habis diguna kau dicampak. bagai habis madu, sepah dibuang. kau cuma berbakti bila mereka memerlukan. itulah kau. tapi tetap, kau berdiri kaku sebelah mereka. tersenyum meskipun hati terhiris pedih.

kata kau, ijazah terbaik datang dari jalanan. di situ arti hidup kau pelajari. di situ jatuh bangun, sakit maung, caci cerca kau telan bagaikan hempedu. tapi kau tahu di situ ada saja tangan-tangan datang membantu. ada saja mulut puaka yg suka mengusik datang menenangkan kau. dari situ kau tahu siapa kawan. waktu susah ada mereka. namun, kau tetap berdegil berdiri sebelah mereka yg kononnya kau boleh ubah sukakan kau. bak kata kau manusia itu keji kau kehilangan kawan yang tak mampu dijaga. kau silap. begitukah kawan. gelakkan kau tapi x pernah ada waktu kau memerlukan. waktu mereka tertawakan kau, kau galak tersenyum mengiyakan. sedikit tak melawan. kata kau jika melwan, kau kehilangan mereka.

sejak bila kau sebegini lemah. mana kau yang gagah. mana kau yang stand up wpun kau tahu kau bakal hilang mereka, yang kau gelar KAWAN! betapa positifnya kau. betapa kuatnya kau bertahan.

tak kawan, tak. aku tak kuat. malah aku juga bukan positif orangnya. aku bertahan kerna aku mampu bertahan. mereka juga kawan. biarlah sedikit rasa sakit ini ku ubati dengan senyuman yang tak seberapa. biarkan aku galak ketawa saat mereka mentertawakan aku. karna satu hari nanti aku yakin, aku akan berterima kasih pada mereka. terima kasih kerna mereka ajarkan aku bertahan. terima kasih juga kerna ajarkan aku berdiri teguh meskipun taufan melanda. terima kasih mengajar aku setia meskipun sakit didada. terima kasih mengajar aku apa itu kawan. terima kasih mengajar aku apa itu kehidupan. di sini juga 'ijazah dari jalanan' aku peroleh. jadi, tak perlu kau bertanya lagi kenapa aku bertahan.tak perlu lagi kau bertanya apa perlu aku maafkan mereka. tak. aku tak perlu pun. malah tak terlintas di hati aku. aku terima mereka seadanya seperti mana aku terima kau dulu. jadi terima kasih kalian. terima kasih kerna menyumbang uasaha pada siapa aku hari ini. hati ini telah tegar. terima kasih menjadikan hati ini kuat. aku tak mampu buat tanpa kalian. terima kasih kerna bertahan berada disisi aku yang kerdil. aku berdoa pada Allah. jagakan mereka. tempatkan mereka di tempat paling istimewa. terima kasih Ya Allah. KAU hantarkan mereka pada aku. terima kaish :) aku sayang mereka. meskipun JIKA mereka sebaliknya. aku rela. :D

Tuesday, April 21, 2015

x dak title

memaksa diri memejam mata
untuk ku lupa seketika beban yang ada
sungguh, aku rasa seperti mahu mengalirkan air mata
beban yang ditanggung tak terperi rasanya
namun ku tahu
Allah itu ada
His plan is always better than mine
so i keep my head up with a clean mind

memaksa diri tuk lupa seketika
beban yang menyeksakkan dada
biar tidur ku lupakan sengketa
biar lenaku lenyapkan kerja yang menggila
Oh Tuhan, ku tahu
La Tahzan InnaAllah Ha Ma'ana
tak tertanggung rasanya jiwa
bagai pecah empangan air mata
senyuman ku tak lagi indah diwajah
aku terduduk kaku
diam membisu

**serabut sekali rasanya

Tuesday, April 14, 2015

Mari Merungut

I can't sleep. Probably  because of overthinking kut. Khamis mlm dah test Public Sector Management which i put the blame on myself. ?tula waktu orang buat presentation aku nganga. Waktu lecturer present aku nganga. Taking Master of Public Administration is a tough. Yelah mana ada benda senang. But, I always try my best to catch up even kat klas aku nganga.

So, my schedule become serabut serabai wpun aku dan planned, dah take notes but as Penang is one of the **hottest states (aku rasalah) aku jadi malaih. Tengok, salah sendiri salah cuaca pulak. Panaih buatkan aku rasa tak bermaya. Yalah, class aku semua start petang habis malam. assignment memuncak and the due data become dekat and dekat. to solve these problems, macam besalah tdoq dan makan adalah ubat release tension yang paling mudah untuk dibuat.

Pejam celik pejam celik, another 6 weeks semester 2 akan berakhir. Am I ready for the exam? off course not. look at this test preparation. esok aku tuang kelas semata-mata nak prepare jawab test. taw member sound apa "rilek lah weh 2soalan dalam 2 jam ja kut. lagipun ni test. bukan final exam." Yes, aku taw aku tersilap manage masa aku. supposedly weekend harituh aku dah siapkan satu assignment yang tinggal brapa peratus nak siap. tapi, perancangan Allah itu lebih baik. tiba2 aku kena balik Aloq Staq jadi 'nurse and driver' tak bertauliah bila tokwan aku masuk hospital. My plan also changed. instead of doing my assignment, i put my priorities on them first. Family first. always like that. Jadi, aku mengetepikan assignment, dan akhirnya aku terlupa yg berapa peratus lagi nak siap tu, dibiarkan sepi tanpa aku melihatnya pada hari isnin, hari ku pulang ke Penang. aku tak dak masa untuk study. For student yang nganga dalam kelas macam aku plus lampi or lambat pick up macam aku mengambil masa yang agak lama untuk study. so ku buat keputusan berani untuk tidak hadir ke kelas. Yeah! i believe that sometime, there worst to take risk on. So, byebye kelas politics. see you next week. dah la minggu ni presentation tajuk best plak tu. but no regret. the past is past. wpun test tu x past lagi. hahahaha

So, as i mentioned earlier. I can't sleep and I can't study either. the alasan again perut lapar. selalunya aku akan masak nasi goreng but then letih smpai dr Penang buatkan aku mampu msak meggi ja ngeeee. adakah keletihan menjadi punca aku tak bolih tdoq dan tak bolih study? i don't know.

i want to take this opportunity (tuang kelas sehari ni) untuk rest my mind, take the test, and find myself back to the track. aku rasa aku macam tersasar jauh dah. tak productive macam selalu. Supposedly assignment sampai aku start menelaah itu, cari macam2 bahan even aku 'alergik' dengan library. Yes, tempat paling aku tak suka p bila jadi student ialah library. YUP, aku Student Perempuan yang pelik. Kalau ada yang fikir "jangan tipulah, student social science tak p library. gila ke?". well, maybe hahaha dealing with current news, current economic status (which is kadang2 aku sendiri tak amik taw), current human behavior, karen (just kidding), it is a lot of things benda yang kena update. wpun ada yang kata "lek ar weh, at least hg satu hari satu kelas ja kut. kelas 4 jam. hg ada 20jam lagi. hg buat" manusia calculus mcm ni kadang2 mmg payah nak bawak bincang. hehehe

In the end of this post, if ada orang tanya "kalaulah hang diberi peluang lagi untuk study in degree or master, hang nak buat dak?" off course my answer is yeah. ilmu ni lautan yang tiada penghujungnya. aku suka dengan ilmu. nak nak dalam course yang aku ambik sekarang or more to human behavior, penulisan skrip, or lagi satu tu biarlah rahsia.

another story behind this post is if world beating you down, get your head up and tanamkan semangat berusaha and put your head down to sujud pada Yang Maha Esa. Dealing with stress is one thing yang aku rasa susah nak buat. healing is not a fast process for me lah. Dalam aku dok study ni macam-macam benda yang jadi. Ayaq mata aku pun sampai dah kering dah. sampai satu tahap aku pernah rasa aku tak layak pun sambung study, nak nak dalam Master lah. aku ingat lagi pesan lecturer aku waktu aku degree kat Merbok. aku tanya dia "Sir, sir agak saya boleh survive tak master nanti as you know my performance is not bombastic like others. I am not DL student" nak taw lecture aku jawab apa "study ni mcm game. every new level is a new journey, a new challenges, a new in everything. take it, enjoy it, keep safe. apa yang penting ilmu, bukan pointer." orang confident level yang agak rendah ni agak tak puas hati dengan jawapan tu walaupun aku tangkap maksud lecturer aku tadi. n aku keep asking him this tak masuk akal punya soalan "so should i futher my study in master?" "saya marah awak kalau awak tak apply master." So, kat sinilah aku sekarang. kadang2 bila nk reduce stress yang agak melampau, apa saja semua aku tukar jadi azam. cthnya bila aku rsa down bila nganga dlm kelas, i will ensure i redeem also the time of nganga time in the kelas for extra study.

i should reshedule my tasks. i should be right now. 3.30 a.m. Rasanya kalau aku study dah habis satu article or journal kut aku boleh telaah. nilah jadinya bila badan letih, otak penat. last sekali aku jugak tak boleh tdoq. biasalah student tdoq lewat. apalah sedikit pengorbanan jika dikira dengan hasil yang bakal diperoleh.

So ambil yang keruh buang yang jernih.
Good Night and Good Morning
Assalammulaikum

p/s: i think i should stop writing poem, cerpen and all this things sampai habis exam kut. hahaha x)

Sunday, March 29, 2015

kerana aku juga manusia

dulu,
waktu aku meminta
kau gelakkan aku.
waktu aku merayu,
kau rendahkan aku.
buah fikiranku dipandang enteng
kerana ego melangit
aku kau tolak ke tepi.
waktu aku menangis, memohon agar jgn lg create another me
kau memandangku bodoh.

kini,
jiwa-jiwa kecewa yang kau create semula
jiwa-jiwa yang kau jadikan aku
melwan kau semula
malah ada yang menentang
katanya kau telah berlaku adik pada kami semua
buktinya tiada
bahkan berlaku adil itu meletak sesuatu ditempatnya
tapi kau...

dulu,
aku berharap
kau memahami aku, jiwa aku
yang sunyi, yang sendiri
apa kau bilang pada aku waktu itu
kau persetankan segala tangis aku
kata kau lagi, itu hanya pendapat, take it or leave it
kau buat aku lemah
setiap kalai aku bgn semula, kau jatuhkan aku semula
inikah tangan yg pernah mengajar aku berjalan

kini
kau dihadapan aku
bagaikan menangis meminta simpati
apa yang bolih ku buat
jiwa-jiwa itu telah memberontak
kau tanya padaku
kenapa hanya aku tidak memberontak
jawapan aku mudah
kerana aku juga manusia
original memiliki perasaan itu, yang tidak dicreate jauh berbeza dari mereka
iya!
aku juga kecewa seperti mereka
namun aku masih punya rasa
rasa yang ku tahan

dulu,
megahnya kau bicara
mereka tidak akan melawan mu
kerna setiap mereka telah kau kenali
kini sebaliknya berlaku
tak seorang pun kau kenal
tak seorang pun kau tahu
kerna jiwa mereka adalah mereka
kau tak perlu sentuh

bagi aku
lepaskanlah mereka
biarrkan jiwa jiwa itu kembali tenang
biarkan aku juga tenang
kerna aku juga manusia

Sunday, March 1, 2015

semoga saja masa itu tiba

andai aku bolih menangis menyatakan betapa penatnya aku
pasti air mata ini mengalir tanpa henti.
andai aku mampu luahkan rasa terobeknya hati dengan bicara
pasti ada yang terluka.
jika aku bolih terjemahkan rasa duka
pasti ada tersalah sangka.
jika aku diam,
makin lelah aku rasa.
seakan tak tertannggung lagi nestapa.

selonglai kaki terpasak dibumi
aku masih cuba teguh berdiri
namun kudrat ku kiam memencil
hasil yang kuharapkan kian hilang,
usaha ku mula tak sehaluan
keserabutan, kekecewaan menjadi satu
Ya Allah. ampuni aku.
andai ini salah satu dr pengajaran, aku rela tempuhi
namun aku tidak kuat
aku lemah selemahnya
adakala hati aku menangis kerna tidak tahan
hati aku merintih tak bertepi
hati aku ingin saja mengalah
hati aku ingin lari dari semua ini
serabut rasanya.
bagaikan persoalan tiada jawapan
aku terkedu sendirian
mencari satu kepastian
yang mampu buatkan aku terus berjalan
menongkah arus kekeliruan
memetik hasil dari keringat.
semoga saja masa itu tiba