BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS �

Thursday, March 9, 2017

setinggi gunung

setinggi itu juga penantian aku
entah bila akan berakhir
entah bila sebuah jawapan akan muncul
namun aku terus menunggu.
entah mengapa kaki ini terlalu berat untuk melangkah
melangkah pergi meninggalkan mu.
kali ini aku begitu sabar menanti sebuah jawapan.
mungkin bagi aku ini yang paling berbaloi untuk tunggu

apa istimewanya
apa hebatnya kau 
sehingga hati aku terpaut dengan kau
apa hati kau begitu mulia sehingga hati aku tak mampu berpaling dari mu
aku hampa
aku hampa dengan diriku
di saat aku yakin aku kuat
di saat aku yakin aku tak kan bercinta lagi
akhirnya aku lemah
aku tersungkur di pertengahan jalan
aku tewas dengan perasaan aku sendiri
semuanya kerana kamu

kamu yang muncul tiba-tiba dihadapan ku
hadir bagaikan angin kencang
tiada tanda
tiada amaran
puffff
didepan mata
begitu kau bermain dengan perasaan aku
mudahnya bagi kau

kau buat aku bingung
kau buat aku penasaran
apa ini?
apa yang kau cuba lakukan?
apa kau cuba bermain dengan hati dan perasaan ku
apa kau ingat aku ini boneka?
yang ada tika kau sedih
yang ada tersenyum tika kau berduka
memulih setiap nestapa kamu?
aku juga manusia
aku juga punya hati dan perasaan.
jangan buat aku jadi bingung begini
jangan biar aku tertunggu-tunggu satu benda yang tak pasti.
aku perlu jawapan
tolong jangan bermain teka silang kata
hati aku penat
hati aku letih
lelah untuk cinta yang tak pasti
hati aku sedih kerna pernah terluka
hati aku belum cukup kuat untuk menempuh semua ini sekali lagi
jadi tolong,
tolong jangan main-main dengan perasaan aku.
tembok yang ku bina ini belum kukuh.
aku tak rela andai ia roboh sekali lagi,
aku tak kuat.
aku lemah.

Tuesday, March 7, 2017

Menjelang Hari-Hari Terakhir


Dalam Lif Pun Sempat
Eshal Tak Dak


menjelang hari-hari terakhir aku kat sini. cuma ini yang aku pinta, keseronokan. pengakhiran yang begitu sempurna. terima kasih teman. terima kasih untuk dua bulan yang penuh keceriaan. terima kasih atas ilmu yang diberi. terima kasih atas tunjuk ajar yang diperturunkan. terima kasih mahaguru-mahaguru sekalian. jasa kalian akan aku kenang sampai bila-bila.

3 bulan. 3 bulan aku akan merantau ke tempat lain. bulan 6 mungkin aku kan kembali. mungkin juga tidak. entahlah aku sendiri tak pasti dengan apa nak jadi sepanjang tempoh aku di sana. jika baik. aku kembali, jika tidak, tidaklah jawapannya. 

hampa semua tak dak galang ganti. 

Sunday, February 19, 2017

Kuatkan aku, Tabahkan aku

perjalanan aku masih jauh, sangat jauh.
jadi hati, kau kena kental. sangat kental
bila kau jatuh, kau harus bangun sendiri
bila kau sakit, kau harus sentiasa tersenyum.
senyumlah.
mungkin itu penawarnya,
mengubat hati nan lara.

hati, saat cinta datang mengetuk jiwa,
sama ada kau terima atau tidak
sama ada kau gembira atau tidak
aku harap kau kekal bertahan.
aku harap kau kekal tabah

kerna bila kau tak kuat,
aku turut merasakannya
malah ia terlalu kuat impaknya
terlalu kuat sehingga aku sendiri jatuh berdarah.
bagaimana aku harus kuat jika kamu tidak wahai hati.
bagaimana aku kalau kau tak kental

hati, kini kau faham kenapa aku harus kekalkan kau kental
bukan aku mengunci kamu dari terima cinta kerna kegagalan lalu
cuma dengan kekalkan kau terkunci begini
sekali lagi aku harap kau kuat
kuat untuk bersama aku menempuh apa jua rintangan yang datang
hadapi apa jua mendatang.
kerna tanpa aku tak kuat
tanpa mu aku lemah
kerna itu juga aku terlalu menjaga kau

maafkan aku hati
jika aku tak pernah adil dengan kau
jika kekentalan yang aku harapkan ini
menyusahkan kau

seharusnya cinta menguatkan bukan melemahkan kita berdua
kuatkan aku hati
tabahkan aku
tanpa kau siapalah aku

Friday, February 3, 2017

Jagakan Mereka



Ya Allah,
aku bersyukur malah aku terasa ini antara anugerah paling terindah untuk aku
kau kirimkan lagi insan2 baik ini 
terima kasih adakan mereka di sana
alhamdulillah alhamdulillah alhamdulillah
tiada apa yang aku pinta, selain jagakan mereka.


Jagakan mereka Ya Allah. 
kerna dengan izin MU
mereka banyak membantu aku
entah mereka sedar atau tak,
 aku tak kisah
apa yang penting, setiap dari mereka punya kebaikan sendiri
setiap dari mereka punya hati yang murni

Jagakan mereka Ya Allah
kerna dengan izinMU
di saat aku perlu bantuan mereka ada disamping ku
sepantas kilat menghulur jasa
tanpa berkira, tanpa peduli kerja yg mereka sedang gigihkan

Jagakan mereka Ya Allah.
kerna Dengan izin MU
disaat aku berduka di sana
mereka menghiburkan hati ini.
entah juga mereka sedar atau tidak,
tak pula aku peduli
kerna setiap tingkah mereka, itulah originality mereka
merekalah penawarnya

Jagakan mereka Ya Allah
kerna aku tak mampu membalas jasa setaip dari mereka

...Jagakan Mereka...

Wednesday, January 25, 2017

Little by little...

Little by little...

Things getting real and serious.
Alhamdulillah. I'm counting my bless.
I must work harder and harder.
No room for mistakes?
I wont count on it either.
I must focus.
I know where I stand.
I know where i belongs.
InsyaAllah.

Little by little...
Thing getting smooth and better.
I just need to explore and understand more.
The more I know the more I gain experience.

Little by little...
I keep praying to Allah
I keep wishing my dreams would comes true
It might be hard right now
Maybe I will cry out loud to finish what I started
But, I do believe
Yes I believe I could 'fly' too.
Just like Backstreet Boys songs
"Show 'em What 'em (What You're Made Of) lyric,
`So hard to breathe when the water’s high
No need to swim I'll learn to fly, so high, so high`
:)

Nad Kuat.
Nad Boleh 
InsyaALLAH

Friday, December 23, 2016

2016 - Summarizing Story

2016 bakal ke penghujung. tak berapa hari lagi semua orang akan up status azam tahun baru. know what, aku still dengan sikap aku. follow the flow. mana angin bawak, situlah aku ada. 2016 jugak banyak benda jadi and banyak moral yang aku dapat. kira boleh dikatakan tahun 2016 tahun aku jatuh dan mulakan langkah yang baru. azam tahun baru yang orang buat untuk 2017 aku start di penghujung 2016. semua bermula dari ini...

after graduated, aku x buat apa melainkan seek for job opportunities. masa mak tak pencen, dia ada buat main-main suruh aku sambung phd. on that time i said to her " phd? it a big no no lah mak.
 yelah mana dengan ptptn sejak diploma and degree lagi nak bayar. manakan mara lagi nak settle. itu satu hal. yang hal lain plak. phd is long journey, aku mmg tak yaking aku boleh habiskan macam mana aku habiskan diploma sampai ke master. diploma pun aku dah menangis tergolek, sakit semua. inikan phd. but, i'm getting better for master. as day-by-day i became wiser too. thanks to Allah.

bulan 3, 2016. i was in KL when i received a call yg aku dpt qeja dekat gurun. i'm shock at first. but, x try x taw walaupun hati aku terdetik and ada sikit keraguan sebagai langkah berjaga-jaga. in fact, rupanya bukan aku sorang rasa. one of my family pun predict and expect the same thing tapi kami tutup mulut. berdoa benda yang kami fikir tak jadi.

it was May, 2016. in this period of time between march and may, something happen, hurricane came till which i decided with the bless from mom, I quit the job. yes. I did it. why stay if it will be worse. it hurt. so much hurt. ayaq mata? tok sah cita. ia melibatkan ramai pihak opss i would say banyak hati. and aku berkorban dengan lepas jawatan yang seberapa dan career opportunities yang boss nak kembangkan sesaat ja lagi. tapi, macam aku kata, banyak hati yang terlibat. priorities meletakkan aku dipersimpangan dillemma. aku, hati aku atau hati mereka, kesihatan mereka, hubungan. macam-macam aku fikir. but then, aku percaya ini pilihan terbaik. aku yakin perancangan Allah itu lebih baik dari apa yang aku rancang. aku masih ingat, benda tu jadi hari kamis. hari ahad, aku letak jawatan atas alasan sambung study. aku tak boleh fikir better reasons dari tu untuk jaga ayaq muka semua orang. ramai yang terkejut. apa boleh buat. aku nekad.

berjumpa berdepan hati aku sakit. bukan setakat dia tapi seluruh keturunan dia. sehongga cucu dia pon menjadi tempias aku membenci. alhamdulillah, rasa itu hanya seketika, antara mereka ada yang tak salah. bersua muka itu aku elakkan. perancangan Allah sebaik-baiknya. kami bertemu bila hari raya, di airport itu pun cukup menghiris hati. tahu apa aku rasa, rasa nak luahkan saja apa yang terbuku di hati. ingin saja aku lampiaskan rasa kecewa, marah, sedih biar kau tahu sakitnya aku tanggung semua yang bukan aku buat demi menjaga hubungan dan tutttt. setiap kali aku berjumpa mereka, setiap kali itu aku cuba jadi kuat. lepas jumpa aku menangis sepuas-puasnya. aku tak kuat kalau aku tak x dak mak yang slalu bagi semangat. kau beruntung aku ada emak yang pemaaf. kau beruntung aku ada emak yang selalu mengalah untuk kebaikan semua. jika tidak, aku tak tahu apa akan jadi sekarang. mungkin aku dan mereka tidak bertegur sapa.

masa berlalu. ada some part mak p mekah dengan 'one of them' which they thought aku dah maafkan kau. sorry. aku maafkan tapi aku tak pernah lupa apa kau buat! there still unfinished business between both of us. 

waktu ni pun ada family members aku yg dh sambung phd. ini yg seronok pun tahun 2016 rasanya. and aku pun still count bless from Allah. banyak lagi Allah bagi dan aku bersyukur atas nikmatnya. time ni, 'serangan' hebat ke atas aku suh amik phd. bukan takat mak, tok, ayah, adik, kak, pun suh sampai ada ketika aku demam disebabkan suh smbung phd.

it was november, 2016. i got call from one of my friend in that same company. they offer me a job with salary which aku pk tinggilah juga dengan aku yg tak berpengalaman ni. seronok tggu bila disember nak mai. but still but, aku dapat another call mengatakan ada yang caras job tu (da disember). sokay. so alright. bohonglah kalau aku tak rasa apa-apa. terus, bagai di hentak kepala ke dinding, bagai di tampar berkali-kali, aku terfikir apa aku nak buat. puas aku cari qeja merata except from outside kedah la. i'm scrolling around through my phone. haishh. hati tak tenang. apa lagi ujian yang nak mai after all this happen, aku penat. aku letih. rasa macam putus harapan and tak berdaya lagi dah.

entah semangat apa yang datng, waktu aku scroll phone aku tgk fb, otak aku ligat berfikir dengan kelajuan 200 km/jam. ligat sangat sampai aku rasa nak tulis pun aku tak sempat. just aku buat ja apa yang aku fikir dan tergerak di hati. aku fiir, mungkin seruan yang aku tunggu. jawapan dariNYA. dulu aku yang tak yakin tapi pagi tu juga aku snet email ke lecture aku untuk jd Supervisor aku. dekat sorang pun aku tak cakap. dengan perasaan sedih dan kecewa, aku nekad nak sambung study. email aku berbalas tengah hari. aku sujud syukur sebab dia nak jd SV aku with draft proposal. barulah cakap niat nak smbung study dekat kak dlu baru mak. know what? hari yg aku nekad nk smbung phd tu, hari yang sama birthday kau. so, im dedicate it to you as you said my qualification isnt enough to fulfill that position waktu tu yg aku tgh kembangkan job career aku. aku admit mmg aku x layak tuk post tu, tp aku blajar tuk jd yang layak. plus, takkanlah boss aku buta sgt taw aku x layak tp still kembangkan career aku n nk amik aku balik? come on! aku tak mau la doa benda ni jadi balik kt hg sbb kita bkn org lain. depa family aku jugak. so what? aku berserah pada Allah. aku kuat berdiri hari ini sbb kau buang aku, kau tolak aku sampai aku jatuh. waktu tu, kau ptut doa yang aku tak bangun secepat ini. Allah Maha Besar. aku bangun lebih cepat dari yang aku sangka. Alhamdulillah.

hari ni 24/12/2016. hari aku tunggu untuk jadi student phd. mintak-mintaklah urusan aku dipermudahkan. mintak-mintak jawapannya "yes". aminnn.

so tahun baru, welcome and aku still follow the flow. hehehe Bye