Impian cinta ku
aku adalah seorang gadis yang hidup dalam kesederhanaan. family aku termasuklah aku struggle utk hidup.. kami tak lah miskin, cuma kami survive utk hari-hari mendatang. ayah tak kerja. mak punya berapa thn lagi da nak pencen.. aku di thn akhir universiti malah adek masih di bangku sekolah.. banyak yang dah kami buat utk gain money.. bila mak dan aku blik keja.. kami buat delivery food dari umah. tapi aku tak kisah.. selagi aku bersama mereka, aku tahu aku akan gembira dan aku yakin dengannya. dengan sokongan dari kawan-kawan, ia membantu aku untuk berlari menongkah arus bersama mereka menuju kejayaan. aku bersyukur kepada Tuhan. kerna di anugerahkan insan2 yg membuatkan aku terus menerus menjadi siapa aku.. orang yang ceria..
tapi hari ini keceriaan aku bertukar rasa. aku terlanggar seseorang yang datangnya dari golongan bangsawan. aku tertumpahkan air manis di atas kasutnya lalu aku memohon maaf. kejadian itu disaksikan oleh student di situ.. aku ingat bila aku memohon maaf, semuanya akan okay.. tapi aku silap. bila aku memohon maaf, lelaki tadi menyuruh aku mengambil kasutnya dan buang dengan lagak sombong dan angkuhnya dia terus berlalu. akibat terlalu geram, aku ambil kasut itu dan baling ke arahnya .. urghhhhhhh situasi tu adalah yang terburuk pernah berlaku dalam hidup aku. aku berharap yang aku takkan jumpa lelaki itu.
fia: Na! u must listen to me! kau tahu tak budak lelaki yg kau blik kasut tu?
Nana: dak sombong angkuh bongkak tu?
Fia: dia dari golongan atasan yang baru berpindah ke universiti kita atas dasar business ibubapanya.
nana: so?
Fia: so kau da salah orang Na. klu dia ke sini atas dasar business cuba kau byg tgk apa dia boleh buat kat duit.. money power Na. lagipun aku dengar jugak dia balik sini pasal dia kena kahwin. papa mama dia bagi 2 pilihan.. kalau dia tak dak gadis yg dia nak, papa mama dia akan kahwinkan dia dengan pilihan datuk mereka.
aku da mula risau.. money power.. apa patut aku buat ne.. takkan aku nak ganti plak kasut dia kut. aku merenung kasut lelaki tadi yang ku simpan elok di bawah meja. aduhhhhhhh
balik je umah aku terkejut dengan layanan dari mak ayah dan adek.. istimewa sangat.. aku juga nampak banyak barang mewah ada di rumah.. mak dapat gaji ke? kalau ye pun mak takkan belanja cmni. pelik
Mak: sayang.. come.. tengok ni apa yangt kamu dapat
wahhhh banyaknya barang..
Nana: mak.. apa semua ni..
Ayah: kamu dilamar nak, oleh golongan bangsawan
Nana: what!!! mak ayh. i'm 20 years old. i am too young to get marry.
Adik: oit kak.. zaman skang ne lelaki da makin sikit taw. ko nak ke kena madu nanti
huh! biar betul...
mak: Nak, kau tak nak tolong kami ke.,. sekurang-kurang mak ayah adek tahu kau akan hidup senang lenang nanti di sana. kaua da tak payah hidup susah lagi da..
Nana: mak, nana tak mau la semua tu. apa yang nana nak nana nak duk rumah dengan ayh mak adek.. nana tak mau duit tu. apa yg ada pada duit mak kalau nan tak bahagia..
Ayh: nak, kau tak nmpak lagi ke? duit bulih kau buat hidup senang. ayh tak ajar kau jadi materialistik tp itulah kenyataannya sekarang. kau boleh bantu kami dengan perkahwinan ini.
aku rsa sangat frust bila jadi camni.. patutlah layanan istimewa sgt.
keesokkan harinya, \pihak bank datang untuk menyita rumah.. aku da tak keruan
Nana: ok stop!!! bagi kami seminggu. saya janji akan settlekan semua hutang..
aku mengambil cincin yang di katakan punya pasangannya dengan golongan bangsawan itu lalu aku ke rumahnya. aku terkedu melihat rumahnya saja. itu belum isi rumah. lagi.. dalam hati aku terfikir.. ini rumah ka, istana? ramainya pembantu rumah.. semuanya ada uniform sendiri berkot lagi. cuma apa yang pasti mereka dibezakan dengan lencana. aku melihat isi perut hiasan rumah ini. aku terpegun. hiasannya saja pasti mencecah ribuan ringgit. tak lama ke mudian, datang seorang wanita manis wajahnya. duduk di hadapan aku.. aku menyerahkan cincin yang dikirim bersama ku tadi.
mama: ianya asli. jadi nana. awak gadis yang baik, cantik pulak. pastinya berat untuk awak terima perkahwinan yang di aturkan ini. pastinya orang mcam kamu ada impian sendiri kan? bagaimanapun pihak kami amat berterimakasih pada kamu. ini saja kami utk selamatkan perniagaan kami dan utk mewariskan perniagaan ini pada anak lelaki kami.
Nana: ermm maaf kalau saya lancang tapi saya ada permintaan. pasti puan da tahu persis soal keluarga saya, jadi saya mintak kalau boleh puan tolong sedikit, saya bersyukur..
mama: baiklah..
aku lega bila niat aku telah pun disampaikan.. apalah ada pada aku dengan perngorbanan sekecil ini buat keluarga di rumah, aku rela berkahwin bergini meskipun bukan ini yang aku dambakkan.
pembantu: nenek datang...
masuk seorang perempuan yang agak tua namun kejelitaannya masih terserlah..
nenek: jadi inilah budak itu.. manisnya wajahnya.. cu, nenek tahu berat untuk kamu terima pernikahan ini tapi nenek pasti kamu bahagia..
nana: insyallah nenek.
tiba masanya utk aku pulang ke rumah aku nampak lelaki itu
nana: kau?
adam: jadi kau lah calom isteri aku?
nana: kau bakal suami aku? huh!
adam: aku rasa datuk da salah pilih orang lah dulu. tengok sajalah kau.itik hodoh!
Nana: kau pun taklah hebat sangat.
aku berlalu pergi.
pernikahan aku dibuat dengan penuh gilang gemilang. aku tak tahu bagaimana lelaki ini boleh berlakon tersenyum di depan camera sedangkan aku, bersedih di atas perkahwinan ini. tapi aku tahu ini hanya lakonannya. sangkaan aku tepat bila selesai saja berlangsung pernikahan itu kami membawa haluan masing2/ atas persetujuan bersama. papa dan mama setuju utk mengasingkan kami dari sebilik sehingga sampai waktunya.. inilah yang membuatkan aku teramat lega.
Memandangkan hari ni cuti, selepas solat subuh, aku memutuskan keluar berjogging. Namun pagi-pagi lagi da ada yang mengetuk pintu bilik ku.
Nana: ya?
Ani: Puan Muda, saya Ani. Penasihat pada puan dan ini 2 orang pembantu puan, Siti dan Ida. Pengawal peribadi puan akan diperkenalkan kemudian.. Sebentar lagi dan setiap pagi adalah kemestian utk puan muda keluar bersama tuan muda bersama menjamu selera sarapan pagi bersama nenda tuan besar dan puan besar. Jadual selepas itu, akan dibentangkan kemudian.
Nana: err tapi... Tapi...
Adam: kau da dengarkan. Mari
Bila masa plak mamat ni tercegat depan pintu bilik aku. Hishhh nak tak nak aku bersiap ala kadar dan turun ke meja makan. Wow makanan banyaknya.
Nenda: Nana, nenek harap makanan ini sesuai dengan kamu, kalau tak mintaklah yang lain.
Nana: ini semua da cukup, nenda. Sedap. Hihihi
Papa: papa harap kamu selesa berada di sini. Maaflah kalau-kalau peratuiran di sini amat berat untuk kamu patuhi. Walaubagaimanapun papa akan sediakan guru yang baik untuk kamu. Sekali lagi papa ucapkan terimakasih kerna sudi menjadi menantu keluarga ini.
Nana: ermmm nenda, papa, mama.. Kitakan dah jadi satu keluarga tak perlulah nenda papa mama ucap terima kasih macam ni. Segan pula saya nanti.
Mama: makanlah. Jangan malu-malu.
Aku terasa rumah ini kembali menyinar walaupun baru sehari kedatangan Nana sebagai isteriku. Ajaib. Rumah yang dulunya suram dan penuh dengan masalah kini seakan bertukar wajah dan tiada sekelumit zarah masalah. Apa yang ada pada Nana sehingga dia dapat menukarkan hampir keseluruh suasana di sini?
Dalam hati aku tertanya. Lelaki di sebelah aku ni berlagak cool atau sememangnya sombong? Tapi soalan itu bagaikan terjawab bila sampai saja di university dibawa oleh pemandu, ramai yang menerjah ke kereta. Suasana menjadi hiruk pikuk. Patutlah sampai pakai pengawal peribadi segala. Sewaktu aku menolak utk diadakan pengawal bersama mu, papa berkeras dengan menyatakan mungkin aku memerlukannya. Jadi sekarang semuanya da terjawab.
Nana: emm Adam, best tak jadi popular. Tengoklah. Ramai yang menanti kedatangan awak?
Adam: kalau kau nak selamat sampai dalam kelas, genggam tangan aku kuat-kuat. Kalau tak susah kau nak rempuh lautan manusia ni.
Nana: eleh nak pegang tangan aku cakap jelah
Adam: apa?!
Nana: ermm tak de apa.
Adam: kau ingat aku tak dengar. Pergilah jalan sendri.
Urm.. T_T cakap sikit pun nak marah
Adam keluar meninggalkan aku. Seperti kata Adam. Memang payah utk aku merempuh lautan manusia di hadapan ku ini. Pengawal saja di rempuh dek mereka.. Aku yang berjalan menunduk ke bawah hanya mengikut laluan yang kosong. Tak semena-mena bahu ku di rangkul kejap oleh Adam dan berjalan seiring ke kelas.
Aku terdorong sedikit ke hadapan bila Adam dengan kuat melepas rangkulannya.
Adam: tunggu kat sini. Kalau tak pun. Duduk dalam kelas diam-diam.
Tanpa sempat aku bertanya ke mana dia hendak pergi, Adam berlalu. At the same time kawan-kawan aku menerjah.
Tika: tak sangka kau. Sampai hati kau kahwin dengan lelaki pujaan hati aku
Fara: da la kahwin tak ajak
FIa: sudahlah kawan-kawan. Siapalah kita ni. Kita da tak setaraf dengan dia.
Nana: korang. Apa ni. Aku tak lupa kat korang la. Semua ni jadi bukan aku yg rancang.. Ia jadi terlalu cepat sampai aku pun tak sempat bernafas.. Tau2 semalam aku da jadi isteri orang. Maafkan aku ea
Fia: macam mana kehidupan kau dalam 'istana' tu?
Nana: urmmmsetakat skang okay cuma korang tahu tak dalam rumah tu ada peraturan. Aku kena blaja protokol.
Fara: sopan habisah kau?
Nana: maunya tak. Makan beradab. Kau tahu je lah aku kalau bab makan cam na kan. So untuk tak mengantoikan aku. Aku makan sikit je.
Adam: oi itik! Sini.
Nana: 'anak raja' ni panggil lak da.. Kejap ea
Adam: habis kelas terus keluar tempat tadi kereta akan tunggu.
Nana: erk! Habis awak?
Adam: none of your business.
Meskipun hatiku hampa, aku tak mahu rosakkan m00d akudi sebabkan lelaki ini.
Nana: ok :)
Tika: eee, teruknya.. Macam tu ke dia layan kau sepanjang kau jadi isteri dia..
NAna: sudahlah. Jangan fikir pasal dia. Jum aku belanja korang ais krim nak?
Sorakan mereka inilah yang buat aku kuat untuk berhadapan dengan apa. Yeah aku mushkil pasal Adam. Hati aku mengatakana Adam yang sebenar tak macam ni. Adam yang sebenar adalah orang yg mudah tersenyum. Aku pasti itu...
Selepas aku pastikan Nana pulang ke rumah, aku terus menghalakan kereta ke suatu tempat untuk menenangkan diri. Hairan aku. Dilayan begitupun, senyuman tetap terukir di wajah,., di kata itik mulut muncung sedepa. Haha. Tapi hati aku riang melihat dia. Wajah ku ingin mengukir senuman buatkan. Tapi ego ku menghalang. Fikiran kotor ku yang menyatakan standardnya tak sepadan dengan ku terus mengular. Sedangkan hati aku ingin bermesra dengannya. Menukmati keseronokan dunianya yang ceria. YA ALLAH wanita yang kau kirimkan ini sungguh kuat hatinya.
Student 1: eh aku dengar sebelum ni Adam ada propose dak ballet kan? Cantik tapi sayang cintanya ditolak.
Student 2: kau biar betul?
Student 1: betullah
Berita yang baru ku dengar sedikit sebanyak menganggu gugat ku. Telefon ku berdering nyaring. Terkejut aku. Tanpa memandang skrin aku terus menjawab panggilan..
Syahril: PANDA!!!!
Nana: terkejut aku bongok! Haha apa kau nak?
Syahril: apa kau nak, kau tanya. Cuba la kau tanya aku ne sehat ke tak, aku kat mana?
Nana: kau sehat ke tak? Kau kat mana? Puas hati cik abang? Bluek
Syahril: hahah kau ni lawak tak sudah2.. Meh la turun ha.. Aku kat bawah ne. Datang jauh nak jumpa kau.. Sombong ea kau skang mentang2 da jadi anak org besar, aku pun kau tak pandang...
Nana: oit2! Pe kau mengarut ne ha monyet.. Kau tunggu jauh kit. Jap g aku datang.
Aku mengintai-ngintai keadaan sekeliling. Takut-takut tertangkap dek pengawal aku. Almaklumlah jadual lepas ni patutnya aku menghadiri klaz protokol. Ponteng sekali takpe kut.
Syahril: hoi! Pe ko buat terhendap2 tu ha?
Nana: shhhhhhhhhh ne aku lah. Bengong. Da cepat jum.
Syahril tergelak terbahak-bahak bila aku menceritakan kehidupan aku sekrang
Nana: kau datang jauh2 kat aku ne sebab nak gelakkan aku ke?
Syahril: iye.. Eh tak! Sorry weh.. Tapi cita ko tu lawak.. Leh plak dia buat badak ngan ko an? Aduyai.. Ko plak blajak cam isteri mithali
Nana: aku tak berlagak cam isteri mithali la bro. Tapi bila aku tengok muka orang tua dia ngan nenek tu aku dapat rasa diorang lalui masa yang sukar. Jadi kehadiran aku ne patutnya menceriakan keluarga tu kan? Jadi aku cuba sedaya upaya. So aku x nk pun title isteri mithali bagai. Bg aku asal aku mampu berikan blik saat ceria dalam rumah tu, aku da puas hati.
Syahril: walaupun suami kau macam tu?
Nana: pantai lagikan berubah ini pulak hati manusia kan? :D
Pulang saja dari berjumpa Syahril, aku ternampak Ani sedang menunggu ku di muka pintu
Ani: Puan! Puan ke mana tadi. Puan kan tahu puan harus ke kelas protokol. Puan da langgar peraturan puan patut dihukum
Apa? Aku da cuak.. Gila ar.. Ingat aku dak sekolah tak g klas kena berdiri depan berhimpunan? Urghhhhhhhh apa patut aku buat ne.. Terima je lah hukuman ne
Nana: maaf
Adam: saya yang benarkan dia keluar. Dia tak sehat hari ni. Jadi takpe lah kan kalau dia nak ambil udara sedar..
Ani: erk! Tuan tapi..
Adam: sudahlah Nana. Mari, saya hantar awak ke bilik.
Aku sangkakan Adam betul-betul ingin menyelamatkan keadaan tapi lain pula jadinya. Di satu sudut rumah.,
Adam: apa kau dah buat ne ha?!
Bentak Adam. Aku terkejut Adam bertukar menjadi garang
Nana: apa saya da buat?
Adam: apa kau da buat? Hey!! Kau ponteng klaz universiti. Kau ponteng klaz protokol, kau keluar dengan lelaki yang aku tak kenal boleh kau tanya apa yang kau da buat?!
Nana: dia kawan Nana sejak sekolah.
Adam: aku tak nak tahu!! Kau sedar tak status kau apa sekarang? Kau tu isteri aku. Yeah aku tahu kau kahwin dengan aku pun sebab duit kan?
Nana: habis apa status awak?! Satu universiti da tahu awak kena kahwin paksa dengan saya. Kenapa dari dulu awak tak kahwin dengan perempuan tu. Awak tahu tak mereka gelar saya perampas? Awak tahu tak sakitnya saya denga title tu? Ya! Memang saya kahwin dengan awak sebab duit. memang saya orang miskin. Saya sedar saya bodoh tapi saya tak tahu kenapa saya bertahan dengan awak. Saya cuma nak awak ceria sebab saya tahu Adam yang sebenar bukan adam di depan saya sekrang. So stop pretend yang macam awak tahu semua apa yang saya rasa!
Aku berlalu dalam bilik. Hari ni, aku kalah dengan air mata aku sendiri. Pada asalnya aku kuat menghadapi Adam. Tapi bila dia menuduh aku dengan soal duit, itu yang buat aku goyah. Akibat keletihan aku terus tertidur di atas sofa di dalam bilik. Namun sebaik saja aku sedar, aku tak lagi di sofa dan aku berada di atas kali bersama tuala basah dia atas dahi. Aku demam ka? Aku mendemah dahi sendiri. Kepala ku terasa pening pening sikit. Aku ingin berlalu ke tandas namu mata ku menangkap sekujur tubuh di atas sofa. ADAM?!
Aku menghampiri lelaki ini. Aku duduk di hadapan pembaringannya. Tanpa sedar aku mengukir sebris senyuman untuknya. "Trimas"
Keesokan paginya.
Siti: puan.... Puan da sembuh?
Aku ternampak Adam yang baru nak keluar dari biliknya.
Nana: saya sehatlah.
Ida: semalam puan demam panas. Nasib baik tuan jaga puan semalaman.
Nana: habis kamu berdua buat apa?
Sakat ku
Siti: tuan nak jaga puan sendiri katanya.
Nana: hehe takpe2 tak payah la takut. Kamu berdua da sarapan?
Ida: puan. Nampaknya Tuan da ready.
Nana: huh?
Jantung aku berdegup kuat bila haruman minyak wangi Adam menerjah ke hidung. Bila aku toleh ke sebelah Adam da tercegat di situ. Aku tersenyum padanya tapi Adam buat muka pelik sambil menyiku apa
Nana: apa?
Di sebabkan aku ne lambat pick-up, Adam menarik tangan lalu di suruh merangkul tangannya. Aku menyorok muka malu dibelakang bahunya apabila tersedar kedua pembantu ku tersenyum ke arah kami.
Hari ini aku kena hukuman kelas protokol.. Aduh kena blaja sehari suntuk plak tu... Mentang2 hari ni aku tak dak kelas. Tapi aku bernasib baik sebab Adam temankan aku hari ni, walaupun dia sendiri hanya dibenarkan duduk pintu kelas. Apa punya peraturan rumah ni pakai. Huh! Tetiba. Penasihat Adam datang memberitahu kelas perniagaan Adam terpaksa di gantikan sekarang. Hilang semangat aku. Bila Adam ingin berlalu aku menarik muncung. Aku nampak Adam tersenyum dan tertawa sikit. Aku plak cam terkena kejutan elektrik bangun melompat sambil tersenyum.. " ya! Akhirnya aku berjaya buat Adam tersenyum"
Bila di tegur Ani. Barulah aku kembali ke tempat duduk. Haish! Apalah aku ne buat malu ja.
Waktu minum petang bersama keluarga tiba-tiba mama bersuara.
Mama: macam mana kelas kamu hari ni Nana
Nana: baik mama. Semuanya berjalan dengan lancar.
Aku ternampak Adam hendak gelak. Aku menyikunya di bawah meja.. Gelakkan aku pasal tadilah tu.. Sampai aty. :(
Mama: maaflah Nana. Itu peraturannya.
Nana: takpe mama lagipu memang salah saya tak pergi kelas..
Papa: macam mana dengan demam kamu? Da embuh
Nana: alhamdulillah saya da sehat papa. Ada orang jaga.
Nenda: bahagia nenda dengar. Jadi apa yang nenda patut beri pada kamu Nana?
Nana: eh saya buat semua ni ikhlas. Jadi saya tak perlulah apa-apa balasan nenda
Aku serba salah. Tiba-tiba Adam menggenggam tangan ku di bawah meja. Jantung aku beat twice.
Adam: papa mama kalau boleh Adam nak bawak Nana bercuti kat rumah dia.. Da sebulan kan dia tak jumpa keluarga dia
Papa: macam mana dengan perniagaan dengan kelas business kamu..
Nana: err Adam... Kalau menyusahkan tak payahlah. Ouch!!
Adam menggenggam kuat jari ku.. Sakitlah..
Nenda: pergilah cu.. Takpelah sehari dua tak pergi kelas. Kamu berdua pun perlukan rehat
Adam: terima kasih nenda.
Aku lepak2 di ruang lejar yang mana macam ruang tamu sebelum masuk ke bilik masing-masing.
Adam: tengok jari kau.
Nana: alarh jari itik hodoh ne.. Tak de apa-apa pun. Tak payah lah.
Adam menarik tangan ku.
Adam: degil!
Adam meniup-niup jari-jemari aku yang mana tadi digenggamnya kuat.
Adam: Siti.. Ambilkan ubat sapun.
Nana: eh tak payahlah.. Sikit je ne.. Bukannya apa sangat pun kejap lagi baiklah.
Adam: ha degil lagi degil!
Aku menutup mulut dan menunduk ke bawah, tak sanggup aku tatap wajah adam yang berang tu. Siti datang dengan pantas membawa minyak gamat utk adam.
Adam: siti, Ida pergi kemaskan barang puan untuk 3 hari.
Nana: tapi saya boleh kemas sendiri. *_*
Adam: cubalah duduk diam-diam.
Adam melurut minyak itu di jari jari aku dengan perlahan bukan mengada, tapi setiapkali terkena picitan yg kuat, aku mengaduh sakit seraya itu juga wajah Adam berkerut.
Adam: sudahlah.. Lagi sakit awak nanti.
Nana: awak takut saya sakit:
Adam: sudahlah. Kita nak berangkat ne. Mari.
Hikhik aku tertawa sendiri :D
Sebelum kami masuk ke rumah, aku mengingati Adam akan sesuatu.
Nana: adam kalau awak tak nak buat semua ni saya tak kisah, mari kita balik ke rumah awak. Suasana ne tak sesuai untuk awak. Maklum sajalah awak pun tahu keluarga saya mis...
Tak sempat aku habis cakap adam membuka pagar rumah, dan mendahului aku mengetuk pintu.
Nana: mak!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
Aku memeluk emak, ayah dan juga adek lelaki ku ini. Rindunya aku pada mereka seakan terubat
Mak: errr Adam, dalam rumah ne tak banyak bilik. Kami tahu kamu berdua tak kongsi bilik, jadi,
Adam: tak pe. Kami berdua tidur ja di bilik yang selalu nana tidur.
Nana: ha?! Tapi.. Tapi...
Adam menekup mulutku
Ayah: pergilah berehat.. Kamu berdua tentu penat.
Nana membawa aku ke biliknya dengan perasaan takut-takut. Ingin saja aku memuntahkan tawa kala ini. Kemas tersusun biliknya. Gaya aturan yang seperti keanak-anakan ini cukup menggambarkan perwatakkan Nana yang sebenar\
Nana: awak tidur bawah. Ini katil saya.
Adam: eh mana boleh. Aku tak biasa tidur atas lantai.
Nana: jadi, biasakanlah. Good night
Nana melompat ke katilnya sambil menguak kaki dan tangan bagi memenuhi segenap ruang katilnya yang comel itu. Uh! Tak leh jadi ni. Aku tak boleh mengalah.
Adam: tepilah sikit
Nana: aaaaaaarrrrrrrrrrrr
Adam: yang kau menjerit ne pehal?
Nana: urmm :( yang awak naik atas katil ni kenapa?
Adam: kau takut? Pergilah tidur bawah
Adam menarik selimut tebal aku. Takkanlah. Huuuuuuu mak nak tidur dengan mak.
Adam: jangan kau fikir nak tidur bilik lain dari bilik ni pulak
Cam tetaw je apa yang aku fikir hihihi.. Dia mengambil bear besar aku. Eh2
Nana: eh! Itu teddy saya. Bagilah balik.
Adam: kau tidurlah situ senyap-senyap.
Nana: nak teddy.
Adam: tak boleh!
Aku membelakangkan Adam. Adam menolah aku sedikit tanda protes.
Nana: okay bangun. Jom kita selesaikan masalah ni. Awak pergilah tidur bawah.
Adam: saya tak nak.
Nana: okay saya tidur bawah.. Bagi balik teddy saya
Adam: tak mau. Da gi tidur bawah. Esok nak bangun awal..
Hampeh punya laki. Aku disuruhnya tidur bawah. Itulah kecik-kecik tak nak susah ni lah jadinya. Besar-besar nyusahkan org.
Adam: apa?
Aku menggeleng. Dia dengar ke aku mengomel dalam hati? Dashyat betul suami aku ni. Arhghhhh pedulikan semua tu. Tidur bawah pun bez apa. Lagi sejuk. Aku tidur dengan nyenyak dibawah tanpa mempedulikan adam yang da amik teddy bear aku tuh huhuhu
Tak sampai hati pulak aku tengok wajah comel ni tidur bawah. Comel.. Hello. Apa aku ne? Da gila agaknya. Biarlah dia kat bawah tu da nyenyak tidur tu. Ishh tapi suami cam mana aku ni biarkan isteri tdur bawah.. Kut sakit blakang sok.. Kaum hawa ne patut dilindungi. Mau tak mau aku mengangkat Nana ke katil di sebelah aku. Habis aku? Urgghhh lantaklah. Aku bari di sebelah nana. Jantung aku berdegup kuat memandang wajah Nana. Gulp! Ringan tangan ku membelai wajah comel ini. Jangan Adam.. Jangan buat tanpa kerelaannya. Dayus ko nanti. Tiba-tiba Nana menggeliat. Aku membatukan diri. Tangan Nana jatuh dipinggang ku. Ya Allah berpeluh aku dalam aircond. Aku menarik nana rapat dan memletakkan kepalanya di dadaku. Barulah aku boleh tidur lena.
Pagi esoknya aku terjaga akibat jeritan Nana dan tolakan kuat darinya.
Adam: kenapa awak ne?
Aku bagaikan terkena kejutan elektrik apabila tersedar aku sekatil dengan Nana dan melihat wajah pucat itu, aku sedih.
Nana: awak tak buat apa2 kan kat sana semlm?
Adam: awak ne gila ke apa.. Saya angkat awak atas katil pun da besar rahmat. Awak yang tidur puas sampai peluk saya semalam. Taulah awak tu da jatuh cinta pada saya
Katanya slumber.. What aku? Jatuh cinta?
Nana: merepeklah awak ne.
Adam: ha tu muka da merah da tu
Nana: ouh saya lupa. Hari ni mak dengan ayh tak de kat umah. Adek gi sekolah jadi awak nak makan apa. Saya siapkan jap g.
Adam: awak pandai masak ke?
Aku mengangguk.
Adam: kita masak sesamalah. Saya mandi dulu.
Anak raja ne reti ke masak?
Masuk je dapur aku tak benarkan Adam masak.
Adam: awak ingat saya tak pandai masak ke ha?
Nana: ingat mcm tu la hahahahahha sudah gi duk depan.
Adam: eee itik ni
Nana: pergi sana cepat.. Hari ni biar saya masakkan utk awak. Jap g da siap saya panggil
Dia berlalu jugak ke ruang tamu.
Rumah di kecik tapi ckup bahagia. Tak macam di rumah aku. Nak jumpa papa dan mama sekali pun susah.. Apatah lagi kakak aku yang merantau cam tak ingat nak blik umah tu. Walaupun alatan rumah tak perabot tak selengkap aku dirumah namun mereka seakan ada semua. Ini kerana mereka bersatu.. Hurmmm
Nana: makanan da siap..........
Panggil Nana nyaring.
Nana: cepatlah makan. Awak tentu da lapar.
Boleh tahan juga itik ni masak. Boleh buat aku tambah berkali kali ne
Nana: sedap tak?
Adam: makan je lah.
Nana: nak jawab pun susah
Nana menarik muka muncung. Ingin aku memuntahkan tawa namun dek sbb nak blagak cool aku menahan tawa seboleh mungkin.
Keesokkan harinya kami pulang ke 'istana' semula.
Nenda: macam mana kamu berdua cu. Baik?
Nana: sehat nenda. Nenda papa mam sehat?
Papa: kami sehat. Seronok dapat lihat kamu berdua di sini semula.
Aku masuk ke ruang kamar aku dan seperti biasa akan ada akhbar diletakkan dibilik ku utk dibaca. Muka depan akhbar kali ini amat mengejutkan.
"Anak bangsawan perniagaan disuruh kahwin paksa dengan gadis bukan pilihannya dari golongan bawahan!"
Ya Allah. Ujian apakah ini. Aku ke kelas seperti biasa. Tepat jangkaan aku apabila rata-rata student memegang akhbar yang sama sambil memandang aku. Tiba-tiba aku dilanggar seseorang.
Nana: sorry
Sorry? Bukan dia ke langgar aku? Apa-apa je lah.. Salah aku gak tak tengok jalan, asyik menung ja kan?
Lydia: excuse me. Kau ne isteri Adam kan? Aku Lydia. Kekasih Adam.
Bagai mahu gugur jantung aku dikala ini. Apa semua ni?
Lydia: boleh aku cakap dengan kau kejap.
Aku membontoti gadis ini ke suatu sudut universiti.
Lydia: kau tahu kan yang kau ne tak padan dengan Adam. Kenapa kau terima lamaran tu? Pasal duit? Mesti kau ne materialistik!
Nana: cik lydia. Apa pun yang berlaku, itu anatara saya dan Adam. Awak tak dak hak nak masuk campur.
Lydia: hey! Aku datang dulu dalam hidup dia kau tahu tak?
Nana: kalau begitu, kenapa awak tolak lamaran dia dulu.
Lydia: sebab aku tak bodoh nak berkurung dalam rumah agam tu macam kau. Tapi aku sayangkan dia dan aku kesian bila dapat tahu gadis macam kau dia kena kahwin. Macam langit dengan bumi. Siapalah datuk kau yg merancang perkahwinan ni
Nana: awak boleh kata apa saja pada saya tapi bukan datuk saya. Harap awak faham.
Aku ingin berlalu tapi kata-kata lydia buat aku berhenti melangkah
Lydia: aku nak kau tahu satu benda. Adam dan aku da merancang untuk masa depan kami. Sampai masa kau akan diceraikan. Aku harap bila tiba masa tu, kau kuat tuk terima.
Pulang ja ke rumah agam sepatah tidak aku cakap dengan adam. Mujur saja petang itu aku tiada kelas protokol jadi aku mengambil peluang yang ada untuk berjogging. Lantaklah kalau pengawal2 ne pun nak ikut. Aku berlari sekuat hati bagi melepaskan kesedihan dan kemarahan di hati.
Siti: cik puan. Cik puan... Okay ke ne.
Nana: panggilkan amin. Saya nak ke tempat boxing.
Siti dan Ida saling memandang antara satu sama lain
Nana: this is an order
Kalut Ida. Berlari ke arah Amin yang setia menanti dan membawa aku ke gim boxing. Di sana aku melepaskan tumbukkan demi tumbukkan sehingga aku merasa lelah. Merembes air mata aku keluar. Ditudih perampas. Dituduh menjadi perempuan materialistik. Dan ckup dengan aku, family aku terima padahnya. Atuk juga. Hidup ini macam tak adil dengan aku.
Ida: cik puan sudahlah tu.. Mari kita balik.
Ida bersuara cemas.. Mungkin risaukan aku. YA Allah di kala ini aku rasakan tak ingin aku kembali ke istana itu. Namun setelah aku berlari dan melepaskan tumbukan sekuat hati, aku berasa sedikit lega.
NAna: mari kita balik
Badan ku terasa sedikit segar apabila mandi air sejuk setelah balik ke rumah. Aku rasa inilah masa yang sesuai untuk aku bercakap dengan Adam.
Aku masuk ke bilik adam dia membelakangi aku. Aku nampak dia memakai earphone dan dgn harapan yg dia tak dengar aku meluhkan rasa
Nana: Adam, saya tahu saya tak sesuai ada di sisi awak. Saya tak layak pun. Bila lydia datang jumpa saya tadi, saya sedar yang saya da ambil tempatnya. Saya juga tahu kepentingan awak atas perkahwinan ini. Jadi, utk ketika ini saya mintak dengan awak, capai lah cita-cita family awak dlu untuk tgk awak memegang empayar business papa awak, dan kemudian awak boleh lepaskan saya dan bina hidup dengan Lydia. Saya tahu banyak yang awak rancangkan masa depan awak dengan Lydia kan> maaflah saya da rosakkan segala-galanya. Tapi entah kenapa hati saya macam berat nak lepaskan awak. Padahal hati saya tahu persis bagaimana perasaan awak terhadap saya. Tepuk sebelah tangan takkan berbunyi kang Adam. Apalah saya ni. Mencintai orang yang tak pernah pandang saya pun. Saya ni kan itik hodoh. Mana nak sama dengan swan yang jelita. Hurmm da banyak saya merepek. Good night.
Aku kembali semual ke kamar ku dan menangis semahunya. Aku tak percaya yang aku boleh luahkan sebegitu rupa. Akhirnya aku terlena dengan linangan air mata.
Bila aku pastikan nana sudah pun tidur aku masuk ke biliknya perlahan-lahan. Khabar yang ku dengar dari pembantu Nana amat mengejutkan dan luahan hati Nana itu yang membuat hati kecilku menangis. Aku harus selesai ini dengan lydia.
Aku meneliti jari jemari Nana yang halus itu. Habis merah dan luka bahagia belakang telakapak tanganya akibat tumbukan yang kuat. Pasti dia terlalu kecewa. Lihat saja wajahnya yang lena ini. Ia seolah olah menceritakan kisah pahit Nana.
Keesokkan paginya Nana masih tidak menegur aku. Hari pertama, kedua dan ketiga. Aku tak tahan lagi diperlakukan begini. Lalu bila Nana berjalan di ruang lejar kamar barulah aku berani menegurnya.
Adam: err nana.
Dia berhenti melangklah namun masih tidak menoleh ke arah ku. Tapi seraya berkata.
Nana: jangan risau. Bila masa itu tiba. Saya kuat tuk hadapinya. Awak buatlah kerja awak dan saya buat kerja saya.
Keadaan kembali kaku. Sebenarnya aku terkejut dengan ucapan nana.
Pengawal: Tuan. Tuan
Aku terdengar riuh di halaman rumah agam ini. Aku keluar tuk melihat apa yang berlaku.
Nana: ada apa Aiman?
Aiman: maaf cik puan. Tapi kami mencari Tuan, tapi dia tiada.
Mana pulak anak raja ni pergi
Nana: tak pelah nanti saya jumpa saya beritahu.
Dek kerna kerisauan aku yang tak bertepi aku turut mencari suami ku sendiri di halaman ruma yang besar ini. Smpai di satu pohon yang rendang, aku berhenti berehat.
Aduhhh mana pulak anak emas ne.. Omel aku dalam hati. Eh tangga apa pulak ni?
Aku memanjat tangga ke atas pohon itu. Barulah aku sedar yang ada pondok kecil di atas pohon ini. Wow. Di satu sudut aku ternampak Adam termenung
Nana: ouh jadi kat sini anak raja seorang ne menyorok. Puas pengawal awak cari
Dia membatukan diri
Nana: Aiman.... Tuan awak ada di sini Aiman.... Opssss
Aku terjatuh apabila ditarik kuat ke belakang namun aku tahu badan ku tak terjatuh terus ke lantai. Sempat disambut adam. Aku dapat mendengar nafasnya yang laju.
Adam: apa awak buat atas ne? Tak boleh ke kalau tak ceroboh tempat peribadi saya?
Nana: ini tempat peribadi awak? Takde tulis dilarang menceroboh pun.
Aku dapat mendengar adam merengus.
Nana: kenapa awak lari ke sini?
Adam: takde kena mengena dengan awak.
Nana: okay saya turun dulu Tuan Besar.
Elok aku ingin bangun dari tempat duduk adam menarik tangan ku
Adam: boleh awak temankan saya dekat sini barang seketika.
Wajah lelaki ini sangat resah. Aku mengangguk perlahan. Kalau itu yang dapat menenangkan Adam aku rela duudk di situ bersamanya.
Beberapa hari selepas itu, aku keluar bersama Syahril kerna suda lama tak bersua muka. Tapi tak lama kerna aku ada kelas protokol aku pulang semula ke rumah agam ini. Namun apa yang berlaku tak seperti yang aku jangka. Selalunya Ani yang akan menunggu aku dengan wajah tegas mencuka tapi yang menunggu aku kali ini wajah garang Adam. Aku ditolak masuk ke bilik
Adam: dengan siapa kau keluar tadi.
Nana: membe, syahril kenapa?
Adam: ouh sekarang kau pun da merancang masa depan kau dengan dia. Supaya lepas ni senang hidup kau. Itu yang kau nak. Kau nak aku lepaskan kau.
Nana: awak, awak da salah faham. Syahril datang
Adam: saya tak nak tahu semua tu.
Nana: tapi.. Tapi.. Awak perlu dengar penjelasan saya.
Adam langsung tak mahu dengar penjelasan aku. Beberapa hari aku cuba menegurnya namun hampa yang aku dapat. Kemuadian Ida memberitahuku dengan keadaan serba salah bahawa Adam mengikuti kursus perniagaan di luar negara selama enam bulan. Aku cuba mengejarnya hingga di airport. Namun panggilan aku sia-sia; suara ku tak di dengar. Adam hilang dari pandangan aku.
Enam bulan berlalu tiada khabar berita dari Adam. Mahupun dari ke dua orang tuanya. Kata Ida aku nampak semakin susut. Nenda juga menegur perubahan aku. Kali ini aku tamat belajar dan aku nekad untuk menyusul adam di bumi barat. Aku meminta izin ke dua dua orang tua ku dan juga papa dan mama dengan syarat pemergian aku ini tak di ketahui Adam. Kata ku mahu buat kejutan.
Atas pertolongan sahatbat Adam Adri. Aku selamat tiba di bumi barat bersamanya. Aku tak lengahkan masa terus aku meminta Adri membawa aku terus dimana Adam berada sekarang. Berat beban aku menanggung rindu padanya.
Aku ternampak kelibat Adam di satu majlis keramaian. Semakin aku ingin dekati Adam, semakin aku kenal perempuan di sebelahnya. Lydia! Lututku terasa longgar. Aku pasti Adam dan lydia nampak aku berada di situ namun mereka berlagak seperti aku tiada di situ. Hancur hati aku. Luluh benar rasa jiwa aku. Benarlah kata lydia. Dia kotakan apa yang dikatakannya
Adri: sekarang macam mana
Nana: Adri, aku rasa aku patut selesaikan dengan Adam segera, aku tak mahu dia tuduh suami curang.
Adri: kau da buat keputusan.
Nana: kenapa aku harus hidup dengan orang yang da tinggalkan aku terlebih dahulu?
Adri: kau tak nak bincang dulu e? Mana tahu ada jalan penyelesaian?
Nana: dia penanh ke bincang dengan aku? Hari aku sakit Ad. Hati aku sakit. Mcam mana aku boleh jatuh hati pada orang begitu. Aku sabarkan diri hidup di sisinya. Aku cuba warnai setiap kegelapan dalam diri tapi kau sendiri nampakkan? Cahayanya bukan aku tapi lydia. Aku tak tahu Adri kenapa aku sayangkan dia. Bodoh ke aku ne?
Adri: Na, aku rasa baik kau balik rehat dulu. Mari kita balik hotel
Nana: Ad, boleh kau tolong aturkan agar aku boleh jumpa Adam esok?
Adri: insyallah aku cuba Nana mari.
Selepas menghantar Nana pulang ke hotel, aku mencari Adam.
Adri: Adam apa yang kau buat ne. Kau tak kesian ke tengok isteri kau tu. Terkejut dia nampak kau dengan lydia. Sudahlah Adam, kalau betul kau nak dengan lydia. Kau lepaskanlah Nana dengan cara elok. Jangan seksa dia dengan dunia kau. Kau tak nampak ke dia makin kurus. Bukan slim dan kurus. Semua orang tahu lah kurus dia tu kurus stress. Sebab apa? Sbb kau lah. Hilang macam tu jek. Bukan 2 3 hari. Setengah tahun dia tunggu kau. Alik-alik da cari smpai sini kau pulak buat hal.
Adam: aku tak dengar ceramah percuma kau.
Adri: kau kawan baik aku Adam. Tapi ini kali pertama aku tak setuju dengan kau. Lepaslah dia Adam. Dia sendiri ada dunia dia. Jangan sampai bila dia berhenti menangis untuk kau, baru kau sedar yang dia berhenti mencintai kau. Ingat tu.
Keesokkan harinya, aku berjaya jugak jumpa Adam
Nana: awak sehat?
Adam: ada apa kau datang jumpa aku sampai cari aku di sini? Straight to the point. Aku tak dak masa
Nana: awak nampak sehat dan gembira.
Adam: nana apa yang awak nak?!
Bentak Adam. Aku terdiam akibat jerkahan adam yang kuat
Adam: kalau kau rasa kau datang sini nak mintak ceria, kau silap. Aku takkan ceraikan kau untuk lepaskan kau pada jantan tak guna tu.
Bulk! Adri.
Adri: cukup Am cukup!! Tak puas lagi ke kau seksa Nana. Tak puas lagi ke ha? !!!Hey kau tahu tak kau ne jenis tak makan nasehat? Aku kasihan la dengan kau ne. Buta hati bila cinta depan mata, buta mata kau tak nampak mana intan mana kaca, pekak tak dengar yang sayang yang mana yang celaka
Nana: Ad. Sudahlah ad.. Sudahlah
Aku merapati Adam. Cuba membantunya yang terjelopok jatuh dan berdarah akibat tumbukan Adri. Namun adam menolak ku ketepi
Adri: sudahlah nana manusia macam ni tak patut di tolong. Mari. Kita balik Malaysia.
Beberapa hari berlalu setelah aku pulang ke Mlaysia aku cuba untuk memberi reaksi seperti biasa. Namun aku dapat rasakan yang nenda tercium bau kesedihan aku. Aku naik ke pondok Adam. Sejenak, terbayang kisah berlaku dipondok ini
Adam: boleh awak temankan saya dekat sini barang seketika.
Inilah kata katanya sewaktu dia betul betul resah smbil mengenggam tangan mengharapkan sedikit semangat. Namun kini pada siapa yang aku harapkan untuk menyalur sedikit kekuatan. Air mata jatuh ke bumi.
Adam: nana...
Eh. Aku ni da gila ke apa sampai dengar suara Adam. Tak mungkinlah Adam ada di sini.
Adam: nana.
Aku membuka mata, memndang sekeliling, aku nampak sesusuk tubuh yang ku kenal. Aku tak bermimpi. Itu Adam. Aku mengesat air mata dari di lihatnya dan ingin berlalu
Nana: maaf saya ceroboh tempat awak.
Aku melintasi Adam namun siku ku digenggam kejap.
Adam: tolong saya awak. Saya perlukan awak
Nana: saya rasa awak da silap orang. Nanti saya call lydia.
Adam: tak awak. Saya nakkan awak. Isteri saya Nana.
Adam memeluk ku kejap. Sambil menangis adam berkata
Adam: maafkan saya Nana. Maafkan saya saya tak tahu bila tapi awak da curi hati saya. Tikah awak buat saya rindu. Senda awak buat saya tertawa, senyum awak ekuatan saya. Bila awak jauh saya risaukan awak. Saya cintakan awak nana. Tolonglah terima saya yang hina ni.
Terhinjut-hinjut Adam menangis dipelukan ku.
Nana: shhhh adam.. Adam dengar sini.
Aku cuba merenggangkan pelukan adam namun semakin aku cuba semakin kuat pelukannya. Aku tak mahu bermimpi di siang hari lagi. Aku takut kalau-kalau kali ini aku tak kuat. Aku beberapa ketika aku biarkan Adam dengan keadaan.
Nana: Adam, listen to me. Saya tak nak bermimpi di siang hari lagi..
Tiba-tiba adam mencubit ku kuat. Auwww sakit jerit ku
Adam: awak tak mimpi. Sebelum awak cakap apa-apa saya ada permintaan
Nana: apa?
Adam: nana, tolong jangan tinggalkan saya. Saya tak sanggup nak tempuh hari mendatang tanpa awak. Saya tak boleh fikir pun macam mana saya tanpa awak.
Nana: abis 6 bulan
Adam: saya menyesal Nana. Hukumlah saya tapi jangan tinggalkan saya. Saya akan berubah.
Nana: bagi saya masa.
Adam: nana saya letih sangat. Boleh awak temankan saya tidur?
Belum sempat aku berkata apa-apa Adam melabuhkan kepalanya keribaan aku. Ya Allah masih punya aku kekuatan untuk hidup bersama lelaki ini. Cinta ini masih kuat untuknya. Berikalah aku petunjukmu,
Aku menatap wajah Adam lama. Ternyata dia kusut. Wajah yang tak bercukur. Adam yang selamat ini ku kenal cukup beketerampilan. Aku mengucup dahinya lama. Seakan gugur amarah dan kesedihan yang selama ini menimpa aku.
Aku ingat pada malamnya aku boleh menarik nafas lega setelah Adam kembali seperti biasa namun sangkaan aku meleset bila Adam demam panas sehingga kelam kabut satu rumah. Bila di ajak ke hospital ditolak sekeras kerasnya. Apa yang dia tahu meracau memanggil aku. Dia hanya boleh diam apabila tangan aku tak dilepaskan cubalah bergerak sedikit poasti meracau.
Pagi tu aku sedar saja, aku diselimutkan ke paras bahu. Adam aku dapati tiada di pembaringannya aku kaget. Bukan semalam demam panas ke?
Aku nampak kelibat adam tak lama kemudia dengan baju tidurnya perlahalahan dia menghampiri aku sambil tersenyum.
Adam : awak da bangun? Maaflah susahkan awak semalam.
Nana: awak da sehat?
Aku mendemah dahinya.. Masih panas. Adam menggenggam tangan aku
Nana: kenapa awak bangun? Awak tak sehat lagi ne?
Adam: awak risaukan saya?
Adam tersenyum namun aku tak dapat menangkap apa motif adam
Adam: nana, saya x mau awak terseksa lagi sebab saya. Saya da banyak susahkan awak, jadi hari saya takkan mintak awak tinggalkan tapi
Aku menampar Adam kuat. Serius ia berlaku spontan. Aku memeluknya erat sambil menangis seraya berkata.
Nana: jangan pernah terlintas difikiran awak nak tinggalakan saya. Ingat tu.
Adam membalas semuala pelukanku dengan air mata gembira.
Adam: saya tahu saya takkan.
Aku menangis semahu mahunya dibahu adam
Nana: saya sayang awak.
Adam: saya cintakan awak nana. Cinta sangat sangat. Kita mulakan hidup baru ye.
Nana: adam saya letih. Saya masuk tidur dulu ye.
Adam: nana. Kitakan da besar jadi rasanya tak salah da kalau awak tidur disni.
Nana: takpe ke?
Aku tanya bagaikan orang bodoh
Adam:mari baring di sini.
Adam menarik aku di pelukannya di pembaringan. Aku tahu kini aku bahagia. Alhamdulillah aku bersyukur pada mu YA ALLAH
tamat
0 comments:
Post a Comment