BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, May 2, 2012

akhirnya

tetiap sem bila result nak kuar, aku akan stat gastrik dan mlmnya jari aku akan penat tekan butang 'refresh' (tp duk tekan jugak) kat inbox email pasai nak taw result. malamsemakin berlalu. byk dr membe aku dah update status Fb mereka lulus semua dan berstatus Tamat Belajar.. aku risau memikirkan result aku. aku taw aku x perform sebaik mungkin waktu final hari tu. aku takut nasi menjadi bubur. aku terus berdoa pada Allah SWT.

hampir pukul 2 pagi. aku tertekan butang refresh dan zappp email dari uitm. jantung aku berdegup kencang. perut ku semakin kuat berdendang takut. agknya cacing lam perut aku tgh shuffle kut hahaha
then aku tenung ja email tu. mula keliru. nak bukak ka x nak bukak ka x.. at laz aku bukak jugak.. (bru nmpak nama ngan id matrik aku.. aku skroll pelan2. subjek pertama lulus. alhamdulillah. subjek kedua, keh lepas.. syukur.. subjek ketiga (subjek aku rsa nak failed) lulus. Ya Allah syukurnya aku.. subjek ke empat lulus kelima lulus. keenam @@ (subjek kedua aku takut aku failed) lulus..

akhirnya doaku dimakbulkan. aku bakal konvo on time. alahmdulillah. i'm proud of my self.. ini hadiah buat aku dan mak ayah. usaha ku berbalas. yeah usaha ku berbalas:)

org2 penah kata padaku, NAHHH!!! ini buat kalian. aku gadis, aku bermain bola macam lelaki, aku kasar, gaya ku bukan ladylike, aku suka main2, aku x mampu utk ke diploma, aku xdak hala tujuan, aku bodoh, aku menyusahkan, aku x dak masa depan, aku itu ini bla bla bla..

yeah! korang betul sgt betul. apa yg korang pernah lemparkan buat aku semua benar belaka. kata nista dan dusta yg aku telan. perit jerih aku lalui. aku tongkah dengan sekelumit dendam yg berbara. yg memaksa aku, TERIMA KASIH kerana dari itu aku lahir sebagai seorang yg kuat. mungkin aku hampir jatuh ketika itu, mungkin aku menangis. lama kelamaan, aku mampu tersenyum dibalik tangis  yang selama ini kalian menari di atas kesakitan ku. TRIMAS

pheww! stop wif that.. aku gembira. n lepas mak ayh aku taw result aku, ada lagi yg ingin aku telefon dah beritahu berita ini. kat wan di kampung. wan menyimpan impian untuk ke convo cucunya. dr 6 org yg dah konvo, sorang pun wan x berkesempatan nak pergi. perjalanan yg jauh membuatkan dia x mampu pergi. jadi memandangkan aku yg dekat, dan memang menjadi sebahagian angan angan aku, aku nak bawak wan tengok majlis konvo aku. ngee~ aku ingat lagi. bila upsr aku dlu dapat satu A, wan bagi aku sekupang (10sen) tyme tu ada jugak kedengaran suara sumbang 'eleh seposen je pun' nama pun aku kan. kalau x melawan memang bukan akulah hehe.. aku kata " seposen pun, itu dari wan. hang dapat? dak kan? shame on u' aku taw la dia lagi beratuq A dr aku.. tp tuk budak x pandai cm aku, aku bangga dpt seposen.. bila wan taw aku dapat result pun wan tnya "bila nak konvo? wan nak p" awai2 g dia tanya gu tu dah.. hahaha

alhamdulillah Ya ALLAH, inilah hadiah utuk aku.. aku bersyukur atas pemberian nikmatMU ini..

0 comments: