anda beruntung tika amarah ku menyala
aku memilih untuk mengalirkan air mata
anda beruntung jika baran ku datang
aku memilih untuk berdiam
anda juga beruntung jika aku hanya menjeling
dari aku menengking
maaflah, aku masih belum mampu bertukar menjadi insan yang mampu bersabar tika amarah datang menerpa. aku masih tak mampu menghalangnya. benar, bersabar itu separuh dari iman. dan sebaik-baiknya orang yg pemarah menahan sabarnya.
bukan aku. aku masih mencuba menjadi yg terbaik. ketahuilah
tika aku memilih untuk berdiam
aku takut andai tersalah bicara
aku takut ada hati terguris dek kata
almaklumlah lidah ini setajam pisau
ada yang paling ku takuti
jika aku diam
aku takut andai terbit rsa benci dihati
terkesan dari marah yg terpedam
dan juga aku khuatir kalau2 ia akan menjadi dendam
aku insan biasa
cuba menjadi diri sendiri
juga cuba memberi yang terbaik
namun ku juga punya hati
tahu menangis
tahu marah
kerna mencari dan menjadi yanbg terbaik itu
pegangan yg kukuh adalah sabar
dan aku mahu menjadi orang yg sabar
Monday, June 18, 2012
Posted by Nadiah at 9:35 AM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment