BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 19, 2012

S.R

kau masa lalu ku cuma aku tak pasti apa kau juga masa depan ku. kau pergi dengan mengejut begitu juga waktu kau kembali. namun aku tetap bertahan. tetap berdiri menampakkan aku seorang yang tidak goyah bila ditinggalkan. namun hati aku tahu, jantung ku bergegar tatkala nafas masih menghela namamu.

S.R, zaman sekolah ku cukup indah. w'pun ramai yg mengatakan kamu pelik tapi aku tak kisah. kepelikan kamu menjadi hari aku terindah. panggilan untuk aku pada mulanya buat aku x selesa. namun ku diamkan saja dan menerima saja asalkan kau gembira. betapa akrabnya kita dulu, aku dijaga. di ajar apa yg elok dan tdak. kata mereka kita masih mentah. ya aku setuju, tapi tidakbila kita sama2 ke arah mencari ilmu. aku ingat lagi, surat yg begitu penting kau suruh aku jagakan. n i said 'no, its yours. u have to take care bout it no matter what' tp kata kamu 'its okay. aku percaya kat hg' inilah lg satu yg org tak faham dgn kami. men ckp aku hg ja. mcm x dak apa2.

hari berlalu. surat tawaran tiba. kau memilih untuk berada di sana. yg aneh, aku yg terakhir tahu akan keberadaan kamu di sana, itu pun pada saat akhir pemergianmu. kui tak rela air mataku jatuh kerna sayang. aku x rela ia menitis tanpa mengetahui alasan kamu terlebih dahulu. kata kamu 'jaga diri. aku mungkin akan datang semula. cuma aku tak yakin akan hubungan jarak jauh. (penang ja kut)' dan kau pergi. macam tu ja. pufffff hilang...

hari2 kosong lepas tu. bila mereka berbicara tentang kau, seakan terhiris hati aku. namun ku letakkan ego dihadapan. aku tak menangis. aku marah. dan aku meletakkan azam. tiada siapa akan menginap dihati selagi tiada siapa yg mampu membukanya.  aku mungkin akan minat dgn seseorg tp utk kali kedua, tidak. aku meneruskan citaku dahulu.

ianya petang yg nyaman. semua family aku n family kezen jogging kat taman perumahan depa. waktu dekat nak sampai rumah, aku terperasan sesusuk tubuh yg hampir 2 tahun aku x jumpa. selepas spm waktu tu. aku menidakkan didalam hati. tp bila kezen ku teguq, aku kata, 'tak. salah org tu' tp cepat pulak jari taip mesej kat membe aku yg tggal dalam perumahan yg sama. mesej yg ku tunggu terasa amat lambat untuk dibalas semula. waktu tu, aku mengharapkan bkn dia. tp mesej yg ku terima mengatakan 'yup. dia kat rumah aku. dia nampak hg duk jogging td ngan kezen hg. teroih amik beskal. kata nk p jalan. awat nampak dia ka?'

dup!! why. terus aku pecut balik rumah.. aku sendiri tataw kenapa. sejak tu. kau rajin muncul di hadapan aku, tanpa kata, hanya dengan semyuman. setelah beberapa lama, kau menghilang semula. aku dgr kau di poli yg sewaktu dulu aku juga di sana. dlm hati, mujur aku keluar dr sana dan menerima tawaran lain.

tapi hari ini, aku terima mesej dari kamu. yg membuat hati ini kembali berdebar. dan debaran terlalu aneh seprti dahulu. apakah ini yg kamu katakan kamu mungkin akan kembali? waktu kamu pergi, hati aku kecewa, bkn sebakul, bagaikan bertan-tan lori kecewa terbeban dihati. tp kini, jika kau ingin kembali. sorry. cuma itu mampu ku katakan 'sorry... aku terlalu menjaga hati aku' tak juga aku letakkan org lain di hati sebelum masanya tiba. ku serahkan sepenuhnya pada DIA. biarlah ALLAH yg menentukan siapa 'dia' di hati aku. itu lebih baik. jika masih tertulis itu kamu, aku terima seadanya.

0 comments: