ida: Oit! ko menung ape Nad?
Nad: takdak apa. eh aku lapaq la.. jum kuaq mkn?
ida: leh gak.. aku pun dah lapa benar ni.
aku ngan ida keluar makana di gerai berdekatan memandangkan kami berdua malas nak masak. kami berdua sedang menanti keputusan semester akhir serta keputusan untuk masuk semula ke ijazah. kami berdua juga memilih untuk bekerja time cuti camni untuk menampung sebahagian yuran ke ijazah jikalau kami layak utk teruskan pengajian.
Ida: Nad, aku tengok ko skang byk menunglah.. kau period ea?
Nad: ishh ko ni merepek aih.. mana ada aku menung.
aku memandang seseorang. susuk tubuhnya seperti aku kenal. tapi aku segera menidakkan apa yang aku lihat. takkanlah Pidot ada area KL. Diakan ada di Negeri Sembilan. bisik hati aku. tapi sebaik saja dia menoleh, aku tergamam. Ya Allah. itu Pidot. dia juga tak berganjak bila anak mata kami bertembung pandang.
memandangkan suasana agak tegang antara aku dan Pidot, Ida mati kutu untuk menceriakan suasana lalu mintak untuk pulang. kami memilih untuk ke pantai. dari berada di tengah tengah hiruk pikuk di kedai tadi. hati aku inginkan penjelasan darinya tapi untuk memulakan dulu bicara, aku takut kalah dengan perasaan sndiri.
Pidot: kau marah lagi dengan aku?
Nad: tak
Pidot: kau merajuk?
Nad: tak
Pidot: habistu
Nad: mana kau menghilang selama ni? kenapa kau pergi macam tu ja? kenapa
Pidot: kenapa aku tak bagi kau penjelasan? kenapa aku pergi cuma ucapkan sebaris ayat "ini yang terbaik untuk kita"?
nafas ku tercungap-cungap menahan geram dan sebak di dada.
Nad: kau kawan aku. kau tak patut buat aku macam tu. kau pergi macam aku ni bukan siapa-siapa untuk kau. atau mungkin aku je yang bodoh anggap kau sahabat anggap kau macam family aku sendiri.
aku menherdiknya. berderai juga empangan yg ku cuba tahan sejak tadi. pidot menghampiri aku. membongkok sedikit sehingga aras matanya tepat memandang anak mataku
Pidot: maafkan aku
aku menolaknya kebelakang lalu melampiaskan segala rasa dihati
Nad: apa kau ingat dengan maafkau aku boleh okay. kau tahu tak macam mana susahnya aku lalui hari2 aku tanpa kau? pernah tak kau terfikir Pidot.
tanpa sedar aku semakin kuat menolak Pidot ke belakang. aku semakin diluar kawalan. saat itulah aku rasakan pidot mengganggam kedua-dua pergelangan tangan aku dan meletakkan di dadanya. sambil mengusap kepala aku dan mengesat tangisan aku,
Pidot: Maafkan aku. aku tak tahu kau menderita. aku janji dengan kau, aku takkan kemana-mana lagi dah
Nad: jangan tipu aku lagi pidot.
Pidot: kali ni aku janji dengan kau. kau boleh pegang janji aku.
keesokkan harinya Pidot bawa aku keluar. bila aku bertanya kemana dia ingin membawaku dia hanya tersenyum. kami tiba disebuah hotel mewah. aku memandang pidot
Pidot: hari ni aku belanja kau lunch kat sini. dah, jangan banyak cakap. jum.
Nadiah: kenapa kau susah2 bawa aku kesini.
kataku separuh berbisik.
Pidot: shhh kau makan jelah.. jangan banyak bunyi..
pidot tersenyum. hairan aku dengan manusia di depan aku ni. dulu perwatakan pidot amat dingin tapi sekarang pidot seakan berubah. baguslah. tak ada lagi pidot yang berlagak cool.
Adam: ohhoiiii makan x ajak..
Aidid: siapa ni?
aku memandang Pidot. pidot cuma terus makan seperti tiada apa-apa yang berlaku
Aidid: oit! budak mentah. kau ni siapa.
nad: sedap makanan ni kan Pidot?
Pidot: erm yup
Aidil: wow! dia lagi annoying dari ko la Did.
Pidot: baik kau jangan kacau dia makan. lain pulak jadinya karang
Aidid: ye ke? oit budak! kau ni pekak ke? aku tanya kau siapa?
Pidot: jangan cakap yang aku tak bagi kau amaran.
pang!! hinggap penampar aku di mukanya.
Nad: kalau nak bercakap dengan aku, sila bersopan atau kau sendiri takkan tahan bercakap dengan aku
adam: betulke ni apa yang aku nampak?
Aidil: hebatnya
Aidid tergamam di lantai. ekor naga jangan di pijak. camnilah jadinya.
malam tu, aku aidid aidil ngan adam lepak sekali lepas aku hantar nad pulang. Aidid seakan termenung panjang selepas kena penampar tadi. sedari tadi Aidid langsung tak bercakap.
Adam: oit. kau pehal?
kata Adam sambil menepuk bahu sahabatnya tu.
Aidil: takkan kena penampar terus diam kut.
Aidid: aku tak puas hati betullah. ini first time taw orang tampar aku. perempuan pulak tu.
Aidil: habis tu kau nak buat apa sekarang?
Aidid: aku nak kenakan dia balik
aidil dan adam tercengang. seakan tak percaya. takkanlah Aidid dengan perempuan tu tak nak beralah.
Aidill: kau sedar tak dia tu perempuan?
Aidid: argh! aku tak kisah. dia dah tampar aku. jangan ingat dia boleh lepas. dia tampar aku taw. anak bangsawan.
Adam: err Pidot. kau tak nak nasihatkan Aidid ni ke?
Aidid: kau suruh kawan kau tu hati2. aku nak kenakan dia cukup-cukup.
Pidot: okay. aku akan sampaikan tapi hati2 ea. Adam. ekor naga jangan di pijak. kang terpanggang kau kena bakar. aku tak tolong.
Aidid: aku nak balik.
aidid laju keluar dari tempat lepak khas kami. Aidil dan adam memandangkan aku silih berganti
Aidid: kau tak takut ke Aidid akan apa-apakan kawan kau tu nanti?
Adam:tersengih plak kau ni. kau takkan x kenal Aidid kau dah diikut baran dia tu. aku rsa baik kau jaga kawan kau tu.
hati aku hanya berbisik dan aku sendiri yakin Nad tak apa-apa. orang macam Aidid memang patut di ajar sedikit dan Nadlah orang yang mampu mengubahnya. aku percaya Nad mampu hadapi Aidid.
lepas pidot hantar aku balik, segenap peristiwa dulu datang kembali. bagaimana pidot meninggalkan aku. aku tahu dia hati berkecil hati dengan ku apabila aku menolak lamarannya untuk menjadi kekasih hati. kami hanya bersahabat dan dia umpama abang kepada aku. lepas mak ayah pergi, aku hanya ada family Pidot. hidup Pidot sgt mewah sehinggakan aku rsa kerdil di sisinya. namun papa dan mama pidot sgt baik hati mengambil aku menjadi anak angkat. kebetulan ayah dan papa berkawan baik sejak kecik. macam aku dengan pidot. walaupun hubungan aku dengan pidot terputus lepas tu, aku lega kerana keluarganya masih menerima aku, dan aku bersyukur saat itu aku ditawarkan untuk sambung diploma. selepas dari itulah aku dapat tahu pidot ke Negeri Sembilan untuk melanjutkan pelajaran. aku lega kerna kini hubungan sahabat aku dengan pidot kembali terjalin.
Aku berjalan kaki keluar dari tempat kerja dengan Ida untuk berjalan pulang. Tapi tiba-tiba kami ditahan seseorang.
Aidid:aku tak puas hati dengan kau
Ida: kau kenal dia ni ke?
Nad: aku tak kenal. Tapi time aku keluar dengan Pidot semalam, dia datang tiba-tiba. Macam nilah.
Aidid: oi monyet aku cakap dengan kau lah
Monyet kau panggil aku. Siap kau
Nad: kau bagi ayat penyata, kau ingat aku boleh balas apa. Tak sekolah ke, beruk?
Aidid: beruk? Hey kau tahu tak kau tengah cakap dengan siapa?
Ida: dia...
Nad: apa aku peduli kau siapa. Kau yang cari aku. Bukan aku.
Ida: Tapi Nad. Dia ni...
Nad: biar Ida.
Aidid: hey miskin. Dengan duit aku, aku boleh buat apa saja kau tahu tak. Aku pewaris harta yang banyak. Duit mak bapak kau pun belum cukup nak beli baju aku. Orang-orang macam kau nilah yang melutut mintak duit sebab nak hidup senang. Sedih!
****************************************************************
Aidid masuk ke bilik lepak. Keadaannya tampak serabut, marah, dan kejap. Sumthing pelik di mukanya
Adam: uit! Did. Asal ngan tepi bibir kau tu? Dengan siapa pulak kau bergaduh hari ni?
Aidid: dengan budak perempuan tu lah.
Aku tersenyum. Itu baru kau Nad. Kau tak mudah kalah.
Aidil: macam mana boleh kena. Kau tak elak. Asal ha dia boleh debik kau sampai macam ni?
Aidid: monyet tu memang melampau. Ada ke patut dia panggil aku beruk. Lepas tu aku cakap lah duit mak bapak dia pun belum tentu boleh beli pakaian aku. Then, aku dapat hadiah ni. Huh!
Pidot: mak ayah dia dah tak de. Memang patutlah kau kena. Kau hina mak ayah dia.
Aidil: kau agak melampau kali ni la Dil.
Adam: apa lagi dia cakap dengan kau?
Aidid: dia kata money can't but anything or everything. Bila aku tanya dia dia tahu tak dengan siapa dia bercakap, dia kata dia x peduli aku siapa. Tak dak perempuan yang tolak aku lagi tapi perempuan yang aku jumpa ni, mentah-mentah dia tolak aku. Sedangkan yang lain semua tergila-gilakan aku. Aku ni hensem apa.
Adam: perempaun-perempuan yang kau dapat tu bukan sebab kau yang hensem. Semua pasal duit kau yang 'hensem' cuma tu je yang diorang nak. Tapi aku hairan juga kau tak layan diorang tu.
Aidid: diorang tu semua aku boleh 'beli' la. Tunjuk duit semua jadi... Idea! Esok aku akan beli monyet tu
Aidil: hah?
Adam: aku tak tahulah kau ni tak serik ke atau kau ni dah suka kat dia?
Aidid: huish! Tolonglah siapa yang suka perempuan tak dak klas camtu?
Pidot: jangan sampai kau telan balik kata2 kau sudahlah.
Esoknya aku kerahkan pekerja aku 'membawa balik perempaun tu ke rumah agam ku dan dandan dia seperti anak bangsawan. Tapi bila dia nampak aku teruk wajahnya berubah.
Nad: jadi kau buat semua ni?
Aidid: dari atas smpai bawah semuanya mencecah puluhan ribu ringgit. Aku nak, kau kawan dengan aku. Tapi aku kena bagi kau sama taraf dengan aku.
Nad: haaa?? Semua ni mencecah puluhan ribu ringgit?? Kau dah gila ke?
Aidid: aku dah cakap aku nak kau kawan dengan aku.
Nad: sedarlah. Tak semua benda kau boleh beli dengan duit. Aku tak nak semua ni. Bukan dengan duit kau boleh beli kawan. Aku tahu kau boleh dapat apa saja. Tapi kali ni. Terimalah kenyataan. Dengan duit kau tak boleh beli kawan, kau tak boleh beli cinta.
Sekarang bagi baju aku balik.
Beberapa hari ni aku tenang kerana tak lagi diganggu oleh mamat tu lagi. Keadaan pejabat menjadi agak huru hara dengan tak semena-mena semua orang bangun berdiri tegak dan mengucapkan selamat pagi seolah-olah ketua syarikat ni datang melawat dengan tiba-tiba. Aku yang terkejut dengan keadaan hanya mengikut apa yang mereka buat.
Tapi sebaik saja aku mengangkat semuala kepala lain pulak jadinya.
Nad: kau?
Dengan nafas tercungap-cungap dan caranya yang agak gelabah dia meneruskan kata.
Aidid: pukul 3 petang, hari ahad, perkarangan klcc. Aku tunggu kau disana. Siap kau kalau kau tak datang.
Habis ja ayat tu dia berlalu pergi. Aku terpana. Apa kena dengan mamat ni.
Ida: wow nad. Dia ajak kau date.
Nad: date? Merepek. Aku takkan pergi pun.
Ida: kau gila. Semua orang tunggu nak date dengan dia kau tahu x. Berapa ramai dalam ofis ni tergilakan dia.
Nad: siapa dia?
Ida: itulah anak kepada ketua syarikat ni. Kau perlu tahu, ni cawangannya saja tau. Perniagaan mereka sampai ke luar negara.
Hari ahad muncul juga. Aku keluar membeli belah dengan ida. Ida berulang kali bertanya pada ku sama ada aku pasti atau tak untuk tidak pergi menemui Aidid. Setakat sekarang aku pasti. Aku tak pergi jumpa dia.
Mujur jugak ida dengan aku datang bulan. Kami habiskan masa dengan membeli belah baju baru. Dan hari jumaat lepas adalah hari teakhir kami bekerja di situ. Alhamdulillah kami berdua di terima masuk untuk sambung ke ijazah.
Aku menelek jam di tangan. 8.00 malam. Tiba-tiba hujan turun agak lebat.
Nad: ida. Kau rasa ada tak orang gila macam Aidid tu akan tunggu sampai 4 jam
Ida: entah. Kau pergilah tengok. Aku okay. Nanti aku balik sendiri. Aku tengok kau dari tadi pun macam gelisah je. Pergilah
Nad: betul kau okay?
Ida mengangguk.
Aku berlari membawa payung ke perkarangan klcc. Dalam hati aku berdoa biarlah dia tiada di situ. Aku akan rasa amat bersalah jika ternampak dia di situ. Aku ternampak sekujur tubuh tersandar ke sejukan di dinding luar bangunan. Segera aku berlari dan memayungi dia. Tak semena-mena dia nampak aku, dia meninggikan suara seperti kebiasaannya.
Aidid: mana kau pergi bodoh?
Nad: siapa yang bodoh tunggu aku kat sini sampai empat jam dalam hujan pulak tu.
Aidid: kenapa kau lambat?!
Nad: apa kau peduli?
Aidid: aku risaukan kau tahu tak?!! Aku takut aku diapa-apa..
Nad: sekarang aku ada depan kau. Aku okay. Sekarang aku panggilkan kau teksi. Pergilah balik.
Aku melangkah pergi. Langkah ku terhenti tatkala dengar Aidid berkata
Aidid: aku tak nak balik.
Terpaksalah sekali lagi aku memayungi mamat ni.
Aidid: aku tak nak balik. Aku nak keluar dengan kau.
Nad: aku tak tahu kau ni keras kepala atau apa. Tapi kau sedar tak kau basah kuyup. Sejuk.
Aidid: aku tak kisah.
Akhirnya kami masuk ke KlCC, membeli baju serta baju sejuk untuk Aidid. Dia membawa aku ke sebuah kedai.
Aidid: pilihlah satu untuk aku
Aku memandang harganya. Gila. Ratus ringgit. Selesai membeli semuanya dia membawa aku sebuah kedai untuk minum kopi. Aku ternampak tangan menggigil kesejukan. Baju sejuk tu seolah-lah tak mengurangkan kesejukan pada Aidid. Aku menyerahkan selendang tebal aku padanya.
Nad: nah. Pakai ni. Tutup leher kau. Itu tempat sensitif tyme sejuk macam ni.
Aidid: kau tak sejuk?
Nad: orang taraf rendah macam aku ni dah biasa sejuk. Ambillah.
Aidid: aku tak pandai nak lilit.
Aku lilitkan selendang tu pada leher Aidid semacam orang korea. Berulang kali Aidid
bersin.
Nad: kau memang tak tahan sejuk ke?
Aidid mengangguk.
Nad: aku hantar kau balik ea
Aidid: tak nak!
Terkejut aku. Kalau iya pun tak payah nak cakap cam tu.. Kuss semangat.
Mahu tak mahu malam tu aku terpaksa hantar Aidid ke hospital memandangkan kondisinya semakin teruk. Ternyata dia demam panas sehingga dimasukkan air. Rasa bersalah yang menebal menyelubungi aku. Aku ingin telefon Ida, bateri aku pulak habis. Aku menunggu di luar kamar wad. Akan tetapi aku terdengar suara memanggil nama ku. Aku masuk ke dalam bilik. Ternyata Aidid dah terjaga. Matanya terseperti tak mampu untuk di angkat. Aku memberanikan diri mendemah dahinya. Panas!
Aidid: terima kasih bawa aku kesini.
Nadiah: kau jangan banyak cakap sangat. Kau perlukan rehat.
Aidid: kau risaukan aku?
Aidid tersenyum.
Aidid: aku suka kau risaukan aku.
Dia cuba mengangkat tangannya yang masih menggigil itu lalu dengan cepat aku meletakkan semula tgnnya ke bawah selimut.
Aku ingin menoleh untuk pulang tapi tangan aku di cengkam kuat.
Aidid: temankan aku malam ni. Aku nak esok pagi aku terjaga aku nak tengok kau dulu. Anggaplah ini balasan kau datang lambat tadi. Kau kena jadi nurse aku kat sini. Please.
Aku duduk semula di kerusi yang disediakan. Sedari tadi pergelangan tangan ku tak dilepas. Katanya ingin tidur begitu. Mujur berlapik sebab aku pakai baju lengan panjang. Aduhhh aku rasa penumbuk aku hari tu kuat sangat kut. Tu yang mamat ni gila sikit. Agaknyalah.
Adam: good morning! Uik!
Pintu wad dikuak.
Aidid: shhhhh dia tengah tidur
Aidil: kau seh.. Uiks! Macam mana... Shhhh
Pidot: aik?!
Aidid: cute kan bila dia tidur.
Aidil: macam mana dia, kau boleh...
Aidid: dia yang bawak aku ke sini. Aku denda dia suruh jadi nurse aku sebab semalam dia lewat date dengan aku
Adam: date?!!
Nad: apa bising-bisin... Hahhh!!!
Aku menarik tanganku yang dipegang Aidid. Aku melihat sekeliling. Semuanya ada bersama.
Urghh malunya aku. Aku menyelinap di balik Pidot.
Nad: aku balik dulu. Ida mesti risaukan aku.
Pidot: Nad, mama panggil kau balik. Katanya nak celebrate kau dapat masuk ijazah. Ajaklah Ida sekali. Kau pun lama tak balik jenguk mama. Dia rindukan kau.
Aidid: nanti kita boleh celebrate diorang ramai-ramia jugak.
Nad: diamlah kau! Insyallah. Nanti aku bawak Ida sekali.
Nad berlalu dari wad Aidid.
Aidid: dia suka aku yes!!!
Aidil: aku tak dengar pun dia sebut dia suka kau.
Adam: ntah. Aku rsa dia tak suka kau lah.
Aidid: itulah korang. Nama je kasanova tapi tak faham hati seorang wanita. Lagi diorang ni menolak lagi tu dia nak kat kita.
Pidot: dia suka kat kau ke kau tu yang mereng suka kat dia?
Aidid: samalah tu. Aku mereng suka kat dia. Dia mereng sebab tak mau mengaku suka kat aku. Simple!
Aidil: tapi Pidot. Kau dengan Nad macam rapat je.
Pidot: kami memang rapat. Sejak kecik lagi. Family aku ambil dia anak angkat lepas maka ayah dia meninggal waktu dia 15 tahun. Akulah jadi tempat dia meluahkan rasa.
Adam: jadi dia yang kau ceritakan dulu. Dia yang anggap kau abang.
Pidot: yup. Tapi sehingga dia tak bernikah dengan sesiapa aku rasa peluang aku masih terbuka untuk memiliki hatinya. Jadi Aidid, kalau betul otak mereng kau sukakan dia, jangan sakitkan hati dia atau kau terpaksa berdepan dengan aku.
Sperti yang aku jangkakan Ida risaukan aku. Aku bersalah sangat sebab tak beritahu dia pada awalnya. Kesian ida. Tertidur di sofa menunggu aku pulang. Aku menceritakan serba sikit apa yang terjadi semalam pada Ida. Jelas sekali Ida menganggap tindakan aku agak berani dan gila tapi kemudiannya cepat dia menarik semula dan menganggapnya sebagai keihsanan sesama manusia.
Nad: Ida, malam ni kita lunch rumah mama taw. Mama ajak kau dengan aku tadi
Ida: kau ni biar betul aunty ajak aku sekali?
Nad: aah. Pidot gitaw aku tadi.
Aku memilih kain labuh berwarna putih dan baju berwarna cream untuk makan malam ni. Kami tiba di rumah mama lebih awal. Sengaja aku awalkan masanya sebab nak tolong mama di dapur. Walaupun mama ada orang gaji sendiri tapi kebiasaan bab makan, mama akan uruskan sendiri. Ternyata kedatangan kami di sambut riang.
Papa: selamat kembali anakku.
Nad: papa. Mama
Aku memeluk kedua-dua orang tua yang sudah ku anggap seperti family aku sendiri. Muncul pulak dua orang puteri kembar kecil, farah dan farhana. Adik adik Pidot. Sebaik saja mereka nampak aku dan Ida, bukan main riang lagi. Terus ditarik kami berdua naik ke bilik mereka. Macam-macam benda baru ditunjuk.
Hati terusik hiba bila farah bertanyakan kemana aku menghilang beberapa tahun ni. Amat payah untuk aku mencari jawapan yang sesuai untuk membuatkan mereka faham akan kehilangan ku dan juga agar tiada hati yang terluka dengan jawapan ku kelak.
Farah: abang kata, kak nad marahkan abang ea. Sebab tu kak nad taknak balik sini
Farhana: abang kata kak nad merajuk dengan abang. Tapi lepas tu abang cari kak nad tapi tak jumpa. Abang pun jarang balik rumah lepas tu.
Aku terdiam. Tak tahu nak bagi respon apa. Kanak-kanak ni juga dah bijak menelaah keadaan. Hrmmmm...
Nad: ida, aku nak tolong mama kejap ea. Kau duduk sini dulu ea.
Aku masuk ke dapur dan merangkul mama dari belakang.
Nad: mama sehat?
Mama: mama sehat sayang. Kamu tu macam mana. Duduk di luar, makan tak menentu. Dah makin kurus mama tengok kamu, kamu ni sehat ke tak?
Nad: alah mama ni risau sangat. Nad sehat lah mama. Still chubby lagi ni. Mama masak apa?
Mama: mama masak makanan kegemaran kamu.
Nad: asal cam banyak je mama masak hari ni.
Mama: saja nak bagi kamu makan lebih sikit malam ni.
Nad: meh Nad tolong mama..
Pidot: pandai ke orang tu nak tolong mama?
Nad: huh!
Mama: hah! Kamu ni muncul dari mana pula? Kawan-kawan kamu dah sampai.
Nad: kawan?
Adam: assalammualaikum. Yammmm sedapnya bau masakan ni aunty.
Nad: mama? Ada something mama nak bagitahu ke?
Macam mana pulak diorang boleh ada sini sekali aduhhhhhh
Mama: malam ni kan mama nak masak banyak. Mama perlukan bantuan hero-hero ni.
Nad: mama, saya sorang pun dah cukup mama. Paling penting diorang semua ni pandai ke buat kerja dapur.
Aidid: oit dak kecik. Kau belum tengok kehebatan kami taw. Don't judge a talent by our face lah...
Aidil: oi. Apa quote yang ko pakai ni?
Nad: pidot, tolong ambilkan epal..
Aidid: kejap. Nah aku kupaskan untuk kau.
Aku menjelir lidah pada Aidid.
Pidot: Did, dia ni makan epal, tak kupas kulit. Sebiji epal macam tu je dia makan.
Nad: aku makan mana pakai protokol. Protokol aku je yang aku ikut.
Mama: korang dah besar-besar pun nak bertengkar
Nad: hrmm mama. Nampaknya NAd tak tolong mama apa2 lah. Hero mama ramai kat sini.
Mama: pergilah sambung main dengan adik2 kat atas.
Selesai makan, kami duduk beramai-ramai di ruang tamu sambil menikmati minuman kopi yang dibuat mama. Memang sedap.
Papa: ouh Nad, Ida. Lupa pulak papa nak tanya korang. Korang sambung ijazah di mana?
Aku menyebut nama universiti yang bakal aku dan Ida menyambung pengajian nanti. Tiba-tiba aku ternampak Pidot tersenyum. Aidid pun. Di ikuti Adam dan Aidil
Ida: korang pehal?
Aidil: tahniah kita di universiti yang sama. Ini co-owner universiti tu.
Aku dan ida umpama tak percaya. Apa yang terlintas di fikiran aku adalah hampir setiap hari aku akan berhadapan dengan diorang.
Pidot: tak sabar rasanya nak belajar sekali lagi bersama kau.
Nad: ya.
Farah: kak nad, kak ida. Ini hadiah dari kami untuk kakak.
Ida: so cute. Farah, farhana terima kasih atas hadiah ni. Nanti kak Ida guna time kak Ida belajar ye.
Nad: Thanks Farah, farhana. Kak Nad pun akan gunakan sebaik mungkin hadiah korang ni.
Adam: erk Nad, ida ini hadiah dari aku.
Nad: tetiba rasa macam sambut birthday pulak dapat hadiah. Terima kasih.
Aidil: Nad, Ida tahniah. Selamat belajar. Ini hadiah dari aku.
Ida: trimas
Aidid: errrr Ida ni hadiah untuk kau. Semoga berjaya nanti.
Aidid nampak terketar-ketar memberi hadiah pada Ida. Haishhh tak sangka mamat ni ada darah gemuruh. Hehehehe
Aidil: oi. Ko pehal;? Nervous?
Aidid: mana ada? Erkk.. Arrrrr
Adam: hoih! Gagap ke?
Aidid: sabar lah... Sebenarnya hadiah untuk kau aku tak prepare. Heeee
Nad: takpe. Aku tak kisah.
Farah: tak prepare? Abang Aidid ni tipu lah. Ni ape?
Farah dan Farhana memegang anak patung yang comel sebesar aku.
Aidid: kantoi!
Nad: mak... Besarnya. Kau nak suruh aku buat apa dengan teddy bear sebensar tu?
Aidil: Aidid nak sebelum kau tidur kau teringat kat dia, bila pagi kau jaga pun kau akan ingat kat dia dulu.
Nad: haaaa?
Farhana: Abang Aidid. Suka KaK Nad ea?
Aku terlihat Aidid mengusap rambut belakangnya berulang kali apabila di sakat dua puteri ini.
Aidid: kalau kau tak suka takpe. Aku hantar balik.
Ek eleh merajuk plak mamat ni. Aku cepuk jugak karang. Aidid dukung teddy bear tu ke pintu rumah. Sedih ja muka dia. Aku menarik tangan teddy bear tu.
Nad: siapa kata aku tak nak teddy bear ni. Ini hadiah aku kan? Aku terima.
Aidid: haa? Kau terima aku jadi boyfriend kau?
Nad: aku terima hadiah ni lah........ Yang kau seronok lebih ni pehal?
Aidid: alohhh ingat tadi senang kerja aku nak lamar kau jadi girlfriend aku.
Nad: apa kau cakap?
Aidid: takde apa. Yahuuuuu
Apa yang diseronok sangat aku pun tak tahu.
Mama: sudah. Nad, Ida esok ikut mama shopping ye,
Aidid: okay mama.
Mama: jangan nak mengada. Esok anak2 perempuan mama je ikut. Korang boleh pergi cari sendiri apa yang korang perlu.
Nad: tapi mama...
Mama: Nad... Ini hadiah dari mama untuk kamu berdua.
Nad: mama, mama dah buat banyak untuk kami berdua.
Mama: kamu anak mama kan? Jadi tak perlu persoal apa-apa.
Aku beralih pada papa. Cuma papa harapan aku untuk stop mama. Aku tak boleh lagi terima budi keluarga ini. Mereka sudah berhabis banyak untuk aku.
Papa: mama kamu betul nak. Kamu anak kami. Jangan ada jurang lagi antara kita. Janji dengan papa?
Nad: baiklah. Hadiah nad papa? Hehehe
Papa: restu papa sentiasa untuk korang berdua.
Kata papa sambil mengosok kepala aku. Ya Allah kau peliharalah keluarga ini seperti keluarga ku sendiri. Amin.
Mama: korang bertiga bolehkan tlg hantarkan Nad dan ida balik?
Aidid: okay takde masalah :)
Aidil: baiklah.
Mama: Nad, Ida, esok mama ambil kamu okay.
Selepas meninggalkan perkarangan rumah tadi, papa dan mama kelihatan begitu gembira. Aku naik kereta dengan aidid manakala ida naik dengan aidil. Aku tak faham kenapa orang kaya suka beli kereta mahal lepas tu boleh muat hanya dua orang.
Aidid: hadiah tu kita kongsi berduakan?
Nad: apa pula? Itu hadia-hadiah aku.
Aidid: seronok pula bila tahu malam kau akan teringat pada aku dulu dan bila kau bangun kau jumpa aku dulu.
Nad: merepek.
Seminggu sudah aku memulakan pengajian aku semula. First semester sebagai student ijazah benar-benar buat aku berdebar-debar. Tapi perasaan geram aku jauh lebih menebal bila mereka berempat juga merupakan teman sekuliah aku. Aidid suka benar mengusik. Sesiapa saja duduk disebelah aku, melainkan Ida, pasti dihalau.
Pernah sekali aku duduk dihujung sekali. Sebelah kanan ku ida. Sebelah kiri ku tangga.
Sanggup dia duduk ditangga. Urghhhh.. Di awal pertemuan aku dan Aidid dulu, Aidid suka membesar-besarkan kemewahannya tapi kini tika aku bandingkan kemewahan dengan aku yang taraf jauh lebih rendah dari dia, dia pula yang kata sangkal dakwaan aku.
Nad: Did, asal kau duduk kat tangga tu? Pergilah duduk belakang ni. Dengan diorang.
Aku menoleh belakang. Memandang mereka bertiga
Nad: asal dengan kawan korang ni?
Aidil: doesn't it obvious? Dia suka kat kau la
Nad: korang pun sama.
Bila aku mahu menoleh semula ke depan, anak mata ku bertembung dengan Aidid. Aku gugup. Jantung aku seperti hendak terkeluar kerna berdegup terlalu laju. Segera aku memejam mata dan membetulkan duduk aku. Berdehem sekali dua untuk mengurangkan gemuruh. Aku terasa seperti matanya masih tenung aku. Aku mengumpul kekuatan.
Nad: kau ni pehal ha?
Aidid: aku suka kat kau
Nad: eiii boleh tak kau jangan buat lawak. Kenapa la kau belajar kat sini?
Aidid: habis orang kaya macam aku tak payah belajar ke?
Nad: Ya Allah kenapa aku jumpa orang macam kau ni. Ada je benda nak jawab.
Aidid: kau tak tahu lagi. Kita dua dijodohkan bersama tahu tak?
Nad: eeii boleh gila aku cakap dengan kau.
Aku terdengar Ida gelakkan aku termasuklah mamat tiga orang kat belakang aku ni.
Prof: Aidid kenapa kamu duduk di tangga? Banyak lagi tempat kosong.
Aidid: saya nak duduk sebelah dia
What? Beraninya dia tunjuk ke arah aku.
Nad: erk! Saya tukar tempat lain.
Tapi Aidid menarik tangan ku untuk duduk semula. Terdorong aku ke belakang.
Aidid: prof. Masa berjalan. Kesian semua orang tunggu nak dengar prof lecture.
Prof: i don't think i ever met people like you before.
Sebaik saja profesor mengadap skrin, aku menjeling tajam lelaki disebelah ku ini. Boleh pulak dia tersengih macam kerang busuk grrrrrrrrr....
Kadang-kadang aku tak faham dengan Aidid. Punya la ramai gadis kat kampus ni tergilakan dia, tapi semua dia tolak. Huh!
Aku dan ida berjalan ke perhentian bas berdekatan. Sedang dalam perjalanan, tiba-tiba ada orang meragut beg sandang aku sehingga membuatkan aku rebah di tepi jalan.
Ida: nad, kau okay?
Nad: tangan aku.
Pidot: kenapa ni Ida.
Ida: ada orang ragut beg sandang Nad. Tangan dia sakit.
Aidid: kau bawak dia ke hospital dulu. Aku cari mangkuk ayun tu.
Deruman kereta Aidid meluncur laju. Aku demam panas mendadak selepas kejadian tu, terus aku dimasukkan ke dalam wad. Tangan aku di simen akibat dari ragutan itu.
Pintu wad di kuak. Aidid masuk tergopoh gapah. Ada luka di hujung pipinya.
Aidid: kau macam mana?
Aidil: dia demam panas. Doktor kata mungkin terkejut dengan kejadian tu. Lepas makan ubat dia tidur.
Aidid: tak pe biar aku tunggu dia. Korang baliklah dulu.
Pidot: kau pasti?
Aidid hanya mengangguk. Mereka berempat berlalu dari wad. Lebam pipi Nad. Mungkin terhantuk benda keras. Sedih aku melihat balutan di tangannya. Serasanya aku rela mengganti tempat dia sekarang.
Nad, bergerak sedikit lalu meminta air. Aku membantunya meminum air lalu menyandarkan dia duduk.
Aidid: kau okay. Eh ni beg sandang kau.
Nad: terima kasih.
Aidid: Nad, mulai sekarang aku akan jaga kau. Kau jangan takut lagi. Insyallah aku tak benarkan sesiapa sakiti kau lagi. Aku sayangkan kau Nad. Aku tak tahu sejak bila cuma aku nak jaga kau sepanjang hayat aku. Aku tak sanggup tengok kau sakit macam ni.
Aidid duduk di birai katil. Dia menggenggam tangan aku.
Aidid: aku tak kisah kalau kau tak suka aku sekali pun. Cuma benarkan aku jaga kau. Itu ja yang aku mintak.
Nad: kau bergaduh ke dengan peragut tu?
Dia tunduk. Aku tak mampu menahan rasa lalu aku tertampar Aidid. Ternyata dia terkejut.
Nad: KENAPA?!
Aku menyelak lengan baju Aidid. Darah menitik. Jelas tikaman yang dalam di lengannya.
Basah pipi ku dengan deraian air mata
Nad: kau tahu tak kau boleh terbunuh!!
Aidid: Nad, aku okay ini tak seberapalah. Aku hidup lagi. Tengok ni.
Nad: hotak kau!!!
Aku menekan loceng memanggil jururawat. Sebentar kemudian masuk jururawat di dalam wad.
Nad: nurse tolong rawat dia.
Lepas nurse tu keluar keadaan menjadi tegang. Aku masih menahan air mata dari keluar.
Nad: tolonglah lepas ni jangan bahayakan diri kau untuk aku lagi. Aku tak sanggup tengok orang lain susah disebabkan aku.
Aidid: aku akan jaga kau, sayang kau. Titik.
Nad: kau tak faham ke? Aku taknak orang yang aku sayang terluka lagi demi aku.
Aidid: orang yang kau sayang? Aku? Kau sayang aku? Yahooooo.
Alamak terlepas cakap. Aku menarik selimut dan mengeraskan diri dibawah selimut. Ya Allah, malunya aku.. Itulah marah lagi. Lain yang nak cakap lain yang keluar.
Aidid: oit dak kecik. Kau sayang aku. Ahaaaaaak.. Aku tahu tu. Aku tahu lama dah. Oit keluarlah.
Aidid menggoncang seluruh katil aku.
Nad: aku nak rehat lah.. Aku kan demam.
Aidid: eleh demam ke kau nak sorok muka kau yang merah padam dari aku. Nad. Ooo nad.
Aku keluar dari selimut sedikit menampakkan mata aku saja.
Nad: apa?
Aidid: cakap lagi sekali kau sayang aku.
Aku menjelir lidah. Eeiii dah dengar skali dah la. Berderai tawa Aidid
Aidid: dah sambung tidur. Kau kena rehat banyak kalau nak keluar dari sini.
Aidid membetulkan selimut aku. Macam ayah aku pulak mamat ni.
Aidid: pejam mata. Jangan senyum tidur cepat.
Segera berderai tawa aku
Aidid: eh eh. Orang suh tidur gelak pulak dia.
Nad: okay aku tidur. Tapi kau jangan tengok aku.
Aidid: suka hati aku lah nak tenung kau lama-lama
Nad: okay kalau macam tu aku tak payah tidur, aku pun tengok muka kau lama-lama sampai aku jemu.
Ternyata aku tak dapat menahan panaham mata Aidid. Lalu aku mengalah dan termalu sendiri. Bengong mamat ni.
Nad: yela yela. Kau menang. Dah jangan tengok aku lagi. Aku nak tidur.
Aku berpura pura memejam mata. Lantas aku terlena. Aku terjaga bila ternampak kelibat mama dan papa juga puteri kembar ini. Aku tak nampak kelibat Aidid. Aku sedikit lega.
Mungkin dia balik berehat kut
Mama: nad kamu okay. Mama dan papa terus ke sini lepas Firdaus call kata kamu di hospital. Kamu okay sayang?
Nad: saya okay mama.
Papa: papa dengar Ida nak pindah balik ke rumah mak ayah dia betul ke?
Aku mengangguk.
Papa: jadi tiada sebab kamu nak tinggal di rumah sewa kamu lagi. Nanti papa hantar orang kemaskan barang kamu, kamu tinggal dengan papa ye.
Nad: erk papa takpe Nad boleh buat sendiri.
Papa: takpe itu untuk memudahkan kamu pindah masuk nanti. Mama pun dah suruh orang siapkan bilik kamu.
Nad: terimakasih papa, mama. Nad tak habis-habis menyusahkan papa dan mama.
Mama: kita kan family.
Aidid: uncle aunty ini kopinya. Aik dah bangun?
Lah ada lagi rupanya... Hrmmm
Farah: ooo kak nad dah suka abang aidid ea. Mama tengok ni kat tangan kak nad.
Aku memerhati tempat yang ditunjuk farah. Ternyata ada gambar love dan tertera nama aidid. Begitu juga di balutan tangan Aidid tertera nama ku. Ini pasti kerjanya. Grrrrrr....
Macam mana nak cover line ni..
Nad: mama papa sebenarnya
Aidid: sebenarnya saya sayangkan dia.
Gila! Bentak hati aku.
Aidid: aunty, uncle lepas kami tamat pengajian saya akan lamar dia. Bolehkan.
Memandangkan Aidid dekat di sisi aku, aku cubit dia kuat. Dia mengaduh kesakitan.
NAd: tapi aku ada impian aku.
Aidid: pergilah kejar impian kau tu. Aku tak kisah. Aku akan tunggu kau kat sini. Samapi kau balik.
Mama: Aidid, you have my support.
Nad: what? Macam tu je. Papa, papa tahu kan impian nad apa.
Papa: okay okay macam ni. Kamu tentukan hidup kamu. Papa ikut mana yang baik untuk kamu berdua.
Pidot: assalammualaikum. Papa, mama semuanya dah siap. Selamat berpindah masuk Nad.
Nad: papa hantar kau kemaskan barang aku?
Pidot: rumah kau bersepah sikit tapi takpe semua dah selesai.
Nad: sorry susahkan kau.
Pidot: so rasanya dah sampai kut masanya turn aku pulak jaga dia.
Nad.. Uhhh mama papa. Saya dah ada dua hero sekarang.
Pidot: haa?
Farhana: abang aidid cakap dengan papa dan mama dia sayang kak nad.
Ishh farhana ni buat aku bertambah malu pulakkk. Aidid berdehem.
Mama: uhh ada orang jeles.
Nad: nak jeles apanya. Pidot ni kan abang Nad. Kan farah, farhana. Jeles tak kena tempat. Wekkkk..
Lepas semuanya pulang, tinggallah aku dengan Pidot.
Pidot: jadi dia dah bagitau papa dan mama? Apa reaksi diorang?
Nad: mama support Aidid. Tapi papa tengah-tengah. Kau pun tahu kan impian aku. Aku nak kejar impian aku dulu sebelum apa-apa
Pidot: aidid tahu pasal impian kau tu.
Nad: dia suruh aku kejar impian aku. Dia sanggup tunggu. Aku cuma ada kau je nak support aku sekarang.
Pidot: Nad, nak becinta tu tak perlu untuk kau sama tarafkan kedudukan kau dengan dia. Aku bukan tak tahu niat sebenar kau.
Nad: tapi aku tak nak nanti orang cakap bukan-bukan.
Pidot: rehatlah. Kau terlalu banyak berfikir.
Bertahun berlalu akhirnya aku dan yang lain terima ijazah dengan cemerlang. Aku ingatkan itulah hari paling gembira untuk aku tapi ia juga merupakan hari terburuk untuk aku.
Penasihat Aidid datang menemui aku selepas dari majlis penyampaian anugerah dekan tadi.
Dia mengirimkan sepucuk surat. Hampir rebah aku membaca isi surat tersebut. Segera aku sorokkan surat itu bila Pidot merapati aku.
Malam itu aku sedar akan semua hakikatnya. Aku harus selesaikannya.
Nad: papa mama. Nad nak mintak restu. Dah sampai masanya nad kejar impian Nad. Kalau papa dan mama izinkan, saya akan ke New York.
Mama: ada apa-apa berlaku ke ni. Kenapa sampai ke New York.
Jelas sekali mama dapat detect ada sesuatu yang tak kena pada aku.
Nad: takde apa-apa mama. Cuma Nad dapat biasiswa ni. Sayang pulak nak sia-sia macam tu je.
Papa: betul kamu nak ke sana
Mama: papa?
Papa: kamu taknak terus kerja dengan papa?
Nad: papa, please.
Papa: baiklah dengan syarat.
Nad: apa saja papa. Nad setuju hehehe
Alhamdulillah. Aku berjaya melarikan diri ke negara orang. Selamat tinggal luka. Selamat tinggal Malaysia.
****************************************************************
Aku terbang ke kota New York bersama dua orang pengawal peribadi perempuan. Ini syarat papa. Aku pun tak tahu apa fungsi diorang untuk aku di sana. Cuma apa yang pasti, aku tak benarkan diorang beruniform dengan aku. Aku rimas di ekori orang beruniform.
Hello new york. Aku datang. Aku di sini mungkin selama tiga tahun. Hrmm satu jangka masa yang lama bagi aku. Terbayang wajah farah dan farhana yang sedih dengan pemergian aku. Sehinggalah abang mereka memeluk mereka erat.
Aku tercengang tadi sewaktu Pidot membisikkan sesuatu
Pidot: aku tahu pemergian kau kali ni ada yang tak kena. Aku akan cari sebabnya. Dan orang tu takkan selamat.
Hanya ida aidil dan adam yang menghantar aku di lapangan terbang selain dari family aku sendiri. Dia mengotakan janji. Ternyata isi surat tu benar belaka.
Sementara itu di Malaysia.
Pidot: pidot dah agak mesti ada yang tak kena dengan pemergian Nad.
Mama: kenapa ni Firdaus?
Pidot: surat ni mama.
"please. Give up on me. Jangan cari aku lagi. Kau tak setaraf dengan aku Nad. Kau umpama tisu yang waktu aku nak aku ambil aku tak nak aku buang. Selamat tinggal
Aidid "
Mama: Ya Allah Nad...
Papa: biarkan dia mama. Anak kita tu kuat. Percaya pada dia. Papa yakin dia buat semua ni ada sebab dia sendiri.
Pidot: papa, mama. Firdaus nak pergi New York.
Papa: papa rasa elok kamu di sini saja. Kehadiran kamu di sana hanya akan melemahkan dia nak. Kita jaga dia dari sini.
Berada di negara orang buat aku nak cuba macam-macam perkara. Aku seronok disini. Begitu juga dengan dua pengawal aku ni. Cuma kadang2 bila aku termenung diorang cepat perasaan akan perubahan diri aku. Ternyata mereka begitu terlatih.
Aku masih ingat lagi. Aku dan aidid berjanji akan hadapi apa saja dugaan mendatang bersama. Tapi kini aku tahu aku tak boleh harapkannya lagi. Sekali sekala aku menerima berita keberadaan Aidid dalam keadaan sehat. Cukup bagi aku dengan info seperti itu.
****************************************************************
Tiga tahun berlalu dengan begitu cepat. Aku membawa pulang ole-ole untuk semua orang. Pengawal peribadi aku kembali mengenakan uniform mereka memandangkan papa mengawasi mereka sedangkan waktu di new york mereka bebas di bawah aku.
Kepulangan aku tak diberitahu sesiapa. Sengaja aku ingin membuat surprises pada papa dan mama. Kebetulan aku sampai di Malaysia malam. Jadi aku assume semua orang dah ada di rumah. Belum sempat aku ke kereta, sekali lagi penasihat Aidid menemui aku. Di dalam hati aku membentak. Datanglah apa sekali pun. Aku teguh menerimanya.
Malik: Cik, ini jemputan untuk Majlis Sambutan Birthday Tuan Aidid minggu depan. Keluarga Tuan Aidid sendiri menjemput Cik ke sana.
Fuhhhh tak sempat apa-apa ujian dah datang. Selepas mengucapkan terima kasih aku berlalu dari lapangan terbang. Setibanya dirumah
Nad: assalammualaikum. Papa mama, pidot, farah, farhana. Saya dah pulang.....
Ternyata mereka terkejut akan kepulangan ku. Tiga tahun, inilah kepulangan aku. Lepas ni aku takkan kemana-mana dah insyallah. Ternayata mama agak marah akibat dari aku tak beritahu akan kepulangan ku.
Pidot seperti biasa. Suka menggosok kepala ku sambil tersenyum. Farah dan farhana juga dah habis spm sekarang. Cuma menunggu keputusannya saja. Makin cantik mereka berdua.
Pidot: bagusnya kau dah pulang. Rumah ni sunyi tak de kau nak bergaduh. Hehe
Nad: kau pun makin gemok sekarang. Senang hati ke? Papa mama sehat?
Papa: papa dan mama kau macam nilah. Mama kau tu je., tak habis-habis sebut nama kau dari mula kau pergi sampailah semalam. Risaukan kau.
Farhana: lepas tu asyik tanya bila kak nad nak balik
Nad: maafkan Nad mama.
Mama: takpelah Nad. Diorang ni buat cerita je. Alah papa kamu pun sama. Lepas kamu pergi demam tiga hari. Rindukan kamulah tu.
Aku terharu.
Nad: siapa nak teman kak nad makan malam kat luar?
Nak!!!
Nad: aik semua nak ikut? Seronoknya... Okeh jum
Mama: kamu tak penat ke?
Nad: alah mama. Dalam flight tadi dah tidur banyak.
Sewaktu di meja makan semua orang bertanyakan itu ini dengan gembiranya sehinggakan aku tak betah melayan kesemua pertanyaan. Puteri kembar ni asyik berkepit dengan aku je.
Nad: farah, farhana. Esok ikut kaknaa nak?
Farah: nak. Gi mane?
Nad: kita gi shopping. Mama nak ikut?
Mama: boleh jugak
Papa: habis papa dengan Firdaus?
Nad: papa dengan abangkan kerja. Mana boleh ikut.
Pidot: yang kau pun macam takde hari lain nak shopping. Tak penat ke. Barang kau yang banyak tu siapa nak kemas.
Nad: urmmm kau kan ade hehehe, aku melawak je. Yang kau tetiba jeles aku nak keluar shopping pehal?
Pidot: aku ikut esok..
Nad: takde kau kerja dengan papa kan. Big boss kat sebelah tu berani nak ponteng,
Papa: okay esok semua orang cuti. Kita p shopping..
Hamikkau.. Papa cuti terus. Pidot jelir lidah padaku menandakan dia menang. Aku terbahak bahak gelak. Tak habis-habis perangai budak-budak.
Keesokkan harinya kami shopping beramai-ramai.
Nad: mama minggu depan kawan Nad ada buat majlis birthday dia. Mama tolong pilih baju boleh?
Mama: okay set.
Pidot: oi. Majlis apa? Balik Malaysia baru dua hari dah ada invitation?
Nad: birthday dia lah. Minggu depankan?
Pidot: jangan kata kau nak pergi? Nad kenapa kau nak lukakan hati kau? Aku dah ikut cakap kau. Aku buat dunno je kat Aidid sedangkan hati aku terbakar gila. Tapi ni kau pulak buat gila nak pergi majlis dia.
Nad: aku dapat jemputan. Direct dari family dia. Kau ade?
Pidot: what?
Nad: aku akan pergi. Dengan kau. Titik.
Di majlis itu, aku bertemu dengan adam dan aidil. Mereka gembira akan kepulangan ku. Mereka juga tahu cerita yang terjadi. Aku beruntung mereka berempat masih akrab bersama.
Aidil: kau kerja ke nanti?
Nad: aku mintak cuti dengan papa sebulan lagi.
Adam: wahh enjoy betul kau..
Nad: aku nak tengok perubahan kat Malaysia lepas lama aku tak pulang. Kau nak teman aku.
Pidot: ehem!
Aku mencebik bibir pada pidot.
Mama Aidid: sempena menyambut ulangtahun anak saya, saya juga ada beberapa pengumuman hendak dibuat. Anak tunggal saya kini akan bertunang dengan gadis pilihannya Sarah.
Satu tamparan hebat bagaikan lekat dimuka. Jadi ini agenda di sebalik jemputan ini. Aku tak sangka dengan mudah aku tertipu. Aku melihat wanita itu. Ternyata dia comel, bergaya dan yang paling penting sama taraf.
Mama Aidid: kita juga ada satu persembahan istimewa, gadis ini baru pulang dari kota New York buat majlis gilang gemilang ini. Dijemput naik ke pentas Nad.
Aidil: aku dah agak. Mesti dia nak buat sesuatu.
Nad: jangan risau aku akan ikut mainan dia. Adam jum tolong aku. Kita duet.
Aku menarik Adam tanpa menunggu jawapannya terlebih dahulu. Adam merupakan komposer berjaya sekarang. Dia memilih untuk ikut haluan sendiri selain dari menjadi pewaris syarikat papanya. Sama macam Pidot dan Aidil.
Adam: lagu apa?
Nad: ku merindu.
Mama aidid: saya harap kamu tak rosakkan majlis ni dengan lagu sedih kamu tu.
Nad: jangan risau. Semua orang akan menari di majlis ini. Termasuk saya.
Ternyata apa yang ku harapkan menjadi. Hanya Aidid yang kaku membatu di atas pentas. Mungkin tergamam melihat keberadaan aku disitu. Dan yang lainnya menari bergembira atas pertunangan Aidid.
Tegarnya kau Nad. Menari di atas tangisan aku. Kau tau tak betapa aku rindukan kau. Kau pergi macam tu je. Aku terseksan kau tahu tak. Tapi kau boleh senyum seolah tiada apa-apa yang berlaku. Hebatnya kau!
Aku beriringan turun dari pentas dengan Adam.
Aidil: wow: kau hebat. Dah kau cantik. Mesti Aidid tergamam.
Nad: aku dah tak kisah dengan semua tu Dil. Hati aku dah kuat. Setakat sekarang.
Adam: bila kau nak datang rakam lagu dengan aku?
Nad: merepek. Tadi tu special case je lah.
Adam: alah... Melepas aku.
Nad: tapi sekali sekala boleh jugak.
Adam: yess
Pidot: suara macam kodok ada hati nak menyanyi.
Nad: uhhhh ada orang jeles. Oit. Aku nak balik dulu. Mengantok. Nanti kau balik dengan diorang ea..
Pidot: datang sekali balik asing2 ape kes?
Nad: apa kau cakap?
Pidot: drive ati-hati. Gud nyte darling. Itu je pun. Salah?
Aku keluar dari dewan yang menempatkan majlis tu. Aku takut hati aku tak kuat kalau aku terus berada di dalam.
Aidid: nad.... Nad... NAD!
Kaki aku berhenti melangkah.
Nad: oh kau? Anyway tahniah pasal pertunangan kau. Pandai kau pilih yang setaraf dengan kau. Semoga bahagia. Oh sorry aku tak setaraf nak cakap dengan kau. Bye.
Aidid: kau ni dah gila ke? Kau pergi hilang ke new york macam tu je. Tutup semua kesan jejak. Kau ingat aku apa?
Nad: maaf cik Aidid. Saya rasa kita tiada urusan nak bercakap.
Aidid: hotak kau!
Sarah: awak? Siapa ni?
Mama Aidid: betul cakap dia. Dia tiada urusan di sini lagi.
Nad: terima kasih puan atas jemputan puan.
Mama: Terima kasih sebab tak rosakkan majlis ni.
Aidid: apa? Mama yang jemput dia?
Nad: saya pergi dulu.
Aidid: nad kita perlu bercakap.
Aku menarik tangan Nad pergi. Tapi sebaik saja jauh dari bangunan aku berhenti
Sarah: kau gila ke tarik aku sampai ke sini?
Aidid: tapi... Tapiii....
Sementara itu di dewan.
Mama Aidid: sekarang kamu pun nampak dia pilih siapa kan? Hahahahaha
Aku membuka pintu kereta tatkala penasihat Aidid menahan aku.
Malik: maafkan saya Cik. Tapi boleh cik ikut saya ke suatu tempat?
Aku mengangguk tapi sebelum tu aku menyerah kunci kereta pada pengawal bertugas untuk diserahkan pada pidot.
Aku tiba di satu rumah. Gayanya seperti rumah persinggahan mewah.
Malik: silakan masuk.
Bila aku masuk kebilik itu. Sekujur tubuh terbaring bersama bantuan oksigen.
Malik: Tuan besar dah lama dalam keadaan koma. Syarikat semakin merudum. Keadaan tuan tak di ketahui oleh tuan Aidid dan kakaknya.
Nad: kakak?
Malik: ya. Tuan aidid ada kakak yang menginap di luar negara atas sebab tak sehaluan dengan mamanya. Perkahwinan aidid ditentukan adalah untuk menyelamatkan kondisi syarikat. Sama seperti kakaknya dahulu. Tapi tak sampai setahun kakaknya bercerai dan terus menetap di luar negara.
Nad: jadi apa yang awak nak saya buat?
Malik: tuan besar dah macam abang kandung saya. Puan nak hentikan oksigen sebab menganggap tuan dah tiada harapan untuk hidup.
Aku terkejut mendengar ayat itu yang terpacul dimulut Malik.
Malik: Puan beri lagi sebulan. Saya percaya tuan masih ada harapan untuk hidup cuma dia keseorangan. Saya mencari seorang yang boleh menjaga tuan macam keluarga. Beri semangat dia untuk hidup semula. Tuan tak macam puan. Dan saya harap awak sanggup terima kerja ini dan saya merayu.
Nad: saya janji saya akan cuba sebaik mungkin
Malik: Alhamdulillah
Nad: esok saya akan datang jenguknya lagi,
Malik: erkk cik. Tentang surat tu. Bukan Aidid yang tulis. Surat tu di cetak. Aidid juga dapat surat yang sama seperti Cik. Semuanya sudah dirancang. Maafkan puan. Dia terlalu takut syarikat akan jatuh bankrupt. Jadi dia rela lakukan apa saja untuk selamatkannya. Maafkan dia
Ya Allah dugaan apakah ini?
NAd: jangan risau. Saya takkan ganggu mereka lagi.
Malik: tapi Tuan Aidid terlalu mencintai Cik. Jangan hukum orang yang tak salah cik.
Nad: dia yang harus bertindak bukan saya
Malik: dia cuba cik tapi setiap kali itulah puan mengugut akan menyusahkan cik di New York. Dan aidid mengalah untuk selamatkan cik.
Apa?! Jadi aku faham sekarang fungsi pengawal papa. Papa juga dah bersedia akan hal ini. Cuma papa tak tahu exactly apa yang berlaku. Ya Allah... Patutlah papa berkeras dengan syaratnya.
Nad: tolong hantar saya balik
Sebelum aku turun dari kereta malik menasihati aku.
Malik: Cik, sejak Tuan Aidid bersama cik, tuan seperti menjadi manusia semula. Kalau tak dia asyik memberontak dan bergaduh bagaikan binatang berebutkan makanan. Jadi saya harap cik tak putus asa. Saya akan sentiasa berada dibelakang cik.
Nad: terima kasih Malik.
Keesokkan harinya aku keluar lunch bersama Adam dan Aidil selepas aku dapat panggilan dari mereka. Aku tahu mereka berdua memanggil aku cuma untuk menceriakan hari aku.
Mereka juga berjanji akan membantu mana yang boleh asalkan aku dan Aidid kembali bersatu.
Nad: korang tak faham ke? Aidid dah nak kahwin pun. Janganlah kita ni ganggu kebahagiaan dia.
Aidil: aku tak sangka pulak itu yang nak keluar dari mulut kau. Aku ingat kau akan lawan balik untuk dapatkan Aidid.
Nad: orang kerdil cam aku ni mana layak. Berdiri sebelah dia pun aku layak. Betullah tu cakap mak dia.
Adam: urghhh orang tua tu memang tak dapat digoyangkan.
Nad: so mengalah je lah. Aku tak sanggup lagi nak tengok papa dan korang di susahkan.
Aidil: kitakan kawan. Macam mana Pidot jaga kau, macam tu jugak kami.
Zara: Selamat Tengah hari
Adam: Haaaa! Kak Zara?
Zara: hai kamu berdua sehat?
Adam: se.. Sehat. Bila akak balik Malaysia.
Zara merapati aku. Aku tunduk memandang ke bawah
Nad: Selamat tengah hari Cik Zara.
Adam: eh kau kenal dia ni dak kecik?
Nad: Cik Zara lecturer aku kat New York
Adam: haaa? Kak Aidid ni lecturer kau?
Kakak Aidid?! Macam mana aku boleh tak perasan manusia depan aku ni ada dalam foto di rumah Aidid. Aduhhhhh
Zara: sudahlah. Kakak pun dah tak jadi lecturer kamu. Kamu boleh panggil kak zara.
Hrmmm by the way boleh kakak join kamu tiga orang? Ermmm kamu berdua belanja kakak okay?
Aidil: aihh kakak yang tak berubah. Dari kakak sampai adik suka kenakan orang saja kerjanya
Zara: apa?
Aidil: eh takde ape. Akak makanlah dulu saya nak ke toilet.
Adam: saya pun
Aduhhh janganlah tinggalkan aku sensorang kat sini. Hantu betul..
Zara: makanlah. Jangan tunggu diorang. Diorang takkan datang balik
Nad: hah? Mana Cik Zara tahu?
Zara: stop calling me Cik, adik. Kitorang memang akan saling kenakan antara satu sama lain. Akak slalu kenakan diorang untuk belanja akak makan dan diorang akan lari. :) tapi jangan risau akak belanja kau makan. Lepas ni Nad ikut akak ke suatu tempat ye.
Nad: kemana?
Kereta kak Zara berhenti di tepi jalan.
Nad: kak ada orang bergaduh.
Zara: cuba tengok betul-betul siapa?
Aidid!!
Zara: lima orang. Dia seorang je. Hidup dia tak tentu arah sejak mama tentukan perkahwinannya. Dia seboleh mungkin menolak perkahwinan tu. Semua tindakannya untuk merapati kamu di sekat. Kalau bukan orang awam, pengawalnya sendiri dia tumbuk. Semuanya untuk melepaskan rasa hati. Jadi kakak balik ke Malaysia sebelum keadaan menjadi bertambah keruh. Dulu kakak sendiri tak berani berdepan dengan mama akibatnya hidup kakak hancur dengan orang yang mama aturkan. Tapi sekarang kakak takkan biarkan Aidid hadapi benda yang sama.
Nad: kak, tolong hentikan Aidid. Tolonglah. Dia semakin teruk belasah orang.
Zara: dia akan berhenti bila dia nak berhenti.
Nad: tapi nanti akan ada yang terbunuh.
Zara: cuma seorang yang dia tak sanggup cederakan.
Aku berlari untuk mendapatkan Aidid. Dia dah gila agaknya pukul orang macam ni. Aidid mengangkat penumbuk, segera aku menolak orang itu ke tepi dan aku bersedia, berdiri betul2 dihadapan Aidid. Ketika itu aku tak dapat buat apa-apa untuk menahan tumbukan selain dari memejam mata. Terasa seperti angin lalu di hadapan muka ku. Aku memberanikan diri membuka mata
Aidid: kenapa kau berdiri depan aku bodoh!!!
Nad: kenapa kau buat kerja gila ni.
Aidid: dua hari. Dua hari bagai nak gila aku cari kau.
Nad: tiada siapa suruh kau cari aku Did.
Aidid: aku rindukan kau.
Aku membawa Aidid ke suatu tempat yang agak tenang untuk kami berbual. Sempat aku berhenti di sebuah kedai membeli air mineral, plaster, kapas dan iodine. Kami duduk di sebuah bangku yang di sediakan. Aku tersenyum pada Aidid. Namun hanya jelingan yang di balas. Ini memang Aidid yang aku kenal. Keras kepala. Jelas rindu aku membuak buak padanya.
Aku mencuci luka Aidid. Tapi segera dia mengelak. Berulang kali aku cuba. Dia tetap mengelak.
Nad: okay kalau kau tak suka aku kat sini, aku boleh pergi. Bye.
Dia menarik tangan aku sehingga aku terduduk di sebelahnya. Lantas dia merangkul lengan ku dan melentokkan kepalanya di bahuku.
Aidid: tolong. Tolong jangan lari dari aku lagi. Aku dah tak tahu nak cari kau kat mana. Aku rindukan kau
Aku terasa bahu ku basah. Aidid menangis? Teresak-esak? Ya Allah. Kasihannya aku pada dia. Dua hari ni aku pergi menjaga papa kau aidid. Malangnya aku tak boleh ceritakan. Maafkan aku
Aidid: Nad, jangan buat kerja bodoh lagi?
Nad: hu? Aku buat apa?
Aidid mengangkat kepala memandang aku.
Aidid: jangan berdiri depan aku lagi bila aku bergaduh. Aku takut akan cederakan kau.
Nad: urmmm okay asal kau janji jangan buat benda bodoh jugak. Jangan bergaduh lagi.
Aidid: urmmm tapi asal kau takde dengan aku hidup aku tak tenang. Aku nak pukul orang macam mana.
Nad: habis takkan aku kena berkepit dengan kau 24jam untuk pastikan kau tak pukul orang?
Aidid: berkepit dengan aku ea? Good idea. Boleh jugak macam tu. Marilah
Nad: nak kemana? Luka kau tu tak bersihkan lagi.
Namun kata ku langsung tak di ambil peduli. Aku terus kaku di bangku tadi. Sengaja tak ambil pusing dengan tindakan Aidid.
Aidid: ouh. Sekarang dah pandai ye?
Nad: aku takkan bergerak lagi aku tak cuci luka kau tu.
Aidid: kau ni lambat betulla. Meh ni aku cuci.
Nad: haip.. Kau tu buat kerja halai balai. Sini, aku tolong.
Aidid: ye lah mak cik
Aidid tersenyum senang sambil menggosok kepalaku. Seperti selalunya aku tak sempat mengelak. Ini baru dia yang asalnya. Kami berjalan jalan memebelah lautan manusia.
Aidid: Nad, teddy bear yang aku bagi tu kau ada lagi.
Nad: ada aku letak di stor.
Aidid membulatkan matanya. Aku menolak sedikit mukanya yang tenung aku aku
Nad: jangan tengok aku camtu. Aku takut. Yelah.... Teddy bear kau tu tetiap malam tidur dengan aku lah.. Takkan aku nak simpan dalam stor pulak sayang oi.
Aidid: ye ke? Baguslah macam tu. Aku ingat kau buang. kejap. kau panggil apa tadi?
Tanyanya teruja. Aidid menggoncang seluruh badan ku seperti tak percaya dengan apa yang dia dengar.
Aidid: panggil aku lagi sekali macam tu.
Nad: tak nak. Aku perli kau je lah
Aidid melepaskan genggaman tubuhku dengan perasaan hampa.
Aidid: perli pun takpe. Janji aku tahu kau sayang aku.. Yuhuuuuu!!!! Senangnya hati aku.
Nad: oit! Janganlah menjerit orang tengoklah
Aidid: siapa suruh kau tak nak mengaku apa yang kau cakap. Aku sayang kau jugak....
Aidid berhenti, lalu merenung tepat ke dalam anak mataku sehingga aku merasakan seluruh badan ku menggeletar. Dia merapati aku. Aku memejam mata rapat. Tak menahan panahan anak mata aidid. Perlahan lahan aku membuka mata. Sekali lagi anak mata kami bertembung.
Nad: aku tak tahu sama ada kau ni keras kepala, pemarah atau bodoh sebab nak terpekik macam ni tapi aku sayangkan kau. Aku sayang kau insan keras kepala. Aku sayangkan kau!
Sebak dada aku melafazkan ucapan yang telah sekian lama aku pendam. Teresak-esak aku menahan tangis. Terasa seperti aku telah lepakan semua beban di dada. Sekarang aku rasa bebas sebebasnya. Tiada lagi halangan untuk aku mengucapkan sayang pada insan ini.
Aku memberanikan memandang wajah Aidid. Ternyata ada mutiara yang mengalir dipipinya.
Aidid: aku sayangkan kau. Mari aku nak berikan kau sesuatu.
Nad: kejap
Aku mengesat air mata aidid.
Nad: hodoh muka kau kalau menangis.
Aidid tergelak kecil
Aidid: aku sayangkan kau dak kecik.
Orang ramai berasak-asak ke klcc dan kami berdua juga diantara mereka. Tepat 12 malam bunga api meletus di langit.
Aidid: hari ni 31 August. Hari kemerdekaan. Hari ni juga kita merdeka dari semua. Macam tu juga cinta kita cinta yang merdeka. Ini aku hadiahkan kau rantai yang aku tempah khas buat kau.
Aku melihat rantai itu. Pasti mahal. Tentunya. Lihat saja buatannya pun dah tahu.
Nad: tapi ini.
Aidid: jangan nak kata mahal segala. Aku nak kau pakai. Siap kau kalau kau hilangkannya
Nad: aku nak tanya, asal nama kau pulak kat rantai.
Aidid: erkk itu.. Itu...
Aidid kelihatan tak ketahuan. Adalah tu yang dia malu nak cakap.
Nad: cakap cepat. Kenapa?
Aidid: erkkk aku.. Aku... Sebab aku sayang kau tu je.
Nad: nak cakap kau sayang aku gagap?
Aidid: sebab aku sayang kau sangat. Bila orang pandang loket tu orang tahu kau dah jadi hak aku. Jangan berani nak pandang kau. Aku tumbuk nanti.
Katanya yang kali ni tak gagap dan penuh dengan ketegasan.
Nad: uhh garangnya kau ni.. Habis kalau aku kenyit2 mata dengan orang lain pulak.
Aidid: nak tengok aku jadi gila, buatlah.
Nad: alolololo merajuk pulak. Dah jum pergi makan, kau mesti lapar dua hari tak makan kan?
Aidid: mana kau tahu?
Aku tahulah. Kau ingat pergerakan aku je yang kau pantau? Wekk
Nad: erkkk aku agak je. Dahlah jum.
Aidid masih tak mahu berganjak walaupun di tarik beberapa kali. Aku tahu dia sengaja.
Tengok mukanya tersenyum pun aku tahu dia sengaja mengeraskan diri. Eiiii mengada betul mamat ni.
Nad: pheww.. Okay. Sayang jumlah cepat. Saya dah lapar ni.
Dia ketawa besar. Barulah dia menarik aku ke kedai berdekatan.
Aidid: comel muka muncung kau tu.
Nad: kau ni jahatlah. Suka kenakan aku.
Aidid: janji dengan aku lepas ni walau apa pun yang berlaku kita akan hadapi bersama.
Nad: mama kau?
Aidid: sejahat mana pun dia cuba halang hubungan kita, dia tetap mama aku. Aku akan cuba bincang dengan dia. Aku cuma perlukan sokongan kau.
Aku hanya mampu tersenyum. Menghadapi mama aidid bukan lawan yang senang. Apa saja pasti digunakan untuk menumpaskan aku. Hrmmm Ya Allah selamatkan hubungan kami. Amin.
Aku dan Aidid melangkah masuk ke dewan makan bersama setelah pidot, adam, dan aidil ada di sana terlebih dahulu untuk breakfast bersama.
Adam: eh? Korang berdua... Errr
Aidid: Apa?
Adam: bukan semalam kau cakap nad
Nad: apa?
Kami berdua masing-masing buat muka tak tahu. Kelakar tengok muka dua orang sahabat baik ni terpinga-pinga.
Pidot: diorang bersatu semula, kan?
Aidil: ye lah. Shawl kat leher kau tu pun shawl yang sama waktu kau kat hospital tempoh hari kan?
Nad: haaa? Shawl aku bila nak bagi?
Aidid: shhh kau diamlah..
Nad: tak de. Aku nak balik
Aidid: yang ni je taw aku ade. Aku tak nak bagi balik. Kalau kau nak beratus aku belikan tapi yang ni aku nak
Nad: kenapa?
Aidil: ada love storylah tu. Waktu kau demam dia selimut kau dengan shawl tu ke kan?
Aidid: err mana ada.
Zara: selamat pagi. Oit! Tepi akak duduk sini.
Kak zara datang dan lantas menyuruh Aidid bertukar tempat dengannya.
Aidid: banyak lagi tempat, kau nak duduk sini jugak pehal?
Zara: tahulah aku.
Aidid mengangkat kerusinya merapati aku. Kak zara memang suka mengusik dan adiknya ni pantang diusik.
Nad: pergilah duduk sana sikit. Nak makan tak boleh ni.
Aidid: meh nak suap.
Aku menjeling padanya mengingatkan kami bukan hanya berdua di situ.
Zara: kakak ada dua announcement nak buat dan ada cadangan kakak nak bagi. Satu announcement buruk satu yang baik. Okay jadi macam ni. Aidid, perkahwinan kau dan Sara dibatalkan which mean perjanjian gabungan dua syarikat turut terbatal. Dan berita buruknya,
Aidid: mama mengamok?
Zara: ye dan dia sekarang tengah cari kau.
Aidid ku lihat menelan air liur. Begitu jugak dengan yang lain. Sepertinya taufan besar akan melanda.
Zara: jadi kakak ingat sebelum mama jumpa kau dan Nad baik kamu semua pergi bercuti dulu. Kalau jumpa mama sekarang lain pulak jadinya nanti. Tapi ingat jangan pergi lama-lama. Nanati dia boleh kesan kau. Ambil kad ni Aidid. Mana tahu mama dah sekat semua kad kau.
Aidid: thanks. Sebenarnya mama memang dah sekat kad aku.
Zara: padan muka. Jadi apa korang tunggu lagi?
Nad: kakak tak ikut?
Zara: tak. Kakak akan uruskan hal di sini. Kakak akan lambatkan proses mama mencari korang. Pergilah cepat. Flight tengah tunggu kamu.
Pidot: kakak dah rancang
Zara: yup. Aku kan kakak terhebat kamu semua. Pergilah.
Aidil: tunggu! Aku ada seseorang yang aku nak 'culik'
Nad: ida?
Aidil mengangguk
Nad: so sweet.
Aidid: ehemmm!
Nad: apa aku puji je.
Aidid: tak boleh
Nad: jeles
Aidid: memang pun.
Nad: grrrr
Zara: sudah! pergi berangkat sekarang. Kita jumpa di airport.
Tiga hari kami di langkawi, kami sungguh gembira. Aku happy skurang-kurangnya semuanya ada di sini bersama aku. Cuma sekarang bila pulang ke KL, fikiran ku melayang cuma ke satu tempat. Mama Aidid.
Aku kembali menjenguk papa Aidid yang masih terlantar. Semua kisah aku pada awal pengenalan dengan Aidid sehinggalah sekarang, semuanya aku ceritakan padanya. Cuma karekternya saja aku tukar. Malik kata sewaktu aku pergi tempoh hari, tubuh papa Aidid memberi respon yang positif. Aku mengucap syukur pada Allah.
Tiba-tiba monitor yang dipasangkan berbunyi bingit. Aku memanggil Malik. Segera doktor peribadi keluarga ini merawat pesakitnya. Tak lama kemudian tanpa di duga mata papa Aidid terbuka dan badannya kelihatan penat.
Doktor: Syukurlah dia dah kembali
Malik: Tahniah Cik. Tuan dah kembali sedar. Terima kasih atas jasa baik Cik.
Nad: saya nak jumpa dia boleh?
Malik: pergilah.
Aku mengetuk pintu bilik. Doktor mengatakan papa Aidid masih belum kuat untuk bercakap namun tangan dan kakinya sudah boleh digerakkan sedikit demi sedikit. Doktor juga mengjangkakan bahawa lagi seminggu keadaannya akan pulih seperti biasa.
Nad: uncle.
Matanya melirik setiap pergerakkan aku.
Nad: syukurlah uncle dah pulih. Hari ni hari terakhir saya di sini. Sorry sebab saya tak habis cerita kisah tu pada uncle. Oklah uncle, saya balik dulu. Uncle jaga diri tau. Assalammualaikum
Sebaik saja aku jauh dari perkarangan rumah persinggahan peribadi dan kembali ke tengah bandaraya, aku terlihat Aidid berlari ke arah ku
Nad: aidid kenapa ni?
Aidid: lari cepat. Ahli sihir mengamuk.
Ha?? Ahli sihir mana pula mengamuk. Aku cuma percepatkan langkah mengikut Aidid. Kami menyorok di suatu tempat. Aku cuba mengintai. Tapi muka aku ditolak Aidid.
Aku ternampak orang memakai uniform. Fahamlah aku sekarang siapa ahli sihir tu. Tak baik betul Aidid ni. Setelah puas mencari, akhirnya pengawal peribadi tadi pergi dari situ dan kami keluar dari tempat persembunyian.
Nad: sekarang apa pulak?
Aidid: kau kena jaga diri. Bila apa-apa berlaku, cepat-cepat call aku. Sekarang aku minta tolong Pidot ambil kau balik. Aku tak boleh bagi mama jumpa kau.
Nad: shhhh kenapa kau cemas sangat? Tarik nafas.
Aidid: aku cuma taknak kau di apa-apakan.
Bunyi kereta brek dengan cepat berhenti di depan kami. Haaa? Ada lagi?
Aidid: kita dah tak boleh lari
Nad: tak bermaksud kita tak boleh hadapi.
Aidid: maksud kau?
Nad: aku dah penat berlari aku nak lawan.
Aidid: kau faham tak aku tak kau cedera. Diorang bukan lawan kau.
Nad: jadi kau kena faham yang kita bukan pelarian, kau sendiri cakap cinta kita cinta merdeka, jadi inilah masanya.
Aidid: aku tak faham.
Nad: kurangkan bercakap. Lawan je.
Seorang demi seorang tumbang,
Aidid: wohooo mana kau belajar berlawan?
Nad: sekarang baru boleh lari...
Seminggu selepas kejadian tu aku tak jumpa lagi aidid. Kalau keluar lepak pun cuma dia yang tiada. Macam sekarang. Terasa sunyi sangat.
Aidil: kak zara baru call. Aidid kena tahan.
Pidot: kau okay Nad
Nad: aku okay.
Malik: maafkan saya. Cik, ini jemputan ke majlis yang akan diadakan esok malam. Cik di wajibkan hadir.
Nad: maaflah Malik. Tapi saya takkan pergi.
Malik: maaf cik tapi ini permintaan erkk Tuan.
Kata malik separuh berbisik. Aku separuh terkejut tapi cepat-cepat aku control riak muka ku agar tak jelas kelihatan. Mereka bertiga masih tiadak tahu tenta papa Aidid.
Nad: baiklah saya akan hadir.
Malik: Tuan-tuan yang juga di jemput. Saya undur diri dulu.
Aidil: kau nak pergi ke Nad?
Nad: kenapa tidak aku dijemput.
Adam: kau ni berani sangat la.
Nad: ala. Paling teruk pun dia suruh aku buat konsert macam hari tu.
Pidot: suka susahkan diri sendiri.
Nad: apa?
Pidot: takde apa. Tu tak nak gi shopping pulak ke?
Nad: malas la.
Aku meletakkan kad jemputan itu di atas meja lantas terkeluar sepucuk surat.
" Cik, ini gaji yang saya janjikan pada cik untuk jaga Tuan. Dan ada saguhati dari Tuan sendiri. Cik gunalah sumbangan ini sebaiknya. Kami berdua amat menantikan kedatangan cik malam esok"
Pidot: apa tu?
Nad: tak de apa. Eh jomlah teman aku pergi shopping.
Adam: tadi kata tak nak.
Nad: Rasa teruja aku datang lambat. Jomlah.
Aku sempat membelek not yang dikirimkan. Mak aihh banyaknya.
Aku sampai dirumah dengan Pidot. Mama menyambut riang.
Mama: aih. Anak mama ni lama tak balik rumah, sekali balik bawak banyak barang ni.
Nad: ala mama. Nad janji dengan papa kan nak cuti sebulan je. Cuti dah nak habis. Itu yang prepare barang siap-siap tu. Bawak hero sekali.
Mama: hero pun dah longlai.
Nad: alololo kesiannya. Baru shopping sikit dah patah kaki cik abang.
Pidot: kau tu jalan laju sangat. Macam shopping complex tu dah nak tutup. Bukan aku je.
Aidi; dan adam pun merungut. Lepas ni malas shopping dengan kau.
Nad: bukannya lama pun aku shopping
Pidot: ye lah kau tak lama. Test baju je setengah jam tahu tak mama. Itu belum lagi yang dia cuba dia tak nak ambil.
Mama hanya tergelak mendengar rungutan anak tunggal terunanya ini.
Nad: hey kau tu yang lembik.
Aku mengambil bantai sofa lalu mengetuk Pidot.
Pidot: kau nak lawan bantal la ni. Meh sini kau. Mana kau nak lari..
NAd: mama.. Mama....
Tiba-tiba papa masuk dari pintu depan. Pidot membaling bantai lalu aku menyorok di belakang papa. Bantai terkena papa. Mujur tak kuat.
Nad: er papa...
Pidot: sorry papa. Nad la menyorok belakang papa
Nad: eh kau yang baling siapa suruh.
Papa: tak habis-habis nak bergaduh kamu berdua ni. Bila nak besar. Ambil ni. Teruslah bergaduh.
Perghh nasib baik papa tak marah. Akhirnya kami berdua tersandar disofa dan tergelak dengan telatah masing-masing.
Pidot: kau tak risau pasal majlis malam esok?
Nad: risau. Cuma aku dah penat untuk bertahan lebih lama. Setiap kali aku nak give up. Tapi hati aku tak sanggup. Dengan sokongan korang bertiga jugak buat aku jadi kuat nak hadapi apa pun yang datang.
Kemudian papa memanggil aku.
Nad: ye papa
Papa: tahniah nanti kamu dah nak masuk kerja. Papa bangga dengan kamu.
Nad: terima kasih papa
Papa: kamu dah bagi papa hadiah yang paling besar.
Nad: -apa semua ni tak seberapa dengan apa yang papa dan keluarga ni dah buat pada Nad.
Papa: shhh dah papa tak mahu dengar.
Hon kuat dibunyikan dengan kuat di depan rumah.
Papa: pergilah tengok hadiah kamu. Itu termasuk hadiah kamu masuk ijazah, sambung belajar di new york, kamu kerja dan perkara yang kamu buat sejak kamu tak balik rumah.
Nad: itu pun papa tahu?
Aku terkejut
Papa: kamu anak papa. Mesti papa jaga kamu. Jangan risau Pidot tak tahu apa-apa. Ini antara kita. Pergilah tengok hadiah kamu.
Aku membuka pintu rumah. Aku terkejut lantas bersorak riang.
Nad: thank you papa. Mama... Pidot... Tengok ni hadiah papa bagi.
Pidot: apa yang kau terpekik ni sengal?
Nad: tu tengok tu..
Pidot: ahahhhhhhh kereta baru aku.
Papa:jangan mengada. Itu kereta Nad. Kereta yang papa bagi kau dah ada kan?
Pidot: just kidding.
Nad: thank you papa mama. Aku baru ingat nak pergi kerja dengan kau je Pidot.
Pidot: nak suruh aku tolong drive la?
Nad: kau tahu niat aku.. Hahaha
Papa: dah dapat kereta, jangan selalu hilang macam pidot plak waktu kerja.
Perli papa.
Pidot: kena tepat kat batang hidung aku..
Majlis malam tu diadakan dengan penuh gilang gemilang sekali. Aku tersenyum mesra pada Aidil dan Adam
Aidil: wow kau nampak cantik.
Nad. Trimas
Adam: kau nak menyanyi lagu apa pulak kali ni?
Nad: entah. Kau nak duet ngan aku lagi ke?
Adam: aku tak kisah haha kita memang suka memeriahkan majlis kan?
Kepulangan papa Aidid pasti memberi impak yang sangat besar pada syarikat mereka. Aku tahu dari malik yang syarikat mula merudum bila khabar berita menyatakan papa Aidid meninggal dunia tersebar luas. Kini, kepercayaan pada syarikat mereka pasti kembali semula.
Aidid merapati kami. Ternayata dia terkejut melihat aku berada di situ.
Aidid: apa kau buat di sini?
Nad: aku dijemput.
Zara: sudah. Jangan bertengkar.
Malik: sekarang kita akan memulakan acara ini dengan menjemput kembali Tuan Othman ke pentas selepas pulih dari sakit sejak sekian lama.
Zara & Aidid: papa? Tapi papa kan
Tuan Othman: Assalammualaikum dan selamat petang semua. Saya tahu pasti ada yang terkejut melihat saya sekarang. Setengah dari kamu dikhabarkan berita tentang kematian saya. Jelasnya sekarang saya masih hidup. Saya cuma mengalami koma sejak sekian lama dan ditempatkan di suatu tempat yang lain.
Puan Lydia: mama mintak maaf zara, aidid
Tiba-tiba muncul mama Aidid di hadapan kami.
Zara: jadi mama yang rancang semua ni? Mama kejam.
Aidid: kami ingat papa dah betul-betul tak ada
Tidak henti-henti mama aidid meminta maaf.
Tuan Othman: sepanjang saya koma, saya dijaga oleh seorang gadis biasa. Hampir setiap hari dia bercerita tentang kisahnya pada saya. Hari terakhir dia jaga saya, saya masih ingat yang ceritanya tak sempurna. Jadi malam ini saya nak sempurnakan cerita gadis tersebut dan memperkenalkan orang yang telah menjaga saya dengan baik. Jemput ke pentas Nad.
Lampu sorot di arah kepada ku. Semua mata tetamu yang hadir termasuk enam pasang mata dihadapan ini tertumpu pada aku. Aku tersedar sehingga malik mengiringi aku ke pentas.
Tuan Othman: inilah gadis itu. Dan saya jemput seorang lagi bagi melengkapkan kisah ini satu satunya anak lelaki saya, Aidid.
Aidid melangkah ke pentas lalu memeluk papanya. Dia menangis tersedu sedan lalu papanya menyuruhnya bersabar.
Tuan Othman: dengan ini saya umumkan perkahwinan mereka berdua pada bulan depan.
Apa?!
Nad: tapi.. Tapi... Papa saya.
Tuan Othman: jangan risau dia sendiri dah tahu. Tengok tu.
Papa? Papa turut hadir di majlis itu dengan mama. Patutlah papa dah tahu lebih awal rupanya
Tuan Othman: tahniah pada kamu berdua. Tunggu saya dirumah. Kita akan dinner sekali.
Aku menerpa ke arah papa dan mama lantas memeluk mama.
Nad: terima kasih papa mama. Tapi kenapa papa tak beritahu Nad, yang papa dah tahu semua ni?
Papa: kamu beritahu ke waktu kamu menghilang dlu? Hehehe kamu tak pandai sorokkan apa-apa dari papa nak. Dah mari kita ke rumah mereka.
Sebaik saja pintu rumah mereka dibuka, mama aidid menerpa ke arah ku.
Puan lydia: maafkan aunty sayang. Aunty bersalah pada kamu dan Aidid. Maafkan aunty.
Terkejut aku dengan suasana tegang di dalam rumah tu. Wajah papa aidid kelihatan menahan amarah yang begitu besar. Begitu juga pada wajah zara dan aidid yang lebih menampakkan kekecewaan dan kesedihan.
Nad: puan, saya dah lama maafkan puan. Puan jangan risau ye.
Puan: tengok. Nad dah maafkan mama.
Aidid: pokoknya apa yang mama buat pada papa, pada kak zara dan kami berdua memang tak boleh di maafkan.
Kata aidid lalu berlalu dari situ.
Zara: zara maafkan mama cuma zara tak tahu zara boleh duduk lagi dengan mama atau tak. Esok zara akan kembali ke kota new york.
Mama: zara jangan zara.. Maafkan mama. Mama bersalah sorokkan hal papa kamu. Mama salah jodohkan kamu. Maafkan mama. Bagilah mama peluang zara.
Aku mengekori aidid ke beranda rumah.
Nad: aidid?
Aidid menoleh lalu menggenggam kuat tubuhku.
Aidid: kau dah tahu soal papa. Kenapa kau sorokkan? Kau tahu tak aku rasa tertipu sangat?! Kenapa.
Tubuhku sakit dibuat begitu. Namun ku tahan selagi boleh
Nad: lepaskan aku dan aku akan ceritakan.
Perlahan-lahan Aidid melepaskan tubuh aku.
Nad: malam tu, lepas kau tarik sara dan bawanya pergi, Malik tahan aku pergi dari situ. Malik bawa aku ke rumah persinggah keluarga kau. Di situlah aku jumpa Uncle. Waktu juga aku ambil keputusan untuk menjaga dia dan menghilangkan diri dari dunia dunia luar buat seketika. Tapi bila Malik hantar aku balik malam tu, baru aku tahu keadaan kau yang sebnar waktu aku di new york, surat tu, dan lantas dia memberitahu kak zara pasal kita. Tapi waktu di new yourk aku tak tahu zara kakak kau. Jadi semuanya di rancang.
Aidid: tentang papa?
Nad: malik suruh aku merahsiakannya sampai papa kau sihat sepenuhnya dan biarkan papa kau yang ururskan. Malik takut kalau zara dan kau tahu terlebih dulu, kamu berdua akan jauh membenci puan lydia. Jadi aku bersetuju untuk diamkan semua ni. Dua hari lepas tu kak zara jumpa aku dan bawa aku pada kau. Di situlah aku dapat semangat semula untuk teruskan hubungan bersama kau. Maafkan aku Did. Aku cuba buat yang terbaik untuk semua orang.
Aidid menangis teresak-esak. Aku tak salahkan dia kalau dia marah pada aku. Kalau aku ditempatnya pastinya aku akan buat lagi teruk dari dia. Dia mesti rasa tertipu.
Aidid: aku nak kau pergi dari sini. Jangan jumpa aku lagi.
Aku mebuka rantai Aidid.
Nad: ini aku pulangkan semula. Aku akan tunggu kau bersama kalung ni ditempat biasa. Kalau kau tak datang, aku faham semuanya.
Aidid: jangan harap aku akan datang. Kau penipu. Kau tipu aku. Aku benci orang menipu. Aku benci kau!
Aku berjalan ke ruang tamu semula.
Nad: maaf. Papa mama, abang marilah balik.
Mama: tapi kenapa tiba-tiba sayang. Apa yang berlaku.
Nad: hal kecil je mama. Marilah. Maafkan saya Uncle, Puan, kak zara.
Papa dan mama membontoti aku ke halaman rumah. Aku tak perasan kemana Pidot.
Nad: papa dan mama baliklah dulu. Saya balik dengan pidot nanti.
Selepas menghantar papa dan mama pulang, Pidot menghampiri aku.
Pidot: sorry aku lambat. Ada hal sikit kat dalam.
Nad: pidot, aku nak ke suatu tempat dulu boleh?
Pidot: ke mana?
Nad: perkarangan klcc.
Aku duduk di bangku yang di sediakan.
Nad: dia tak patut kata aku penipu. Aku tak menipu. Okay mungkin aku tipu tapi tu untuk kebaikan dia jugak.
Pidot: apa dia cakap dengan kau?
Nad: dia suruh aku pergi. Dia kata dia benci aku pidot. Dia benci aku.
Aku menangis sepuas-puasnya.
Nad: kenapa semuanya harus berakhir macam ni. Aku sayangkan dia kau tahu tak. Betapa sakitnya aku semata-mata nak pastikan dia selamat. Menahan perasaan aku sendiri.
Aku tahu nad. Aku tahu apa yang kau rasa. Kau nampak kuat di luar tapi hakikatnya didalam kau lemah.
Nad: aku hidup dengan bayang-bayang Aidid. Hari-hari aku berlalu rindukan dia. Tiga tahun aku di new york, setiap hari aku teringatkan dia. Bagai nak gila kau tahu tak. Balik sini, mak dia announce dia nak kahwin. Rabak hati aku.
Nad tak pernah macam ni. Jelas sekali dia terlalu sedih dengan apa yang berlaku sekarang.
Dia sebolehnya memendam rasa tapi sekali diluah itu bermaksud dia tak mampu membendungnya sendiri.
Aku lihat Nad semakin longlai di bangku. Mujur aku cepat menyambut tubuhnya dari terus jatuh ke lantai bawah. Aku membawanya pulang. Papa dan mama masih belum tidur dan menunggu kepulangan kami. Setelah mama nampak Nad, dia cemas.
Pidot: dia pitam mama. Mungkin sebab terlalu letih dan banyak menangis. Biarlah dia rehat dulu.
Mama: Ya Allah sayang. Kenapa seberat ini dugaan untuk kau nak.
Papa: kita doakan yang terbaik untuknya
Keesokkan paginya bila aku bangun matahari telahpun tegak berdiri. Badan ku terasa terlalu letih dan seram sejuk. Lantas aku membersihkan diri dan keluar dari rumah. Aku menuju ke perkarangan klcc. Aku duduk menunggu di situ. Sesekali aku mengerling jam di tangan. Pukul 6. Sudah dua jam masa berlalu. Aku mula rimas.
Jam menunjukkan tepat pukul 755 minit malam bila hujan mula turun. Aku masih belum berganjak. Badan ku semakin rasa sejuk dan hampir mula menggigil.
Aku rasanya aku di payung seseorang.
Aidid: kenapa kau bodoh tunggu dalam hujan.
Nad: kenapa kau lembab sangat datang?
Aidid: aku tahu kau bodoh tunggu aku dalam hujan sebab tu aku datang.
Nad: jadi sekrang aku tak perlukan kau lagi. Pergilah. Aku tak nak kau payung orang bodoh ni lagi.
Aidid cuba mendekati aku lantas dengan sekuat tenaga yang berbaki aku menolak dia sekuat mungkin.
Nad: pergiiii
Tersedar saja. Tangan kiri ku terasa berat untuk diangkat. Kepala seseorang bertelekup di tangan ku. Aku menolak sedikit kepalanya dan membuatkannya terjaga. Berlinangan air mata aku melihat insan ini.
Aidid: shhh jangan nangis. Aku ada kat sini dengan kau.
Nad: tapi kau benci aku.
Aidid: maafkan aku, aku tak benci kau Nad. Aku sayang kau. Aku rindu kau Nad.
Nad: kau suruh aku pergi dari kau. Aku kata aku penipu.
Aidid: maaf aku. Aku terlalu mengikut perasaan. Aku tak patut lukakan hati kau. Kau yang jaga papa. Kau buat semua tu untuk kebaikkan kami sekeluarga. Hukumlah aku Nad, tapi
jangan suruh aku pergi dari kau.
Aidid mengesat air mata yang jatuh di pipi ku.
Aidid: tak comel kau nangis. Aku kalungkan balik rantai ni.
Nad: tunggu!
Aidid terhenti dari mengalungkan rantai tu.
Nad: bibir kau kenapa?
Aidid: jatuh.
Nad: tipu. Cakap cepat.
Aidid: dah tahu tipu tanya lagi.
Nad: cakap yang betullah.
Segera aku teringat malam di rumah aidid
Pidot: sorry aku lewat. Ada hal sikit kat dalam.
Nad: pidot buat? Cakap!
Aidid: aku memang patut dapat pun. Aku dah lukakan hati kau. Kau jangan la tenung aku
macam tu aku takut. Aku sayangkan kau.
Nad: habis tu?
Aidid: kau sayangkan aku tak?
Nad: aku... Aku...
Aidid: tak pe. Aku faham. Aku akan tunggu jawapan kau.
Aidid ingin melangkah pergi.
Nad: kalau kau pergi, siapa nak kaluangkan rantai tu?
Aidid: maksud kau?
Nad: jangan berani suruh aku pergi lagi dari kau.
Aidid: tak. Aku takkan suruh kau pergi lagi sayang.
Aidid mengalungkan rantai dileherku.
Aidid: sampai demam kau, aku buat. Maafkan aku.
Nad: kau ada kat sini pun aku dah rasa sehat. Aku nak keluar hari ni boleh tak?
Aidid: jangan nak mengada. Kau belum sehat.
Nad: bolehla bolehlah
Aidid: tak boleh.
Aidid nak keluar mungkin tak tahan dengan rengekan aku.
Aku membaling bantai ke arahnya.
Aidid: sakitlah. Nak pergi mintak kau keluarlah ni. Itu pun nak marah ke?
Nad: mana aku tahu. Sorry.
Aidid masuk semula dengan muka ketatnya.
Aidid: lepas lunch kau boleh check out.
Nad: beznya.. Thanks sayang.
Barulah nak senyum sikit kekasih hati aku ni.
Aidid: betul kau sayang aku.
Nad: meh sini kejap.
Aku memiat telinga aidid. Dia mengaduh kesakitan
Nad: oo sampai hati tanya aku soalan pandai kau tu ye... Berapa kali aku nak cakap dengan kau aku sayangkan kau Aidid othmannn.
Dia tergelak besar.. Dia sengaja nak kenakan aku rupanya.
Aidid: dah bersiap sekarang.
Nad: nak pergi mana?
Aidid: tak nak keluar ke?
Nad: kau cakap lepas lunch.. Eeeiiii tak habis-habis nak kenakan aku. Siap kau kejap lagi.
Maka tibalah hari perkahwinan kami berdua.Aku gembira akhirnya insan ini menjadi milikiku jua. Keadaan kembali menjadi semakin baik. Dan aku semakin bahagia. Dan Pidot, kini dia juga semakin membuka hatinya pada insan lain. Syukurlah
Tamat
0 comments:
Post a Comment