Kadang2... Kita tak sedar. Allah hantar setiap
insan untuk kita belajar something dr mereka. 12/03/2017 Hati aku berdebaq. Boleh
ka aku bawak diri? Bab nak bersosial nak kenal orang baru, tobatlah bukan aku
yang nak mulakan. Mcm katak bawah tempurung.. mcm tu la aku. Malaih nak layan
persekitaran. Dengan apa yg jadi sebelum ni n kat ofis penang, menyendiri, diam
adalah satu tindakan bijak yang ku kira. Menjadi pemerhati, menganalisa setiap
tingkah, menyahkod segala pemikiran, segala theories which masing2 expert dalam
bidang masing2. A lot to learn yet a lot jugak yang aku xpaham. Office hour,
lunch time even waktu bersukan, tgk wayang everytime x penah x sembang ilmiah. Lawak
pun lawak ilmiah. Watching guardian of galaxy 2 pun ada benda nak debat..
hahahah.
Dekat ofis KM9, hari pertama ja aku dah sujud
syukur.
1.
Suasana meriah sangat. Happy ja aku tengok depa. Wpun aku realise
kekangan depa. Dalam hati aku lega.
2.
Insan2 kat sini vice versa gila dgn yg ofis sana
Ini yang buat aku paling gembira. On the first
day, aku dah dapat tengok macam2. Hari pertama nilah, depa meeting, hari
pertama nilah orientasi klien, hari pertama nilah pengalaman baru aku start,
hadap ‘komuniti’. everything was happened so fast. Tour office, lapor diri. Bayangkan,
balik office hari pertama, mak cakap aku seronok x sama dengan aku sronok dulu.
Ni baru nadiah. Aku pun cam x kenal diri aku dah sejak2 kejadian tahun lepas. Nadiah
yg mudah terhibur mcm dah mati hidup balik hahaha.
Hari demi hari. Aku makin bersyukur Allah takdirkan
aku ke mari. Insan2 kat sini tak pernah lokek tolong aku. Tak pernah say no
bila aku Tanya. Kadang aku balik naik heran “depa ni buat ataih tggungjawab ka,
atau sbb aku ni student practical? Atau depa ni mmg baik?” garu pala jugak aku.
Sbb pengalaman lepas buat aku berjaga-jaga.
Nikmat Allah tu luas. Alhamdulillah Allah
kurniakan aku insan-insan seperti mereka. Bukan setakat mengajar aku ilmu, tapi
kembalikan aku yang dulu, aku yang ceria, aku yang mudah terhibur, aku yang
rajin gelak, kuat ngusik. Aku bersyukur dan aku berterima kasih sangat2 sebab
bagi aku kesempatan untuk dapat balik Nadiah yang asal.
Jadi, aku kira terima kasih tak pernah cukup buat
mereka. aku tak lupa titipkan doa buat mereka yang sering ada untukku. Tak pernah
bosan melayan kerenah aku yang entah apa-apa. Tak pernah mengeluh setiap kali
soalan2 dia tanyakan. Tak pernah merungut tika bantuan dipinta. Tak pernah pula
meninggi suara. Jadi nikmat mana aku nak dustakan? Secebis pun tiada.
Apa mereka sedar atau tidak, aku tak kisah. Apa mereka
tahu atau tidak aku juga tak ingin peduli. Bagi aku, mereka keluarga, bagi aku,
mereka permata. Mereka tak pernah tahu apa yang mereka dah buat. Menyuntik
semangat, bukan semua boleh buat. Bagai ada sirna harapan baru buat aku. Jelas aku
sudah kembali aku yang asal. Aku yang mudah tersenyum. Ini yang paling paling
paling aku nak terima kasih tapi aku tak pernah nak terluah. Every single
person dlm ofis km9 ajar aku byk benda. Bkn dari segi ilmiah saja dari segi
kehidupan.
Jagakan mereka Ya Allah. Kerna KAU kirimkan mereka, aku kembali
Kerna KAU hantarkan mereka, aku punya semangat yang hilang
Kerana KAU bawa aku ke mereka, aku tersenyum
Terima kasih Allah kerana temukan aku dengan
insan2 ini.
0 comments:
Post a Comment