Wan <> seorang yang suka tersenyum dalam apa juga keadaan.. first time aku pandang dia, aku tahu pasal dia. rupanya dia satu course dengan aku yang bezanya dia kelas sebelah. dia cuma satu klas ngan aku dlm 1 subjek... aku tak pernah bercakap dengan dia.. aku kenal dia melalui satu laman sosial. di situlah kami berchatting sehingga ditakdirkan kami sekelas... brulah smbng... ahakz
Ril <> seorang insan dan sahabat setia yang sentiasa berada di sisi aku sejak sekolah menengah hingga kini. dialah sahabat, dia lah abang dan adik kepada aku. pernah hati ku terpaut dengan kebaikannya. sedar dr itu, aku cepat menghapuskan perasaan itu walau mengambil jangka masa yang ppnjang... XD
aku <> aku dikenali sebagai seorang gadis yang cepat melenting n kalau aku tak puas aty, time tu juga aku hamburkan semuanya. seorang yang berpewatakan kasar dan susah nak dengar nasihat orang. keras kepala namun dalam soal hati, aku kalah dengan diri sendiri. X(
Thursday, July 22, 2010
3 + 1 = 3 hati - 1 cinta
Posted by Nadiah at 2:26 AM 0 comments
Labels: aku menyintai mu kerna kamu adalah kamu, sahabat....
Monday, October 19, 2009
benarkah???

semalam, aku mimpikan kamoo
lalu aku memandang langit
adakah ia bakal menjadi nyata
aku terus berharap, menanti, dan berdoa
agar dan kamoo dipertemukan
walau sesaat cuma
walau sekilas pandang
biarlah... cuma aku mahu bertemu
semalam, aku berdoa
memohon dan terus memohon padan Tuhan
biar beribu kali
aku tak lelah
aku tak penat untuk terus meminta
aku dan kamu bertemu
agar aku bisa melepas kan beban rindu
agar terjalin kembali hubungan yg putus
agar aku mampu melepaskan lelah yg menyesakkan dada
semalam, aku melangkah
melangkah dan terus melangkah
perasaan ku tidak tenteram
jantung berdegup laju
suara seseorang merimaskan jiwa
memaksa untuk aku menoleh
hati memberontak untuk melepaskan amarah
saat aku menoleh ke belakang
saat mata bertentang dengan dia
aku kaget
amarah ku lebur
lidah ku kelu terkaku
berdiri di depan ku adalah kamu
orang yang selama 3 tahun ku tunggu
3 tahun aku berdoa untuk bertemu
alhamdulillah..
semalam, aku tersenyum gembira
aku ketawa sudah
bersengar celoteh mu
aku bahagia
mendengar jenaka mu
hilang resah di jiwa
seperti aku mendapat temanku semula
kita ungkap kisah semalam
bagaikan mengungkap kembali kisah cinta
katamu alangkah indahnya jika kita tidak berpisah
andai tidak terluah kata meruntun jiwa
pasti hari ini kita masih bersatu
walaupun kata mu merentap jantung ku
aku tahu itu hanya jenaka mu
sungguhpun hati ini masih rindu
sungguhpun hati ini terselit rasa sayang
aku sedar, siapa aku
kerna ada dia di disampingmu :)
hari ini aku sedar
tiada apa yang dapat menggantikan mu
walau kita pernah berpisah
walau hati ini pernah terluka
hadir mu sebagai teman sebagai sahabat
sebagai seorang yang memahami diri ini
aku puas
melngkapi hari hari ku
YA TUHAN
terima kasih untuk segalanya
Posted by Nadiah at 9:15 AM 0 comments
Labels: sahabat....