BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, July 20, 2017

Terima kasih,

Kadang2... Kita tak sedar. Allah hantar setiap insan untuk kita belajar something dr mereka. 12/03/2017 Hati aku berdebaq. Boleh ka aku bawak diri? Bab nak bersosial nak kenal orang baru, tobatlah bukan aku yang nak mulakan. Mcm katak bawah tempurung.. mcm tu la aku. Malaih nak layan persekitaran. Dengan apa yg jadi sebelum ni n kat ofis penang, menyendiri, diam adalah satu tindakan bijak yang ku kira. Menjadi pemerhati, menganalisa setiap tingkah, menyahkod segala pemikiran, segala theories which masing2 expert dalam bidang masing2. A lot to learn yet a lot jugak yang aku xpaham. Office hour, lunch time even waktu bersukan, tgk wayang everytime x penah x sembang ilmiah. Lawak pun lawak ilmiah. Watching guardian of galaxy 2 pun ada benda nak debat.. hahahah.

Dekat ofis KM9, hari pertama ja aku dah sujud syukur.

1.     Suasana meriah sangat. Happy ja aku tengok depa. Wpun aku realise kekangan depa. Dalam hati aku lega.
2.     Insan2 kat sini vice versa gila dgn yg ofis sana

Ini yang buat aku paling gembira. On the first day, aku dah dapat tengok macam2. Hari pertama nilah, depa meeting, hari pertama nilah orientasi klien, hari pertama nilah pengalaman baru aku start, hadap ‘komuniti’. everything was happened so fast. Tour office, lapor diri. Bayangkan, balik office hari pertama, mak cakap aku seronok x sama dengan aku sronok dulu. Ni baru nadiah. Aku pun cam x kenal diri aku dah sejak2 kejadian tahun lepas. Nadiah yg mudah terhibur mcm dah mati hidup balik hahaha.
Hari demi hari. Aku makin bersyukur Allah takdirkan aku ke mari. Insan2 kat sini tak pernah lokek tolong aku. Tak pernah say no bila aku Tanya. Kadang aku balik naik heran “depa ni buat ataih tggungjawab ka, atau sbb aku ni student practical? Atau depa ni mmg baik?” garu pala jugak aku. Sbb pengalaman lepas buat aku berjaga-jaga.

Nikmat Allah tu luas. Alhamdulillah Allah kurniakan aku insan-insan seperti mereka. Bukan setakat mengajar aku ilmu, tapi kembalikan aku yang dulu, aku yang ceria, aku yang mudah terhibur, aku yang rajin gelak, kuat ngusik. Aku bersyukur dan aku berterima kasih sangat2 sebab bagi aku kesempatan untuk dapat balik Nadiah yang asal.
Jadi, aku kira terima kasih tak pernah cukup buat mereka. aku tak lupa titipkan doa buat mereka yang sering ada untukku. Tak pernah bosan melayan kerenah aku yang entah apa-apa. Tak pernah mengeluh setiap kali soalan2 dia tanyakan. Tak pernah merungut tika bantuan dipinta. Tak pernah pula meninggi suara. Jadi nikmat mana aku nak dustakan? Secebis pun tiada.

Apa mereka sedar atau tidak, aku tak kisah. Apa mereka tahu atau tidak aku juga tak ingin peduli. Bagi aku, mereka keluarga, bagi aku, mereka permata. Mereka tak pernah tahu apa yang mereka dah buat. Menyuntik semangat, bukan semua boleh buat. Bagai ada sirna harapan baru buat aku. Jelas aku sudah kembali aku yang asal. Aku yang mudah tersenyum. Ini yang paling paling paling aku nak terima kasih tapi aku tak pernah nak terluah. Every single person dlm ofis km9 ajar aku byk benda. Bkn dari segi ilmiah saja dari segi kehidupan. 

Jagakan mereka Ya Allah. Kerna KAU kirimkan mereka, aku kembali
Kerna KAU hantarkan mereka, aku punya semangat yang hilang
Kerana KAU bawa aku ke mereka, aku tersenyum

Terima kasih Allah kerana temukan aku dengan insan2 ini.

Monday, July 17, 2017

Fighter? Warrior? Just A Dreamer


Am I a fighter?
Who will fight for what I love
Who will stand where I need to
The most important thing
Am I ready?
What I know
Give up is not an option
Even it is not a choice

Am I a warrior?
Who is brave enough to achieve what I’d dream?
To stand for something even I’m stand alone
Am I scared?
Again,
What I know
Even the water high
I don’t need to swim
I just need to learn how to fly

I am a dreamer girl
I’m always wanna make my dream comes true

ALWAYS…

Wednesday, July 12, 2017

Family Kecik KM 9

aku tatau apa botoi ayaq tu buat kat situ.. yang pasti semua botoi ayaq waktu ni ada nama timangan masing2

look at their faces. cmna aku tak gelak banyak bila dok ngan depa😃

mereng!

aku suka gmbaq x ready... nk tau knapa muka dia sorang x ready, tgk gmbaq bawah...

sbb tu gambaq dia x ready.. lari lagi hahahah

wif mira

cak!!! bila MK monopoli frame (antara org yg paling aku takut). ni la last gmbaq aku ngan en mas. xdk yg elok hahahha

bukak posa kat TT semeling. bila tgn pro yg snap gmbaq kih5

bila tgn JJ amik gmbaq. sabotaj! ingat lagi ayat dia "asai muka aku sorang elok sudah" hahaha


tiga2 orang ni paling rajin. sorang rajin masak, sorang rajin ngan nset, sorang rajin snap gmbaq

peace yo!

wif pakcik2 hehehe sorry 

wif mommy hot and fatin

tgh dgr ceramah.. nmpak x ada org cm nak bersilat hahhaa

muka k. zura cm nk teriak

happy faces.. mat ri ye




sayang banyak gmbaq x dk sal sd card patah. gambaq lam watsapp x lekat kat sini huhuhu sorry nah mana gmbaq yg xdak. ampa ada kat hati ceq.... nk muntah hahahahha

Andai

Andai,

Andai bidadari dunia itu wujud
Aku tahu itu kamu
Salam perkenalan hanyalah sesingkat waktu
Tuhan kirimkan kamu ke aku
Aku jadi penasaran
Apa kali ini kamu pengajaran atau hadiah terindah buatku
Hari ke hari
Waktu ku hitung
Kamu tetap di situ
Tersenyum indah bagai tiada duka
Sekilas hati aku tertanya lagi
Apa insan ini hanya miliki tawa tanpa luka
Senyuman tanpa suara

Andai bidadari dunia itu wujud
Aku masih percaya itu kamu
Tatkala aku jatuh
Kamu bangunkan aku
Tika aku bersedih
Kamu warnai duniaku
Aku mulai berdoa pada Yang Esa
Jika Hadirmu adalah hadiah terindah buatku
Kekal silaturahim ini hingga ke Jannah
Walau kita tiada talian darah

Andai bidadari dunia itu wujud
Aku yakin itu kamu
Sedar atau tidak
Aku mulai menjaga
Namun, adakalanya aku juga tersilap langkah
Menyakiti hatinya tanpa sedar
Dengan tingkahku juga ucapan yang keluar dari aku
Aku tahu
Biar seribu kemaafan aku pohon
Ia takkan pernah cukup

Andai bidadari dunia itu wujud
Aku pasti itu kamu
Kerna dalam kasar mu ada santunnya
Dalam tingginya suaramu
Ada kelembutan
Dalam geram, masih ada sabar yang tebal

Andai bidadari dunia itu wujud.......

Friday, June 23, 2017

Ramadhan 2017

Ramadhan 2017...

Hampir setahun... Ya, hampir setahun kami sekeluarga diuji dgn satu satu ujian yang ckup2 hebat. Hampir setahun kami melalui detik2 sukar yang mematangkan. Hampir setahun, ramadhan kali ini membawa erti sebenar cahaya kesabaran. Ujian itu biarlah aku rahsiakan. Sakitnya, kami rasakan. Namun aku kagum. Aku kagum dengan mak ygvmasih mampu tersenyum berseri. Aku kagum saat hampir semua org jatuh terduduk dgn keadaan. Dari situ aku turut sama bangkit. Bukan rasa tanggungjawab yang buat aku kuat tapi mak. Semangat juang mak yang buat aku mampu 'berlari' bersama mak. Cakaplah ke mana. Hospital? Bukit beruntung? Seremban? Satu persatu ujian datang. Ayah pulak sakit. Wan Razak meninggal dunia. Mak terus cekal dan tersenyum sabar sehingga aku tertanya. Apa tidak terusikkah hatinya dengan ujian yang bertimpa2? Tak ckupkah Ramdhan 2016 diberi ujian yg ckuo besaq impaknya. Hospital? Jgn kata. Dh mcm rumah kedua. Mak balaih simple

Bila ada antara kita lemah, jangan lemah. Allah tu ada. Doa. Mak kuat sebab mak banyak doa.

Ramadhan 2017...

Ajar aku apa itu kesabaran. Walau sepahit mana ujian, ada manisnya. Walau sebesar mana rasa nak mengalah, aku kena kuat. Disaat aku rasa macam nak menangis puas2, saat itu jugak aku pujuk diri. Luah pada yang maha Esa. Kini, aku rasa manisnya sabar itu. Syukur aku ramadhan kali ini semuanya makin pulih. Syukur ramadhan kali ni rezeki Allah luas. Aku yang semakin jarang tersenyum, makin galak gelak. Aku yg setahun dulu berubah pd insan yang aku sendiri x kenal, kembali menjadi aku yg ceria, mudah terhibur. Allah kurniakan aku 'family kecik'. Walaupun tak semua yang patah tu tumbuh, yang hilang tu berganti, aku bersyukur adanya mereka ini. Jagakan mereka Ya Allah. Mereka tak tahu apa ertinya mereka pada aku.. Mereka tak tahu apa yang mereka ajarkan padaku. Mereka tak tahu, mereka buat aku tersenyum

Monday, June 19, 2017

My Crush 2

Hey My Crush,

just in case you don't know
I know you don't know
hehehehe
smile ear to ear
when i heard your voice
even i dont
even only i am dreaming of you
thinking of you
I can insanely smile

But then,
it's time to face the truth
i will never be with you

Monday, May 8, 2017

sebulan dua ni banyak yang berlaku. banyak sangat
kuat, aku lemah
sabar, aku tak
dugaaan demi dugaan
ujian demi ujian
aku diam tak beerti aku tak berasa
aku tak respon tak semesti aku tak mendengar
aku tak buta walau aku tak lihat.
benar kata orang
cakap siang dengar-dengar cakap malam pandang -pandang


apa yang jadi semalam
menjadikan siapa aku hari ini
aku yang semalam adalah sejarah
aku yang hari ini adalah aku yang baru
mungkin bukan aku yang terbaik
tapi aku belajar untuk jadi yang terbaik

cuma aku juga berpesan pada hati
biar apa pun yang berlaku tabahlah
apa pun yang terjadi kuatlah
kerna kau perlukannya