BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 18, 2009

ntah lew

aku sedih dengan keadaan skang. ermm sampai bila semua ni akan berakhir!!!! aku bukan x bersyukur dgn apa yg aku ada sekarang. tp keadaan da mcm dulu. :(

keadaan da x sama.. aku hampir tersungkur dgn keadaan cmni.. hampir sgt.. aku lemah.. :'(

aku bukan aku yg dulu lagi.. aku skang, oh God.. y all of this happen?
diluar ya, aku tersenyum. dlm hati x dak sapa yg taw.. hati aku hancur.. semua ni x berhenti sejak bln 1 thn lepas lg.. what should i do? kesabaran aku semkin hri semkin menipis.

b a strong gurl,,huhuhu

Saturday, February 14, 2009

huhuhu

x taw nk wat pek??

Friday, February 13, 2009

mish them so much


tgh wat pa?
~on9 myspace ngan tgk tv

tgh seronok?
~tgh rsa bersalah
kenapa?
~esok skolah lma aku buat ari sukan. rmai bdak klas aku yg akan hadir. tp aku x dpt pergi. sepupu aku nk dtg esok. myb. huh.
pasti sedey kan?
~yup. x dpt jumpa ckgu dan x dpt jumpa kwn.
dan tak dpt jumpa dia kan?
~enough k? dia cuma sahabat.
tipu
~klu aku tipu pun dia takkan tahu kebenarannya.
hepy dgn keadaan cmni?
~trus trang aku ckp dia ingat kat aku pun da cukup. nothing else.
apa nk buat sekarang?
~keluar dan tenangkn fikiran
kemna?
~mna2 jek

Thursday, February 12, 2009

bahh...

aku pown tataw nk kata pa.. ang pling pasti aku tgh sakit prut..
gastri kembali!!!!!!!!!!!!!!
huahua

Wednesday, February 11, 2009

know what??


he sms me last nite..
yyeeepiii!!!!
i never thought that he can remember and wish 4 my besday..
of course he not in my list..
hehehe
it was the 1st tme..
aku bersyukur + terharu sbb dia tunggu x tido semata-mata nk wish..
he never b replaced
walaupun kami cmni tp kami bez!!!!!!
aku bersyukur dpt sahabat mcm dia
walaupun kekadang ada yg aku x ska dgn dia tp itulah yg melengkapkan kami..
:D

yeeeeeeepiiii

dunno what to say..
i'm hheepppiiii

Tuesday, February 10, 2009

bezs frenz 4ever

Gambar neh tme aku ngan bebudak klas aku kat pizza hut CS.. huhu mish this tme so much...

bdak sebelah aku neh lawak skit.. sbb aku nk cita sal die bcoz die ni baik dengan aku da mcm kawan2 aku yg len.. dulu. aku ngaku aku susah nk percaya kat die ni tp skang aku da percaya kat die..

da dkt 4 taun kami berkawan.. satu tempoh yg agak lama bg aku.. semoga persahabatan ini trus kekal. dia salah seorang sahabat yg memahami aku..
:D

Monday, February 9, 2009

bju bru

mak long belikan untuk bezday aku.. wakakaka...

Sunday, February 8, 2009

poning!!!!!!!!!

pak long ada kat umah aku ngan keluarga die..
dia bwak kami g mkn ikan bakar semlm..
noe dia suh aku pasang radio minang.. agk poning gak la aku skang coz aku pling dkt dgn speaker skang.. huhuhuhuhu
tetiba aku da reti ckp minang..
walaupun x fasih tp boleh lo...
huhuhuhuhu

Friday, February 6, 2009

bosan

tenet aku tgh tenat...
huhu
tak taw saipa..
mlm ni paklong sekelekuarga akn bertolak ke mari..
haha
aku pun tataw depa nk smpai bila..
huhu
daaa

Tuesday, February 3, 2009

gerimis senja




1

“Baru aku sedar. Impian bukan hanya memerlukan usaha. Ia juga memerlukan pengorbanan yang bukan sedikit. Adakalanya ia memaksa aku untuk memilih sesuatu yang sukar untuk aku terima.”

“Di sinilah aku sekarang. Demi mencapai impian, aku membuat keputusan drastic untuk memasuki sebuah sekolah menengah di tanah air yang kesemuanya adalah lelaki. Aku lakukan ini semua kerana ingin melihat dia berjaya semula. Walaupun aku tahu risikonya yang sangat tinggi tapi naluri ku mengatakan aku membuat keputusan yang betul. Dan, walaupun aku terpaksa menutupi segalanya bagi memastikan tiada siapa yang mengenali ku sebagai perempuan. Termasuk memotong rambut ku sehingga pendek”

“Aku bersedia melangkah ke pintu gerbang sekolah. Terdengar sorakan serta pekikan dari orang ramai. Aku dapat mengagak suara itu adalah suara perempuan. Sebelum aku ke sini, aku terlebih dahulu mengetahui sekolah ini berjiran dengan sekolah perempuan.”

Lydia: who are you?

Farhan: I’m Farhan. Pelajar pertukaran. Err... May I know what is going on here?

Lydia tidak berhenti mengambil gambar. Walaupun aku tak tahu gambar apa yang diambilnya. Yang ku lihat cuma orang ramai yang sedang bersorak.

Lydia: hari ini adalah kemasukan pelajar sekolah ini semula. Jangan tak tahu, mereka cukup popular. Jadi siapa yang mahu lepaskan peluang melihat mereka? By the way, I’m Lydia. Jurugambar di sekolah ni.

Farhan: nice meeting you.

Sara: ke tepi! Sila beri laluan kepada Puteri Melissa.

Farhan: who is Melissa?

Lydia: pelajar perempuan dari sekolah jiran. Dia adalah olahragawi sebanyak empat tahun berturut-turut di sekolahnya. Dia juga meminati salah seorang pelajar dari sekolah ni.

“mamarazi ke yang aku jumpa ni. Nampaknya dia banyak mengetahui tentang kedua-dua sekolah ni.”

Pelajar perempuan terutamanya mula mengerumuni pelajar lelaki dari pintu utama ke dorm. Aku bersyukur kerana sekolah ini menyedia bilik untuk pelajarnya. Aku terkesima.

“why they are so popular and famous?”

2

Fadli: hey guys! Aku baru dapat berita tergempar!

Amir: Ape sangatlah berita tergempar kau tu, cipan?

Fadli: cipan bukan sebarang cipan. Ini cipan boleh dipercayai tau. Aku dengar pelajar pertukaran dari America akan masuk ke kelas kita.

Safuan: America tulen ke?

Amir: oit! Kau tak nak sambut dia dengan ‘ucapan’ selamat datang ke Fiq?

Taufiq: I will.

Pintu kelas dikuak. Muncul Encik Rahim. Kelas yang gamat menjadi diam semula.

Encik Rahim: hari ini kamu akan menerima seorang pelajar baru. Berkawanlah dengan dia. Sekarang salin ni.




“alamak! Aku terlambat ke kelas. Inilah jadinya kalau asyik berangan. Oh... sekolah ni benar-benar menyusahkan aku. Dimana harus aku letakkan kasut ku? Masakan masuk ke kelas harus dibuka kasut. Ingat Negara Jepun ke ape?”

Dek kerana terlalu nervous aku terlanggar seseorang sewaktu mahu mencari tempat untuk meletakkan kasut.

Farhan: I’m so sorry.

Encik Rahman: you are the boy right?

Farhan: yes. I’m. Err... where I should put my shoe sir?

Encik Rahman: put everywhere you want. Hurry up. If you late go to your class you will be punish.

Aku mencari dengan pantas tempat kosong untuk meletakkan kasut ku di atas rak berkotak itu.

“itu dia. Aku da jumpa. Syukurlah.”

Aku berlari hendak ke kelas.

Encik Rahman: di amerika kamu tinggal dimana?

Farhan: London.

Aku menjawab sambil berlari

Tok! Tok! Tok!

Aku melangkah ke dalam kelas apabila arahan masuk ku terima.

Encik Rahim: masuklah. Kamu boleh perkenalkan diri kamu dengan cepat dan ambil tempat kamu.

Farhan: hye guys. I’m Farhan.

Encik Rahim: kamu duduk dalam kelas. Saya nak pergi ambil barang sekejap.

Pintu kelas ditutup. Aku ingin memulakan langkah dan mencari tempat duduk apabila bola tepat mengenakan kepala ku. Terdengar gelak tawa dari mereka Aku cuba mencari dari mana arah datangnya bola itu. Belum sempat aku menoleh, sebiji bola lagi hampir mengena muka ku. Mujur aku sempat mengelak. Aku memandang geram ke arah pelajar di dalam kelas itu.

Fadli: please sit here.

Aku memulakan langkah menaiki ke tempat kosong seperti tangga itu yang di tunjukkan. Malangnya kaki ku di sekat dan aku tersembam. Sekali lagi aku di ketawakan. Aku bangun lalu membetulkan blazer ku dan duduk di tempat kosong itu.

Fadli: kau tak nampak macam orang America pun. Kau celup ek?

Amir: kenapa kau masuk sekolah ni? Sekolah amerika tak cukup bagus ke?

“Aku ke sini kerna ingin melihat dia beraksi semula. Iye! Inilah tujuan aku kesini.”

Aku tak mampu luahkannya dengan kata. Aku hanya tersenyum. Tiba-tiba seorang lelaki muncul di pintu kelas.

Aidid: kasut siapa ni?

Farhan: Aidid!

Terpacul namanya di bibir ku apabila aku betul-betul dihadapannnya.

Aidid: itulah yang tertulis atas rak kasut tu. Jangan letak kasut kau ditempat orang.

Dia menghempas kasut ku. Dia berlalu. Aku ditertawakan. Tiada seukir senyuman diwajahnya. “Akhirnya kita bertemu Aidid.” Aku mengambil kasut ku dan bawanya ketempat ku. Aidid membaling beg ku ke belakang.

Farhan: why you...

Aidid: macam yang aku katakan, jangan suka ambil tempat orang.

Aku memandang Fadli dengan geram. Aku mengambil beg ku dan duduk di belakang Aidid.

“inikah sekolah yang dianggap popular? Urgh...”

Amir: anyway Farhan. Aku dengar kau juara dalam acara lumba lari dan record kau 100 meter 9.7 second. Betul ke?

Farhan: ye. So?

Amir: beberapa hari lagi sekolah ini akan mengadakan hari marathon dan ini dia juara bertahan Taufik. Kau boleh kalahkan dia?

Taufik: aku takkan kalah dengan kau Farhan. Aku tak gentar dengan record kau. Mari aku rasa lengan kau.

Aku mula cemas

“macam mana kalau dia tahu aku ni perempuan? Huhu”

Taufik mencengkam lengan ku kuat. Aku cuba menahan sakit dan tersenyum.

Taufik: badan kecik macam kau nak kalahkan aku? Dahlah pendek.

Aidid: pencapaian tak ditentukan dengan ukuran badan tapi sejauh mana dia berusaha.

Taufik memandang Aidid. Adakah pergaduhan bakal bermula.

Taufik: jadi kenapa kau taknak beraksi semula dalan arena lompat tinggi?

Semua diam. Pintu kelas dikuak dan pelajar kelas ini berlari ke tempat masing-masing.



Selepas habis waktu terakhir kelas. Aku mengekori Aidid dan cuba bercakap dengannya

Farhan: terima kasih menolong aku tadi.

Aidid: kau gila? Adakah itu kau anggap pertolongan?

Dia berlalu pergi.

“adakah ini Aidid yang sering ku sanjung? Aku tak boleh kalah dengannya. Baik aku ambil angin di luar sebentar sebelum balik ke bilik.”



Syafiq: kami dari dorm 1 berbesar hati kalau kau mahu sertai dorm ini di sekolah. Dengan record kau, kami yakin kami boleh menang marathon itu. Haha.

Farhan: nanti kita bincangkan lain

Aku terkejut dengan kehadiran sekumpulan pelajar dorm 1 yang bergaya ahli taek kwan do. aku terus berlari dari situ.

“fuhh... maybe di sini aku selamat.”

Farid: hye. Kami dari dorm 3 amat gembira kalau kau sertai kami.

“aku bingung. Apa yang dikejarkan sangat dengan marathon tu? Kenapa dorm 1 dan 3 yang berpakaian aneh nakkan sangat aku sertai mereka.”

Farhan: nanti kita bincangkan lain.

Belum sempat aku melarikan diri, kelihatan sekumpulan dorm 1 datang ke arah ku. Mereka mengejar ku. Aku ingin berpatah balik tetapi aku tak sempat apabila terhimpit diantara kumpulan dorm 1 dan 3.

Syafiq: Farhan milik kami.

Farid: oh tidak. Farhan milik kami.

Aku segera meloloskan diri dari mereka. Aku berlari sekuat mungkin. Aku berhenti seketika untuk melepaskan penat.

“dimana aku? Aku terbaca papan tanda di bangunan itu. ‘Stadium sukan’. Lebih baik aku ke sana.”

Safuan: kau nampak penat. Minumlah air ni.

Farhan: terima kasih. Boleh aku tanya kau sikit. Apa yang membuatkan dorm 1 dan 3 ingin memenangi marathon akan datang?

Safuan: kau pelajar baru tu kan? Aku Safuan.

Kami berjabat tangan.

Safuan: Di sekolah ini terdapat 3 dorm semuanya. Dorm 1 diketuai oleh Syafiq. Mereka begitu bangga dengan Taek kwan do. Sebab itula kau boleh nampak mereka sering mengenakan pakaian itu selepas waktu sekolah. Dorm 3 pula diketuai oleh Farid dan berbangga dengan seni. Lihat pakaian mereka yang aneh sudah cukup membuktikan siapa mereka. Dan mereka tu adakalanya lembut sedikit. Setiap tahun akan ada pertandingan disekolah ini. Mungkin kau akan terkejut dengan pertandingan yang bakal diadakan kerana pertandingan yang pelik sering diadakan dikalangan pelajar atau guru sendiri. Dan setiap pertandingan akan disertakan dengan hadiah yang ditentukan oleh pengetua sekolah ini sendiri iaitu Puan Amalina. Hadiahnya juga kadang-kadang ridiculous dan kadang-kadang ia berbaloi untuk dimenangi. Sebab itu mereka inginkan kemenangan.

Farhan: wow! Kau memang pandai beri penerangan. Macam mana dengan dorm 2?

Safuan: dorm 2 adalah dorm yang boleh dianggap normal. Kadang-kadanglah. Sebab tu aku di dorm 2. Lihat skrin ni.

Farhan: wow!

Safuan: inilah maklumat sukan di sekolah kita. Sekolah kita banyak menyertai pertandingan luar dan kita berjaya lakukannya.

Farhan: thank a lot. Aku nak balik bilik dulu.

Safuan: actually kau dorm nombor berape?

Farhan: aku tak pilih lagi.

Aku sampai di depan pintu dorm. Aku menjadi hairan. Ia tak tertulis pun dorm berapa. Aku memasuki pintu dorm itu dan seseorang menyapa ku.

Aizat: wow! Kau pelajar baru tu kan? Mari aku tunjukkan kau sekitar bangunan ni.

Farhan: siapa kau?

Aizat: aku Aizat ketua dorm 2. marilah aku tunjukkan kau sekitar tempat ni.

Aku dibawa ke seluruh pelosok bangunan ni. Nampaknya, semua kemudahan disediakan termasuklah mesin cuci pakaian. Sampai di suatu ruang.

Aizat: ok kau boleh berhenti di sini. Di sini la yang memisahkan dorm dorm yang ada, kalau kau ke sebelah kanan kau ke dorm1 kalau kau terus kau ke dorm 2 dan kalau kau ke kiri kau ke dorm 3. sekarang aku tunjukkan kau suatu tempat yang belum aku tunjukkan.

Aku membuntuti Aizat. Dalam perjalanan ke tempat itu. Aku menoleh ke suatu pintu. Aku terhenti di situ dan terus melihat ke arah haiwan comel itu.

Aizat: itu Kitty. Baik kau jangan sentuh dia atau kau akan menyesal dicakarnya nanti. Dia cuma jinak dengan Aidid seorang saja. Baik kau jangan

Farhan: wow! You are so cute. I love you kucing comel.

Aizat: nampaknya kitty sukakan kau. Marilah.

Aku sampai si suatu kawasan yang ku kira terletak di tengah tengah bangunan.

Aizat: inilah kafeteria kami dan tempat kami berkumpul. Di sini kau boleh masak sendiri. Selain dari waktu makcik memasak untuk kita.

Aku melihat seseorang yang duduk di suatu sudut di cafeteria itu. Keadaannya mencurigakan.

Farhan: siapa dia?

Aizat: oh itu Imran. Kau jangan takut denga dia. Sejak dia di sini dia memang macam tu. Dia seorang yang boleh merasakan semangat atau nampak benda yang kita tak boleh nampak.

Farhan: sampai macam tu?

Imran menghampiri aku dan Aizat.

Imran: ada semangat jahat yang sedang menuju ke sini.

Farhan: huh?

Tiba-tiba masuk pelajar dari dorm 1 dan 3.

Farid dan Syafiq: baik kau buat keputusan sekarang atau kami akan paksa kau.

Aku menoleh ke arah tingkap. Aku terlihat Aidid baring di atas kerusi yang disediakan.

“aku tak tahu kau berada di dorm mana Aidid. Tapi aku harus buat keputusan. Aku harap keputusan ku tepat.”

Farhan: baiklah aku akan masuk dorm

Farid: katakan dengan pantas.

Farhan: aku nak masuk dorm nombor 2!!!

Farid dan Syafiq: apa??!!

Aizat: yay!!!

Pelajar dorm 1 dan 3 terkejut dengan keputusan ku lalu membelasah Aizat..

“kadang-kadang ku lihat mereka menggelikan hatiku”



Farhan: macam mana luka kau Aizat. Maafkan aku, kerna aku, kau pula yang sakit.”

Aizat: aku tak apa-apa. Kau harus bersedia menerima nasib yang sama.tapi inilah cara kami bermanja. Memandang Taufik berpindah dari bilik Aidid, kau boleh ganti tempat Taufik. Bilik no 202.

Farhan: maksud kau, Aidid dan Taufik juga dorm 2? Kenpa Taufik pindah bilik?

Aizat: Taufik begitu kecewa dengan Aidid yang tak mahu beraksi semula dalam arena lompat tinggi selepas kejadian yang menimpanya. Walaupun dia telah pulih sepenuhnya dari kesakitan. Baiklah kau pergilah berehat. Aku ada date.

“jadi sebab itulah mereka berdua bermasam muka di kelas tadi. Nampaknya Taufik pernah bersahabat baik dengan Aidid”

Aku melangkah masuk ke bilik dengan barang-barang ku yang banyak. Bilik ini diluarnya nampak kecik tapi didalamnya cukup meriangkan hatiku. Sebuah katil single di tingkat atas kelihatan kosong dan mempunyai tirai kecil bagi menutup ruangan atas yang berdepan dengan pintu. Di belakang bilik ini pula terdapat sebuah bilik mandi. Ini benar-benar menakjubkan. Belum pernah ku lihat sekolah sebegini.

Dump!!

Aku melihat Aidid yang keluar dari pintu tandas. Nampaknya dia sudah ada di bilik. Jantung ku berdebar. “Aku perempuan tapi dia... argh.. tak mungkin..” dia terus berdiri di tepi katilnya di tingkat bawah tanpa memperdulikan aku. Aku mengangkat kotak yang berisi barang-barang ku ke tingkat atas. Tiba –tiba bahagian bawah kotak yang ku angkat terbuka dan memuntahkan isi di dalamnya. aku mengumpul cepat-cepat barang ku yang terjatuh. Aidid mengambil kertas yang mengandungi kariernya yang ku kumpul dari internet.

Aidid: kenapa kau simpan semua ni?

Farhan: aku menyanjungi kau.

Aidid: aku da tak sertai arena ni.

Farhan: aku tahu tapi bukankah kau beraksi dengan cemerlang last year. Why you quit?

Aidid: kau tak perlu tanya dan kau tak perlu tahu.

Farhan: tapi kau

Dump!!!

Dia menghempas pintu bilik lalu keluar entah kemana. Aku mesti cepat mengemas bilik.

Malam yang sama. Aku terdengar pintu bilik ku di buka. Mungkin dia da balik. Aku bangun dan melihat. Tekaan ku tepat apabila melihat Aidid berbaring di katilnya.

Farhan: err... aku minta maaf pasal peteng tadi. Aku tak sangka kau

Aidid: kenapa kau ke mari?

Farhan: untuk belajar ditanah air sendiri dan melihat kau beraksi. Kalau aku sertai marathon tu dan menang, kau sanggup beraksi semula?

Aidid: sudah aku katakan yang aku takkan beraksi!

Suaranya yang perlahan tapi keras itu menakutkan ku.

Farhan: kau sendiri pernah berkata “lupakan semua kekusutan dan tanamkan cita-cita untuk berjaya dan aku akan menang” kau pernah berkata begitukan? Aku bacanya di internet. Aku berjanji aku akan memenanginya.

Aidid: aku tak pernah ingat apa yang da lepas.

Aidid menarik selimutnya.

Farhan: aku tahu kau masih ingatinya cuma tak inginkannya bukan?

Setelah beberapa ketika aku tidur. Mungkin juga kerana aku terlalu penat



“Nampaknya dia tahu tentang diri aku malah kesemuanya. Siapa sebenarnya Farhan. Adakah aku mengenalinya. Wajahnya yang lembut seakan aku pernah lihat. adakah naluri ku tepat? Dia seorang wanita?”



Bulk!!!

Farhan: aduh!!! Ape ni? Beg? Siapa yang baling ni. Sakit dada aku.

Aku bangun untuk melihat siapa yang baling. Aku duduk diatas katil ku sambil memandang ke bawah.

Aidid: cepat. Kau lambat ke kelas, kau akan dihukum.

Farhan: baiklah.

Aku segera menukar pakaian. Baru sahaja aku hendak membuka baju aku lihat Aidid memerhati ku. Tak boleh jadi ni. Kalau tak rahsia ku pasti terbongkar. Aku mencapai baju. Seluar dan blazer ku dan bergegas ke tandas.

Farhan: aku mandi dulu.

Aidid: aku pergi dulu.

Farhan: baiklah!

“aku akan mulakan hidup di sini sebagai mana mereka mulakan hidup disini. Aku harus yakin! Pasti aku boleh lakukannya!”

Encik Yaakob: announcement!!! Sempena hari marathon sekolah kita, pengetua bersetuju untuk memberi hadiah kepada kamu yang sekali gus dirasai dorm yang menang. Seperti biasa setiap dorm harus wakilkan 6 orang untuk menyertai marathon tersebut. Hadiah bagi dorm yang menang ialah dorm tersebut diberi pelepasan setiap malam minggu sehingga pukul sepuluh malam.

Pelajar: yay!!!

Farhan: ape yang seronok sangat dengan pelepasan malam minggu?

Amir: kau tak tahu? Pelepasan inilah memberi peluang untuk kita dapat awek. Kebiasaannya hari minggu kita hanya dibenarkan keluar sehingga 6 petang sahaja.

Aku tersenyum “masakan itu pun seronok? Hrmmm...”



Taufik: nenek, macam mana dengan kesihatan nenek?

Nenek: nenek baik cu.

Taufik: nenek, nanti Fiq ada masa Fiq balik jenguk nenek ye?

Nenek: tak usahlah Fiq. Kau belajarlah elok-elok. Nenek letak telefon dulu ya.

Taufik: baiklah nek.

Aku baru ingin memulakan langkah apabila Imran menahan ku. “apa pula la mamat ni nampak”

Imran: nenek kau bukan dalam keadaan yang baik. Pada perasaan aku tadi dia menahan sakitnya semasa bercakap dengan kau.

Taufik: ade-ade je la kau ni.

Imran: betul Fiq. Aku tak tipu kau.

Taufik: kalau macam tu, aku harus menang marathon tu. Pelepasan tu akan memberi aku lebih masa untuk menjaga nenek.



Malam menjelma begitu cepat sekali. Mesyuarat dorm 2 diadakan.

Aizat: marathon bakal tiba. Sudah sampai masanya untuk kita memilih yang terbaik untuk menjadi wakil.

Taufik: kecederaan kau pun da pulih sepenuhnya. Kami berharap kau boleh lakukannya. Sertailah marathon.

Aidid: aku tak boleh.

Amir: ape kau ni? Dulu kau tak macam ni. Walaupun kau jarang menyertai pertandingan sekolah selain lompat tinggi, ini bukan Aidid yang kami kenal. Kau pun da pulih.

Taufik: lakukannya Did. Kita mesti menang. Lagipun kita x de orang. Selain dari aku, Amir, Aizat, dan Safuan. Kau orang yang paling tepat untuk isi kekosongan yang ada.

Aidid: aku kata aku tak boleh.

Farhan: aku sanggup lakukannnya!

Semua pelajar dorm 2 memandang ku.

Farhan: aku sanggup sertai marathon tu.

Taufik: dengan record 100 meter kau tu? Hello itu 100 meter bolehlah kau lari selaju tu. Ini 6 km. kau betul sanggup?

Farhan: aku sanggup!!

Taufik: kau...

Aizat: kita beri dia peluang. Kau harus lepasi ujian ketahanan. Jumpa esok pukul 4 tepat dipadang. Jangan lewat. Safuan, kau monitor dia. Mesyuarat bersurai.



Di mesyuarat Dorm 1 lain pula jadinya.

Syafiq: aku mahu kita tunjukkan kebolehan kita pada mereka. Tanpa Farhan sekalipun kita boleh lakukannya. Ape sangat yang ade pada dia. Kita boleh!!!

Pelajar: ye!!!!



Di mesyuarat dorm 3.

Farid: Kita da terlepas Farhan.

Azman: kita tiada peluang nak menang.

Farid: jangan sedih. Kita harus gunakan kecerdikan akal untuk menang. Walaupun kita tak ada Farhan, kita boleh kenakan dia. Hahaha



Aku masuk ke bilik dan mandi selepas pulang dari kelas. Sebaik sahaja aku keluar dari bilik mandi, Aidid membuka pintu bilik. Dia da balik. Mujur sebelum keluar dari bilik air aku terlebih dahulu memakai tshirt.

Farhan: err... Did. Boleh aku tanya kenapa kau tak sertai marathon tu?

Aidid: kau tak perlu tahu.

Farhan: kalau aku menang marathon tu kau sanggup sertai semula dalam arena lompat tinggi.

Aidid: tak

Farhan: aku pernah terbaca kau cakap “kita hanya perlu berusaha dalam sesuatu yang kita buat”. Jadi kenapa kau berhenti.

Aidid: kau tak perlu tahu!!!

Dump!!!

“Oh God. Aku tersilap cakap. Aku mesti pinta maaf.”

Pintu bilik dikuak.

Farhan: aku minta maa. Argh...

Rupanya bukan Aidid yang masuk tapi Amir yang hanya bertuala. Aku menoleh ke arah lain.

Amir: Aidid mana aku nak pinjam shampoo.

Farhan: dia da keluar.

Amir: oh okay.

Selepas Amir keluar beberapa saat kemudian, pintu bilik di kuak lagi.

Farhan: Aidid aku...

Safuan: aku nak pinjam shampoo Aidid.

Farhan: dia da keluar.

Safuan: okay.

“apelah diorang ni. Da lah masuk bilik tak ketuk dulu. Aku menjadi geram.”

Aizat dan Imran: Aidid kami nak pimjam shampoo kau.

Sofie: Aidid aku nak pinjam Shampoo kau.

Farhan: takkan dalam dorm ni Cuma dia je yang ada shampoo!!

Sofie: baik kita blah.

Selepas mereka bersurai. Aku sendiri pergi mandi.



Taufik: Aidid?

“oh kau sedang mandi ek. Kunci pula pintu tandas mamat ni. Tak pe. Takpe. Nasib baik aku bawak besi ni. Haha siap kau.”

Bilik air yang hanya disendal dengan hook amat senang dibuka.



Sedang aku mandi aku melihat tangan merayap di balik tirai mandi. Alamak. Siapa pula tu. Habislah rahsia aku kalau sesiapa nampak aku adalah perempuan. Tangan itu mencapai botol shampoo.

Taufik: aku ambil ini ye Did.

“fuhh.. selamat aku. Hampir je lagi.”

Aku menghadiri ujian ketahan diri di padang seperti yang dijanjikan. Kesemua wakil dorm ku lihat ada di situ. Ujian ini harus ku lepasi.

Safuan: baiklah. Semua pastikan panaskan badan dahulu sebelum buat latihan. Kita akan mulakan dengan larian pantas 50 meter dahulu. Tiga orang akan mulakan dahulu. Amir, Imran, Taufik. Silakan.

Amir: inilah masalahnya kalau jadi junior. Mesti kena buli.

Taufik: baik kau jangan merungut. Tak pepasal kena denda lak karang. Kau takkan tak kenal dengan Wan ni. Suka hati dia punya latihan je.

Imran: kuasa campuran.

Safuan: ape yang korang merepek tu ha?! Cepat! Ke garisan, sedia mula!

Mereka berlari selaju mungkin.

Safuan: Bagus Fiq 9.2 saat. Keep it up. Seterusnya Farhan, Rosli dan Ramli. Ke garisan, sedia dan mula.

Aku cuba berlari selaju yang mungkin. 50 meter tidak sejauh mana bagi ku.

Safuan: Farhan! 8.6 saat. Kau lulus kau akan menyertai kami dalam marathon. Tahniah.

Amir: kau dengar tak Fiq? 8.6 saat? Gila tu siot. Kau pun tak leh buat sebaik dia.

Taufiq datang ke arah ku.

Taufik: aku akan menang marathon tu. Percayalah. Kau tak mampu untuk habiskan larian tu pun. Larian tu penting untuk aku.

Aku terkejut. Kenapa dia begitu memandang rendah pada ku? Apa sebenarnya yang berlaku?

Imran: jangan kecil hati dengannya. Dia bukan tak sukakan kau Cuma dia terlalu inginkan kemenangan tu. Neneknya sakit tenat jadi dia perlu berusaha mendapat hadiah tu. Dia juga tak mau kau ambil tempat dia sebagai juara bertahan dalam marathon. Jangan kecil hati ya?

Farhan: aku tak kecil hati pun. Thank.

“jadi itu sebabnya. Baiklah. Aku akan memenanginya untuk kau meskipn kau boleh lakukannya dengan sendiri.”




Encik Yaakob: inilah hari yang kita semua nanti-nantikan. Hari marathon sekolah. Sebentar lagi para peserta akan dilepaskan sebaik sahaja pengetua memberi arahan. Sebelum itu, di 100 meter dihadapan pagar sekolah kelihatan pelajar jiran sekolah kita berkumpul dan memberi sorakan.

“padanlah mereka dikatakan popular”

Kami berbaris mengikut dorm masing-masing.

Amir: kau nak lari pakai sut tu ke Farid. Haha

Farid: iye. Sut ni akan buat aku menang.

Amir: habis topeng kau tu?

Farid: Imej phantom of the operalah. Kau ape tahu?

“tak abis-abis si Amir ni nak mengusik orang. Aku memandang persekitaran. Belakang aku adalah Taufik. Ku lihat mukanya sekilas. Penuh dengan keazaman. Tiba-tiba kaki ku seperti dihempas sesuatu yang cukup tajam. Ia sungguh memeritkan. Mahu sahaja aku meraung saat itu. Ku lihat kaki ku. Darah melahir keluar dari celah-celah lubang. Lubang itu yang ku kira dari kasut spike. Siapa la punya kerja ni? Aku mesti teruskan juga.”

Encik Yaakob: baiklah. Para peserta diminta bersedia.

Aizat: yakin boleh kawan-kawan ku.

Pengetua: ke garisan, sedia, bang!!!!

Dengan penuh kesakitan aku berlari juga.



Di dalam tandas.

Norman: padan muka Farhan tu. Idea Farid memang bernas. Nasib baik dia tak perasaan kita yang hempas kasut spike dengan bata atas kakinya.

Afeez: mesti k.o lah mamat tu jap g. kau tengoklah.

Dump!!!

Aidid: jadi ini idea Farid!! Korang yang melakukannya. Aku tak sangka budak dorm 3 pengecut!! Ambik ni.

Dush!! Dush!!

Aku pergi ke stadium sukan sepantas yang mungkin untuk melihat keadaan Farhan.



Farid: cepat kita tukar di sini. Nah pakai topeng ni cepat.

Encik Yaakob: puan, saya baru dapat maklumat dari Lydia dorm 3 cuba menipu dengan menukar orang disimpang jalan puan. Ini buktinya.

Pengetua: umumkan penyertaan mereka di batalkan



Taufik: An!! Kaki kau berdarah!!! Berhentilah! Kau tak perlu teruskannya kalau kau sakit.

Farhan: aku okay!

Taufik: bertahanlah. Kita da tak jauh dari sekolah.

Farhan: baik!

Encik Yaakob: kelihatan peserta mula memasuki stadium sekolah. Seperti yang kita lihat. Farhan didepan diikuti oleh Taufik dan rapat dibelakang adalah Syafiq dari dorm 1. siapakah yang bakal menamatkan acara ini? Tidak sampai 300 meter mereka bakal menyudahkan dengan cemerlang.

“usaha dalam sesuatu yang kita buat dan kita akan dapatkannya” aku berlari sepantas mungkin. Malangnya kaki ku tak dapat bertahan. Aku jatuh kesakitan dengan kaki berlumuran darah.

Encik Yaakub: nampaknya Farhan terjatuh dan mengalami kecederaan sekali gus memberi peluang kepada Taufik dan Syafiq mengejar tempat pertama.Mampu syafiq menumpaskan juara bertahan? Sementara itu kelihatan Aidid berlari ke trek membantu Farhan. Dan juga Taufik juga berlari kembali ke arah Farhan. Semangat setiakawan menebal dalam diri mereka.

Taufik: An! Kau okay An? Aku pergi panggil Encik Rahman.

Farhan: sakitnya.

Aidid terus meletakkan aku di belakangnya dan membawa aku. Kedengaran Syafiq diumumkan sebagai pemenang.




Taufik: macam mana dengan keadaannya?

Encik Rahman: kakinya terpaksa dibalut untuk beberapa hari. Nasihatkan agar dia tak banyak bergerak. Mana Aidid?

Taufik: dia keluar.

Encik Rahman: baiklah tolong tengokkan dia sebentar.

Farhan: dimana aku?

Taufik: di bilik sakit. Kau okay?

Farhan: aku okay. Aku minta maaf susahkan kau dan Aidid.

Taufik: tak de apelah. Yang penting kau okay.

Farhan: kenapa kau tak teruskan larian kau? Kenapa kau sanggup tidak mempertahankan kejuaraan kau.

Taufik: aku tengok kau parah sangat. Ia bukan ape-apelah. Kau rehatlah ye. Aku nak keluar kejap.

Farhan: kejap! Kawan?

Taufik: kawan baik! Aku keluar dulu. Rehatlah kejap lagi aku hantar kau ke bilik.

Selepas Taufik keluar, Encik Rahman masuk ke dalam bilik sakit.

Encik Rahman: kamu tak rasa pelik ke tinggal disini?

Farhan: pelik? Tak pun.

Encik Rahman: iyelah. Suasana baru, persekitaran baru. Kawan-kawan lelaki baru.

Farhan: biasa jek. Tak de ape-ape pun. Saya selesa dengan mereka. Seronok berada di sini.

Encik Rahman: baiklah kalau kamu katakan begitu. Kalau kamu ada masalah beritahulah saya.

Farhan: tapi...

Encik Rahman: saya dan mama awak berkawan baik waktu di sekolah menengah dulu. Jadi sepanjang kamu di sini saya akan menjaga kamu. Saya akan simpan rahsia kamu. Jagalah diri kamu baik-baik. Kalau rahsia kamu pecah, belum tentu saya boleh tolong kamu.

Farhan: terima kasih Encik Rahman.

“rupanya dia tahu siapa aku. Patutlah soalan janggal sekali ku dengar. Hrmm..”



Imran: Taufik tunggu. Aku ada perkara nak beritahu kau. Ini pasal nenek kau?

Taufik: apedia?

Imran: nenek kau...

Suara: dimintak Taufik segera hadir ke pejabat pengetua kerana ada perkara penting yang hendak disampaikan.

Taufik: aku pergi dulu.



Pengetua: kamu harus terima kenyataan ini Taufik. Nenek kamu sudah tiada di dunia lagi. Kamu harus kuat menempuhnya.

Taufik: baiklah saya keluar dulu.

Imran: Taufik. Itulah yang aku nak beritahu kau tadi. Kau harus percayakan aku sekarang. Nenek kau berada di belakang kau sekarang. Katanya, dia gembira terhadap kau yang sanggup tidak menghabiskan larian semata-mata menolong Farhan. Dia senyum sekarang.

Taufik: nenek... err terima kasih Im. Aku nak hantar Farhan ke bilik dia.



Pintu bilik ditutup. Aku cuba bangun melihat siapa yang masuk.

Aidid: kau perlukan rehat. Kenapa kau tak tidur lagi?

Farhan: aku tunggu kau. Err... terima kasih sebab tolong aku tadi dan maafkan aku. Aku tak dapat akhirinya untuk yakinkan kau aku tak main-main dengan janji aku dulu. Maafkan aku.

Aidid: ape kau merepek ni? Kejap terima kasih kejap maaf. Aku ingatkan kaki kau je tertusuk rupanya otak kau sekali agaknya. Tidurlah.

Farhan: kau tegar, tak menyertai lompat tinggi semula? Did? Aidid?

“tidur pulak mamat ni. Hrmmm...”

“esok kau akan terkejut Farhan. Azam engkaulah membuatkan aku bersemangat untuk menyertai semula sukan ini. Walaupun aku sudah mengetahui siapa sebenar kau, Farhan. Sampai di sini kau mencari aku. Aku takkan sia-siakannya. Aku akan buktikan pada kau.



Farhan: Did. Aidid. Bangunlah. Nanti kau lewat ke kelas. Aidid. Hari ni bukan cutilah. Esok baru cuti. Esok kau lelap la sampai petang pun aku tak kisah.

“susahnya kau nak bangun.”

Farhan: oit!!! Bangunlah!!!

Terkocoh-kocoh Aidid bangun. Aku ketawa terbahak-bahak melihat telatahnya. Tak semena-mena bantalnya di baling ke arah ku.

Farhan: pergilah mandi. Haha.. nanti kau lewat ke kelas.

Aidid: kaki kau da okay? Kau m.c kan? Lain kali kejutkan aku elok-elok.

Farhan: eloklah tu tak macam kau. Main baling beg je kat aku. Haha.

Aku menunggu Aidid selesai mandi.

Aidid: aku ke kelas dulu.

Aik! Perubahan yang agak drastic. Selalunya dia akan masuk dan keluar tanpa memberitahu apatah lagi dengan senyuman.

Farhan: wait! Help me. Aku pun nak g kelas gak.

Aidid: kau kan sakit. Duduk je la kat bilik ni.

Farhan: tak. Aku nak g kelas gak. Kau gila. Tertinggal satu pelajaran pun da cukup merugikan aku. Tak nak tolong aku x pe la. Aku ade tongkat ni.

Aidid: lantak kaulah.

Di kelas.

Taufik: kenapa kau datang gak kelas kau kan sakit

Farhan: aku da okay lah. Lagipun sikit je ni.

Amir: kalau macam tu kita ke cafeteria ramai-ramai tengah hari ni. Kita rai kejayaan kau dan Taufik.

Farhan: kejayaan? Aku tak lakukan ape pun macam mana korang kata itu satu kejayaan?

Amir: bagi kami kau dah berjaya buktikan kebolehan kau. Walaupun dari awal kau cedera, kau tetap teruskannya.

Farhan: mana korang tahu aku cedera dari mula?

Rosli: Norman dan Afeez menerima hukuman yang setimpal dari pengetua. Mereka yang buat kau macam ni. Mujur Aidid terdengar perbualan mereka di tandas.

Aku memandang Aidid. Seperti biasa dia Cuma tenang di tempat duduknya tanpa memperdulikan persekitarannya. Encik Razak masuk ke kelas dan mulakan pembelajaran.

Encik Razak: Tahniah Taufik, Farhan dan Aidid.

Amir: kenapa tetiba cikgu ucap tahniah pada Aidid pulak.

Encik Razak: kamu tak tahu ke? Aidid setuju untuk meneruskan kariernya dalam arena lompat tinggi.

Amir: itupun boleh dapat tahniah ke cikgu. Saya tak dapat pun.

Encik Razak: tahniah kepada Amir sebab dia mampu habiskan homework yang saya berikan dengan cepat pada minggu ini.

Satu kelas gamat dengan sorakan dan ketawa kepada Amir. Itulah cakap banyak sangat. Kan da kena balik. Haha. Aku melihat Aidid. Tiada senyuman di wajahnya. Apalah yang menyebabkan senyuman hilang diwajahnya? Hrmm...



Farhan: jadi ape yang merubah fikiran kau.

Aidid: kau...

Farhan: tak pe. Aku tahu kau nak jawab ape. “kau tak perlu tahu” kan? Apepun aku gembira untuk kau. Terima kasih.

Aidid: kenapa kau berterima kasih pulak.

Farhan: kau tak perlu tahu. Sudahlah aku nak pegi tengok kitty jap.

“Dia pergi begitu sahaja. Baguslah kalau dia gembira. Sepatutnya aku yang berterima kasih pada farhan. Tanpa dia dan Taufik, aku tak mungkin kuat untuk bertanding semula”

Tanpa sedar aku kembali tersenyum.

Amir: Kitty!!!

Kitty: meaow!!!

Amir: oooo dengan aku kau garang ek. Dengan Farhan nak plak kau manja-manja. Siap kau. Aku buat lauk malam ni. Aku masak kari kucing.

Farhan: apelah kau ni. Kau panggil dia macam tu, mana dia tak terkejut. Aku sendiri terkejut. Kuat gila. Ha mana Taufiq. Tak nak makan ke mamat tu?

Taufik: aku di sini!!! Haha.. hye kitty!!! Ouch!! Kau cakar aku Kitty. Meh sini kau. Tak aku goreng jap g buat lauk aku malam karang..

Farhan: kau dengan Amir sama je. Mana kucing nak suka kat korang da korang asyik kacau dia ja. Tengok cam aku.

Amir: aku rasakan, lepas tamat persekolahan aku nak jadi lelaki paling hensem

Taufiq: aku pula nak jadi lelaki paling diminati. Kau pulak An

Farhan: err... aku? Aku nak jadi lelaki paling senang didekati perempuan. Ha.. baru cun beb.

Aku teragak-agak untuk menjawab. “silap jawab parah ni. Aku memikir-mikir sendiri jawapan yang sesuai untuk aku berikan kepada mereka berdua.

Amir: ade-ade je kau ni.

Farhan: okay pe. Cepat sikit aku kahwin nanti. Ramai calon. Hahaha…



AKU REMAJA

Aku remaja
Cuma ingin tersenyum waktu bersedih
Ingin ketawa ketika duka
Ingin bahagia ketika hati terluka

Aku remaja
Punya rasa cinta untuk dia
Punya rasa rindu yang nyata
Cuma dia

Aku remaja
Zahirnya aku benci semua ini
Semakin aku simpul tali kebencian
Semakin itu rasa sayang mencengkam hati

Aku remaja
Yang air mata sentiasa menemani
Jiwa ku terseksa tatkala dia kecewa
Sungguh, amarah hanya ku zahirkan
Rasa cinta yg menbara aku pendamkan
Kerna aku tahu siapa aku

Aku remaja
Yang jiwanya ingin memberontak
Aku jualah yang sering membuat dia terluka
Secara sengaja atau tidak
Ia takkan merubah apa-apa

Aku remaja
Yang terlupa dia ku cinta
Dia ku sayang

Dan aku remaja
Yang sedar
Antara aku dan dia ada tembok besar yang menghalang
Walau tercarik hati dia dengan sikap ku
Percayalah hati ini lebih merasakannya
Kerna...
Aku juga remaja..

“aku menutup diari ku. Tak salah aku esok adalah hari pertama Aidid memulakan latihannya. Periksa jadual dulu. Kalau free, boleh aku pegi tengok dia. Alamak!!! Ade extra class.. hrmm… nasib akulah.. nanti saja aku pergi. Selamat Berjaya Aidid.”

Pintu bilik dikuak.

Farhan: esok hari pertama kau menjalani latihan kan?

Dia hanya diam. Terpaku di situ. Berdiri di hujung katilnya. Inilah yang paling aku geram tentangnya. Selama aku di sini. Pertanyaan ku dijawab dengan pandangan sayu.

Farhan: okay. Aku faham. Rehatlah. Aku nak keluar.

Dan setiap kali keadaan ini terjadi aku pasti pergi bermain dengan kitty. Itu sahaja yang akan buatku tenang seketika. Semoga hari eok adalah hari ceri untuknya.



Encik Mansor: okay guys. We start now. Kita mulakan dengan Fadli. Kamu lompat dulu.

“Aku menahan marah pada papa dan datang ke latihan hari ini. Aku tak boleh musnahkan harapannya untuk melihat aku berjaya dalam arena ini. Setelah aku periksa latar belakangnya, benar sangkaan ku tepat. Farhan adalah perempuan. Sanggup kau ke sini tanpa beritahu aku? Kenapa kau lakukan semua ini? Kesabaran dia melayan karenahku amat aku sanjungi.”

Senja melabuh tirainya sewaktu aku tiba dibilik. Segera aku mandi. Selepas mandi aku lihat sekeliling. Nampaknya dia tiada di bilik. Kepala aku terasa berat.

Farhan: eh kau da balik. Pasti kau seronok dapat bertanding semulakan. Okay. Jangan pandang aku macam tu. Aku g mandi dulu.

Aidid: kau pergi mana tadi?

Farhan: huh?

Aidid: aku tanya kau ke mana tadi. Baru sekarang kau balik. Selalunya kau dulu yang tercongok dalam bilik ni.

Farhan: aku keluar dengan Taufik dan yang lain. Kami main bowling. 4 games beb. Seronok gila. Tambah g time tu...

Aidid: sudahlah. Aku penat.

Farhan: huh? Okay.

“Selepas aku mandi, aku lihat Aidid tertidur. Mungkin dia terlalu penat. Kasihan dia. Terlalu banyak yang mahu aku tanyakan pada kau Did. Setiap kali aku cubalah, kau mengelak. Bagaimana lagi harus ku buat?”

Farhan: Did. Did. Jom g makan. Kau pun mesti lapar. Did.

“kau ni kalau da tidur memang susah nak bangunkan. Aku menggerak-gerakkan tangannya. Panas! Demam ke mamat ni?”

Farhan: Did. Bangun did. Kau demam ni. Jom makan sikit nanti aku bawakan kau ubat.

Dia membuka mata sedikit.

Aidid: tak mahu.

Farhan: kau demam ni

Aidid: kau pergilah!!

Dia menolak aku sedikit. Aku tak boleh tinggalkan Aidid macam ni. Aku pergi ke dapur untuk memasak nasi bubur.

Amir: an!! Marilah join kami makan. Sedap beb lauk malam ni. Kau masak ape lagi tu?

Fadli: semua lauk kau cakap sedap. Kaukan kuat makan. Gua respect lu. Badan maintain siot.

Farhan: takpe takpe. Aidid demam. Aku masakkan bubur untuk dia. Korang makanlah dulu

Amir: kenapa kau boleh baik dengan Aidid tu. Dia kan sombong sikit.

Farhan: aku tak kira siapa. Yang penting dia kawan aku dan sebagai kawan satu bilik pulak aku harus jaga dia. Tak kisahlah Aidid suka aku atau tidak. Betul tak Aizat?

Aizat: ye!!

Farhan: okay aku chow dulu.

Dalam perjalanan balik ke bilik aku terserempak dengan Imran.

Imran: wait!

Farhan: huh?

Imran: aku dapat rasakan muka kau punyai ciri kelembutan yang tiada pada lelaki.

Farhan: ape kau merepek ni?

Aku mula takut tertangkap. Aku mengingati semula sewaktu mula-mula bertemu dengannya di cafeteria dulu bersama Aizat. Benarlah dia boleh merasai sesuatu

Imran: terserah pada kau.

Dia berlalu pergi. “fuhh... buat aku takut je mamat ni.” Aku sampai dibilik dengan bubur dan ubat sekali. Aku mendemah dahinya dan memberi Aidid makan. Terlalu sedikit dia makan. Tiada ucapan terima kasih darinya. “takpelah yang penting aku da menolongnya dan aku ikhlas”. Dia terus tertidur kembali setelah mengambil ubat. Pintu bilikku dikuak.

Taufik: ini aku bawakan selimut untuk dia.

Amir: an, aku bawakkan selimut untuk Aidid

Mereka masuk dan menyelimut Aidid. Kemudian masuk pula Safuan, Aizat, Imran, Fadli membawa selimut.

Farhan: stop!!! Lemas Aidid karang. Sampai 7 selimut. Aku hargai pertolongan korang. Terima kasih banyak-banyak. Biarkan dia berehat.

Selepas mereka keluar dari bilik, aku menarik semula selimut diatas Aidid. Aku tinggalkan beberapa helai padanya. Inilah kawan-kawan ku. Walaupun adakalanya aku geram dengan sikap mereka, aku akui aku juga terhibur dengan telatah mereka. “terima kasih.”



Mama: mana papa Did? Mama rasa da sampai masanya mama pergi.

Aidid: kejap lagi papa sampai. Mama rehatlah.

Mama: da tak sempat Did. Kamu jaga Adik Wan baik-baik ye.

Mama pergi buat selamanya setelah papa datang. Aku tahu papa datang selepas tamatnya latihan lompat tinggi. “kenapa papa kejam papa? Tiada setitis air matamu sewaktu pemergian mama. Riak wajahmu langsung tiada menunjukkan kesedihan.”

Aidid: mama! Mama!! Mama!!!

Farhan: aidid. Bertenang. Panas badan kau.

“aku harus cari Encik Rahman.”

Encik Rahman: dia demam panas. Lagi dua tiga hari baiklah dia. Saya ke makmal dulu.

Taufik: kau breakfast ke blum?

Farhan: blum.

Taufik: makanlah dulu. Kejap g kita ada class.

Aku tak terasa seperti mahu makan.



Kepala ku tidak lagi berat seperti semalam. Aku mengambil keputusan untuk pergi sahaja ke stadium untuk latihan.

Adik Wan: abang, Abang Aiman mendahului record abang. Dia melepasi tahap ketinggian yang pernah abang cipta. Ketinggian itu sukar untuk abang lepasi. papa mula percaya dia lebih bagus dari abang.

Aidid: takpe dik. Biarlah papa buat andaian dia sendiri.

Ternyata Aiman bangun dari kekalahan dia. Aku harus lepassi recordnya. Kalau tidak kehadiran farhan disini tidak bermakna. Aku harus buktikan padanya.

Selepa tamat dari latihan.

Encik Mansor: Aidid. Jumpa saya lepas ini. Ada perkara peribadi saya nak cakap dengan kamu.

Aidid: peribadi? Rasanya dah tiada peribadi antara kita papa.

Encik Mansor: record kamu lemah Aidid. Untuk berjaya kamu harus lepasi record Aiman.

Aidid: itu saja kan. Saya nak balik.

Terserahlah apa papa mahu anggap aku. Sejak kejadian tu, aku langsung tidak bercakap dengan papa. Apatah lagi bertemu. Bagi aku papa kejam. Masa mama meninggal, papa tiada di sisi mama. Padahal mama amat memerlukan papa.

Farhan: Aidid? Kenapa kau cakap dengan papa kau macam tu?

Aidid: apa kau buat di sini?

Farhan: cari kau. Kau demam semalam jadi aku khuatir kau ke mana. Kau sihat?

Aidid: ermm...

Farhan: kenapa kau cakap dengan papa...

Aidid: kau tak faham!!!! Jadi kau jangan campur urusan aku!!!! Kau faham!!!! Untuk pengetahuan kau, aku tak pernah pedulikan kawan-kawan aku!! Faham!!!



“kenapa agaknya Aidid marah Farhan macamtu ek?” aku nampak dompet Farhan terjatuh apabila dia berlalu dari situ. “aku mesti pulangkan. Eh ape ni?” aku lihat buku passport yang terbuka itu. ‘Farhan binti huseein. Jantina: perempuan!!’ “jadi benarlah sangkaan ku selama ni. Dia bukanlah seperti yang aku sangkakan. Farhan tak harus tahu yang aku tahu mengenainya. Aku mesti pulangkan diam-diam.



Tiada gunanya lagi aku di sini. Aidid pun da kembali ke arenanya. Itu matlamat aku ke mari. Dan ia telah dilaksanakan dan tercapai. Baguslah. Sekarang aku boleh balik semula ke Amerika. Aku harus berkemas cepat. Kejap lagi aku akan balik dengan penerbangan malam paling awal. Biarlah aku keluar sebelum Aidid pulang. Semoga berjaya Aidid.

Aku menarik beg keluar dari bilik. Teksi telah pun menungguku didepan pintu sekolah.

Taufik: An!! Tunggu An!! Ini dompet kau. Aku terjumpa tadi.

Farhan: terima kasih.

Taufik: kau nak kemana? Bawak beg pula.

Farhan: aku nak balik ke Amerika. Kau tolong aku sikit. Beritahu semua orang aku ucapkan terima kasih banyak-banyak merekalah sahabat aku.

Taufik: aku tahu semunya An. Aku ternampak Aidid marah kau di stadium tadi. Kau jangan balik ye.

Farhan: tujuan aku datang ke sini untuk memastikan dia kembali ke arena sukan. Sekarang ia da pun tercapai. Untuk apa lagi aku di sini. Aku akan sambung pelajaran ku di amerika. Kau jangan risau ek. Bye.

Aidid: kalau aku yang halang kau. Kau masih mahu ke Amerika?

Farhan: huh?

Aku terkejut melihat Aidid di situ.

Aidid: pak cik baliklah. Dia takkan ke mana-mana. Kau akan habiskan pembelajaran di sini.

Aku melihat teksi itu berlalu pergi. Aidid menarik beg aku lalu hilang di dalam dorm. “urgh.. kenapa aku tak menahan saja dia buat macam tu?”

Taufik: sudahlah. Dia pasti menyesal ape dia buat dekat kau. Aku pun sedih tengok kau tarik beg ke Amerika.

Farhan: tapi dulu, waktu aku masuk sini kau yang asyik buli aku kan?

Taufik: dulu aku mengaku aku buli kau tapi sekarang kita kawan. Da jom kita makan. Kau jangan pedulikan sangat Aidid tu.



Taufik: hey. Kau tahu tak si Farhan tu tak makan semalaman sebabjaga kau sakit. Malam, pagi bahkan petang tadi pun dia belum makan bila nampak kau tak de di bilik. Kalau ye pun kau tak pedulikan orang. Kau pedulikan hati yang jaga kau. Kau nampak sekarang pun dia tak makan. Padahal waktu kau sakit. Dia masakkan bubur untuk kau. Ade kau jaga perasaan dia? Kita kawan da lama. tapi dia masih baru dengan kau. Dia belum kenal siapa kau macam aku kenal kau.

Aidid: aku mintak maaf Fiq. Aku da banyak buat salah dengan kau dan yang lain-lain. Tak patutkan aku buat dia yang baru berkawan dengan ku mcm tu.

Taufik: sudahlah. Jom kita makan.

Aidid: kejap aku ajak Farhan sekali.

Maafkanlah aku Farhan. Sesunguhnya hati ku memihak padamu tapi waktu ini ego ku lebih tinggi. Apalah daya ku ini untuk melawannya. Mahu saja aku luahkan segalanya. Kau telah mengubah aku. Kalau bukan kerana kau, aku masih Aidid yang kalah.




“Adakah aku dalam dilemma? Baru hari ini aku lihat perempuan secekal Farhan. Hadir ke sini hanya kerana ingin melihat Aidid beraksi semula. Setiap kali aku melihat Aidid bersama Farhan, hati ku menjadi sakit sekali. Adakah ini cinta? Wow! Atau hanya sekadar mainan perasaan? Oh tidak!!”

Mahu saja aku menjerit di meja makan sekarang da laungkan “Farhan, sudikah kau menjadi kekasihku”

Farhan: oit! Apa yang kau menungkan? Tak baik menung depan rezeki.

Celotehmu tak pernah buat aku bosan. Adakah ini yang ku rasakankerna aku tahu dia perempuan?

Farhan: oi!! Teringat awek ek? Sejuk lauk kau karang x sedap. Baik kau habiskan cepat.

Amir: kalau kau tak nak, biar aku je yang habiskan.

Farhan: kau ni biar ar dia makan. Aku nak makan dengan korang semua. Lapar gila.

Taufik: ntah. Kau nak pergi ar tambah tu. Banyak lagi lauk terhidang. Nak juga yang aku punya pehal?

Amir: tak pe Fiq. Aku ingat ape kau buat. Tidur sekatil sebantal. Sekarang kau nak makan asing-asing lak ek.

Taufik: kau buat plak fitnah. Mana ade pernah kita tidur sekatil sebantal. aku belum cukup gila lar.

Semua yang ada di situ ketawakan mereka berdua. Cuma seorang je yang menyepi. Aidid.

Selepas makan aku keluar menghirup udara di laman depan dorm. Aku terlihat Aidid bertemu papanya. Aku menyorok di balik pokok.

Aidid: papa tak adil. Papa tak adil dengan mama. Sanggup papa hadiri pertandingan itu dari hadir kehospital menemani mama.

Encik Mansor: maafkan papa Aidid. Waktu papa yakin...

Aidid: kenapa? Sebab papa terlalu yakin mama akan bertahan untuk papa? Macamtu. Ajal tak tunggu sesiapa papa. Setitis air mata pun tiada diwajah papa. Sedangkan Aidid dan Adik Wan sudah tidak punya kekuatan. Syabas papa. Papa memang kuat.

Encik Mansor: Aidid. Papa harap kamu bejaya dalam final match nanti. Kamu harus lakukan yang terbaik.

Aidid: sudahlah papa. Aidid da penat dengan semua ni.

Aku lihat Aidid masuk ke dalam dorm. Ini peluang aku.

Farhan: Encik Mansor. Tunggu. Benarkah apa yang dikatakan Aidid?

Encik Mansor: bila seseorang yang kita sayangkan pergi buat selamanya, hati mana yang tak terguris. Memang benar saya ke sana tapi bila saya tiba di hospital saya tak sempat melihat arwah. Saat itulah air mata laju mengalir. Saya tak sempat untuk menatap wajahnya buat kali terakhir. Itulah kesalahan saya yang Aidid tak dapat terima. Tapi saya tak mahu mereka melihat saya menangis.

Aku melihat nafas Encik Mansor menjadi sesak.

Farhan: Encik tak ape-ape.

Encik Mansor: final match adalah minggu depan. Saya harap kamu dan kawan-kawan kamu hadir memberi dia sokongan. Berjanjilah.

Farhan: baik.

Aku segera pulang ke bilik. Buka saja pintu aku ternampak Aidid dengan wajahnya yang muram. Aku telah mendapat jawapannya. Inilah yang membuat senyuman Aidid hilang. Jadi aku harus buat dia tersenyum semula.

Farhan: Aidid. Aku jumpa papa kau sewaktu aku jalan-jalan diluar tadi. Dia cakap jangan lupa datang ke final match dan beri sokongan pada kau. Dia tak tahu itulah hari yang kita semua nanti-nantikan. Papa kau tu baiklah. Pasti dia sayangkan kau kan?

Aidid: cukup!! Kau tak tahu siapa dia?

Farhan: Aidid. Kau tak boleh judge dia macam tu. Dia papa kau.

Aidid: kau nak tahu sangatkan?! Baiklah. Aku beritahu kau sekarang. Mama sakit tenat di hospital waktu tu. Mama memanggil-manggil nama papa. Padahal papa ada di stadium. Papa hadir sewaktu mama di kebumikan. Itupun tiada setitis air mata dari papa untuk mama. Sampai ke akhir hayat mama, mama tak dapat bertemu dengan papa. Sekarang kau nampakkan?! Itulah papa aku yang kau baik sangat.

Farhan: waktu aku jumpa papa kau tadi, papa kau ceritakan padaku. Dia tiba di hospital dan waktu tu dia menangis semahunya. Dia kesal kerana tidak berada di sisi mama kau. Pada aku cukuplah setahun kau menghukum dia. Sudahlah kehilangan orang yang dia paling sayang dalam hidupnya, sekarang dia tak sanggup untuk kehilangan anak-anaknya. Kau sedar tak, kaulah sumber kekuatan dia untuk hidup hari ni. Tanpa kau dan adik kau, mungkin dia tak sekuat ini untuk berada di sini melatih kau dan yang lain-lain. Fikirlah Aidid.

Aidid: arghh!!!

Aidid keluar. Hilang entah ke mana. “aku tahu Did. Sebagai lelaki, ego dan marah akan menjadi satu dalam situasi begini. Harap aku dapat memecah salah satu darinya. Maafkan aku andai kata ku membuatkan kau terguris.

Sebaik sahaja aku menarik selimut untuk tidur. Aku lihat Aidid masuk.

Aidid: kau mungkin betul An. Berilah aku sedikit waktu.

Farhan: baik

Aku berkata perlahan antara dengar dan tidak.



Pengetua: Aidid, papa kamu masuk hospital. Penyakit paru.paru berair datang lagi.

Aidid: terima kasih pengetua.

Aku terus berlalu dari situ. “ aku mesti ke hospital secepat yang mungkin.”

Sewaktu aku tiba di hospital, aku terlihat Adik wan yang menanti di luar bilik papa.

Adik Wan: papa nak jumpa abang.



Petang tu kami di kumpulkan di cafeteria.

Encik Yaakub: Pengetua setuju untuk mengadakan pertandingan untuk setiap dorm sempena sukan akan datang. Hadiahnya merupakan satu percutian bagi ketua dorm yang menang.

Syafiq: sudah pasti kami yang akan menang.

Farid: kami penuh dengan kesenian. Pasti kami menang

Aizat: tunggu. Cuma ketua dorm yang pergi? Itu tak adil. Buat kerja sama-sama, pergi sorang-sorang.

Encik Yaakub: Cuma itu yang dipersetujui. Kalau satu dorm pergi, di sekolah je lah kamu dapat bercuti.

Syafiq: aku ada cadangan.

Farid: aku pun.

Aizat: ape cadangan korang?

Syafiq: mahukah kalian lupakan segala hadiah yang ditawarkan dan kita gemparkan sekolah dengan persembahan ketiga-ketiga dorm serentak. Kita akan mengadakan sorak juara. Kita akan tunjukkan pada sekolah-sekolah yang hadir bahawa sekolah kita yang terbaik.

Aizat: aku setuju.

Farid: Aku pun.



Farhan: Aidid?

“mana pula mamat ni. Lepas kena panggil tadi kau terus lesap.” Aku ternampak nota kecil di atas meja. ‘aku ke hospital’ “baik aku cari dia di sana. Mandi dulu lah”

Aku tiba di hospital bersama buah tangan yang ku sempat beli tadi.

Farhan: Encik Norman?

Encik Norman: masuklah. Aidid baru pulang. kamu?

Farhan: saya Farhan. Tak pelah Encik Norman saya datang pun nak jenguk Encik.

Encik Norman: tak payahlah berencik-encik dengan saya. Panggil pakcik cukup. Baru pak cik ingat, kamu kan yang malam tu jumpa pakcik. Pakcik ucapkan terima kasih pada kamu. Dia benar-benar dapat terima pakcik. Dia cerita semuanya pada pakcik. Tentang sekolahnya, Taufik, kawan-kawannya dan juga kamu. Itulah waktu dia bercerita panjang dengan pak cik. Pak cik gembira sebab pakcik rasakan pakcik da dapat keluarga pakcik balik.

Farhan: pak cik, saya ikhlas nasihatkan dia. Untuk mengubah apa-apa tentang dirinya Cuma Aidid yang boleh lakukan.

Encik Norman: kamu pandai berkata-kata. Farhan, esok adalah hari penting untuk Aidid. Pakcik belum boleh keluar hospital lagi esok. Jika kamu lihat Aidid mengalami kesukaran untuk melompat, suruhlah dia undur dua langkah ke belakang. Pastikan dia berbuat begitu. Berilah sokongan sepenuhnya pada dia. Pak cik tahu, pasti ada sedikit rasa gentar untuk melawan Aiman.

Farhan: Baiklah pakcik. Pak cik rehatlah dulu. Saya pulang dulu pakcik.

Malam tu di bilik.

Farhan: Aidid. Kau da tidur ke? Aku nak cakap dengan kau.

Aidid: tidurlah. Esok kau buat persembahan dulu. Tidurlah.

Aku melihat dia dari atas. Nampak kecomelan dia. Patutlah Puteri Melissa beria-ia mahu mendapatkannya. Bayangkanlah kalau Melissa tahu yang tidur sebilik dengan Aidid sekarang adalah seorang perempuan. Urgh...

Sorak juara esok pasti berjaya. Aku dapat bayangkannya. Ia telah disusun dengan hebat. Dorm 1 dengan taek kwan do. Dorm 2 dengan cara tersendiri. Dorm 3 dengan keseniannya. Semuanya disatukan dalam kumpulan. Pasti pengetua kagum. Aku berangan sendiri.

Tiba-tiba bantal mengenai kepala ku.

Aidid: oi tidur. Kau berangan ape lagi.

Dia tersenyum akhirnya. Itulah senyum yang ku cari selama ini.

Farhan: ye, ye aku tidur. Ambil balik bantal kau ni. Busuk macam kau gak.




Persembahan kami akhiri dengan jayanya. Sorakan gemuruh kami terima dari pelbagai sekolah jemputan. Aku gembira kerna apa yang dirancang berjalan dengan lancer. Tampa hadiah yang ditawarkan ketiga-tiga dorm dapat berkerjasama. Ngee...

Farhan: Aidid.... Aidid... lepas ni giliran acara kau aku. Aku harap kau berjaya.

Aidid tersenyum

Aidid: kau boleh tolong aku. Tolong pegang ini untuk aku. Jangan biarkan cincin ni jauh dari kau.

Farhan: tapi...

Aidid: pegang jelah untuk aku.

Dia pergi memanaskan badan. Aku lihat ukiran cincin tu. “cantik. Eh ape pulak ni. Ada tulisan ‘nahraf’. Benda ape ni? Pelik tulisannya. ‘nahraf. Huh macam-macam Aidid ni.” Aku memakainya untuk memastikan yang aku tak tertinggal dimana-mana. Aku harus bergegas ke tempat di mana kawan-kawan sedang menunggu untuk melihat acara-acara yang dipertandingkan.

Taufik: kau ke mana tadi lepas salin pakaian?

Farhan: aku beri semangat pada Aidid. Kau?

Taufik: aku dah cakap dengan dia semalam. Aku cepat setapak dari kau. Haha




Kalaulah kau tahu cincin tu khas diukir untuk kau. Hrmmm.... papa yang berikan waktu aku di hospital bersama papa. Selepas aku ceritakan tentang Farhan, papa kagum dengan keberaniannnya ke sini. Jadi papa ukirnya.

Encik Yaakub: baiklah acara seterusnya yang akan berlangsung adalah lompat tinggi. Dipersilakan para peserta masuk ke padang. Kita dapat lihat sekarang peserta yang berjaya memecahkan rekod Aidid tahun lepas iaitu Aiman.

Tepukan gemuruh kedengaran. Aku lihat dia tenang di tengah padang. Berilah kekuatan padanya. Beberapa minit berlalu dia dan Aiman lakukan dengan mudanya. Kini hanya tinggal mereka berdua.

Encik Yaakub: sekarang paras ketinggian telah dinaikkan. Inilah record baru yang dicipta oleh Aiman. Bolehkah Aidid melepasinya atau mencipta record baru? Sekarang kita dapat melihat kedua-duanya melepasi ketinggian itu. Adakah record baru bakal dicipta.

Taufik: gila kau tinggi tu.

Amir: kalau mereka lepasinya pasti mereka tiada masalah untuk lompat keluar dari sekolah ni.

Farhan: ape korang merepek ni?

Fadli: Kau tengoklah Aiman tu. Ketinggian tu dia tak lepas masakan Aidid boleh lepasinya.

Farhan: ape yang kita perlu buat sekarang adalah percaya dan yakin dengannya.

Encik Yaakub: percubaan kali kedua untu kedua-dua peserta masih tidak membuahkan hasil. Masih ada satu peluang yang tinggal untuk mereka berdua. Inilah saat yang paling mendebarkan.

Amir: aku rasa macam nak suruh Encik Yaakub tu diam je. Menakutkan aku je la.

Fadli: lihatlah Aiman ingin membuat lompatannya.

Suasana menjadi sepi. Tiada sorakan. Masing-masing menantikan apa yang bakal berlaku. Adakah Aiman mampu untuk lepasi ketinggian itu?

Encik Yaakub: argh.. nampaknya Aiman gagal melepasinya. Adakah ia bakal berlaku yang sama kepada Aidid atau sebaliknya.

Tiba-tiba aku teringatkan sesuatu. Aku berlari ke tepi dan memanjat beberapa batang besi disitu.

Farhan: Aidid!!!! Dengar!!! Undur dua langkah ke belakang dank au boleh lakukannya!!!!

Dia tersenyum dari sana. Aku lihat dia mengundur kebelakang dua langkah.

Taufik: did!!!!!! Kami percaya kau boleh lakukannya!!!!!

Tepukan padu dari penonton kedengaran. Semuanya gara-gara Taufik dan Amir. Macam-macam budak dua orang ni.

Taufik: kau rasa dia boleh lepasinya ke?

Farhan: kita harus percayakannya. Dan aku percaya. Kau?

Taufik: sekarang aku percayakannya lihatlah dia lompat.

Aku lihat palang itu goyang sedikit. Masing-masing mendiamkan diri melihat sama ada palang itu akan jatuh atau tidak.

Encik Yaakub: nampaknya. Palang itu tidak jatuh. Aidid mencipta record baru!!! Tahniah diucapkan kepdanya. Aiman dari sekolah jemputan nampaknya kecewa. Tahun depan cuba lagi yea.

Selepas acara selesai, aku pulang bersama Aidid. Jelas kegembiraan tergambar diwajahnya.

Farhan: tak sangka kau undur juga dua langkah. Itulah aku da cakap

Aidid: kau ingat aku tak tahu, itu ayat papaku?

Farhan: aik! Mana kau tahu? Tak aci!! Aku yang cakap.

Aidid: dia papa aku, mestilah aku tahu.

Farhan: da baik nampak. Haha

Dia menyentuh kepala ku. Aku cuba memeluk bahunya.

Aidid: kau takkan dapat peluk bahu aku. Kau tu pendek.

Farhan: kau tu tinggi cam tiang elektrik.

Kami ketawa sepanjang jalan.




Pengetua: saya bersetuju membawa kamu semua ke mari kerana semangat kamu yang sanggup untuk melupakan hadiah itu dan bekerjasama untuk menjayakannnya. Kita akan bercuti disini bermula hari ini dan esok petang kita akan pulang ke sekolah.

Amir: hoyai!!!!!!

Taufik: apelah kau ni orang horay, kau hoyai. Pelik dari orang.

Amir: itu bukan pelik itu unik namanya. Itulah kau tak tahu. Sudahlah jom pergi mandi. Silap-silap boleh dapat ikan untuk makan malam. Kita bakar.

Taufik: kau ni ingat makan je kerja kau. Jom Aidid kita g mandi.

Aidid membuntuti mereka. Aku mahu dirikan khemah terlebih dahulu dan pergi mencari kayu api sebelum hari beransur gelap.




Amir: banyak beb ikan aku dapat. Besar-besar pulak tu.

Taufik: iye iye je kau. Lihat ni. Aku dengan Aidid punya besar juga tau.

Aidid: kejap. Fadli! Farhan mana?

Fadli: dia cakap nak masuk hutan cari kayu api lepas dia pasang khemah tadi.

Hari hampir gelap. Kenapa dia belum pulang. Aku mengambil parang yang dibekalkan kepada kami. Aku harus mencari Farhan. Pasti dia ketakutan.

Taufik: did. Aku ikut engkau. Amir. Kau tolong bersihkan ikan-ikan ni untuk kami. Bolehkan? Dan tolong jangan sampai Aizat tahu Farhan tak balik lagi. Kalau tak kita dalam kesusahan. Kau takkan tak tahu perangai dia kan?

Amir: no prob. Hati-hati.

Kami masuk hutan mencari Farhan. “Farhan, dimna kau? Aku terlalu risaukan kau. Kalaulah kau beritahu aku tadi, taklah aku ikut Taufik mandi. Selamatkanlah Farhan.

Aidid: Farhan!!!!!! Farhan!!!!!!!!!!!

Jelas terpancar kerisauan di wajah Aidid. Tapi aku juga khuatir dengan keadaan Farhan ketika ini.

Taufik: an!!! Farhan!!!!

Farhan: woit!!

Belum sempat aku mendapatkan Farhan, Taufik terlebih dahulu pergi memeluknya. Taufik tahu?

Taufik: kau tak ape-ape? Kau okay?

Farhan: aku okay jek. Kau pehal ni? Tepilah! Rimas kau tahu tak? Memandangkan korang da datang, tolong aku bawak kayu api ni.

Bulk!!

Farhan: oi ape ni main sekeh kepala aku plak?

Aidid: itu sebab kami datang cari kau.

Farhan: anyway thanks

Sampai di khemah.

Amir: an!! Huhu kau da balik. Kau okay ke?

Ni lagi sorang. Pehal risaukan aku sangat

Farhan: aku okay. Kau pehal? Tetiba jek. Rindu kat aku ke?

Amir: tak lah sampai rindu kat kau. Aku ingat kau da kena bahan dengan pak belang tadi.

Aidid: hey! Mulut kau jangan celupar.

Kenapa mamat ni plak nak berang. Yang patut berang tu kan aku.

Farhan: sudahlah. Aku da balikkan. Da ade pun depan korang. Sihat lagi. Aku nak pegi mandi. Banyak ikan?

Amir: untuk kau sekali.

Aku tersenyum dan berlalu pergi. Macam budak-budak diorang ni kadang-kadang. Aku tersenyum sendiri.




Aidid: apesal kau cakap macam tu ha?!
Amir: melawak je did.

Taufik: ntah kau. Apesal kau cakap macam tu ha? Kalau betul dia jadi lauk pak belang. Tak ke gemuk pak belang tu nanti.

Mereka ketawa. Aku menjadi marah dan berlalu dari situ. Baik aku pergi teman Farhan. Lagi bagus dari menyakitkan hati ku sendiri.

Farhan: oit! Kau buat pe atas batu tu?

Aidid muncul tiba-tiba. Nasib baiklah tidak timbul apa-apa yang mencurigakan pada diriku.

Aidid: saja. Kau okay ke?

Farhan: apesal dengan kau ni? Tadi Taufik. Pastu Amir. Sekarang kau plak. Aku okay. Tengok ni. Tak nampak macam aku sakitkan?

Aku memercikkan air pada Aidid.

Aidid: oi! Aku da mandi la.

Farhan: tapi baju kau belum tukar. Sia-sia je la. Hahaha... ambik kau...

Padan muka Aidid. Basah balik. Kami ketawa bersama-sama.

Malam menjelma. Di dalam khemah.

Aidid: farhan?

Farhan: huh?

Aidid: kau cuba tipu aku ke?

Farhan: tak. Kenapa?

Aidid menarik tangan ku. Dia pusingkan sedikit terasa pedih. Dia da nampak luka aku yang agak dalam itu. “Habislah... aku alasan ape yang aku nak bagi ni. Rileks rileks. Fuhh..”

Farhan: sikit je ni. Kejap lagi baiklah.

Aidid: sini. Aku sapukan ubat.

Farhan: tak payah. Lagi pun aku kan lelaki. Mestilah aku kuat tanggung semua ni. Apelah kau ni. Anyway thanks tolong aku.

Dia tetap memegang tangan ku dan menyapu ubat.

Aidid: ye ke? Anggap je aku balas balik masa kau jaga aku waktu aku demam dulu. Lepas ni, aku da tak hutang kau ape-ape.

“Betulkah kau tak berhutang lagi dengan aku? Tapi aku seperti dapat rasakan kita berdua berhutang sesama sendiri. Dan kita belum lunaskannya. Adakah rasa saayang dalam diri ini milik kau Did?”

Farhan: argh... sakit. ape kau ni?

Aidid: aku sentuh luka kau. Aku tengok kau berangan. Cara paling baik nak kejutkan kau dari berangan adalah sentuh luka kau.

Aku manahan sakit. Darah mengalir keluar lagi.

Aidid: aku minta maaf. Aku...

Farhan: tak pe.

Aidid: mari sini. Aku balutkan tangan kau. Kau tu lemah da. Tenaga kau da habis. Kau pun letih. Sini.

Farhan: tak pe aku buat sendiri.

Aidid: mari sini. Kau tu kan pere...

Farhan: kau tak dengar ke?! Aku boleh buat sendiri!!

Aku keluar dari khemah dan balut luka ku sendirian. Aku kurang dengar ayat terakhir Aidid. Tapi aku merasakan ia kurang enak. Ape agaknya ayat terakhir dia? Tiba-tiba Amir menegur ku.

Amir: ape kau buat kay situ. Jom lah makan. Aku da siapkan makanan tuk kau. Kasihan kau gi cari kayu api sensorang. Mesti kau letihkan? Marilah.

Aku jalan menuju ke arah Taufik yang sedang menuang air ke dalam cawan.

Taufik: Aidid mana? Tak ajak dia skali ke?

Farhan: ntah tak tahu.

“ pehal dengan Farhan ni? Bergaduh dengan Aidid ke? Dari riak mukanya jelas tergambar yang dia berkecil hati dan sedih.”

Taufik: kau makanlah. Aku panggil dia.

“Sewaktu Taufik sampai bersama Aidid, aku telah habis makan. Sengaja aku makan sepantas yang boleh. Perasaan ku berkecamuk sekarang. Maafkanlah aku, kawan-kawan ku sekalian.”

Aku malangkah untuk ke khemah.

Taufik: eh kau da habis makan? Join la kitorang. Ikan pun banyak. Kau makanlah.

Farhan: takpe Amir boleh habiskan. Korang makanlah. Aku nak tidur. Letih. Anyway sedap ikan bakar kau. Thanks gud nite.

“Sewaktu aku berlalu. Aku sedar Aidid merenung ku. Urgh... maafkan aku teman. Aku tak mampu mengawal perasaan ku sendiri.”

Aku merebahkan badan untuk tidur. Tiba tiba khemah ku dibuka.

Fadli: an!! Aidid dipatuk ular.

Nak saja aku katakan “lantak dialah” tapi segera aku bangun keluar memandang ia mengenai keselamatan Aidid. Aku menghampiri Aidid dan memangkunya.

Farhan: kita kena keluarkan bisanya. Bagi aku kain.

Aku cuba mengeluarkan bias itu sehabis yang mungkin. Walaupun aku tahu nyawa ku turut terancam sewaktu menyedut bisa itu keluar dari tangannya. Aku lihat mukanya pucat. Aku ikat tangan bagi menghalang bisa yang tinggal mengalir ke bahagian lain.

Farhan: bawa dia ke khemah. Fadli, tolong inform pada Encik Rahman.

Sementara menunggu ambulan tiba, aku memandang sayu muka Aidid. Lemah tak bermaya.

Aidid: aku belum matilah. Tak payah buat muka macam tu.

Dia cuba mengangkat tangannya sebelah lagi. Aku biarkan aja dia main kepala ku.

Farhan: kau diamlah...

Aku tersenyum sedikit.

Aidid: inilah Farhan yang aku kenal. Tersenyum.

Suaranya sungguh lemah. Ambulan sampai dan membawa Aidid pergi. “ hrmmm tidur seoranglah nampaknya.





Encik Rahman: bangun Farhan. Kemas barang kamu dan Aidid. Kita ke hospital.

Aku terpisat-pisat bangun.

Farhan: apesal pulak saya yang kena pergi hospital? yang Sakit tu dia, bukan saya. Ngantuklah Encik Rahman.

Encik Rahman: Aidid tak sedarkan diri dari semalam.

Farhan: ape?! Cepatlah Encik Rahman. Ape kita tunggu lagi?

Encik Rahman: da habis berkemas?

Farhan: da tapi khemah ni?

Taufik: aku kemaskan. Kau pergilah.

Farhan: terima kasih fiq.




Hampir menitik air mata aku melihat keadaan Aidid. Pucat sekali. Rasanya kalau ditoreh pun pasti tak berdarah. Aku merapati katil Aidid. Aku lihat Encik Mansor bersama Adik Wan di sebelah katil sana.

Farhan: Aidid?

Encik Mansor: Darah Aidid berkurang. Doktor Mintak salah satu dari darah jenis Aidid. Pakcik bukan dari jenis yang sama. Adik Wan tak boleh derma pada Aidid. Sekrang pak cik buntu sekali.

Sebegini penderitaan kau Did. Nurse masuk untuk memeriksa Aidid.

Farhan: Nurse. Ape jenis darah Aidid?

Nurse: B

Farhan: saya dari jenis yang sama. Please inform dengan doctor, saya akan jadi pendermanya.

Nurse: baiklah mari kita ke bilik doctor.

Encik Mansor: terima kasih Farhan. Pakcik bersyukur sangat.

Farhan: pakcik, saya lakukan ini pun untuk Aidid. Cuma satu yang saya minta pakcik. Tolong jangan beritahu Aidid saya yang dermakan darah.

Aku melihat Aidid disebelah katilku. “ bertenanglah Aidid. Sebentar lagi kau akan sedar.” Aku keluar dari bilik menderma darah. Encik Rahman masih lagi menemani ku.

Encik Rahman: apa kamu buat itu sungguh baik Farhan.

Farhan: Encik Rahman janji jangan beritahu mama tentang ni. Please...

Encik Rahman: baik. Asalkan kamu beritahu saya secara jujur.

Farhan: apedia?

Encik Rahman: apa makna puisi ni? Aku Remaja.

Farhan: Encik buka diari saya.

Encik Rahman: saya tak buka. Ia terkeluar dari diari awak dan terbang. Jadi saya ambil dan baca.

Farhan: ianya saya tulis saja-saja. Time tu saya boring. Jadi saya tulislah. Tu jek.

Encik Rahman: untuk DIDIA ni ape?

Farhan: tak de ape.

Aku menggaru kepala aku sendiri. “ banyak tanya plak Encik Rahman ni. Tampor kang. macam mana kalau rahsia aku pecah? Huhu.”

Encik Rahman: ape kata kalau saya terbalikkannya. Huh? Aidid. Ermm.

Aku tersengih pada Encik Rahman. Dia tahu jugak akhirnya.

Encik Rahman: jom ke cafeteria. Saya ceritakan tentang saya kamu kena ceritakan tentang aku remaja ni. Jangan risau kamu boleh percayakan saya.

Selepas aku ceritakan pada Encik Rahman, aku sedikit bersemangat. Tak salah rasanya aku bercerita pada dia. Lagipun dia kan kawan baik mama dulu. Tak sangka kami punyai hobi yang sama. Iaitu menunggang kuda.

Aku kembali ke bilik Aidid seorang diri. Belum sempat aku masuk aku nampak Puteri Melissa. Aku menutup kembali pintu itu sedikit dan mendengar percakapan mereka. “ cepatnya berita tersebar.”

Puteri Melissa: Aidid, saya tak mahu lagi pendamkannya seorang diri. Saya sayangkan awak. Sudikah awak menjadi teman lelaki saya?

Aku menanti jawapan Aidid. Tiba-tiba bahu ku disentuh. Encik Mansor!!

Encik Mansor: kenapa kamu disini? Marilah masuk.

Farhan: tak pe. Saya pun nak balik ni.

Encik Mansor: eh. Jangan macam tu. Mari masuk.

Encik Mansor menarik tangan ku masuk. Aku melihat Aidid. Dia tersenyum.

Encik Mansor: papa da dengar semunya tadi di luar Aidid, Melissa.

“Ape?! maknanya dia tahu aku juga mendengar perbualan mereka berdua? Aduh.. kenapalah aku bodoh sangat. Inilah jadinya kalau tak Cover line dulu. Kan da kantoi.

Encik Rahman: papa setuju sangat kalau kamu dengan Melissa. Papa restuinya.

Hati ku tercalar hebat. Mahu saja aku berlari melangkah keluar dari sini.

Puteri Melissa: benarkah pakcik?

Encik Mansor: tak mungkin pakcik tipu kan. Pakcik lihat kamu berdua sesuai benar. Betul Farhan?

Aku tersekat-sekat mahu menjawabnya. “tolonglah air mata. Jangan mengalir sekarang.

Farhan: Err... Iya pakcik.

Aidid: keputusan tetap di tangan Aididkan papa?

Encik Mansor: oh tentu.

Aidid: Melissa, maafkan aku. Aku tak dapat mendampingi kau. Di hati aku sejak permulaan tahun lagi bertaut dengan seorang gadis. Gadis ini selalu berada dekat dengan aku. Tak pernah dia ambil kisah dengan sikap aku. Dan sekarang pun dia masih disamping aku. Aku minta maaf.

Melissa menjadi marah. Nampaknya dia bakal mengamuk.

Puteri Melissa: kau buta ke Did. Dalam bilik cuma ada seorang perempuan dan itu aku. Mana ada orang lain.

Aidid: dulu memang aku buta. Aku tak nampak dia. Sekarang, aku da nampak dia dengan jelas di depan aku. Sudahlah. Pulanglah Melissa.

Melissa berlalu dari bilik itu. Aku masih lagi menunduk. “siapalah yang ada di hati Aidid?” Encik Rahman masuk dengan muka yang cemas.

Encik Rahman: Farhan. Ikut saya. Pengetua nak jumpa kamu.

Aku yang terpinga-pinga hanya mampu membuntuti Encik Rahman.

Aidid: papa. Apa yang berlaku pada Farhan. Kenapa Encik Rahman nampak cemas.

Encik Rahman: papa tak tahu.

Aku harus segera menelefon Taufik

Aidid: Fiq apa yang jadi di sekolah? Kenapa Farhan dipanggil pengetua.

Taufiq: aku dapat tahu pengetua dapat berita kata sekolah kita ada perempuan. Aku nak pergi tolong Farhan.

Aidid: jadi kau tahu Farhan sebenarnya.

Taufiq: ye aku tahu.

Taufiq meletakkan telefon. Patutlah waktu di hutan dulu Taufiq risaukan Farhan.

Aidid: papa Farhan dalam kesusahan. Aidid mesti bantu dia. Aidid kena balik ke sekolah. Please papa.




Aku masuk ke dalam bilik pengetua bersama Encik Rahman. Aku dapat melihat ketiga-tiga ketua dorm ada di sini. “apa salah aku”

Pengetua: duduk Farhan. Encik Rahman, kamu juga boleh duduk. Farhan saya nak awak perhatikan betul-betul slip ni.

Ini slip sewaktu aku derma darah di hospital. Bukankah sepatutnya slip ini harus diberi padaku? Nampaknya pengetua da tahu rahsia aku. Aku harus berdepan dengan kesalahan aku.

Syafiq: kau perempuan?

Farhan: iye.

Farid: kenapa kau ke sini?

Syafiq: kenapa kau sanggup mempermainkan kami.

Tok!!! Tok!!! Muncul Taufiq.

Taufiq: puan. Saya tahu dia perempuan puan tapi dia tak bersalah.

Pengetua: saya belum judge dia.

Aizat: pandang aku Farhan. Kenapa kau sanggup lakukan semua ni?

Mengalirlah air mata. Mengalirlah semahunya.

Farhan: aku datang sini dengan kerelaan aku sendiri. Aku tak bermaksud nak mainkan hati kalian. Aku bersumpah.

Aidid: dia datang ke sini kerana aku, Aizat. Kerana ingin melihat saya beraksi semula, dia datang dari Amerika. Dia sanggup ke sini kerana itu. Bukan salah dia ke sini.

Aizat: kenapa dia rahsiakan identitinya.

Taufiq: habis kau ingat dia cukup gila macam kau nak dedahkan identity dia dan masuk ke sekolah macam tiada apa-apa akan berlaku. Kau sedar tak tu? Sekarang kau sedar kenapa kitty boleh rapat dengan dia.

Imran: sebenarnya aku juga rasakan dia perempuan sewaktu aku jumpa dengan dia bersam Aizat di cafeteria. Tapi aku diamkan aja sebab aku lihat dia sungguh baik. Puan, janganlah hukum dia.

Pengetua: peraturan tetap peraturan. Kita tak boleh melanggarnya.

Farhan: baiklah saya akan pulang ke Amerika. Terima kasih kepada kalian semua. Aku gembira berada di sekolah ni. Maafkan aku sekali lagi. Aku tak berniat nak mempermainkan kalian semua. Aidid, tugas aku da selesai. Terima kasih puan.

Pengetua: Encik Rahman, kamu juga dipecat atas sebab lindungi Farhan.

Farhan: puan!! Kalau oranng yang patut tinggalkan sekolah ni adalah saya. Saya mohon jangan babitkan Encik Rahman. Biarlah saya seorang terima hukumannya.

Pelajar: puan kami juga rela menerima apa saja hukuman dari puan asalkan Farhan tinggal di sini sehingga habis persekolahannya. Budi bicara puan kami hargai.

Syafiq: selama ini dia tiada masalah dengan kami puan.

Farid: dia juga baik hati.

Aizat: kami sanggup terimanya disekolah ni puan. Kami berjanji akan merahsiakan perkara ini.

Ketua dorm: berilah dia peluang kedua puan!!!

Mereka bersungguh-sungguh membelaku. Kalau boleh aku juga tak mahu pergi dari sini. Aku mula menyayangi tempat ini.

Pengetua: Encik Rahman, kamu tidak dipecat. Farhan, saya minta maaf dan kamu semua boleh keluar.

Aizat: tapi puan. Farhan.

Pengetua: dia boleh tinggal di sini sehingga tamat persekolahannya. Tapi ingat rahsiakan perkara ini. Kalau pelajar lain tahu tentang hal ini, mereka yang akan buat keputusan. Kamu boleh keluar sebelum saya ubah fikiran.

Pelajar: terima kasih puan.

Kekentalan jiwanya benar-benar buat aku kagum. Keputusan aku tepat untuk dia tinggal di sini.




Selepas mengucap terima kasih pada kesemua ketua dorm dan Imran, aku berjalan-jalan dengan Taufiq dan Aidid.

Farhan: jadi korang tahu dari awal yang aku ni?

Aidid dan Taufiq: iye.

Farhan: jadi kenapa korang diamkan je?

Taufiq: habis kau nak aku kecohkan satu sekolah?

Farhan: tak lah sampai mcm tu.

Aidid: yang penting semuanya da selesai. Kau tetap akan dibuli oleh aku dan Taufiq macam biasa.

Farhan: aku tak kisah. Asalkan aku boleh duduk dengan korang lagi.

Aku cuba memeluk bahu kedua-dua mereka.

Aided dan Taufiq: pendek!!!

Farhan: sampai hati korang...

Mereka merosakkan rambutku. Kami berjalan sambil ketawa.

Farhan: mentang-mentanglah aku pendek suka hati korang je main kepala aku ek. Siaplah korang. Oit! Nak lari mana. Sini korang berdua. Siaplah kalau aku dapat.




Aku ke kafeteria bersama Aidid dan Taufik. Kelihatan semua pelajar berkumpul seperti menunggu seseorang. Muka mereka penuh dengan kebingungan.

Farhan: siapa yang korang tunggukan

Amir: kami semua tunggu kau. Kami dapat tahu dan ada bukti menunjukkan kau telah tipu kami sekaligus menipu sekolah ni.

Fadli: benarkah kau seorang perempuan?

Aku terdiam seketika. Aku harus berdepan dengan mereka. Sampai bila aku harus berselindung di balik semua ini.

Taufik: korang...

Farhan: ye. Korang betul. Aku perempuan!!

Pelajar: ape?!!

Rosli: selama ni kau tipu kami?!

Norman: terasa seperti dibelakangi.

Aidid: sudahlah!!!

Farhan: keputusan di tangan korang. Aku tak kisah kalau aku...

Norman: kau tak payah buat muka macam tu. Kami tak kasihankan kau.

Farhan: baiklah aku terima keputusan korang. Aku minta maaf atas segalanya dan aku akan dengar keputusan korang sekarang.

Amir: kita tak boleh judge dia.

Rosli: tapi dia da tipu kita semua.

Pelajar: iye!!!!

Aku hanya membatukan diri. Begitu juga dengan yang lain. Yang mengetahui siapa aku. “tabahlah menerima apa jua keputusan.”

Taufik: biarlah dia berehat dulu. Malam ni korang bincang. Esok korang beritahu apa keputusan korang. Pergilah. Aidid bawa dia.

Aidid membawa Farhan. Kasihan. Dia kelihatan sungguh lemah.

Taufik: biarpun apa keputusan korang, aku harap korang pertimbangkan sebaik yang mungkin. Ketepikanlah rasa dibelakangi kalian. Apa yang da dia buat pada korang, pada kita, pada sekolah ni. Korang lupa ke semua tu?




Farhan: Aidid. Aku tahu hari ini bakal tiba tapi aku tak tahu ia secepat ini.

Aidid: kau rehatlah ye. Badan kau panas mendadak. Aku demahkan. Tak de ape yang bakal berlaku.

Farhan: aku da memecah belahkan korang semua. Kalau aku tak datang sini dulu. Korang pasti dalam keadaan senangkan? Maafkan aku.

Aidid: dengar cakap aku. Kau rehatlah.

Aku menemaninya hingga dia tertidur. Kasihan Farhan. Dia datang ke sini kerana aku. Permulaan dia di sini juga tidak disambut baik. Jadi, biarlah kalau dia terpaksa keluar dari sini pun, dia keluar dengan perasaan gembira. Bukan begini caranya. Aku juga harus bercakap dengan mereka.

Sewaktu aku keluar dari bilik. Aku terserempak denga Taufik.

Aidid: macam mana?

Taufik: mereka setuju tak akan keluarkan dia dari sini. Mana Farhan?

Aidid: syukurlah. Dia demam panas. Marilah kalau kau nak tengok dia.

Taufik: tak usahlah. Dia pun tengah lemah dan penat. Kau jagalah dia baik-baik. Aku ke bilik dulu.

Aku menghembuskan nafas lega. Aku masuk semula ke bilik.

Farhan: maafkan aku! Maafkan aku!!

Aidid: Farhan!! Farhan!!! Kau kenapa?

Aku keluar mencari Encik Rahman.




Dua hari selepas itu, Farhan pulih dari demamnya. Aku sendiri menyampaikan berita gembira itu. Farhan kelihatan bersemangat semula untuk belajar. Aku berjalan seiring dengannya wktu ke kelas.

Farhan: benarkah aku masih diterima sebelum aku langkah masuk ke kelas?

Aidid: yakinlah

Aku membuka pintu kelas. Keadaan seperti biasa. Tetap riuh rendah. Aku juga berlagak seperti biasa.

Norman: nampak ada seorang yang ganjil

Rosli: perempuan pulak tu

Taufik: cukuplah

Norman: kenapa kau juga perempuan?!

Mereka hampir bertumbuk

Farhan: cukup!!!!!!!!

Suasana menjadi sepi

Farhan: ini semua salah aku. Aku minta maaf. Aku juga banyak susahkan korang dan aku minta maaf. Aku boleh pergi kalau korang tak suka aku di sini.

Amir: ape salahnya kita terima dia macam kita terima dia yang dulu. Dia baik hati. Cuma membelakangkan kita itu je. Kalau dia sanggup lupakan kesalahan kita yang terlalu banyak pada dia kenapa kita tak boleh lupakan secebis kesalahan dia?

Norman: kau tahu kenapa dia datang sini?

Taufik: aku tahu..

Aidid: biarlah aku terangkannya sendiri.

Aku berlalu keluar. Saat sekarang Cuma Encik Rahman yang boleh menenangkan aku. Aku tak mahu tahu apa yang berlaku dalam kelas.



Encik Rahman: habis? Apa rancangan kamu?

Farhan: saya tak tahu. Yang saya tahu, saya takkan balik ke Amerika dalam keadaan mcm ni. Saya tahu saya tak boleh. Mereka berpecah belah kerana saya saya. Jadi biarlah saya satukan mereka semula sebelum saya pergi.

Encik Rahman: pergi?

Farhan: iye. Saya da janji dengan papa. Saya di sini Cuma setahun. Saya akan habiskan setahun lagi pelajaran di Amerika. Dan kemudian saya akan buka satu Syarikat muzik di sini. Bila tiba masanya nanti.

Encik Rahman: saya sokong kamu Farhan. Buatlah ape yang kamu rasa patut lakukan.

Farhan: saya ke tandas dulu.



Selepas kelas aku membuat keputusan menerangkan segala-galanya di kefeteria. Farhan kelihat sugul di kelas tadi. Ternyata dia begitu sedih. Sabarlah segalanya akan berakhir.

Di kefeteria.

Aidid: dia datang kerana aku. Memang betul. Hanya kerana ingin melihat aku beraksi. Hanya ingin melihat kegembiraan aku dan juga korang semua. Dalam hati dia Cuma satu, ingin melihat aku beraksi semula dan melihat kebahgiaan di sini. Jadi dia tak pernah sisihkan sesiapa. Dia datang untuk kita. Kenapa saat kita bergembira dengannya dulu korang nak ketepikan sekarang. Cuba korang ingat, waktu kita bergaduh ada masalah siapa yang dengar dan siapa yang menceriakan korang semula kalau bukan dia! Jadi aku minta janganlah layan dia begitu lagi.

Farhan masuk ke cafeteria. “tadi dia dibilik. Tidur. Macam mana plak dia kemari?”

Norman: Farhan kami mintak maaf. Kami da tahu segalanya. Kami salah.

Pelajar: iye!!!

Aku memandang satu persatu muka di hadapan ku. “mimpikah aku?”

Pelajar: maafkanlah kami.

Farhan: sahabat?

Pelajar: Sahabat selamanya!!!!!!!!



Encik Yaakub: sekolah kita berada di penghujung tahun. Kita akan adakan penutup sekolah... jadi para pelajar boleh mengadakan jualan, atau apa saja yang kamu suka pada hari itu.

Hari penutupan sekolah berlangsung dengan jayanya. Pada hari itu jugalah aku pulang ke Amerika sebaik saja tamat segala acara. Kesemua pelajar sekolah ini menghantar aku hingga ke lapangan terbang. Aku sedih sekali mahu meninggalkan mereka.

Farhan: aku harap korang tak akan lupakan aku selamanya. Jaga diri korang semua. Suatu hari nanti, aku berjanji kita akan berjumpa semula. Aku doakan korang berjaya. Ingatlah, aku juga sebahagian dari korang. Aku minta maaf dan juga berterima kasih pada semua.

Air mata aku gugur juga.

Amir: pulanglah dengan hati yang gembira. Terima kasih berada di samping kami

Adik Wan: kami akan berjaya kak!!

Aku teresak esak menangis. Bolehkah aku tunaikan janji aku? Dapatkah kita berjumpa lagi?

Taufik: aku doakan kau berjaya. Kau sahabat terbaik aku. Tak de siapa yang dapat gantikannya dari kau. Percayalah.

Suara Taufik tersekat-sekat

Taufik: damn! Aku berjanji tidak akan mengalirkan air mata.

Farhan: sudahlah

Taufik: aku akan kehilangan sahabat aku.

Farhan: kau tak hilang aku. Aku ada di sini. Di hati kau. Di hati semua orang. Di sini aku takkan mati selagi kau dan kalian semua tak lupakan aku.

Aku terkejut bila Taufik memeluk aku erat.

Taufik: berjanjilah kau akan jaga diri kau.

Farhan: aku janji Fiq. Aku janji. Kau juga harus berjanji kau akan berjuang sehabis-habisan dalam apa jua yang kau lakukan.

Aku merapati Aidid

Aidid: kau berjanji kau akan pulang dengan senyuman kan?

Aku cuba tersenyum

Farhan: iye aku ingat. Aidid, ini cincin kau waktu kau suruh aku simpan. Maaflah aku mengambil masa yang sama untuk berikannya semula.

Aidid: simpanlah. Ia sesuai dengan kau dan memang untuk kau. Cuma kau pakainya terbalik. Mari sini aku betulkan.

Apabila cincin itu dibetulkan tertera nama FARHAN.

Aidid: aku mencintai kau. Kau Cuma perlu katakan ya dan aku faham semuanya.

Dia membisikkan kalimat itu di telinga ku.

Farhan: aku... aku.. baiklah

Aidid: jangan bohongi diri kau lagi Farhan.

Farhan: ya Aidid ya!!

Aku tersenyum senang. Dia memeluk aku erat. Tiada apa lagi yang perlu aku ucapkan. Semuanya sudah terluah.

Terdengar tepukan dan sorakan dari para pelajar. Aku termalu sendiri.

Farhan: masanya da tiba. Aku harus pergi.

Aku melambaikan tangan sambil mula melangkah.

Aizat: kami akan rindukan kau Farhan!!!

Air mata ku kembali mengalir laju.

Farhan: aku juga. Pasti!!!

Aku melambai mereka untuk kali terakhir sebelum ke pintu masuk penerbangan. Aku masih memandang mereka hinggalah perjalanan ku membuat mereka hilang di mata. Merekalah keluarga ku di sini.




Enam tahun sudah berlalu waktu aku tinggalkan sekolah yang mengukir pelbagai kenangan. Kini aku menjalani hidup sebagai pengusaha syarikat muzik. Entah macam mana aku boleh ada dalam bidang ni pun aku tak tahu. Papa dan mama menyokong aku.

Teringat kembali bagaimana aku kembali ke Amerika dulu. Ternyata papa masih marahkan aku waktu tu. Walaupun keputusan ku cemerlang. Tapi atas pujukan mama, papa memaafkan aku. Katanya, dulu dia marah pada ku kerana tak sanggup melihat anak perempuannya berkorban sehingga begitu. Tapi kini dia bangga punya anak seperti aku.

Aku memegang photo kenangan waktu disekolah yang ku letakkan di atas meja. Kesemuanya ada dengan ku.

Bling!!!

“oh ada email.”

‘anda dijemput ke reunion sekolah bersama semua pelajar di tahun Aizat, Syafiq dan Farid. Berikut adalah tempat dan tarikh akan diadakan.’

“aku kena ambil cuti ni.”

Farhan: Aida masuk kejap. Ermm... saya akan ambil cuti seminggu. Awak jagalah office ni. Kalau ada benda penting. Give me a call.

Aida: baiklah cik Farhan.

Farhan: cakap dengan budak-budak tu, tengah hari nanti makan je dekat kedai bawah. Saya belanja.

Aida: boleh saya tanya. Cik Farhan nampak gembira. Ada ape-ape ke?

Farhan: tak delah. Cuma saya happy dapat jumpa balik dengan kawan-kawan sekolah dulu. Insyaallah minggu depan saya pergilah. Pesan dengan diorang jangan nakal-nakal. Kalau saya dengar diorang nakal, tahulah saya ajar diorang.

Aida: baiklah Cik Farhan.

Farhan: Aida, berapa kali saya cakap dengan awak jangan panggil saya cik. Gelilah.

Aida: okay.

Tak ku nafikan pekerja ku agak manja dengan ku. Tak kira lelaki atau perempuan, aku layan sama rata. Inilah yang membuatkan syarikat aku terus berdiri. Kami bagaikan satu keluarga. Saling menjaga antara satu sama lain.

Tak sabar rasanya hendak bertemu mereka. Bagaimanalah mereka sekarang.




“sampai juga akhirnya tempat yang ku tuju.” aku memandang puas melihat tempat ini. Mengadap pantai yang indah. Pandai diorang pilih tempat.

Aizat: lihatlah siapa yang baru sampai. Farhan!!!! Kau ape khabar sekarang?

Farhan: baik alhamdulillah.

Aku gembira bertemu mereka semula. Dan kitty semakin membesar.

Farhan: Amir!!! Wow.. da tembam kau sekarang.

Fadli: mana tak tembam an. Kawan hidup senang. Ada orang rumah pulak. Buncit la Amir lepas ni.

Amir: aku da kahwin pun. Sorry. Aku try cari kau tapi tak jumpa. Email kau pun aku tak de. Kalau tak aku da lama jemput kau ke majlis aku.


Farhan: oh tahniah. Its okay.

Suasana sungguh meriah. Tapi aku masih tidak nampak kelibat Taufik dan Aidid. Nampaknya ramai teman-teman aku yang dah berkahwin. Amir, Imran, Aizat. Tak kurang juga yang da bertunang. Padanlah reunion ni ramai perempuan datang. Cuma aku yang masih lindungi identity ku.

Aizat dan Taufiq: sorry kami lewat.

Dengan tiba-tiba sahaja mereka datang. Mengejut pulak tu. Hehe aku ada idea. Aku berjalan ke atas pentas dan memegang mic.

Farhan: no!!! korang akan di hukum.

Datang pula dua orang wanita memegang tangan mereka berdua. Aku terkejut. Hati ku bagai direntap hebat melihat perempuan itu mengenggam tangan Aidid kejap.

Wati: diorang lambat sebab kami.

Ujar perempuan di sebalah Taufiq.

Wani: iye. Kami yang menyebabkan mereka lambat.

Ujar pula perempuan di sebelah Aidid. Aku memandang mereka. Musnah idea aku.

Farhan: haha aku melawak je. Selamat datang aku ucapkan.

Aku berlalu dari situ. “kenyataan memeritkan” aku membuat andaian sendiri mereka telah berkahwin. “moga berbahagia Did”

Taufik: hoi!! Lama tak jumpa kau. Kau nak kenakan kami tadi ek? Mana kau menghilang?

Farhan: ade je.

Aku menjawab sepatah. Mood ku telah lama hilang. Aidid dan Taufiq berada dengan aku bersama Wati dan Wani. Wani tak lekang dari sisi Aidid. “adakah kerana aku datang bulan, hati ku cepat terasa. Urgh...”

Taufiq: lupa plak aku. Kenalkan ini Wati. Tunang aku. Tak lama lagi kami akan berkahwin. Dan ini pula Wani. Eh datanglah ke majlis aku. Kau tinggal di mana sekarang?

Farhan: nanti aku pergi. Aku tinggal dekat-dekat sini je.

Aku ternampak Encik Rahman dan Encik Mansor sedang berbual. “baik aku loloskan diri.”

Farhan: excuse me for 1 minutes.

Aku pergi ke arah Encik Rahman dan Encik Mansor berbual





Selepas Farhan berlalu

Taufik: kau perasan tak Farhan tadi? Macam bukan dia yang dulu. Riang ceria setiap masa.

Aidid: aku perasan juga. Engkau la Wani. Mesti dia ingat kau awek aku.

Wani: kenapa salahkan Wani pula? Tak kan lelaki sukakan lelaki. Buang tebiat ke?

Taufiq: kalau kau nak tahu. Dia tu sebenarnya...

Aidid: Fiq. Jangan! Dia bukan boleh tutup mulut.

Papa datang menemui kami.

Encik Mansor: Aidid kamu da jumpa dengan dia.

Aidid: sudah papa.

Taufik: tapi tak cakap ape-ape pown tetiba pulak Aidid jadi bisu. Haha

Aidid: wanilah papa. Berkepit je dengan Aidid.

Encik Mansor: wani.. nanti pak su ceritakan pada Wani ye.

Aidid: pastikan dia tutup mulut.

Encik Mansor: Aidid, usahalah. Nampaknya, dia betul kecewa dengan kamu. Mungkin juga dia putus harapan dengan kamu sebentar tadi. Papa lihat semuanya. Sekarang ambil ni. Farhan berikan pada papa untuk kamu. Luahkan Aidid sebelum kamu menyesal. Mari wani. Ikut Paksu.

Papa berlalu dari situ membawa Wani bersama. Wani adalah sepupu ku. Mungkin Farhan da salah faham. Aku melihat cincin yang dipulangkan semula padaku. Masih aku ingat cincin ini yang ku berikan waktu aku beraksi dulu.

Taufiq: luahkan Aidid sebelum kamu menysal. Haha. Itulah kau. Aku da cakap dari habis sekolah dulu lagi. Luahkan tapi kau tak nak. Macam-macam alasan kau bagi. Aku kawan kau bro. rumah kita sebelah-sebelah skang. Jadi ape kata kau ikut je cara aku ngorat Wati ni dulu.

Aidid: hotak kau. Dia tolak aku mentah-mentah baru putih mata aku. Wati, macam mana kau boleh sangkut dengan mamat ni?

Wati: entah. Hehe

Aidid: nasib baik tunang kau tu baik. Boleh jaga kau. Aku? Huhu. Bujang sampai ke tualah nampaknya.

Wati: Did. Aku rasakan elok kau luahkan cepat.

Aidid: engkau pun sama. Luahkan luahkan. Sudahlah.

Aku melihat Farhan dari jauh. Aku rindukannya. Gelak tawanya. Riangnya dia.”
Ternyata senyumnya dibuat-buat ketika ini.




Aku duduk di bangku yang di sediakan mengadap pantai.

Aidid: boleh aku temankan kau?

Dia hanya membisu.

Aidid: ini, cincin ni. Kenapa kau tak berikan sendiri pada aku?

Farhan: Aku takut Wani nampak. Then dia salah anggap pula.

Aidid: kau cemburu ek. Farhan. Dia sepupu aku. Abang dia da takde jadi dengan aku je tempat dia nak manja.

Farhan: aku cemburu? Kau mimpi ke?

Aidid: Farhan. Kalau boleh aku nak Farhan yang dulu. Farhan di depan aku sekarang bukan Farhan yang aku kenali.


Aizat: Attention please!!!

Aku memandang ke arah pentas. Sebenar perasaan ku berbaur. “Adakah dia betul? Maafkan aku .”

Aizat: attention!!! Malam ini kita semua akn menerima satu kejutan pada makan malam. Malam ini juga kita turut merai orang yang kita tunggu-tunggukan. Yang sering dibuli waktu sekolah tu. Haha. Yang banyak menceriakan kita. Dia akan ke sini bersama kita sebagai pelajar sekolah ini dan kali ini kemunculan berbeza dari yang sering kita lihat disekolah dulu.



Malam menjelma. Sebelum aku keluar dari bilik, aku melihat cermin lagi sekali. “Ini semua Aizat punya kerja. Suka buli aku. Malam ini aku dipaksa memakai gaun labuh. Entah mana mamat ni ambil gaun ni aku tak tahu. Ia cantik sekali. Bila aku mengenakannya, ia betul-betul mengikut saiz aku.” Aku tidak lagi memakai rambut palsu yang membuatkan aku nampak sama seperti dulu.

Aku melangkah keluar dari bilik. Dengan jantung yang berdebar aku melangkah jua. Dalam hati tak habis-habis aku marahkan Aizat.

Aku sampai di majlis makan malam. Kelihatan semua segak memakai tuxedo. Suasana sepi ketika aku melangkah masuk. Semua mata tertumpu ke arah ku. “kenapa ni? Ada yang tak kena ke?”

Aizat: cik adik boleh kita berkenalan? Ini majlis sekolah kami. Kalau cik tersesat cik adik boleh join je kitorang.

“Buang tebiat ke Aizat ni? Da kahwin pun boleh macam ni lagi.

Farhan: kau gila ke nak berkenalan dengan orang yang kau da kenal? Ini pun majlis sekolah aku jugalah, tinggi.

Aizat: huik?

Farhan: ini akulah, Farhan.

Pelajar: ape?!!!

Farhan: engkau yang buli aku, kau pulak tak cam aku. Apelah engkau ni.

Aizat: eh silap. Perkenalkan. Inilah tetamu yang kita nanti-nantikan dengan kemunculan dirinya yang sebenar. Farhan!!!!


Tepukan gemuruh kedengaran.

Aizat: wow! Tak sangka engkau macam ni ye bila jadi perempuan.

Farhan: aku memang perempuanlah

Amir: ini rambut palsu ke betul ni?

Farhan: original beb.

Amir: habis yang pagi tadi...?

Farhan: itu baru palsu. Sudahlah aku lapar ni. Bila boleh makan.

Safuan: kau tak berubah pun.

Farhan: aku kan Farhan korang. Aku la dulu kena buli. Aku lah dulu itu ini. Hehehe. Kalau aku berubah siapa lagi korang nak buat camni. Dengan Farid. Comfirm sekarang korang kena penampar.

Kami ketawa bersama-sama. Farid sekarang bukan lagi Farid ketua dorm 3 yang lembut. Dia sekarang nampak berani da gagah.

Pentas digelapkan. Seseorang naik ke pentas dan mula bercakap. Padaa mula nya aku hanya terus menikmati makanan ku tetapi suara itu seakan-akan ku kenal.

Aidid: Aku remaja
Cuma ingin tersenyum waktu bersedih
Ingin ketawa ketika duka
Ingin bahagia ketika hati terluka

Aku remaja
Punya rasa cinta untuk dia
Punya rasa rindu yang nyata
Cuma dia

Aku remaja
Zahirnya aku benci semua ini
Semakin aku simpul tali kebencian
Semakin itu rasa sayang mencengkam hati

Aku remaja
Yang air mata sentiasa menemani
Jiwa ku terseksa tatkala dia kecewa
Sungguh, amarah hanya ku zahirkan
Rasa cinta yg menbara aku pendamkan
Kerna aku tahu siapa aku

Aku remaja
Yang jiwanya ingin memberontak
Aku jualah yang sering membuat dia terluka
Secara sengaja atau tidak
Ia takkan merubah apa-apa

Aku remaja
Yang terlupa dia ku cinta
Dia ku sayang

Dan aku remaja
Yang sedar
Antara aku dan dia ada tembok besar yang menghalang
Walau tercarik hati dia dengan sikap ku
Percayalah hati ini lebih merasakannya
Kerna...
Aku juga remaja..

kehadiran seorang gadis benar benar mengetuk pintu hati ku yang telah lama terkunci. Seorang gadis yang berani serta cekal hati datang ke solah ini tanpa memikirkan risikonya hanya kerana ingin melihat aku beraksi dan kebahagiaan di sini. Aku terpana. Waktu itu ego ku menebal sehingga aku tak nampak cirri kewanitaan dalam dirinya. Ya! Aku juga tertipu dengan penyamarannya sebagai lelaki di sekolah. Sedikit demi sedikit dia membuka pintu hati ku. Leburkan ego ku. Sehingga dia terpaksa pulang ke Amerika. Aku sedar aku mencintainya. Walaupun pedih kehilangan benar-benar membuatkan aku sakit. Kin, dia di hadapan. Aku bertanya pada hati. Sanggupkah kau kehilangannya buat kali kedua. Hati ku berkata tidak kerana gadis itulah penawar segala-galanya. Farhan aku mencintai mu setulus hati ku. Izini aku menemani kau sepanjang hayatku dalam hidup hidupmu.


Dalam perasaan bercampur aduk, muka ku terasa merah menahan malu.

Aidid turun dari pentas dan menghampiri ku. Dia melutut di hadapan ku

Aidid: sudikah engkau menjadi suri hidupku?

Aku terlihat cincin yang aku serahkan pada papanya pagi tadi.

Farhan: walaupun aku Farhan yang dulu.

Aidid: itulah yang aku inginkan.

Farhan: bangunlah.

Aidid menuruti perintah ku. Aku tahu kesemua mereka menanti jawapan ku. : hati. Aku terlalu cintakannya dan rindukannya.”

Farhan: aku terima.

Aku tersenyum senang padanya. Menitik air mata kegembiraan di wajahnya.

Farhan. Apelah. Ini pun nak nangis ke?

Aidid: Aidid. Gembira sangat. Terima kasih.

Taufik: Farhan Aidid tahniah. Err... Farhan, lepas ni aku tak leh le main rambut kau. Huhuhu.

Farhan: kau mainlah rambut Wati pula. Hehe

Aidid mengusap rambut ku lembut.

Aizat: Attention!!! Pertama kali kita lihat Aidid bersuara lantang seperti itu. Kami ketua-ketua dorm sekolah mengucapkan selamat berbahagia. Untuk Farhan warga sekolah tetap abang dan adik kamu.

Farhan: terima kasih. Kau pehal Fiq? Nak nangislah tu. Kau bukan boleh dengar ucapan macam tu. Ngada-ngada.

Taufiq: itu kali terakhir aku main rambut kau

Farhan: wati. Kau jangan ambil hati ye.

Wati: takpe. Taufik da ceritakan semuanya pada aku. Aku faham semuanya. Aku harap macam mana kau bersahabat dengan taufiq dan yang lain macam itulah kita akan bersahabat.

Farhan: okay. Aku senang kau menerimanya begitu.

Aidid: kau jangan risau. Dia da ada aku. Lagipun nanti kalau kami kahwin dank au pun dah kawin, rumah sebelah sebelah takla korang boring sangat nanti.


TAMAT