BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, February 18, 2015

I love Food

petang tadi, belom sempat mak tanya malam ni mak nak masak apa, aku dulu buat specal request. aku mintak rendang hijau ayam. i dont know. supposedly slalunya mak masak rendang merah but im craving for rendang hijau. it has more kick, more punch and absolutely delicious. however, the 'fight' begin. kak nak rendang merah n aku really2 want rendang hijau. teh debate goes on 10 minutes till i said, "aku dah nak blik penang, dulu aku bg hg chance now my turn." hehehe so i won. mlm ni dapatlah rendang hijau. btw, pagi td pun mak masak juga dish kegemaran aku. sambal tumis telur separuh masak. Alhamdulillah nikmat rezeki Allah bagi.

to be true, minggu lepas gastrik menyerang. so its little bit difficult for mak bila nak masak masakan pedas untuk aku. bila aku buat muka belas kasihan, muka innocent, muka Loki, muka 1 sen. mak mengalah n aku dapat pesanan ringkas padat mak "sakit perut, reyau, tanggung sendiri". what ever, asal aku dapat makan makanan favourite aku.

berdarah campuran negeri sembilan dan kedah membuatkan aku tak boleh kalau tak makan pedas. everything need to be spicy. it is okay for me if aku makan ikan masin, nasi, cabai kering goreng. OMG! it so delicious. disebabkan rendang mak sedap, so pukul 2 pagi tadi aku still dok ulang mkn. itu benda paling aku mahir. bukak pintu bilik tanpa bunyi, turun bawah pelan2 senang cita everything must be perfect esok pagi. sama mcm mak tggai mlm tu supaya x dk sapa kata " mkn byk, gemok!" even i dun care, sometime ia menyakitkan telinga. so lg baik aku hindarkan saja semua tu.

cuti kali ni aku jarang masuk dapuq. everything mak masak. jarang aku masak sendiri sejak cuti hahaha. maklumlah ayaq tgn mak lagi sedap kan :p hehehe. tapi td waktu aku syok layan FB, mak tgh masak, aku kt dapoq gak. tetiba mak kata " nad, tolong mak amik 'tu'" itu kebiasaan bagi mak. 'tu' mean something and you have to intrepret by yourself. kalau tak kena dengan apa yang dimintak kang mulalah keluar ayat lawak dia.

 selalunya aku keep calm and berletiaq kat mak dlm jenaka. susana akan jd riuh mcm pesta. untuk kurangkan sikit mak pokpek aku tanya mak "mak nak masak apa?" "rendang la ceq oi" ringkas dan padat. tu la syok sgt layan fb, nganga sgt, lupa habis. hehe aku x dpt hadam apa mak nak. aku lek ja. semua bahan2 nak buat rendang aku bawak kuaq susun tepi sinki. dari ayam sampai daun kunyit kat luaq umah semua aku ready. then mak kat apa "aik perli ka apa ni? mak suruh amik lengkuas ja. tapi alang2 nad dah bawak kuaq semua ni terima kasih na. mujur x lupa" really? lengkuas ja mak nak aku amik.

yes i', good at prepare all the ingredients kalau ikut cara mak masak la. all the things aku boleh sediakan. sebut ja. gulai ikan, sambal tumis, masak lemak cili api, tempoyak, simple dish ja semua yg mak masak heeheh.but then, aku still belajaq masak. aku x pandai western food. aku still balajaq buat cucuq and lain2. kebanyakan masakan aku, kak ngan adik yang rasa. aku rasa cuma dua kali aku bagi mak ayah aku mkn apa aku rasa. almakllumlah. budak bru blajaq. everything tak perferct. aku mahir makan je. nak suh aku masak mmg aku surrender awai.

penah sekali dulu waktu tu aku ingat lagi aku form 2 ka form 3. mak rajin kursus. sabah ka sarawak tak ingat dah. aku tinggal dengan ayah, adik. ayah pulak waktu kerja. kakak aku p umah tok dia. 'malangnya,' mak tinggalkan ketam dalam peti ais. i know i shouldnt touch that ketam cause mahal n susah nk dapat. tp aku masak juga ketam tu. aku buat masak lemak cili api and ikan goreng sambal. dua tu ja. penat! serius. aku tengok dapoq, disaster. aku mop satu rumah. itu first time mak ayah rasa aku masak. mak sempat rasa sbb mak blik awak dr kursus tu (masa tu jugak nak balik awal. hehe kalau ikutkan jadual mak smpai lusa bru blik). second time yang aku masak gulai ikan, sambal belacan, ikan goreng, ulam, ikan bilis goreng cabai melaka. apa g ntah dan disusuli masakan dari mak menakan kesayangan aku. (rasanya aku diploma ka degree time nih), waktu mak n ayah nak smpai umah, balik dr umrah. aku selamat gara2 rempah giling tok dlm peti ais. jujurnya, aku x pandai masak guna rempah paket wpun ramai kata senang. myb aku old school. hehehe aku rasa puas bila semua org mkn nasi tambah. mak ayah, tok n wan. pakteh n teh. satu kepuasan.

aku sukakan makanan. sgt suka. nak2 mak masak. makanan tradisi. ouh ya rendang td mak ckp cmni " nad postpone dulu boleh buat rendang." and im asking why sambil ayaq mata nak menitik dah. rupanya masin kisaq rosak. mak nak kisaq rempah tak boleh. then otak old school ni ligat berputar. then aku suh mak tunjuk kat aku mana yang nak kisar jd serbuk. lastly aku goreng ja rempah tu tanpa minyak then aku tumbuk dlm lesung sampai jd powder mcm mak slalu kisar. mak kata " sanggup tuh tumbuk rempah. kalau nak nama nak mkn sanggup noh" well. aku tetap aku. rtu mak nak buat gulai tapi kerisik habis. kebetulan dlm peti ais ada nyok. aku ambik nyok tu aku goreng aku tumbuk jd kerisik. puas hati aku. tatatw plak aku mak nak simpan nyok tu bukan ikan sumbat sambai nyok hahahaha. actually tak selalu mak buat gulai mak buh kerisik sebenaqnya. cuma aku la, bg aku kalau tak dak mcm hilang 'sesuatu' hahaha tu yg sanggup buat. aku berseloroh kat mak " mak bayaq nad rm15 untuk kerisik tu. byk kut." mak tanya awat mahai aku jawab kat mak "mahai sebab kebosanan kut tumbuk byk2 sorang2 lak." hehehe tambah pulak pagi tu aku mkn nasi lemak punya byk. so kemengantukan dr nasi lemak tu buatkan aku bosan hasilkan kerisik yg berkuality hahaha

dah habis kut aku mengarut. till then bye..

I Love Food :)

Friday, February 6, 2015

Cause I Believe

09 September 2014

aku di sini. di sebuah institusi awam meneruskan perjuangan dalam pengajian. aku mula ragu-ragu dengan keputusan untuk keluar dari universiti lama aku. aku sayangkannya. ia tetap di hati aku. aku ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri di sini. segalanya bermula dengan pelbagai rungutan. ada saja yang tak kena di mata aku. jadi aku mengambil keputusan, selagi aku boleh berulang alik dr rumah ke sana, aku akan buat. pada aku ketika itu, aku perlu buat apa yang aku rasa aku perlu buat untuk pengajian aku kali ini. jika dulu diploma dan ijazah aku diberi peluang kali ini juga aku takkan sia-siakannnya.

first semester, pelbagai dugaan serta cabaran yang aku hadapi. tak faham dalam kelas itu dikira common dalam sesi pembelajaran. aku faced difficulties untuk buat assignment. mujur Allah hantarkan insan2 yang membantu aku dalam menghadapi semua ini tak kira dari segi rohani dan fizikal.

tipulah kalau aku cakap sem 1 ni aku tak minitik ayaq mata. aku mengaku. its so tough. banyak sangat ujian. emosi terganggu fikiran bercelaru. setiap kali aku rasa tersungkur, setiap kali tu juga aku rasa nak giveup. aku tak taw kenapa aku teruskan juga. sehinggalah satu tahap telinga aku berdesing dengan satu perkhabaran yang dibawa. amarah aku mula membara namun bukan bagi aku untuk percaya akan perkhabaran yang di sampaikan tanpa usul periksa. jadi aku kikiskan rasa syak wasangka tapi aku biarkan rasa amarah itu membakar sisa semangat yang ada. misi aku hanya satu, for the 1st result came out, aku nak tgk 4 subjek yang aku ambil sem ni lulus. thats what the most matter untuk aku. performance aku, aku taw macam mana. lulus merupakan satu tiket yang cukup berharga untuk bayar segala penat lelah aku study. mungin aku rasa aku dah buat yang terbaik mungkin jugak ia belum cukup terbaik but then Allah knows everything.


29/12/2014 - 13/01/2015

examination week. nak kata aku berhempas pulas tu tak daklah sangat cuma aku berusaha memberi yang terbaik. dua jam masa diberikan untuk jawab dua soalan tak cukup bagi aku. i need more time to eleborate. myb aku dah terbiasa dengan 3 jam untuk 4 soalan kut. walaupun paper first and second aku berjalan dengan agak-agak lancar tapi satu tamparan hebat hinggap di muka bila paper ke 3 menjelma. aku tersedar paper tu 2 jam untuk 4 soalan. dalam fikiran aku mencongak membahagi masa yang mampu aku berikan selama mungkin untuk satu soalan. tapi untuk time management kali ni aku mengaku aku fail untuk lunaskan setiap masa yang ada. aku tersungkur. 1 soalan penuh aku tak jawab. hanya tiga soalan yang aku sempat. taw tak macam org gila tulisan aku time tu. then mulalah datang penyakit (penyakit ka?) serabut ayam aku. dunia aku rasa macam gelap. masa depan aku mula buat aku cemas. master level aku boleh tertinggai satu soalan sbb tak sempat jawab? apa alasan aku untuk lulus. aku overthinking waktu tu. mujurlah gap untuk paper ke4 agak panjang. jadi masa pemulihan or wake up call untuk aku pun panjang. yes, aku amik masa yang lama untuk bangun semula. banyak tekanan yang aku terima waktu tu. so, i choose to study on 4th paper dengan sisa semangat yang berkurangan. dalam hati aku, aku cuma nak habiskan semua ni n get well rest.

seminggu selepas tamat exam master untuk semester satu ni, aku tak keluar rumah. aku masih dalam keadaan tertanya-tanya apa nasib aku. i just cannot let it go out of my mind. i kept overthinking. but time fly. sedikit demi sedikit aku lupakan apa yang berlaku dan mengharap yang terbaik. aku tak putus-putus berdoa.


05/02/2015

hari ini hari yang di nanti-nanti. 1st result akan keluar. untuk result penuh akan keluar 17/02/2015 nanti. pagi tu aku hantar mak p office sebab aku teringin nak balik merbok. inilah yang slalu aku buat bila aku rasa little bit lost. aku akan balik ke tempat jatuh bangun aku dulu. mengingati semula hasil dari kejatuhan dan kebangkitan aku. merbok mendamaikan aku. musim daun luruh cukup menenangkan. lepas dapat apa yang dihajati, lepas puas melihat merbok mendapat semula semangat yang hilang, aku balik ke rumah. aku lihat jam 9 (pg) lebih. aku mula meragui diri. nak tengok ke tak result tu. just in case apa-apa jadi mampu ka aku hadapi nanti. but then i know i should face the moment of truth. dengan lafaz bismillah aku bukak jugak result aku. Alhamdulillah semuanya LULUS. aku mengucap syukur yang panjang. siapa tak seronok bila terlalu banyak pressure, terlalu banyak tenaga dan usaha dicurahkan berhasil dengan baik. Alhamdulillah. rupanya mak pun ketaq perut tunggu result aku. mak paling takut first paper n third paper aku sbb yang paling aku reyau tak lih buat. n then aku cakap kat mak, yang ni pun aku puas dah. takpalah bab grade n pointer tu. yang ni pun aku dah bersyukur baq hang. susahnya master ni, masing masing punya kemampuan. rezeki Allah yang bagi. aku terima qada dan qadar DIA. mungkin rezeki aku menyambung pelajaran ini satu keputusan yang tepat.


so the big thing is when you believe in yourself that you can do it, In Sya Allah, with some usaha doa dan tawakal, you can do it. it is a matter of how much you put your effort, give back what you get, have a good relationship with Allah then believe it yourself. letak tepi apa orang kata. mereka tak dudk tak berdiri kat tempat kita. apa yang kita ada, apa kita kita lalui, itu yang kita hadap. bukan mereka. mereka yang memberi inspirasi dan guideline tapi yang memilih itu kita dan yang menentukan itu Allah. :)

Alhamdulillah. sekali lagi aku bersyukur pada MU.