BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, May 8, 2017

sebulan dua ni banyak yang berlaku. banyak sangat
kuat, aku lemah
sabar, aku tak
dugaaan demi dugaan
ujian demi ujian
aku diam tak beerti aku tak berasa
aku tak respon tak semesti aku tak mendengar
aku tak buta walau aku tak lihat.
benar kata orang
cakap siang dengar-dengar cakap malam pandang -pandang


apa yang jadi semalam
menjadikan siapa aku hari ini
aku yang semalam adalah sejarah
aku yang hari ini adalah aku yang baru
mungkin bukan aku yang terbaik
tapi aku belajar untuk jadi yang terbaik

cuma aku juga berpesan pada hati
biar apa pun yang berlaku tabahlah
apa pun yang terjadi kuatlah
kerna kau perlukannya

My Crush

Hari pertama aku di sini

Pandangan mata mu buat aku terkesima,
Sukar ditaksir
Hari demi hari
Akhirnya, lembut suara kau menegur
memanggil namaku
Dari situ bermula salam perkenalan 
Walau sekadar bertegur sapa
tapi aku puas 

Hey My Crush
Walau kamu adalah rahsia
Ketahuilah, kamu adalah rahsia terindah yang pernah aku simpan
kamu memori terindah yang pernah tercipta di sini
di dalam hati
selepas 8 tahun
Namun begitu, aku tetap bersyukur, 
kerna, walau sebentar 
walau tinggal hanya sebulan lagi.
biarlah ia berakhir dengan aku melihat kau tersenyum.
seperti aku pertama kali lihat kamu
cukup bagi ku,
My Crush