BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, October 20, 2011

cerita pendek: indahnya cinta kita

aku kenal Amir sudah agak lama. cuma kami baru saja bercinta. aku bukanlah seperti gadis-gadis yang lain. perangai ku agak pelik bila aku berubah rubah mengikut mood. adakala aku jadi kepala angin dan akan ada hari aku jadi pendiam dan pemalu. semua ini da di lalui Amir. katanya sikapku amat pelik. eleh sikap dia yang pemarah tu tak pelik pulak. satu kepelikan Amir yang harus ku terima apabila kami bercinta aku dan dia masing-masing kelu untuk meluahkan rasa sedangkan kami tahu kami bercinta.

bila saja aku study, Amir akan merapati aku perlahan-lahan dan menyiku aku ajar keluar. takut dia dikatakan mengganggu aku belajar. aku tertawa bila mengenang itu. dan aku pula, tiap pagi akan ku hantar susu segar ke rumahnya. inilah perbezaan kami. walaupun kami berkerja di tempatnya yang sama dan aku mula belajar dari staffnya tentang perniagaan. namun kedudukan kami masih ketara. kata Amir, apa ada pada pangkat dan status. tapi bila orang ramai mula berkata aku mengambil kesempatan pada Amir, hati aku tak enak.

Amir: menung apa ni?

Amir merenung aku sambil tersenyum. terkejut aku dengan kemunculannya yang tiba-tiba. rasanya tadi dia belum sampai. alih-alih da ada sebelah aku.

Nana: awal sampai hari ni? kau kan selalunya lambat.
Amir: perli aku ea?
Nana: tak delah. err kau ni kenapa tak dengar cakap aku? kan aku da cakap jangan pakai baju kaler ne.
Amir: kenapa? kau jeles ea aku nampak kacak.
Nana: iya nanti habis perempuan tengok kau. aku juga yang kau tak nampak nanti
Amir: kau ni comellah.

katanya sambil mencubit pipi aku. salah ke apa aku cakap.

Amir: saya juga kau kat aku ea.
Nana: ishhh kau ni merepeklah. aku nak masuk dalam dulu.

aku melihat Nana yang tergesa-gesa masuk kedalam kedai. malulah tu. aku tertawa dengan sikap keanak-anakkannya. Nana dulu yang aku kenal hanya insan yang kepala angin. tapi kini aku tahu sebenarnya nana bukanlah begitu. dia amat pemalu. dan aku suka menyekatnya.

*********************************************************************************

aku memandang surat yang berada di atas meja

Nana: eh surat siapa ni?
Boyot: surat bos la. bos dapat tawaran bekerja di luar negara. kau tak tahu?
Nana: tahu da. ne baru aku tahu hehe
Ida: habis kau macam mana?

aku terlupa bahawa percintaan aku dengan Amir diketahui hampir seluruh staff di restaurant terkemuka Amir ni. namun apa yang ku pinta layanan yang sama sebagai pekerja di sini. dan Amir akur dengan permintaan aku. aku sekali lagi memandang sepi surat itu. aku hanya membiarkan soalan ida sepi dan tersenyum lalu berlalu.

pada malamnya, Amir menelefon ku.

AMir: da sampai rumah?
Nana: err belum
Amir: jangan tipu.

aduh camna dia tahu ni...

Nana: errrrr aku ada dekat dengan kawasan rumah.
Amir: berehatlah. kau tentu penat.
Nana: eh kau dekat mana?
Amir: aku dekat dataran
Nana: kejap aku pergi

selepas meletakkan panggilan aku tersenyum mengingati Nana. Nana, kau buat hari-hari aku rindu padamu. bila aku kenal kau, aku da macam orang tak betul. senyum bila teringatkan kau tanpa orang tahu. aku tertawa akan kenakalan kau. aku sayangkan kau Nana.

aku lihat Nana sampai. aku melambai ke arahnya dan tersenyum.

Nana: apa kau buat malam macam ni tengah bandar dekat dataran? setahu aku kau tak suka tempat bising. aku risau jadi aku datang.

Amir tersenyum manis lalu mencubit muka ku yang risau.

Amir: aku suka bila kau risaukan aku.
Nana: eee kau ni kan......

aku pula mencubit wajahnyanya namun dia hanya tertawa.

Nana: kenapa kau gelak.
Amir: kaulah. lucu betul. jadi, kenapa kau tak terus masuk rumah tadi? kau da sampai rumahkan?
Nana: kau tahu? errr sebab risaukan kau. jadi aku datang jenguk kejap.
Amir: mari kita berjanji yang lepas ni kalau aku atau kau rindu, ada masalah tentang segalanya kita akan berkongsi.

aku memandang wajah Amir sepi lau aku membuang pandang ke arah bandar dataran.

Amir: kenapa?
Nana: kau sendiri berahsia dengan aku. Jasi, kau akan pergi America?
Amir: kau da tahu?

aku mengangguk sambil memandang ke bawah.

Amir: apa pendapat kau?
Nana: sebagai kawan, aku akan nasihatkan kau untuk pergi. tak semua orang dapat peluang macam ni. aku turut bangga. jadi aku akan kata pergilah

ujar ku bersemangat

Amir: sebagai kekasih?
Nana: err aku, aku akan kata benda yang sama. pergilah kejar cita-cita kau. ini yang kau impikan bukan?
Amir: aku pergi selamat tiga tahun
Nana: tiga tahun? takpe. lepas tiga tahun kau akan balik sini jugak. dan aku akan tunggu kau. :)
Amir: tiga tahun tak jumpa kau.apa akan jadi dekat aku? macam mana kalau aku rindu nak jumpa kau?
Nana: sesekali baliklah malaysia

aku menahan sedih di hati. amat sukar buat aku untuk lepaskan Amir pergi namun aku harus sedar diri. inilah pengorbana yang harus aku lakukan untuk melihat insan yang aku sayang berjaya. aku seboleh mungkin mengawal ekspresi wajah. takut kesedihan hati terpancar diwajahku dan diketahui Amir. aku tak mahu dia turut bersedih.

Amir: hati kau pulak kata apa? jujurlah Na. kau tahu muka kau nampak macam cekodok basi haha
Nana: hati aku boleh dipujuk. kau pergilah. kau jangan risaukan aku ea.
Amir: siapa yang risaukan kau?

aku tersenyum. nampak sangat nipunya Amir ni. hehe

Amir: eh, marilah kita kahwin boleh aku bawa kau ke America sekali

ujarnya semangat

Nana: tak Amir. kalau lupa mak dan adek aku bergantung harap pada aku untuk bekerja? mana dengan adek aku nak study lagi.
Amir: kau pasal soal kewangan, kita boleh cari sama-sama. aku akan bantu kau. lagi pun itukan bakal keluarga aku jugak kan.
Nana: aku akan berusaha sendiri. taknak menyusahkan sesiapa. termasuk kau.

semakin tiba hari untuk Amir pergi semakin menjadi jadi kenakalan dan manjanya. sering di tanya soalan yang pelik-pelik pada aku sehinggakan aku sukar untuk menjawab. menyakat dan mengusik apatah lagi. ada saja hendak di jadikan bahan.

tiba-tiba. bob mengajak aku ke tingkat atas. aku hairan. sebaik saja aku sampai ke tingkat atas, aku ternam boyot dan yun mengemas meja dan kerusi tempat kami lepak.

Nana: apa ni?
Boyot: kau duduk sini.
Yun: nah minum air ni,

aku tertawa. apalah diorang buat ni. layan aku sebegini. inilah teman paling rapat dengan ku di sini. aduyai.. apalah diorang ni.

Bob: tentu kau panas, aku bukakan payung untuk kau.
Nana: oi. apa yang dah berlaku ni? korang kenapa?
Yun: mesti layan bakal isteri bos dengan baik

aku gelak berdekah-dekah. ini pasti kerja Amir.

Nana: sudah jom turun. makin melalut pulak korang ni nanti.

sampai di bawah aku lihat amir di buaian belakang. aku menghampirinya sambil tersenyum senang.

Nana: itu keja kau? apalah kau. kesian diorang.
Amir: kau tu penat sangat aku tengok. kerja tak berhenti henti. nanti kalau aku takde, diorang akan jaga kau.
Nana: diorang? kau pasti? selama ni pun diorang manja dengan aku.
Amir: aku da warning diorang. tak boleh manja-manja dengan bakal isteri bos.
Nana: apalah kau. bakal isteri

senang hati aku melihat wajah mulus ini merah menahan malu. melihat dia tertunduk tak tahu hendak menyorok muka di mana membuatkan aku hendak ketawa.

Nana: eee kau ni janganlah tengok aku macam.
Amir: aduhh terkejut aku. tiba-tiba kau cubit pipi aku macam tu.
Nana: kau da siap semua barang?

Amir menggeleng.

Amir: apa pendapat kau kalau aku tak pergi America?
Nana: janganlah macam tu. peluang da ada. inilah masanya kau nak dapatkan apa yang kau inginkan selama ni. Chaiyok!

tibalah hari untuk Amir pergi ke negara asing itu. hanya aku peneman dia di kala ini. bila aku tanyakan keluarganya dia menggeleng dan menyatakan keluarganya hanya menghantar dia setakat di rumah saja kerna ingin bersama ku.

Nana: kau harus ingat dekat sana nanti jaga diri, jaga kesihatan dan ingat jangan pakai baju tu lagi. nanti perempuan lain suka dengan kau.
Amir: kau betul nak aku pergi?
Nana: aku tak boleh egois Amir. ini masa depan kau. pergilah. aku akan tunggu kau. eh aku kena balik dulu. tengok kedai

aku terduduk semula bila amir menarik tangan ku

Amir: kan da janji tak mau berahsia. kalau kau nak nangis. kau nangislah. aku ada kat sini.

aku menyeka air mata yang luruh semenjak tadi ku tahan. Amir merengkul bahu aku. aku tahu aku tak boleh begini. cepat-cepat aku bangun semula.

Amir: aku takkan pergi kalau kau kata jangan pergi na. kau cuma perlu katanya.

aku menggeleng

Nana: aku akan sentiasa ada dekat hati kau kecuali kalau kau buang aku Amir. kau ikutlah kata hati. aku akan menyokongnya kerna ia lebih tahu apa yang terbaik buatkau.
Amir: hati aku kata dia tak boleh hidup tanpa kau. dia tak tahu apa akan jadi kat aku tanpa kau disisi. hati ini terlalu mencintai kau Na. Ia kata jangan pergi.
Nana: jadi, jangan pergi. jangan tinggalkan aku.

aku menangis tersedu sedan. akhirnya aku luhakan juga rasa hatiaku. aku juga nampak ai mata Amir gugur di pipinya.

beberapa hari berkutnya, aku dan Amir sah menjadi suami isteri. terima kasih YA Allah kerna kau hadirkan insan ini buatku.

Tuesday, October 18, 2011

itu janji

Itu Janji
Hari ini hari yang penting buatku. Setelah agak lama aku 'bercuti' di rumah sendiri selepas pulang dari luar negara, hari ini aku mengambil keputusan untuk keluar mencari kerja kecil-kecilan sebelum mula bekerja di syarikat papa. Aku berjalan-jalan di ibu kota. Aku memilih sebuah restaurant makanan yang tertulis jawatan kosong.
Hati aku berdebar-debar menunggu panggilan untuk dipanggil masuk. Dua orang panel dan kedua-duanya lelaki. Mereka memandang muka ku dengan satu pandangan yang aneh. Tahulah muka aku hensem macam Jack Sparrow dalam cerita Pirates of The Carribeans. Mungkin kerna kaca mata tebal ku ini agaknya.
Pakcik Rosli: Jadi apa kelebihan kau?
Bulk! Tetiba bunyi seperti orang meletakkan barang yang berat di lantai dengan kuat di hadapan pintu bilik. Muncul seseorang bertumbuh kecil berambut pendek, memandang kami bertiga dengan wajah penat.
Nadiah: apa ni?
Pakcik Rosli: errr ini ada orang datang interview untuk jawatan kosong tu
Nadiah: baguslah. Kau boleh kerja sekarang. Kejap lagi angkat ne letakkan dalam stor. Pakcik Rosli, Pakcik Chop boleh la sambung kerja.
Pakcik: Chop. Erk! Ta...tapi cik, kami belum interview dia.
Perempuan? Tapi nampak macam lelaki? Takkan kut. Dia memandang aku ke atas ke bawah.
Nadiah: takpelah pakcik. Kita ambil dia dulu. Sambung kerja ea. Pelanggan dah banyak ni.
Sebelum berlalu, dia sempat melemparkan senyuman walaupun nafasnya masih tercungap-cungap. Siapa dia agaknya. 
Pakcik Chop: baiklah. Jadi bos telah pilih kau berkerja. Selamat datang ke restaurant kami.
Pakcik Rosli: ada beberapa perkara yang kau harus tahu. Pertama, tadi tu bos kita, dengan seorang perfectionist, keras kepala, kadang-kadang boleh jadi kepala angin, suka belajar, seorang yang gigih berusaha, dia boleh jadi periang dan layan kita macam adek beradik tapi bila dia marah akibat kecuaian kita sendiri, time tu, bertahanlah. Kedua, kau patut tahu bila kerja di sini, semua benda kau akan lakukan. Kau nampak sendirikan. Bos sendiri angkat barang, itu belum lagi basuh pinggan segala. Padahal dia boleh duduk saja. Jadi kau sanggup?
Aku tersenyum sambil mengangguk. Aku terima uniform kedai ini dan mulakan kerja seperti yang di suruh.
Bob: eh, eh orang barulah
Aidil: hai, aku Aidil. Pekerja baru.
Bob: aku bob, ini Yun, Ida dan ada lagi beberapa orang di belakang. Jadi kau dari mana?
Aidil: area-area ni jugak. :)
Nadiah: yun!
Yun: iya cik.
Nadiah: haha kau ni berapa kali aku cakap jangan panggil aku cik.
Yun: saya terkejut cik. Eh, sorry
Nadiah: apalah kau ni. Eh tolong buatkan aku kopi. Korang semua da makan?
Ida: sudah.
Yun: Cik, eh Nad. Kau nak minum coffee ape hari ini?
Nadiah: biasa jelah. Panas ea. Oh orang baru. Jadi siapa nama pakcik?
Aidil: Aidil
Nadiah: Selamat datang ke restaurant ni. Enjoy yourself.
Pemilik restaurant ini berlalu dengan senyuman yang berseri.
Ida: haha pakcik dia panggil kau. Tapi memang sekali pandang wajah kau nampak tua sikit. Berapa umur kau ea?
Aidil: 25. Eh boleh aku buatkan kopi tu?
Yun: Nah, tapi kau perlu tahu, Cik tak suka kopi yang terlalu pekat dan manis.
Aku membawa kopi panas yang di pesan oleh ketua ku ini. Harap mampu buat dia berkata kopi ini sedap.
Nadiah: eh pakcik, mana Yun? Terima kasih. Wahhh harumnya bau coffee ni.
Aidil: saya buatkan coffee ne untuk Cik, harap cik sukakannya.
Nadiah: tak payahlah nak bercik-cik dengan saya pakcik. Kita ni semua sama ja. Duduklah. Kenapa berdiri ja.
Aidil: takpelah. Saya turun dulu. 
Nadiah: kalau macam tu takpelah terima kasih ya
Sebelum berlalu, aku ternampak helaian muka surat yang terbentang di hadapan bos ku ini. Masakan tu. Arghh mungkin hanya melihat resepi baru. 
Hari hampir berlalu. Aku ke belakang. Membersih sedikit dapur walaupun kelihatannya sudah bersih. Rata-ratanya masing-masing da bersiap untuk pulang ke rumah masing masing.
Nadiah: baiklah, cukuplah untuk hari ni. Jumpa kamu semua esok pagi. Hati-hati balik rumah. Daaa
Tak lama kemudian, aku ke belakang untuk mengambil beg tatkala aku terdengar bunyi di bahagian masakan. Aku terhendap-hendap memerhati
Aidil: Cik buat apa tak balik lagi?
Nadiah: ouch! Aduhh,
Akibat terkejut, jarinya terluka terkena pisau. Cepat-cepat aku membawa jarinya ke sinki membasuh luka di jari. Rasa bersalah menebal dalam diri. Aduhh. Kalaulah aku tak buatkan dia terkejut. Aku mengambil plaster darah yang ada di dalam beg lalu aku lekatkan pada jarinya. Dia menarik jarinya. Aku tahu dia dalam keadaan tak selesa sekarang.
Aidil: maafkan saya. Cik.
Nadiah: takpe. Ermm apa pakcik buat tak balik lagi? 
Aidil: saya dengar bunyi tadi sebab tu saya datang tengok. Rupanya Cik. Apa cik buat?
Nadiah: tak de apa. Jomlah kita keluar dari sini.
Di luar restaurant.
Aidil: cik balik dengan apa ni?
Nadiah: erm teksi. Kereta saya dekat bengkel.
Aidil: marilah saya hantarkan.
Nadiah: eh takpelah saya boleh balik sendiri.
Aididl: saya da bersalah pada cik, jadi berilah peluang saya tebus ianya semula.
Mahu tak mahu dia naik juga ke dalam kereta aku. Aku lega. Sesekali aku memandang cermin kereta. Wajah aku nampak sangat ke tua. Padahal aku baru 25 tahun. Sekali lagi, hati aku tertanya tanya, yang di sebelah ku ini lelaki atau perempuan.
Nadiah: ermm tadi kita tak sempat berkenalan kan? Saya Nadiah. Nama pakcik apatah tadi.
Aidil: errr saya Aidil.
Nadiah: ouh jadi. Umur pakcik berapa?
Aidil: 25 tahun
Nadiah: ja.. Jadi.. 
Nadiah memuntahkan tawa.
Nadiah: maaflah aku tersilap pasal kau. Aku ingat kau ne tua sangat. Mungkin muka kau ni kut. Nampak macam er macam.
Aidil: jack sparrow?
Nadiah: yeah that totally right cuma versi berkaca mata tebal.
Aidil: maafkan aku juga.
Nadiah: lorh kenapa?
Aidil: mulanya aku ingat cik ni.
Nadiah: wait2. Tak payahlah nak bercik-cik dengan aku. Bukan tadi aku dah beritahu ke? Lagipun masa kerja da abis lah. Dan aku ni muda lagi tau. Kalau kau panggil aku cik, aku rasa aku tua. So tak payah. Hehe jadi apa kau nak cakap tadi.
Patut ke aku tanya dia, yang dia ni lelaki ke perempuan. Hasihhh takkan kut. Karang macam kurang ajar pulak. Baru first day kerja da tanya soalan bukan-bukan.
Aidil: eh ini ke rumah kau?
Nadiah: aah, hey thanks yeah. Jumpa esok. 'Pakcik' hahaha
Aku tersenyum sendiri melihat gelagat bos aku yang seperti keanak-anakan ini. Sampai je rumah, selepas aku selesai mandi dan solat aku terus mengadap laptop. Melampiaskan rasa hati di blog aku. Sejenak kemudian aku tertidur bagi mengumpul semula tenaga untuk esok.
Aidil: selamat pagi. :D eh apasal dengan korang ni?
Ida: bos tu ha. Jari da luka masih nak memasak lagi.
Bob: kau takkan tak tahu bos kau tu. Lagi tak berjaya lagi tu dia berusaha. Tapi aku hairanlah. Bos kita tu tak makan sayur. Tapi resepi yang dia cuba kali ada sayur.
Aidil: tapi bukan kat sini da memang ada chef-chef berkebolehan tinggi ke?
Bob: memanglah. Tapi Nadiah tu jenis orang yang dia nak mencuba dan nak masak sendiri. First time dia masak chicken chop tanpa sayur dengan mayonis tu apa ntah. Aku lupa plak. hihihi  
Jadi sebab itu semalam dia tak balik. Dia tak makan sayur. Haish apalah bos aku ni. Tiba-tiba Nadiah keluar dari dapur dengan muka tak puas hati lalu hilang ke atas. Aku kebelakang. Seperti yang aku agak pasti ada resepi yang ingin dicubanya disini.
Dapur kelihatan berselerak. Jadi ini yang dia cuba untuk masak? Aku tersenyum. Sejenis daging yang dibalut dengan roti diluar. Aku akui amat payah untuk memasak jenis ini kerna harus pastikan dagingnya half cook dulu selepas itu baru dimasukkan semula dalam oven bersama balutan doh yang di sapu kuning telur. Aku membelek sisa kerjanya yang tinggal. Ouh dagingnya tak masak. Patut bebal bos aku ni.
Tok tok tok
Nadiah: masuk...
Kata ku dengan lemah sambil terus memerhatikan pemandangan luar tanpa menoleh ke belakang dan melihat siapa yang datang
Aidil: err bos, ini ada kopi untuk bos. 
Nadiah: kan aku da cakap banyak kali jangan panggil aku bos!
Suasana menjadi tegang. Ya Allah. Apa yang aku buat ne? Aku tak patut melepaskan marah pada tempat yang tak betul.
Aku teringat kata-kata pak cik rosli dulu yang menyatakan bos aku ni kepala angin sikit.
Serentak, kami berdua saling memohon maaf. Aku memandangnya dan dia memandang aku.
Aidil: err minumlah.
Nadiah: ahh iya.
Aidil: saya keluar dulu.
Entah mengapa sewaktu memandang wajah mulus itu ada segenap rasa aneh yang bermain di hati. Aku menutup pintu biliknya. Haishh takkanlah. Yun berlari ke atas.
Yun: bos ada?
Aidil: erk! Ada masuklah. Tapi..
Yun: Nad.. Ada panggilan untuk kau.
Nadiah: siapa?
Yun: papa kau.
Nadiah: itu bukan panggilan itu kecemasan ngek! Hahaha kau ni
Yun dan Nadiah berlari ke bawah. Aku memandang sepi kopi yang aku buatkan tadi. Tak sempat di jamah pun. Aku mengekori mereka ke bawah.
Nadiah: insyallah papa
Panggilan di letakkan. Wajahnya muram
Nadiah: asal kau tak cakap aku tak ada kat sini?
Yun: menipu berdosa bos. Lagipun tadi saya terkejut.
Nadiah: nak aku sekeh baru hilang terkejut kau tu
Ida: sekeh je bos.
Yun: amboi. Main kasar kau nampak Ida
Nadiah: takdelah aku melawak je
Ida: papa kata apa Nad?
Nadiah: amcam biasalah. Suruh aku tutup pondok buruk ni. Sambung blajar dekat America. dekat sikit dengan family katanyalah. Haishh. 
Ida: sabarlah Nad
Yun: bos. Jangan lah pergi bos. Nanti kitorang nak manja-manja ngan siapa. Mana nak dapat lagi bos macam ni. Jangan la pergi ea bos ea. Ala kuci kuci ku
Nadiah: kah3. Memacamlah kau ni Yun. Sudah. Pergi sambung buat kerja. Makin aku layan kau makin tak betul aku dibuatnya.
Aku nampak Aidil ditangga. Sejak tadi aku bersikap dingin denganya. Hati aku terasa ingin bercakap dengan namun lidah kelu tak mengeluarkan kata. Ya Allah perasaan apa yang bermain ini. Aku segera berlari ke atas dan tak menoleh ke arahnya walaupun hakikatnya aku berlalu di sebelahnya.
Aku ternampak coffee yang di buatnya tadi. Aku mengacau kopi tersebut dan menarik camca ke atas. Hand made! Eh kejap. Memang coffee kat sini ada yang hand made dan serbuk. So what? Try je lah dulu. Slrppp. Coffe biasa tapi rasa segar. Cukup untuk memuaskan aku. Eh kejap. Aku pernah rasa kopi macam ni. Mama selalu buatkan untuk aku dulu. Ya. Tak salah lagi. Ta.. Tapi ini sangat berbeza dari yang bob selalu buatkan. Wahh pandai juga pakcik ni buatkan aku coffee.
Aku dibahagian membasuh pinggan tatkala ternampak Nadiah mengangkat seguni bawang di belakangnya. Aku mencuci tangan dan segera pergi padanya dan ingin membantu.
Aidil: mari aku tolong bawakkan.
Nadiah: takpe da nak sampai da.
Aidil: takpe mari ni.
Aku mengambil seguni bawang itu dan mengangkatnya ke stor dan kembali pada Nadiah.
Aidil: ada lagi ke barang yang lain?
Nadiah: tak itu yang paling akhir.
Aidil: lain kali panggillah aku. Aku boleh bawakkan
Nadiah: takpe. Boleh buat sendiri.
Aidil: badan kecik nak berlagak macam besar. Huh! Lelaki apa macam ni.
Nadiah: apa?
Aidil: erk! Tak de apa.
Hishhh macam mana aku boleh terlepas cakap pulak ne?
Nadiah: da jom ikut aku. Kita ke depan
Aku mengumpul ke semua pekerja-pekerja ku. Aku ada pengumuman hendak dibuat.
Nadiah: seperti yang korang sendiri sedia maklum, papaku menyuruh restaurant ini ditutup dan saya berpindah ke sana supaya dekat dengan mereka. Saya belum buat keputusan tapi papa terus memaksa. Saya sayangkan restaurant ne dan yang lebih penting saya sayangkan kamu semua
Aku tak dapat menahan air mata. Restaurant ini aku bina dengan kudrat aku sendiri. Jatuh bangun restaurant ini hanya aku yang tahu. Untuk membawa ia sekukuh ini dan namanya diketahui ramai amat payah untuk aku lakukan seorang diri. Tapi papa seakan tak memahami.
Nadiah: kita da macam keluargakan? Jadi saya harap, sebelum saya buat keputusan tolonglah beri sokongan padu. Insyallah. Saya akan tetap mempertahankan restaurant kita. Tempat korang kat sini masih terjamin. Buat sementara waktu dan masa terdekat ini, restaurant ini takkan ditutp jadi kerjalah seperti biasa. Satu lagi pengumuman yang saya akan buat ialan. Bulan depan,
Yun: kami gaji yeah!!!!!
Semua mata memandang Yun yang begitu happy. Aku tertawa sedikit. Mungkin dia lakukan begitu hendak menukarkan keadaan sedih tadi.
Nadiah: tahulah korang semua gaji. Jangan risau. Budak ni. Lepuk juga kejap lagi. Kau nak dengar tak?
Yun: nak, nak. Sorry. Excited tadi.
Nadiah: bulan depan, kita off selama tiga hari. Kita pergi makan angin.
Bob: habis restaurant ni?
Nadiah: biarkan jelah. Da tutup. tak ada orang tak datang. Simple.
Ida: err bos biar betul?
Pakcik Rosli: kamu ni sunguh-sungguh ke?
Yun: kalau bos nak pergi, bos pergilah bawak lah ida, Aidil dengan yang lain-lain. Saya boleh jaga restaurant ni. Jangan risau ea.
Bob: saya pun. Saya nak jaga restaurant. Bos pergilah.
Sekali lagi menitis air mataku. Setianya mereka pada restaurant ini. Rata-ratanya tak mahu pergi. Termasuklah chef-chef yang ada.
Nadiah: tahulah saya sekarang. Trimas kalian sebab berdiri teguh di belakang saya. Marilah. Jangan kamu semua risau. Restaurant ni takkan di tutup. Saya da prepare selama tiga hari kita tak ada, ada orang yang akan ambil alih.
Yun: siapa?
Adam: saya.
Nadiah: awal abang sampai?
Adam: da orang tu lupa nak ambil dekat airport.
Nadiah: Ya Allah. Nad lupa abang sorry.
Adam: takpelah. Abang da selamat sampai pun.
Yun: itulah bos. Berleter panjang sangat. Abang sendiri pun da lupa nak pergi ambil.
NAdiah: apa kau cakap? Mari sini aku sekeh kepala kau tu. Dari tadi lagi. Yun.. Tunggu.
Aku melihat adek ku mengejar Yun kebelakang sambil di tertawakan oleh pekerja-pekerjanya yang lain. Haishhh  adik, adik, macam mana papa nak yakin dengan kau. Tengoklah. Perangai macam budak-budak.
Adam: baiklah. Masalah da selesaikan? Ambillah masa ini untuk kamu berehat. Okay kamu boleh sambung kerja kamu semua.
Aku terpandang seseorang. Rasanya aku tak pernah jumpa dia di sini.
Adam: errr awak ni....?
Aidil: ouh saya Aidil.
Adam: baru?
Aidil: abang tak pernah jumpa saya lagi jadi barulah. Hehe
Adam: da berapa lama kat sini
Aidil: ermm empat bulan
Adam: hrmm baru jugak tu. Okay kau boleh sambung kerja kau.
********************************************************************************************
Adam: papa telefon?
Nadiah: papa telefon abng jugak ke?
Adam: aah. Apa dia cakap dengan kau?
Nadiah: rsanya sama macam dia cakap dengan abang.
Adam: suruh kita tinggal di sana?
Aku mengangguk lambat.
Adam: takpelah Nad. Kita stay dulu sini. Lama-lama nanti papa penatlah tu pujuk kita
Nadiah: Nad tak fahamlah dengan papa tu abang. Kita da elok2 da kat sini. Siap suruh saya tinggalkan kedai ni. Abang bukan tak tahu dengan penuh keringat saya bina kedai ni.
Adam: habis hotel abang tu kau tak fikir pulak?
Nadiah: tahu. Habis macam mana kita nak buat ne?
Adam: kau pergilah bercuti dulu. Pergi cari idea macam mana nak buat. Jangan sia-siakan cuti kau tu.
Bob: Nad. Abang. Sinilah. Kedepan kejap
Nadiah: ada apa?
Bob: marilah bos.
Nadiah: aku sekeh kang. Mari sini.
Aku mengejar bob sampai ke bawah. Tapi bila sampai dibawah aku lihat semua pekrja ku berkumpul. Abang berada dibelakang ku.
Nadiah: err ada apa ea?
Mereka menyanyikan lagu happy birthday sehingga habis. Birthday siapa?
Yun: happy besday boss.
Nadiah: lah besday aku ke? Aku lupa hehe
Kami makan besar beramai-ramai malam itu. Aku seronok menyambut birthday begini. Aku ternampak Aidil ingin keluar dari restaurant.
Nadiah: nak pergi mana?
Aidil: err balik. Happy birthday bro.
Nadiah: rileks dulu. Banyak lagi makanan ne. Meh jum masuk balik.
Nadiah yang pendek itu meletakkan tangannya dibahuku. Atas tindakannya aku membalasnya semula dengan meletakkan tangan ku di atas bahunya.
Nadiah: jum. Macam ni lah.
Aku menjamu selera sepuas-puasnya.
Nadiah: mana korang beli kek blueberry chocolate ne? Sedap kut.
Adam: hey gemok. Kau da makan berapa banyak slices?
Nadiah: ek eleh biarlah abang jeles. Orang macam abang nilah slalu rugi akibat jaga badan lah. Weh aku tanya ni mana korang beli?
Bob: beli kau cakap. Hand made ne.
Nadiah: ooo ye ke. Tangan siapa yang buat?
Yun: tu.
Nadiah: kau!!!!
Semua mata memandang aku. Terkuatlah pulak. Aduiiiiii malu malu. 
Nadiah: engkau buat ne bob?
Bob: Eh bukan aku.
Nadiah: habis yun cakap engkau?
Yun: aku kata 'tu' bukan bob.
Nadiah: ada yang makan tak habis ne karang.
Yun: yelah. Aidil yang buatkan.
Nadiah: sebab tu la aku terkejut bebenor dengar bob yang buat. Bob ne pandai buat coffee je. Lain dari tu dia tau makan. Hahaha dia buat ne? Dil, kau buat ea kek ne?
Aidil: aah kenapa. Ada yang tak kena ke?
Nadiah: aah memang kena. Kena sangat lah sampai aku makan tak berhenti ni.
Adam: bukan kau memang makan banyak ke.
Nadiah: okay fine. Korang tepi tepi.
Aku mengambil kek itu dan merapati Aidil.
Nadiah: Sudi tak kau temankan aku makan kek ni tanpa di ganggu oleh mereka?
Aidil: errr
Nadiah: biar aku tolong jawabkan. "iya boleh" okay jum
Yun: ek eleh bos ne. Baru cakap siikit da merajuk
Ida: macam kau baru kenal bos kau tu
Bob: melepas da kek tu huuuuu
Diluar...
Nadiah: pandai kau buat kek ni sedap.
Aidil: makanlah.
NAdiah: kau ni memang tak banyak cakap ea? Diam ja aku tengok sejak kau masuk keje. Ke kau tak suka keje kat sini?
Aidil: takdelah. Aku memang macam ni.
Nadiah: apa yang kau boleh buat lagi. Mula-mula sekali, kau buatkan aku coffee, then ini pula. Kau nak kasi aku gemuk ea.
Aidil: tak delah. Kebetulan ini kan birthday kau. Yun cakap memang tak sempat kalau nak beli. So aku buatkanlah. Aku tanya sikit boleh?
Nadiah: tanyalah.
Aidil: err kau betul ke nak tinggalkan tempat ni?
Nadiah: aku sayangkan tempat ni dan aku sayangkan mereka kat dalam tu. Diorang dengan aku lama tau. Da macam adek beradik da. Susah senang kami sama-sama. Mujurlah aku ada abang kat sini. Kalau tak da lama aku tersungkur agaknya.
Aidil: sebenarnya aku ada soalan lain tapi kau janganlah marah ea
Nadiah: aku da tahu da soalan kau tu Dil. Kau nak tanya aku ni lelaki ke perempuan kan?
Aidil tertunduk. Mungkin rasa bersalah.
Nadiah: rileks la. Aku da biasa dengan soalan macam ni. Aku perempuanlah.
Aidil: macam mana kau tahu soalan tu yang aku nak tanya?
Nadiah: kau ingat aku tak dengar waktu kau tolong aku angkat seguni bawang hari tu?
Aidil: maaf.
Nadiah: hrmmm tak pelah. Aku tak ambil hati pun.
Aidil: kenapa kau pilih gaya rambut macam tu?
Nadiah: maksud kau? Pendek? Hehehe banyak benar persoalan bermain kat fikiran kau ni. Biar aku terus terang ea. Aku jadi macam ni sebab kecewa dengan cinta. Sejak dari hari tu aku takut dekat dengan lelaki. Jadi dengan begini, orang susah nak pastikan aku lelaki atau perempuan. Cuma mereka di dalam itu tahu aku perempuan. Dan sekarang kau pun da tahu kan?
Tangan aku pantas menggosok rambutnya sambil tersenyum. Tersedar perbuatan itu aku segera menarik tangan ku semula. Nadiah tertunduk malu. Aduhhh cepat sangatlah pulak tangan aku ni. Tahulah dia ni comel.
Nadiah: jum lah kita masuk kek pun da habis ne.
Aidil: aah. 
Namun malang tak berbau. Nadiah tersadung tangga dan hampir terjatuh kedepan. Mujur saja aku cepat merangkul badannya dari mencecah ke lantai. Tangannya pula sempat berpaut pada leher ku. Dup dup dup. Aku dapat mendengar nafasnya. Pandangan kami bersatu. Aku menariknya berdiri semula. Kami membetulkan pakaian masing-masing seperti tiada apa yang berlaku. Sedangkan hati aku sekali lagi datang perasaan aneh itu.
Hari ini aku nampak lagi Nadiah dengan muka masam keluar dari arah dapur. Dan setiap kali itulah aku menyediakan coffee untuknya dan selepas itu pasti dia akan tersenyum semula. Aku bersyukur dan segenap rasa hati merasa kelegaan dan kepuasan apabila melihatnya tersenyum riang begitu. Aku mengetuk biliknya menghantar coffee. Keadaannya sama seperti 1st aku hantar kopi ke sini dahulu. Merenung jauh ke luar tingkap.
Aidil: kau tak mampu memasaknya lagi?
Nadiah: tak. Apa pun aku tak boleh buat. Aku tak tahulah. I love food very much but when i want to make it, i'm failed. :(
Aidil: kau cintakan makanan? Aku rasa tak lah
Nadiah: kenapa?
Aidil: sebab kau tak makan sayur.
Nadiah aku memang tak makan sayur.
Aidil: nanti aku bagi kau makan.
Nadiah: try la. Dalam kiraan lima saat aku akan muntah.
Aidil: we will see. Mari aku ajarkan buat beef stick.
Kami ke dapur. Dia kelihatan betul-betul bersedia.
Aidil: first thing first. Kau jangan buat muka muram macam tu. Kang sama buruk dengan beef stick ne pulak.
Nadiah: kau kata muka aku buruk ea? Aku lepuk kang.
Aidil: kau ne garang la. Tapi comel. Da jum start.
Aku mengajarnya membuat beef stick dari daging sampai lah ke kentang lenyek, sos dan salad dengan mayonis. Dapur ku ajarnya untuk mengemas selepas menggunakan barang. Dia yang ada kalanya geram dengan ku mencampakkan tepung ke arah ku. Haish nakal sungguh. Kami ketawa sambil cuba menyiapkan sajian ini. 
Aidil: senangkan. Jadi sekarang kau boleh buat beef stick dah. Kau ingatkan tips yang aku bagi tadi.
Nadiah: ingat. Baling tepung kat kau sampai kau putih bersih. Hahaha
Nadiah tak berhenti gelak. Tak pernah aku lihat dia ketawa sebegini.
Aidil: yelah sukalah kau boleh gelakkan aku kan?
Nadiah: yelah. Memang pun aku suka gelakkan kau
Aidil: nah ambil ni. Pergilah kau makan sensorang.
Nadiah: ouh trimas... Bau pun macam sedap. Best ooo makan panas-panas ni. Rugi siapa tak makan.
Aidil: bak sini balik siapa kata aku taknak. Aku suruh kau tolong pegang je.
Aidil merosakkan rambut ku apabila dia menggosok kepala. Ingat aku ni budak kecik ke?
Selepas makan, aku dan dia masing menyambut semula kerja yang ada.
Yun: weh,weh kau perasan tak apa yang aku perasan Ida?
Ida: perasan apa?
Yun: perasan ar. Yang bos kita tu dengan Aidil macam ada apa-apa je.
Bob: aah aku pun perasan juga. Tapi sekali lagi tengok macam tak de apa-apa je. Macam biasa je. Kau takkan tak tahu bos. Semua dia hentam sama ja.
Ida: ish korang ne. Biarlah kalau bos dengan Aidil pun. Korang pehal?
Nadiah: korang ngumpat aku ke?
Yun: eh tak lah bos. Kitorang cakap pasal kopi ni ha. Bau wangi macam bos.
Nadiah: ooo mentang-mentang aku suka kopi kau samakan aku dengan kopi pulak ea.
Bob: sekeh je dia ni bos.
Nadiah: korang ni lawaklah. Eh, da ready nak gi bercuti? Aku da excited nak bawak korang ni
Ida: kita nak gi mana?
Nadiah: kita gi waterpark. Pastu melawat kejap kawan-kawan mamat dua orang ni kat zoo. Pastu kita gi pantai. Pastu balik la. Cukup tiga hari. Kalau dalam perjalanan tu korang nak singgah mana2 pun boleh.
Yun: waterpark? Yehuuuuuuuuuuuuuuuuuu yang tu memang bez bos. Yang kedua tu yang tak best. Kitorang mana ada kawan kat zoo. Apelah bos ne.
Nadiah: ye ke. Aku tengok macam kawan korang je yang suka bergayut dari pokok ke pokok tu?
Bob: itu bukan kawan kitorang. Bos salah tengok tu? Tu kawan bos sebenarnya.
Nadiah: eh aku pulak kena bahan balik. Hahaha
Tibalah hari yang aku sendiri nanti-nantikan. Aku menyewa bas untuk membawa pekerja-pekerja ku bercuti. Pakcik rosli dan pakcik chop tidak ikut bersama atas sebab-sebab tertentu. Jadi seperti yang dijanjikan, restaurant aku tinggalkan pada abang sebentar selama tiga hari.
Pagi itu semua orang berkumpul di hadapan restaurant
Nadiah: semua orang da sampai? 
Tanya aku.
Ida: sudah bos. Tunggu bos je nak naik ni.
Nadiah: okay abang, pakcik rosli, pakcik chop. Saya pergi dulu.
Adam: jaga diri tau. Tak mau stress-stress. Jangan nakal sangat. Abang tak de nak jaga kau.
Nadiah: tahulah orang nak jaga diri abang. Pergi dulu.
Aku naik ke atas bas. Abang membuntuti aku di belakang. Aku meletakkan beg di bahagian hadapan sekali. Aku nampak satu beg sandang di letakkan di sebelah aku. biarlah. Mungkin beg Ida barangkali memandang dia berbual dengan yun di bahagian tengah.
Adam: ehem test mic. Hai semua. Hari ni korang akan pergi bercuti. Hope korang enjoy. Gunakan peluang ini untuk berseronok dan rest secukupnya. Have fun.
Pintu bas di tutup. Belum apa- apa keadaan bas da menjadi riuh. Aidil mengambil alih sebagai jurucakap didalam bas. Mereka berkaroeke. Lepas sorang, sorang. Aku mengambil bekalan snek dan membahagikannya kepada mereka sehinggalah ke belakang. Aku duduk di kerusi paling belakang. Dari sini aku boleh nampak semua orang bergembira. Baguslah dengan ini aku tak berat hati lagi untuk tinggalkan korang. Ya Allah semoga saja keputusan aku ini tepat.
Aidil: korang nak dengar siapa nyanyi pulak?
Yun: BOS!
Alamak sudah! Budak ni memang nak kena betullah. Apa aku nak buat ni? Haaa buat-buat tidur. Brilliant.  Bila mendengar saja nama ku di sebut aku terus melentokkan kepala pada kerusi belakang ini.
Aidil: ooo bos.. 
Bob: ooo kau buat-buat tidur ea. Cucuk pinggang.
Nadiah: haip jangan!
Aidil: haaa kan tak tidur tu.
Aku menampar nampar bahu Bob. Eee jahat tul Bob ni rusak plan aku. Aku mengambil mic dari Aidil dengan muka monyok yang dibuat-buat.
Nadiah: kena nyanyi juga ke?
Bob: kena!
Nadiah: siap kau bob karang.
Yun: rilek ar bos. Kata nak enjoy-enjoy.
Nadiah: aku enjoy bila dapat sekeh pala kau dengan bob je Yun hahaha takdelah melawak melawak je. Karang korang tak sampai destinasi nasib korang lah ea.
Aku menyanyikan lagu once dealova. Selepas aku menyanyi, susana di dalam bas kelihatan senyap.
Nadiah: kan aku da cakap suara aku tak sedap.
Ida: waa sedaplah bos. Meremang bulu roma saya. Serius wah.. Tepukan gemuruh weh..
Bob: yela bos. Tak pernah saya puji orang seikhlas ini. Sedap pun. Itu pun kata tak nak nyanyi. Eii bos ni cepuk kang.
Yun: aku rasakan bos ni patut masuk bertandingan bernyanyilah.
Bob: one in a million?
Yun: tak bukan yang tu.
Bob: habis?
Yun: Idola kecil. Hahahaha
Kami ketawa berdekah-dekah. Ada ja budak berdua ni nak bahan aku. Nasib aku lah asyik kena bahan dari semalam. Elok aku ingin memulakan langkah ke belakang semula, bas membrek mengejut. Aku sempat berpaut pada satu tiang lalu badan ku memusing dan jatuh di atas Aidil yang duduk di kerusi hadapan tadi. Aku tergamam
Pemandu: maaf cik. Kereta di hadapan brek tadi. Semua okay?
Bob: peeewittt bos..
Sorakan nakal ku kedengaran dari dalam bas. Gamat suasana sebentar. Segera aku mengambil tempat di sebelah Aidil lalu menutupi muka dengan kain langsir. Tebalnya muka aku. Eiii tak mau tengok muka siapa-siapa da. Aku terasa pipi ku panas. Malunya. 
Aidil: Yun nah. Gantikan aku pulak. Aku nak rest kejaplah sebelum sampai.
Yun: okeh okeh. Bab bercakap ni serahkan kat aku.
Suasana kembali seperti biasa. Aku masih lagi berkeadaan seperti tadi. Hanya mebuang pandang ke arah luar tingkap.
Kesian pulak aku tengok minah ni. Mesti malu habis disakat. Baik aku tegur. Mana tahu dapat hilangkan sedikit rasa dalam dirinya.
Aidil: sampai bila kau nak macam ni? Sudahlah tu.
Nadiah: sampai kita tiba ke destinasi.
Aidil: okay tapi aku ada bawakkan coffee kegemaran kau. Melekatlah kau kat tingkap tu.
Nadiah: kopi. Nak..
Bila saja aku terpandang muka Aidil. Aku menjadi malu. Aku menundukkan kepala di bawah.
Aidil: macam mana kau nak minum macam tu?
Nadiah: maaf. Aku jatuh atas kau. Mesti kau sakitkan.
Aidil: aku okaylah. Takpercaya kau tengok ni. Kau risaukan aku ea?
Nadiah: mana ada. Kau yang perasan. Mana kopi aku?
Aidil: haa tengok senang je nak bagi kau jadi macam biasa balik.
Kami tiba di destinasi kami. Lost world of Tambun Perak. Baru saja bas berhenti aku menggapai mic pantas. Aku mengangkat tangan tanda berhenti pada Yun yang terlebih dahulu meluru ke hadapan.
Nadiah: sabar dulu Yun. Kau duduk balik tempat kau. Ooo excited ea kau. Kau paling last turun. Padan muka kau. Kenakan aku sangat tadi. Hahahaha. Ehem! Okay guys. Kita da sampai ke destinasi pertama. Kita akan bermalam di sini. Kita check in dulu. Baru kita lepak-lepak mandi semua keh. Minta semua jaga diri. Okay have fun. Erkk lagi satu. Yun kau turun paling last. Ahaks!
Selesai check in. Kami sekali lagi berkumpul ramai-ramai ke waterpark.
Bob: Nad, takkan duduk tepi je kot. Meh ar join.
Nadiah: kejap lagi. 
Aku hanya membiarkan kaki bermain air di dalam kolam renang itu. Aku lihat paras air adalah paras dada ida. Ida dengan aku, dia lagi tinggi. Ishh risau sangat.
Nadiah: ida meh jap.
Ida: ada apa bos. Kenapa bos tak turun sekali?
Nadiah: aku takut. Aku da biasa lemas.
Ida: kejap ea.
Nadiah: eh ida apa kau nak buat tu.
Ida mengambil pelambung yang boleh memuatkan dua orang. Begitu juga dengan Aidil dan yang lain lain.
Rauf: bos, kitorang nak naik cliff racer. Jom la bos.
Aku nak terjum kolam pun takut. Korang ajak aku naik memacam pulak.
Syahril: aip takut ke bos.
Nadiah: siapa kata aku takut. Jomlah.
Gulp! Panjang dan tingginya cliff river ni.
Nadiah: ida kau naik dengan aku ea?
Ida: okay aku tak kisah?
Rauf: tak best la bos. Main ni kena naik sensorang baru rasa kenikmatannya. Ala bos kalau cuak tak payah naik.
Geram aku melihat Rauf ni. Oo kau ingat aku ni penakut ea. Aku menggapai pelampung yang memuatkan seorang.
Rauf: macam tu la bos. Kitorang turun dulu ea. Kitorang tunggu kat bawah. Kini hanya tinggal aku dengan Ida saja di atas.
Ida: bos betul nak buat sensorang.
Aku mengangguk sedikit
Ida: kalau macam tu saya turun dulu.
Selepas ida turun aku memarahi diri sendiri tu lah. Berani sangat. Mau tak mahu aku turun juga cliff racer ni sensorang. Seronok rupanya. Aku menjadi riang semula.
Syahril: cayalah bos jum naik tube raider pulak.
Kali ini papan lunsurnya lebih bengkang bengkok. Ahh tadi aku boleh buat masakkan ini aku tak boleh. Kata ku didalam hati.
Nadiah: kali ni biar aku turun dulu.
Yun: baik bos. 
Tolakan kuat dari belakang membuatkan aku menggelunsur laju. Entah bagaimana sewaktu aku sampai kebawah da hendak turun dari pelampung, aku terjatuh dan tak mampu berenang ke atas semula. Jika aku berdiri mungkin leher aku akan sampai ke atas. Tapi mungkin kerana aku panic. Aku tak mampu mengawal gerak dan kaki aku pulak tiba-tiba kejang. Selepas dari tu aku da tak ingat apa-apa.
Ya Allah Nadiah lemas. Cepat aku berlari dan terjun ke kolam itu. Dan segera mencempungnya ke atas. Ida smpai ke arah ku. Wajahnya panic melihat Nadiah pucat begitu. Aku menampar-nampar pipi Nadiah. Namun dia tak bergerak.
Aidil: ida kau tahu buat CPR?
Ida: tak.
Aidil: kau jangan beritahu sesiapa atau Nadiah akan malu nanti. Aku akan buat CPR untuk selamatnya.
Ida: buatlah apa pun janji dia selamat.
Tak lama selepas itu, Nadiah memuntahkan air. Dia sedar semula walaupun keadaannya lemah.
Aidil: syukurlah kau selamat.
Nadiah: kau? Macam mana kau boleh ada kat sini?
Aidil: aku tengok korang main tube raider ni.
Nadiah: tadi bukan aku lemas ke?
Ida tergagap gagap untuk menjawab. Arghh sudah!
Aidil: aah. Ida yang selamatkan kau. 
Yun: cayalah bos. Ternyata ketakutan bukan lagi menjadi faktor kepada bos.
Nadiah: itulah aku da cakap korang tak nak dengar. Korang mainlah dulu aku nak rest kejap.
Aku kembali ke tempat mula mula sekali kami meletakkan barang. Aku ingin berehat barang sebentar selepas kejadian tadi.
Aidil: nah ini sup panas. Mungkin boleh buatkan badan kau segar sikit.
Nadiah: thanks.
Aidil: macam mana kau boleh lemas tadi?
Nadiah: kaki aku kejang. Lagipun aku kan pendek lagi pula aku memang tak tahu berenang.
Aidil: kau ni patut pergi mandi dekat tempat budak-budak tu baru tak lemas.
Nadiah: perli aku nampak.
Aidil: mari aku bawak tempat yang selamat untuk kau.
Aidil membawa aku ke tempat yang diberi nama adventure rivers. Aidil menyuruh aku naik pelampung yang memuatkan dua orang. Takpelah mungkin lebih selamat kut dengan adanya dia. Kami duduk secara berhadapan.
Nadiah: dil, macam gerun ja. Tempat ni.
Aidil: ini tempat untuk orang tak pandai berenang macam kau. Elok duduk atas pelampung ni ja. Arus ni yang akan bawak kita kau jangan risau
Aku tenung wajah lelaki ini lama. Termenung aku dibuatnya.
Aidil: asal kau tengok aku macam tu? Kau da jatuh hati dengan aku ke?
Nadiah: mana ada. Wajah kau ni. Unik. Macam jack sparrow. Cuma versi memakai snow cap dan berkaca mata tebal je. Yang lain semua sebijik hampir serupa dan kau ni lagi bersihlah dari jack sparrow tu. Aku suka tengok kau.
Aidil: jaga-jaga NAd. Aku takut kau jatuh hati dengan aku nanti.
Nadiah: eeiii bila nak sampai ni?
Aidil: kau nak ubah tajuk ea. Tengok pipi kau merah pun aku da tahu.
Nadiah: jahatlah kau ni.
Aidil: adventure river ni panjang 600 meter. So sabar la ea. Sebelum tu kau berdatinglah dulu dengan aku.
Banyak aku dan dia kongsikan bersama. Barulah aku tahu Aidil adalah anak tunggal dalam keluarganya. Sekembalinya ke tempat kami semula, kelihatan mereka beramai-ramai sudah menghidangkan makanan. Sewaktu aku dan Aidil ini cuba membantu, Aidil terpegang tangan ku. Bagaikan tersalur satu rasa yang aneh aku dan dia cepat-cepat menarik tangan masing-masing. Aku cuba mengelakkan diri dari dia sebentar. Kerna aku jga cuba untuk menghilangkan rasa yang ada tadi.
Yun: pehal plak kau duduk sini bos?
Nadiah: saja. Aku nak bagi makanan korang cepat sikit habis. Hahaha
Bob: apelah bos ni. 
Nadiah: makan jelah korang. Bising betul.
Rauf: bos esok kita nak kemana?
Nadiah: esok kita gi zoo taiping. Melawat kawan-kawan bob dengan Yun. Lepas tu kalau sempat kita pergi ban pecah.
Syahril: ada apa ban pecah?
Bob: haa itulah kau tak tahu. Ban pecah tu. Jalan ban yang pecah dan tanaman padi musnah akibat banjir kut. Kalau tak salah la. Hehehe.  Tempat tu cantik.
Syahril: itu ja?
Nadiah: kita pergi sana sebab aku nak bawak korang rasa juga mee udang. Perghh tak sabar rasanya. Korang nak buat apa lg ni? Tak petang lagi ni.
Bob: bos ada plan ke?
Nadiah: errr kita gi malawat satu lost world ni. Tadi aku nampak ada amusement park. Korang suka sangat games adventure kan. Pergilah. Aku nak gi taman rekreasi nak try buat rock climbing tak pun nak teroka gua la. Siapa nak ikut?
Tiada siapa mahu mengangkat tangan.
Nadiah: korang semua gi amusement park ke?
Bob: macam tulah gamaknya bos. Silap-silap kitorang main air je.
Nadiah: okay aku gi seorang.
Aidil: aku ikut.
Aku mengangkat kening pada bob sebagai tanda ada juga orang mahu ikut aku. Aku mengambil keputusan untuk pergi ke arah rock climbing. Nasib baik aku sediakan kasut yang sesuai.
Aidil: kau boleh ke buat ni?
Nadiah: ermm insyallah. Lagipun aku da biasa buat.
Kami memanjat setinggi mungkin.
Nadiah: Dil, cuba kau tengok pandangan dari sini. Cantikkan.
Aidil: ermm cantik.
Nadiah: ciptaan Allah Dil. Mana tak cantik. Semuanya sempurna. Dah la jum turun. Hari da nak petang ni.
Namun bila aku mengatur langkah untuk turun batu yang ku pijak tidak kuat dan jatuh ke bawah menyebabkan bahu serta tangan kiri ku terhempap kuat di dinding bukit itu.
Nadiah: sakitnya.
Aidil: kau okay Nad?
Nadiah: tangan aku.
Aidil: mari aku bawa kau turun.
Sampai di bawah, Aidil cuba membantuku meluruskan tangan namun sia-sia. Dia mengejarkan aku ke hospital terdekat. Dari bahu bawa ke pergelangan tangan habis di simen. Apalah malang nasib aku hari ni. 
Pulang ke hotel, di ruang lejar aku sempat berbual seketika dengan Aidil.
Nadiah: Aidil. Terima kasih. Aku da susahkan kau hari ni.
Aidil: it okay. Kau pergilah berehat.
Nadiah: eh apasal tangan kau tu? Luka? Ini mesti berdarah tyme kau nak bawak aku turun tadi kan? Pergilah basuh.
Aidil: alarh sikit ja. Ni bukan apa-apa pun. Aku kan lelaki mesti kuat.
Nadiah: pergi basuh aku tunggu. Jangan degil.
Mau tak mahu dia pergi juga mencuci luka. Aku masih menunggunya di ruang legar.
Nadiah: mari sini aku letakkan plaster.
Aidil: sikit je la.
Nadiah: kau da tolong aku tadikan. Bagilah aku tolong kau pulak.
Aidil: tangan kau pun tak betul nak letak macam mana tu? Meh sini aku buatkan.
Aku menarik tangan ku bila Aidil ingin meyambar plaster ditangan ku. Hal kecik ni pun dia nak bergaduh dengan aku.. Hishhh
Nadiah: eii sabarlah. Aku boleh buatlah.
Aku terus memerhatikan Nadiah. Mata aku tak mahu menoleh ke arah lain. Sedang dia meletakkan plaster, hati aku terharu melihat dia bersungguh-sungguh ingin membantu walaupun hakikatnya dia sendiri cedera.
Nadiah: hrmmm da siap. Tengok kan aku kata aku boleh buat. Bukan susah pun.
Aidil: sudah pergi berehat.
Aku kembali ke bilik. Ida menjerit melihat keadaan aku.
Ida: Ya allah bos. Apa da jadi ni?
Nadiah: Nadlah. Kau ni.
Ida: aku tersasul tengok kau macam ni. Macam mana boleh jadi macam ni?
Nadiah: aku salah step la masa nak turun dari rock climbing. Bahu aku terhempap kuat kat bukit tu. So nilah hasilnya.
Ida: takpe. Kau gi mandi dulu. Kejap lagi kita dinner keh. Kitorang da set barbeque dinner kat luar. Dalam ni tak boleh la. Kau okay ke?
Nadiah: kau pergilah. Aku nak rest la.
Ida: ok. Pergilah mandi. Nanti boleh rest :D
Keesokkan harinya, selepas sarapan pagi. kami berkumpul semula untuk ke zoo taiping. Aku menanggalkan baju sejuk dan mengambil mic.
Nadiah: morning guys! Macam mana seronok dinner semalam. Sorry aku tak dapat join korang. Aku rest dekat bilik. Okay semua orang da ada ke?
Ida: sudah bos.
Yun: bos. Kenapa dengan tangan?
Nadiah: gorilla dalam gua semlam mengamuk. Itu yang jadi macam ni. Hahaha
Yun: besar tak gorilla tu bos?
Nadiah: besar macam kau hahaha takdelah. Semalam aku rock climbing but then salah step. Inilah hasilnya.
Bob: kalau tak salah aku semalam. Aidil balik bilik pun tangan dia calar-calar. Siap plaster lagi kan. Teruk betul korang gi rock climbing.
Nadiah: malang tak berbau. Okay kita ada perubahan cadangan kalau di setujui semua. Perjalanan kita akan menuju ke zoo taiping. Lepas tu ban pecah. Then kita gi teluk batik n menginap kat situ. Esoknya pulak kita singgah kellie's castle n terus balik. Okay? Kita akan sampai awal sebab nak bagi korang rest dulu sebelum start kerja untuk keesokkan harinya. Amacam?
Mereka semua bersetuju dengan cadangan ku .alhamdulillah. Seperti biasa keadaan atas bas akan menjadi riuh. Dan aku yang masih kepenatan hanya lesu di kerusi hadapan. Aidil di seblah ku memerhatikan gelagat mereka yang lain.
Aidil: muka kau pucat. Tak cukup tidur ke semalam?
Nadiah: aku okaylah.
Aidil: tangan kau da macam mana?
Nadiah: better.
Tiba-tiba Aidil mendemah dahi ku.
Aidil: okay apa mcam ni. Kau demam. Nah makan ubat ni.
Nadiah: kejap lagi okaylah ni. Tak nak makan ubat. Kejap lagi aku tertidurlah.
Aidil: nanti sampai aku kejutkanlah. Jangan degil. Makan cepat.
Mahu tak mahu Nadiah makan juga ubat yang ku berikan. Tak sanggup pula rasanya melihat dia berkeadaan seperti itu. Lemah tak bermaya. Sebentar kemudian, Nadiah terlentok ke tepi tingkap tertidur akibat kesan ubat. Kasihan dia. Sekali bas berhayun, sekali itu kepalanya terhantuk di tingkap bas. Tak kuasa lagi aku melihat dia menanggung kesakitan. Aku meletakkan kepalanya ke bahuku. Barulah aku dapat melihat wajah ini tidur dengan tenang dan selesa. 
Pulang dari percutian, abang menanti di hadapan restaurant dengan senyuman. Namun senyumannya serta merta hilang apabila melihat tangan ku yang bersimen. Entah untuk ke berapa kali aku mengulangi cerita yang sama bagaimana tangan aku bersimen begini. Teruk abang memarahi aku kerna tak pandai jaga diri.
Nadiah: abang, Nad okaylah. Tak payah lah risau sangat.
Aidil: maaf. salah saya. Saya yang tak pandai jaga dia.
Nadiah: eh ni bukan salah kau lah.
Aidil: salah aku. Kau jadi macam ni sebab aku tak jaga kau elok-elok.
Nadiah: aku tak faham betullah korang berdua ni. Sorang memarah risaukan aku. Yang sorang mengaku bersalah padahal ini kecuaian aku sendiri. Rimas!
Aku meninggalkan mereka berdua terpinga-pinga di luar apabila aku masuk ke dalam restaurant. Elok saja aku turun kebawah semula untuk pulang, aku melihat kopi panas yang berada di atas meja bersama nota.
"tak seronok tengok kau memarah macam tu. Semoga kopi ini dapat membuatkan kau senyum semula."
Aku tersenyum. Aidil, Aidil, kau selalu tahu apa yang terbaik untukku. Aku minum kopi yang dibancuhnya untukku.
Aku terkejut bila mendapat panggilan telefon dari Adam, abang Nadiah yang mengajak aku berjumpa dengannya barang seketika. Aku tak menolak kerna hati kuat ingin tahu apa yang Adam mahukan?
Adam: Dil, aku tahu dil apa yang jadi sepanjang korang bercuti. Semuanya. Kau terkejut? Huh! Tak payah lah kau takut pula. Aku tahu kau buat semua tu nak selamatkan adik aku kan? Aku berterima kasih pada kau. Tapi aku ada satu soalan.
Aidil: apa?
Adam: kau sukakan adik aku?
Diam.
Adam: kau ragu? Atau kau sendiri tak pasti dengan perasaan kau? Aku cuma taknak adik aku tenggalam dalam cinta remajanya. Jadi aku nak ingatkan kau. Aku tak menghalang kalau kau sukakan dia. Tapi awas kalau kau sakiti dia.
Adam ingin berlalu.
Aidil: tunggu. Aku berjanji takkan sia-siakan dia.
Hari ke hari, aku semakin rapat dengan Aidil. Balutan tangan ku juga sudah lama dibuka dan berfungsi seperti biasa alhamdulillah. Aidil dan yang lain-lain banyak membantuku sewaktu tangan ku masih berbalut. Seringan kerja langsung tak dibenarkan aku buat. Ketika mencuci pinggan di belakang bersama Aidil. Aku mengambil kesempatan untuk berbual dengannya.
Nadiah: Dil, 
Aidil: ermm
Nadiah: asal kau tak ubah imej kau ea?
Aidil: kau tak suka tengok aku macam ni ke? Nak ubah boleh. Balik jap gi aku gi kedai gunting rambut.
Nadiah: eh jangan! Aku suka kau macam ni. Unique.
Yun: bosssss!
NAdiah: apa? Kau ni menjerit je kerje kau.
Yun: panggilan kecemasan bos.
Nadiah: asal ko tak beritahu aku tak de.
Yun: saya terkejut bos. Semput...
Nadiah: macam-macamlah kau ni. Hishhh
Mahu tak mahu aku terpaksa juga menjawab panggilan dari papa.
Nadiah: papa.. (buat suara riang)
Papa: papa akan datang ke malaysia
Nadiah: what?! Betul ke papa. Bila flight papa. Bila nak sampai. Nad dengan abang pergi ambil ea
Selepas meletakkan panggilan. Macam biasa. Ketiga-tiga manusia ini pasti menunggu cerita dari aku. Aku menceritakan pada mereka tentang kehadiran papa.
Yun: eh apa kau nak buat tu?
Nadiah: telefon bahgian keselamatan.
Bob: siapa?
Nadiah: abang aku la.
Inilah saatnya yang aku tunggu. Papa dan mama melihat sendiri kejayaan aku bersama restaurant ini. Aku meminta chef-chef kesayangan aku ini menyediakan dish yang mampu buatkan papa dan mama tergamam. Aku juga meminta Aidil untuk membuat blueberry chocolate cake dan kopi yang lazat yang sering dibuatkan untukku.
Papa dan mama menikmati juadah yang dihidangkan. Hanya mama berikan komen. Papa hanya diam tak terkata. Apasal papa ni? Nak cari pasal pun bukanlah sekarang.
Aidil: Pakcik rosli. Tengok ye. Bila Nadiah makan roti yang saya balut dengan daging bersama sayur itu, dia muntah ke tak?
Pakcik rosli: kau biar betul? Karang dimuntahnya depan tu. Hish kau ni. Dia tu sudahlah pantang nampak sekelumit sayur pun.
Aidil: pakcik tengok jelah. Lima saat kan? Cuba pakcik kira selepas suapan pertamanya.
Aku terlihat pakcik Rosli dan Aidil terhendap hendap dari dapur. Apalah yang diorang buat tu. Aku menyuap juadah di hadapan ku ini
Aidil: okay kira pakcik.
Pakcik Rosli. Lima, empat, tiga, dua, sa..tu.
Nadiah membuat muka pelik dan seketika kemudia dia mengangguk angguk
Aidil: tengok. Kan saya da cakap.
Pakcik: itulah first sayur yang dia makan. Macam mana kau buat?
Aidil: saya blend sekalii sayur dengan daging kisar. Hihihi.
Pakcik Rosli: pandai kau. Memang bijak.
Nadiah: ermm papa. Macam mana sedap tak makanan tu?
Papa: ermm boleh tahan.
Mama: eh, Nadiah. Siapa yang buatkan kek ini. Mama sukalah. Tak terlalu manis rasanya balance sekali.
Papa: panggilkan chef kamu keluar.
Nadiah: ida tolong panggilkan mereka keluar.
Ketiga tiga mereka keluar dari dapur. Aku tersenyum pada mereka walhal hati aku sendiri gemuruh menanti soalan papa. Bila papa menyuruh mereka memceritakan tentang makanan yang mereka masak aku sedikit lega. Cuma bila sampai di Aidil, jantungku berdegup kuat. Aku cuba mengawal eksperasi wajah takut di kesan papa.
Aidil: pertama, pembuatan coffe ini haruslah di balance agar tak menghilangkan rasanya dengan sedikit gula merah. Kek ini pula dibuat dengan lima lapisan dan seterusnya burger ini.
Papa: kenapa Nadiah punya lain dari kami bertiga? Mana sayurnya.
Nadiah: papa kan tahu Nad tak makan sayur.
Aidil: ehem.. Sebenarnya tiada yang lainnya. Cuma cara present agak berbeza. Dalam tu ada sayur.
Nadiah: what?!
Aidil: haa jangan buat muka pelik camtu bos. Saya tak suka. Tukar balik. Tukar. Minum coffee tu dulu. Lima saat. Bos tak muntah pun kan?
Mama: yelah. Itu sayur pertama yang kamu makan. Wahh kamu berjaya makan sayur. Barulah sehat.
Adam mengangkat thumb up padaku sambil tertawa pada adiknya yang terkena apabila menghabiskan makanan yang ada sayuran.
Aidil: ini namanya burger with hidden vegetable, bos.
Aidil mengenyet mata ke arah ku. Aku terkejut. Beraninya. Tapi bagus juga. Aku da boleh makan sayur. Hairannya lidah aku tak terasa kejelekan sayur. Selalunya lidah aku pasti merasa kehadiran sayur. Tahniah Aidil. Kau da berjaya buat aku makan sayur tanpa muntahkannya kembali.
Hari ini papa kenalkan aku pada seorang lawyer muda. Anak kawan papa. Bila saja lelaki ini sampai ke restaurant ku, aku cepat mengenali lelaki ini.
Nadiah: Aidid?
Aidid: kau Nad? Lama tak jumpa. Wow! Da berjaya kau sekrang ea.
Nadiah: apa kurangnya kau.eh marilah kita sembang di dalam.
Aku tak tahu mengapa segenap rasa di hati ku terasa sakit yang amat melihat Nadiah dan lelaki yang di panggil Aidid itu bermesra. Biarlah hati, kenalan lama agaknya. Aku masih belum memberitahu Nadiah bahawa aku menyayanginya. Haish apalah aku ni. Susah sangat ke nak luahkan?
Hari berikutnya aku mendapat panggilan telefon dari papa NAdiah yang ingin ketemu dengan ku. Haishh lepas satu, satu pula yang datang.
Papa: jadi kamu yang suka pada anak saya?
Aidil: saya menyayanginya Tuan.
Papa: berani sungguh kamu ni. Kamu pasti sudah bertemu dengan Aidid kan?
Aidil: kawan lama Nadiah? Lawyer tu?
Papa: bukan sekadar kawan lama. Itulah bakal menantu saya yang juga bakal suami Nadiah. Terus terang saya katakan kamu tak sesuai dengan anak saya.
Aidil: sebab saya hanya pekerjanya?
Papa: baguslah kamu dah tahu. Nak untuk memudahkan kerja saya, saya mahu kamu berhenti kerja dari situ dan ini ganjarannya.
Aidil: Nadiah tahu semua ni?
Papa: saya kenal persis anak saya yang satu ini. Dia tak tahu. Dan saya minta kamu rahsiakannya. Kalau tidak dia akan larikan diri sekali lagi. Dengan adanya kamu disitu menghalang Aidid untuk mendekati anak saya kerna Nadiah hanya nampak kamu. Jadi saya minta tolong kamu, undur diri.
Aidil:  Kalau ini untul kebaikan dan juga kebahagiaan Nadiah, Tuan boleh simpan semula ganjaran ini. Saya tak perlukannya. Cinta saya tak terbeli dengan wang ringgit. Anggap saja ianya telah pun di selesaikan. Cuma beri saya masa.
Sabarlah hati. Ternyata dia bukan milikmu. Ini juga untuk kebaikan dan kebahagiannya.
Aidil: Nad, aku ada benda nak cakap dengan kau kejap. Soal kerja.
Nadiah: boleh. Marilah ke pejabat.
Aidil: kau naik dulu. Aku nak siapkan coffee kesukaan kau. 
Tok tok tok
Nadiah: masuklah. Hrmm jadi apa yang kau nak bincang dengan aku.
Aidil: aku nak berhenti kerja. Mungkin juga hari ini hari terkahir aku kat sini. Kira malam ni last aku dengan korang. 
Nadiah: kenapa?
Aidil: papa aku da bising minta aku mula kerja dengannya. Katanya tiada orang boleh gantikannya kalau dia terpaksa out station.
Nadiah: ini kopi terakhir dari kau?
Tersayat hati aku melihat mutiara gugur dari mata gadis ini. Berat hati aku ingin meninggalkan gadis ini.
Aidil: kalau kau nak aku buatkan lagi. Call je aku sampai. Ingat pesan aku ni. Makan sayur. Jangan angkat benda berat kalau aku da tak de nanti. Dan yang paling penting jaga diri kau. Jangan suka nak bebal sana sini sebab cuba resepi tapi tak jadi. Ingat. Ramuan yang paling penting adalah cinta dan keikhlasan.
NAdiah: aku tak terima kau nak berhenti kerja.
Aidil: apa boleh aku buat Nad. Ini permintaan papa. Hey, be strong.
Aku mengumpulkan semua pekerja aku dengan berat hati untuk mengumumkan pemberhentian Aidil dari restaurant ini.
Nadiah: maaf semua saya mengambil masa kamu sebentar. Hari ini dengan berat hati saya ingin umumkan Aidil akan berhenti dari restaurant kita atas sebab-sebab tertentu yang tak dapat elakkan. Aidil, terima kasih menyumbangkan keringat untuk restaurant kami. Berat hati kami melepaskan kamu pergi. Tapi tugas tetap tugas kan. Kami pasti rindui kamu. Senang-senang datanglah kemari menjenguk kami.
Selesai ucapan aku, aku tak menunggu lama untuk kembali ke atas. Semula. Aku tak mahu mereka nampak aku menitiskan air mata. Ya Allah. Berat sungguh hati aku ingin melepaskan insan ini pergi. Sejenak aku teringatkan kenangan bersama Aidil
Nadiah: apa nama kopi yang kau buat ni?
Aidil: aishieteru
Malam itu sebelum aku pulang ke rumah, seperti biasa aku pastikan semuanya dalam keadaan elok. Aku ternampak sesuatu diatas bar kopi. Kotak kek dan ada nota. Aku membacanya.
"buka bila sampai di rumah"
Sampai saja dirumah aku tak menunggu lama untuk membuka kotak itu. Wow. Blue berry chocolate cake kegemaran aku. Eh surat?
"kau da sampai rumah? Makanlah puas-puas. Lepas ni entah bila lagi aku dapat buatkan kau kek ni. Harap kek ni dapat buatkan terus tersenyum."
Aku terasa ingin menangis terharu dengan keprihatinannya. Inikah cinta? aku tersenyum sendiri.
Keesokkan harinya. Aku turun breakfast seperti biasa dengan papa dan mama.
Mama: mama nampak ade setengah bahgian kek dalam freeze tu siapa punya.
Aku memandang papa dan abang silih berganti.
Nadiah: saya punya.
Mama: siapa yang buatkan?
Nadiah: Aidil. Dia da berhentipun mama. Sebab itu dia buatkan kek untuk saya. Sedih saya mama. Tapi nak buat macam mana dia ada tanggungjawab yang lebih penting.
Mama: kamu sukakan dia ye?
Nadiah: apalah mama ni tanya soalan macam tu pulak. Abang dengan mama boleh makan kek tu satu slice je. Yang lain tu saya punya.
Adam: abang nak makan semua.
Nadiah: mana boleh dia buatkan khas untuk Nadiah. Huuuu!
Mama: sudahlah jangan bergadoh.
Aku bangun mengambil kek tadi dan memotong kepada dua slices. Satu ku berikan pada mama dan satu pada abang.
Adam: hoi. Kau nak bawak selebihnya tu ke mana.
Nadiah: macam bilik orang tak de freezer booooooooooo!
Adam: tengok tu mama. Kedekut anak mama tu.
Mama: itu bukan kedekut. Itu sayang namanya.
Adam: eleh adam pun bercinta juga takdelah sampai macam tu.
Mama: lia pernah bagi kamu kek ke?
Adam: takdelah. Hihihihihi
Papa: panggil adek kamu keluar ke sini sekejap.
Aku keluar dari bilik bila mengetahui papa memanggil ku
Papa: sebentar lagi keluarga Aidid akan datang meminang kamu. Pergi bersiap.
NAdiah: what?! Papa tak bincang dengan saya dulu pun
Jelas wajah terkejut mama dan juga abang. Apatah lagi aku.
Mama: abang, apa yang abang buat ini?
Papa: saya da tetapkan begitu. So ikutlah.
Nadiah: papa saya mohon jangan lakukannya.
Adam: papa apa semua ni? Tak cukup ke apa yang berlaku selama ni? Tak cukup papa buat pada Nurul sekrang papa nak tentukan hidup NAdiah pula. Itu pun tanpa berbincang dengannya.
Nurul kakak ku. Anak kedua dari selepas abang. Dahulu, papa juga mengaturkan perkahwinan kakak ku. Kerna kecewa dengan sikap papa. Nurul melarikan diri dengan kereta. Namun keretanya terbabas lalu meninggal dunia.
Nadiah: Aidil tahu semua ni?
Papa: dia tahu. Dan dia juga menyatakan kalau ini untuk kebaikan kamu, dia pasrah.
Nadiah: apa?!
Papa menetapkan perkahwinan aku dan aidid. Aku tak sedarkan diri pada masa itu kerna terlalu kecewa dan berlarutan dari itu aku demam panas sehingga di bawak ke hospital.
Aku membuka mata. Aku memandang sekeliling. Tangan aku terpaksa di masukkan air. Aku nampak mama dan abang.
Mama: kamu dah sedar Nadiah.
Nadiah: mama kenapa papa buat macam ni mama?
Mama: mama tak tahu sayang. Sungguh mama tak tahu.
Aku menangis semahunya di bahu mama. Seketika kemudian mama keluar dari wad yang menempatkan aku. Aku terlihat dua orang yang tak dikenali di hadapan pintu. Aku membuang pandang ke arah tingkap
Nadiah: siapa tu abang?
Adam: pengawal kau
Nadiah: apa papa da tak betul atau saya yang da senget abang.
Adam: nah minum coffee ni sementara masih panas. 
Aku mengambil cawan kaca itu. Aromanya menyegarkan aku. Aku meminum sedikit coffee ini dan terus memandang abang.
Nadiah: 80% hand made. Sedikit brown sugar. Air panas. Sedikit susu. Dan  ramuan yang paling penting untuk coffee aishieteru ialah 100% rasa cinta dan keikhlasan. Cuma Aidiil boleh buat coffee macam ni.
Abang menekup mulut ku kejap.
Adam: shhh. Kalau kau janji kau diam abang akan lepaskan kau dari sini.
Nadiah: baik.
Adam: ambil ni. Handphone dan simcard baru. Dengan cara ni papa tak boleh detect kau. Kau nampak satria neo hitam tu. Betul2 abang parking depan hospital ini kuncinya. Drive terus ke Airport. Abang da tempah tiket atas nama abang dan kak lia. Papa takkan perasan. Aidil menunggu kau di sana. Sampai di destinasi kau, kereta kau akan berada di sana. Semuanya abang da serahkan pada Aidil. Kau dah tak de masa Nad. Pernikahan kau lusa.
Nadiah: what? Abang apa gunanya abang buat semua ni kalau tanpa saya papa tetap nikahkah saya dan saya akan jadi isteri orang?
Adam: itu biar abang yang uruskan. Sembunyilah selama mana yang kau mampu. Jangan hubungi abang. Tunggu abang yang contact kau. Kau da ready.
Aku mencabut air yang di salurkan ke tangan ku.
Adam: ingat abang sayangkan kau. Kau kena pastikan kau sampai di airport sebelum pukul 12. Sekarang pukul 11 tgh hari. Sempat tak sempat kau itu kau kena pastikan. Pandu hati-hati. Jangan ulang apa yang terjadi pada kakak kamu.
Aku memeluk abang erat. Aku menukar pakaian serba ringkas
Adam: kau da bersedia?
Aku menangguk. Abang memanggil kedua-dua pengawal tadi masuk ke dalam. Aku dan abang bergelut melawan kedua-dua pengawal yang papa hantarkan untuk aku. Setelah satu tumbang di tangan aku. Abang mengalami kesukaran. Aku ingin membantu abang tapi di tegah.
Adam: pergi cepat. Abang tak apa-apa.
Menitik air mata aku melihat abang berdarah begitu demi melepaskan aku. Aku ternampak mama.
Nadiah: mama restui perjalanan saya mama
Mama: pergilah nak cari kebahagiaan kamu.
Aku tak berlengah. Aku terus mendapatkan kereta satria neo yang abang tunjukkan sebentar tadi. Aku memandu sepantas mungkin ke airport. Aku sedikit lega kerna tiada siapa yang mengekori aku. Namun jangkaan aku meleset. Dua buat motor berkuasa tinggi mengekori aku. YA Allah selamatkan perjalanan aku. Aku menekan minyak selaju mungkin. Maafkan aku papa. Andai aku senasib kak Nurul, aku redha. Aku memandang cermin belakang. Aku tak nampak lagi dua buah moto tadi. Sebuah kereta merapati aku. Tiba-tiba telefon yang abang berikan tadi berbunyi.
NAdiah: hello
Adam: abang ni. Abang kat sbelah kau sekarang. Kekalkan kelajuan kau. Abang akan iring kau sampai ke airport.
Kami tiba di airport. Aku ternampak Aidil. Segera aku berlari ke arahnya.
Aidil: Nad kau okay? Kau tak apa-apakan?
Adam: tak de masa nak bercakap. Cepat korang berlepas sekarang.
Nadiah: abang terima kasih
Aku memeluk abang buat kali terakhir dan menangis di pangkuannya.
Adam: aku percayakan kau untuk jaga dia.
Aidil: baik.
Adam: pergi cepat.
Kami tiba ke destinasi iaitu langkawi. Kami berehat sebentar di satu kawasan lapang.
Aidil: kau okay? Kau sehat Nad. Muka kau pucat sangat
Pang! Aku menampar pipi Aidil
Nadiah: sampai hati kau tinggalkan aku. Sampai hati kau serahkan aku pada insan lain.
Aidil: aku tak sampai hati tengok kau terseksa dengan aku. Siapa aku waktu tu Nad. Pekerja kau je.
Nadiah: kau nampak tak sekarang aku sanggup tinggalkan segalanya untuk kau. Semuanya untuk kau.kau tahu tak aku terseksa rindukan kau. Dimana-mana saja bayang bayang kau muncul. Hati aku menangis cintakan kau.
Aidil: aku tahu Nad. Aku tahu sebab aku juga sayang dan cintakan kau. Maafkan aku. Aku takkan sia-siakan kau sekarang Nad. Kerna itu janji aku pada abang kau mula-mula sekali cuma aku terlambat meluahkan pada kau. Maafkan aku :(
Nadiah: sudahlah apa kita nak buat sekarang.
Aidil: aku ada bawakkan ini untuk kau.
Nadiah: blue berry chocolate cake!!
Aidil: seronok dapat tengok muka ceria kau balik Nad.
Nadiah: lain kali tinggalkan aku lagi.
Aidil: janganlah perli aku lagi. Aku sayangkan kau tau tak.
Nadiah: tak percaya.
Aidil: pasal aku sayang kan kau lah aku tak ubah imej aku, pasal aku sayangkan kaulah aku datang sini.
NAdiah: pasal kau sayangkan aku juga kau buatkan coffee untuk aku di hospital.
Aidil: mana kau tahu. Abang kau beritahu?
NAdiah: abang tak bukak mulut pun. Dia cuma bagi aku minum. Lepas tu aku cakap "80% hand made. Sedikit brown sugar. Air panas. Sedikit susu. Dan  ramuan yang paling penting untuk coffee aishieteru ialah 100% rasa cinta dan keikhlasan. Cuma Aidiil boleh buat coffee macam ni."
Aidil: kau tahu coffee aku buat.
NAdiah: coffee aishiteru. Kau je boleh buat untuk aku. Jangan buat kat orang lain.
Aidil: jeles nampak.
Nadiah haruslah aku jeles lagipun kau da rosakkan first kiss aku
Aku menekup mulut. Apalah aku ni. Macam mana boleh terlanjur cakap ni?
Aidil: jadi kau da tahu.
Nadiah: sudah. Terima kasih sebab selamatkan aku. Banyak kali kau selamatkan aku kan? Tapi satu benda yang aku marahkan kau sampai sekarang
Aidil: apa dia?
Nadiah: pasal sayur tu. Kau tahu aku tak makan sayur, kau letak juga.
Aidil: hakikatnya kau tak muntahpun kan? Lagi pun kau ingat tak aku dah berjanji yang aku nak bagi kau makan sayur tanpa kau sedar? Barulah sehat makan sayur dak kecik.
NAdiah: kaulah. Pakcik!
Aidil: budak kecik
Nadiah: pakcik!
Kami menginap disebuah hotel. Aku terfikirkan keadaan abang di sana. Dan juga terfikir apakah lusa aku akan menjadi isteri orang?
Keesokkan harinya aku dan Aidil berjalan jalan dipantai. Aku meninggalakn dia sebentar untuk membeli ais krim. Sekembalinya aku, aku terlihat Aidil di belasah.
Nadiah: papa!
Aku menyelamatkan Aidil. Aku cuba berlawan orang-orang ini.
Papa: berhenti!
mereka berhenti menyerang aku. Aku mebantu Aidil untuk berdiri.
Papa: huh! Macam ni orang kau nak buat suami. Tak mampu nak menyelamatkan diri sendiri pun.
Nadiah: asal papa tahu ye, dua orang menyerang seorang itu pengecut namanya papa. Nak-nak bukan dengan tangannya sendiri.
Papa: kau tahu tak gara-gara kau, Aidid da batalkan pernikahan?!!
Nadiah: ouh baguslah. Nampaknya dia sedar cinta saya bukan untuk dia. Hari ini saya takkan berundur lagi papa. Marilah. Hari ni papa telah buktikan yang kak Nurul tak bersalah papa. Papa yang bersalah. Kenapa papa sanggup buat begini? Demi business anak-anak jadi tukar gantinya. Duit da gelapkan mata papa. Dulu papa hilang seorang anak, hari ni mungkin lagi seorang papa.
Hanya dengan kelingan mata papa, dua orang tadi kembali menyerang aku. Aku cuba untuk membalas serangan mereka namun ternyata mereka lebih kuat dari aku. Aku dan Aidil rebah ke bumi.
Papa: baru setahun jagung da pandai nak melawan aku. Huh!
Aidil berdiri semula. Aku berpaut pada tangannya dan berdiri disebelahnya.
Nadiah: papa da lihatkan. Sejauh mana papa cuba pisahkan dan jatuhkan kami, kami tetap bangun semula papa. Apa papa boleh buat?
Dua orang tadi kembali menyerang dan kini aku hanya mampu mengelak. Namun aku pasti ada seseorang datang membantu.
Adam: papa!
Mama: abang!!
Adam: kalau papa nak mereka, berhadapan dengan saya dulu.
Aku berdiri di sebelah abang. Begitu juga dengan Aidil.
Nadiah: sudahlah abang. Papa tak mampu sentuh kita dengan tangan sendiri pun. Tengoklah. Hanya berdiri memberi arahan. Buang masa je abang. Mama jomlah balik.
Salah seorang dari mereka cuba menyerang aku. Kali ini aku tak duduk diam. Aku menyepak celah kelangkang orang itu. Seorang lagi mahu menyerang aku memandangnya tajam
NAdiah: kau pun nak mati pucuk juga? Ke kau memang ready nak jadi punch bag aku?
Dia kembali mengundur ke belakang. Aku memulakan langkah semula.
Aidil: tunggu dulu.
Aidil menarik tanganku mendekati papa.
Aidil: Tuan ini saya kembalilkan anak tuan pada ayahnya. Tak elok seorang anak berkurang ajar seperti tadi. Maafkanlah dia. Tindakannya itu mengikut perasaan. Tak de anak yang tak sayangkan keluarganya. Ini. Ambillah anak Tuan semula.
Nadiah: tapi kau da janji..
Aidil: sampai masa aku tunaikan janji aku pada kau Nad. Bila papa kau sendiri akan serahkan kau pada aku dengan tanganya sendiri sebgaimana aku serahkan kembali anak kepada papanya
Mama: mama tak sangka sejauh ini tindakan papa. Mama cuba untuk tidak berfikir kematian nurul berpunca dari papa. Tapi tengok apa yang da lakukan. Demi business papa korbankan anak. Demi business sekarang, Seorang lagi papa pertaruhkan. Can you stop it now! Tolonglah papa mama merayu. Jangan buat anak-anak kita terseksa lagi. Papa tak serik ke papa? Tak cukup ke kita hilang seorang anak? Ini bukan yang terbaik buat mereka papa
Papa rebah di pantai itu. Dan orang yang paling cepat menyelamatkan papa adalah Aidil. Selepas dari hari itu aku tak nampak lagi Aidil. Setelah sembuh papa juga berubah. Aku lega dan bersyukur pada Tuhan atas perubahan papa. Saat papa dan mama ingin pulang ke negara America, mereka mengajak aku dan abang bersama. Namun kami berdua menolak dengan baik. Papa sempat berpesan padaku
Papa: anakku. Hari ini papa bebaskan kamu. Pergilah kamu mencari kebahagiaan kamu sendiri. Sesekali rindu pada kami. Jenguklah kami disana. Carilah kembali kekasih halal kamu itu. Bila sampai masanya tiba. Papa akan walikan kamu.
Tahukah papa perasaan itu seakan berkubur tak bernesan dalam hati ini, papa. Dia tak mungkin muncul kembali papa. Tak mungkin.
Dari hari bertukar minggu, minggu menjadi bulan dan kini bulan menjadi tahun. Aku tak tahu sama ada aku masih menunggunya atau tidak. Hati ku masih terluka dengan perbuatannya. Kini hanya kerna restaurant ini aku berdiri semula. Segala yang aku perjuangkan seakan musnah. Hancur berkecai.
Bob: bos... Ala bos senyum la sikit pagi-pagi macam ni. Muram ja saya tengok bos ni.cerialah.
Yun: bos kita pergi berccuti nak? Pergi Pulau pangkor ke? Jomlah bos 3 tahun da ni tak pergi berjalan. Marileh bos.
Ida: korang ni janganlah ganggu bos la
Yun: kitorang nak bos ceria macam dulu balik. Segarang dulu pun takpelah. Janji kitorang dapat bos kitorang balik
Nadiah: maaflah buat korang semua risau. Aku okaylah. Kalau korang nak pergi bercuti pergilah. Aku approve cuti korang.
Yun: tak best la kau tak ikut.
Nadiah: takde siapa nak buli ea?
Bob: aah. Eh takdelah bos. Bukan macam tu.
NAdiah: korang ne tak habis-habis. Kelakar betul.
Bob: haa macam nilah bos kitorang. Ceria ja tapi versi rambut panjang lah.
Nadiah: da panjang pun rambut aku kan? Inilah hasilnya menunggu orang yang bukan milik aku.
Masuk seorang pelanggan. Selalunya jarang kami menerima pelanggan seawal pagi macam ni. Tapi takpelah rezeki kut.
Bob: ida. Pelanggan tu.
Mahu tak mahu ida pergi juga mengambil pesanan. Sedangkan aku hanya bermain dengan pengisar serbuk kopi dihdapan ku ini. 
Ida: nah ini pesanannya. Pelik betul.
Bob: apa yang dia pesan. Apa yang pelik?
Ida: ne ha. Dia order coffe 80 % hand made, couple spoon of brown sugar, little bit milk with 100% love and sincerity pastu lagi satu beef stick. Ada ke orang makan beef stick pagi-pagi macam ni?
Yun: memang pelik sungguh pelanggan pagi ni. 
Nadiah: ida, Kau pergi cakap dengan dia, orang yang buat kopi tu hilang tanpa di kesan. Beef stick pulak kau cakap dengan dia, daging lembu kat belakang tu pun aku belum lapah lagi. Kau pergi beritahu dia sekarang
Yun: Bos ni biar betul sikit bos. Pelanggan tu.
NAdiah: habis dia ingat sekarang di waktu apa? Malam ke?
Bob: mana tahu bos memang tempat dia pagi-pagi makan beef stick untuk kesihatan tubuh badan.
Ida: dia cakap dia sanggup bayar berapa ja untuk hidangan tu.
Nadiah: melampau betul manusia ni.  Kau ingat duit kau tu cantik sangat. Huh! Aku boleh bagi kau percumalah. Ida kau suruh dia tunggu. Kejap. Aku sendiri pergi buat.
Tak lama kemudian. Aku keluar dengan hidangan yang dipesan bersama coffee yang di pinta. Aku sempat berpesan pada ida 
Nadiah: ida kau cakap dengan dia. Hari ni mood aku baik. Aku belanja dia makan.
Yun: bos kut iya pun kecewa tak payah lah buat macam ni bos.
Nadiah: siapa kata aku frust. Aku buat amal jariah la hari ni.
Bob: makin risau aku tengok bos ni. Kita layan tv je la ea bos.
Kami menonton tv yang salurannya menemuramah seorang usahawan muda yang menyambut generasi bapanya berusia 28 tahun.
Nadiah: korang tahu tak? Sekarang umur Pakcik Aidil 28 tahun.
Bob: sudahlah tu bos. Tak mau la sedih-sedih.
Nadiah: aku tak sedih la aku cuma teringatkan dia.
Yun: tak sedih apanya tu bos. Menitik tap tap tap air mata. Bukan hari ni ja. Dari tiga tahun lepas lagi da. Jangan menanti pada yang tak pasti.
Nadiah: aku tak menanti tak menunggu tak waiting lah.
Bob: ha tengok sama ayat macam tiga tahun lepas tapi setiap kali posmen datang bos tanya "ada surat dari Aidil tak? Tak tunggu apanya macam tu?
NAdiah: ko nak kena sekeh pala dengan aku ke bob?
Bob: kalaua macam ne la lesu je cara bos cakap, jangankan saya. Lipas pun buat derk je bos. Sedarlah bos. Kembalikan kami bos yang dulu. Ini apa ni. Zombie?
Ida: sudahlah tu Bob. Bagi bos masa.
NAdiah: Yun kau gi ambil laptop aku kat atas kejap. Cepat sikit
Tiba-tiba bos aku menjadi bersemangat semula.
Yun: nah. Kenapa bos.
NAdiah: kalaulah aku betul. Korang makan air pegaga yang aku minum tetiap pagi tu.
Bob: eh bos ini gambar lelaki dalam tv tu.
Nadiah: Ida, ambilkan file Aidil.
Aku terus fokus pada skrin lap top. Gambar Aidil yang aku letakkan sebelah menyebelahan dengan gambar lelaki di dalam tv tadi lalu aku cuba letakkan sedikit jambang dan misai yang sama ada pada Aidil. Lembab betullah. Laptop ni. Loading pulak.
Nadiah: ida. Kau tengok nama penuh aidil sama tak dengan orang dalam kaca tv tu?
Ida: err bos. 
Nadiah: Kejap ida. Da nak siap gambar ni. 
Aku berdebar debar menanti hasilnya. Finish! Alangkah terkejutnya aku. Sama serupa. Saling tak tumpah. Tapi aku kena pastikan beberapa perkara lagi.
Nadiah: apa nama penuh Aidil
Ida: ahmad Aidil bin Ahmad Nabil sama dengan orang yang dalam tv tu.
Yun: mustahil. Macam mana boleh ada dua orang yang sama dalam dua versi.
Aku cuba mengingati kembali.
"Nadiah: kenapa kau tak ubah imej kau?"
"Aidil: kau tak suka? Kalau tak suka balik kejap lagi boleh singgah kedai gunting rambut,"
"Nadiah: eh jangan. Aku suka. Nampak unik"
Nadiah: aku yakin itu dia. Patutlah. Segalanya da terjawb. Dia da jadi orang besar. Tahniah Aidil. Tahniah.
Lemah lutut ku. Hampir terkulai aku terduduk. Mujur sempat disambut bob yang berhampiran dengan ku.
Ida: errr bos tadi pelanggan tu nak jumpa bos sebab bos yang buatkan hidangan dia. Tapi takpelah. Saya beritahu bos tak sehat.
Nadiah: takpe. I will handle it.
Aku merapati pelanggan tadi.
Nadiah: iya encik ada apa yang boleh saya bantu.
Aidil: hidangan ni perfect. Tahniah Nad.
Pelanggan itu membuka kaca matanya. Aidil! Masih Aidil yang sama. Yang kelihatannya seperti Jack Sparrow.
Aidil membawa aku keluar. Entah mengapa aku ikut saja.
Aidil: kau sehat?
Nadiah: Macam yang kau nampak.
Aidil: kau masih sukakan kopi?
Nadiah: 3 tahun pembuat kopi kegemaran aku hilang. Tak dapat dikesan. Selama tu juga aku tak minum coffee entahlah sekrang masih suka atau tidak. kenapa kau pulang?
Aidil: tuk tunaikan janji.
Nadiah: huh! Janji kau tu da expired da Aidil.
Aidil: mudahnya kau khianati cinta.
Nadiah: siapa khianat siapa dulu? Kau cakap dengan aku. Siapa?! Aku lari tinggal harta, tinggalkan keluarga demi kau. Aku di belasah, malawan papa. Demi kau. Tapi apa kau buat pada aku. Kau tinggalkan aku. Bukan sebulan bukan setahun. 3 tahun Dil. Siapa khianati siapa sekarang. entahlah Dil. Aku tak boleh berfikir sekarang. Aku nak balik.
********************************************************************************************
Hari ini aku mengimbau semula pertemuan aku dengan Aidil semalam. Hari ini aku berjanji pada diri aku sendiri untuk kembali kepada Nadiah yang asal. Aku mengangkat seguni bawang di belakangku sewaktu lalu di bilik pakcik rosli yang sedang menemuramah pekerja baru.
Nadiah: pakcik. Ambil je lah. Mudahan dapat ceriakan sikit restaurant ni bila saya tak de nanti. Err. Lepas ni kau boleh masuk kerja terus ea. Haa ni kerja pertama kau. Angkat guni ni masuk dalam stor.
Bob: apalah bos tu. Awal-awal lagi da buli orang.
Ida: bukan itu ke korang nak? Kembalikan bos kami yang asal. Itulah dia.
Nadiah: korang ngumpat aku ea?
Bob: mana ada bos. Setiap kali kami nak ngumpat bos ade je bos tercongok kat sini. Tak sempat nak mengumpat bos.
Nadiah: aku sekeh pala kau nak. Oo ada hati nak mengumpat bos kau yang budiman ni ea.
Aidil: err cik.
Nadiah: jangan panggil aku Cik lah... Kau??? Macam mana kau boleh kerja kat sini.
Aidil: tadi kau yang ambil aku jadi pekrja. Kan ke kau yang suru aku angkat guni bawang masuk stor.
Aku berbisik pada bob yun dan ida.
Nadiah: ada tak orang hari tu dia masuk kerja hari tu dia kena pecat.
Ida: rsanya tak de lagi bos.
Nadiah: haa baguslah. Kita cipta sejarah baru.
Yun: macam salah je bos tak pe ke?
Nadiah: dengan aku semua bolehlah.
Aduh serabutnya! Apa aku nak buat ni? Aku tak mampu nak berdepan dengan dia sekarang. Silapnya aku ambil pekerja tak tengok dulu. Nilah balasannya.
Yun: err bos. Takkan termenung kut.
Nadiah: eh mana ade. aku nak naik atas. Korang buatlah kerja. Jangan ganggu aku ea hari ni. Bob, boleh kau buatkan kopi yang biasa Bob? Yang BIASA. Aku tak nak yang special. Kopi lain aku tak minum. Aku nak BIASA.
Bob: ye bos kejap lagi saya hantar kopi yang BIASA. 
Sengaja aku tekankan perkataan biasa itu. Seketika kemudian Bob datang menghantarkan pesanan ku.
Nadiah: Bob kau panggil Pakcik Chop kejap
Tak lama kemudian muncul Pakcik Chop di ruangan pejabat ku. Pada dia aku luahkan perasaan aku ketika ini.
Nadiah: salah saya ke pakcik?
Pakcik chop: tak ke seharusnya kamu dengar dulu penjelasan dari dia
Nadiah: tiga tahun pakcik. Kenapa baru sekarang saya kena dengar penjelasan dia? Saya tak kuat. Berdiri depannya saja saya da goyang lutut.
Pakcik chop: boleh pakcik cakap sesuatu?
Nadiah: cakaplah pakcik
Pakcik Chop: maaf kalau kata pakcik ni membuatkan kamu terluka. Tapi pak cik rasa kamu tak patut seksa diri kamu lagi. Tengoklah kamu. Bukankah selama ini, ini yang yang kamu nantikan?
Nadiah: hati saya terluka dengan apa yang dia lakukan pakcik. Saya terseksa menanggung rindu. Dia diam-diam hilang tanpa berita. Sedangkan saya di sini, berubah dari saya yang dulu. Tak bercakap dengan orang, buat kalian risau, sedangkan saya selalu fikir pasal dia. Tapi hari ni, dia berdiri di hadapan saya macam semalam dia baru pulang dari sini. Macam tak de apa-apa yang terjadi.
Pakcik chop: sekarang, mungkin perasaan kamu bercampur sebab itu kamu macam ni. Buatlah apa yang kamu rasa terbaik. Pakcik akan sokong kamu. Jadilah Nadiah spenuhnya.
Aku mengesat air mataku. Aku sedikit lega apabila beban di hati aku terasa sedikit hilang. Namun bila aku berhadapan dengan Aidil, hati aku membengkak. Aku cuba mengelak darinya. Kau dia ada di bahagian hadapan, aku berada di belakang. Begitulah sebaliknya.
Namun pagi itu ketika aku membersihkan pinggan mangkuk di belakang, Aidil masuk. Cepat-cepat aku membasuh tangan dan meninggalkan kerja dan ingin berlalu ke depan.
Aidil: sampai bila kau nak macam ni Nad? Aku cuba nk beri kau penjelasan namun kau terus lari dari aku. Sampai bila lagi kau nak macam ni?
Nadiah: kalau kau nak stay kau stay. Kalau tak, kau boleh pergi dari sini dan jangan balik lagi ke sini.
Aku berlalu ke depan. Mengemas meja yang baru di tinggalkan pelanggan. Aku cuba mengumpul semangat yang masih bersisa. Selama beberapa hari ni, aku cuba untuk berlagak biasa. Dan beberapa hari ini juga aku terlihat blueberry chocolate cake kegemaran aku. Sedikit pun tidak aku sentuh. Hati aku menangis sedih tiap kali melihat kek itu. Setengah perasaan aku ingin sangat aku dan Aidil seperti dulu tapi perasaan aku selebihnya yang masih terluka seakan menghalang.
Ida: weh, aku kesian la tengok bos. Kau tengoklah tu. Dia berlawan dengan diri sendiri.
Bob: aku pun la. Bos kita tak selalu macam ni
Yun: aku pun tak tahu da nak nasihat apa. Kau tau, kopi yang Aidil buat pun dia tak sentuh inikan pulak kek yang terpacak depan kita ni.
Ida: tapi dalam masa yang sama aku kesian tengok Aidil. Macam-macam da dia buat, tapi bos tak nak dengar penjelasan dia.
Bob: kau takkan tak tahu ida, bos kau tu keras kepala. Degil!
Yun: bos ne memang tak patutlah.
Aku masuk ke dapur lemah bila terdengar perbualan mereka di hadapan. Arghhh pedulikan diorang. Diorang bukan tahu apa aku rasa. aku mengambil pisau memotong daging bagi menyediakan pesanan yang dipinta.
Aidil: aku dengar...
Ouch! Apa manusia ni buat kat sini. Aku terhiris jari sendiri akibat terkejut. Namun segera aku berpura-pura bagai tiada apa yang berlaku. Aku terus memotong daging. Tiba-tiba Aidil memegang tangan ku lembut. Aku berkeras untuk menarik semula tanganku namun apakan daya genggamannya semakin kuat bila aku terus mencuba melepaskan tangan. Dia mencuci luka ku di sinki dan meletakkan plaster pada bahagian yang luka. Macam kali pertama dahulu. Aku menahan rasa di dalam hati. Bila Aidil menggenggam tangan ku seperti tersalur satu rasa aneh di dalam hati. 
Aku meninggalkan dapur dan terus ke atas bumbung yang sengaja aku buat tempat lepak kami beramai-ramai di situ. Aku duduk membuang pandang ke sekitar pelusuk yang ada. Tenang aku melihat alam ciptaan Allah Swt ini.
Aidil: ini aku buatkan kau sup cendawan. Aku dengar kau tak makan sejak tadi. Makanlah sementara masih panas.
Aidil meletakkan mangkuk berisi sup itu di sisi aku. Dia ingin berlalu
Nadiah: sukalah kau kan semua orang sekarang menyokong kau, berpihak pada kau. Sedangkan mereka tak tahu rasa hati aku menunggu kau. Aku harap kau gembira dengan keadaan sekarang.
Aidil: aku tak bermaksud nak buat kau terluka lagi Nad. Aku cuba jelaskan kau duduk perkara sebenar tapi kau yang buang aku.
Nadiah: itu kerna kau buang aku terlebih dahulu.
Tiba-tiba aku membuka balutan plaster tadi yang menyebab jari aku berdarah semula.
Nadiah: ini! Darah yang mengalir pada jari kau nampakkan?! Tapi pada hati aku, apa kau nampak?
Aidil: aku juga merasakannya Nad.
Aidil menghampiri aku. Mengambil tangan ku semula. Sekali lagi dia meletakkan plaster pada jari ku.
Aidil: aku juga merasakannya. Jari kau luka, aku letakkan plaster untuk aku ubatinya. Supaya ia smbuh seperti sedia kala. Sejauh mana kau terluka begitu juga dengan aku. Tapi aku kena kuatlkan diri untuk pastikan kau sembuh. Tapi kau tak pernah nak nampak.
Sebelum Aidil berlalu dia sempat mencium jari ku yang luka dan mengusap kepala ku lembut. Seperti tersalur semula semangat ku. Terasa juga amarah ku padanya lebur serta merta. Tapi kata hati menghalang! Aku menangis semahu-mahunya. Egonya aku.
Beberapa hari berlalu. Aku perasan yang hari ke hari Bob, ida dan yun semakin renggang dengan ku. Mereka tak semesra dulu. Aku terkejut dengan kehadiran abang disini.
Nadiah: abang, apa abang buat kat sini?
Adam: ikut aku ke belakang cepat.
Aku mengikut abang ke belakang. Aku tak tahu mengapa sampai saja di sini muka kelihatan amat marah. Aku menjadi kecut perut kerna aku tak tahu apa salah ku.
Adam: apa yang kau buat ni Dik? Kenapa kau jadi sekejam ni?
Nadiah: woohooo rileks lu abang. Apa tajuk perbualan kita ni?
Adam: aku tak buat lawak la. Kenapa kau ego sangat? Apa hati kau da bertukar menjadi batu? Abang tahu apa yang berlaku dik.
Nadiah: oh jadinya abang ke sini nak menangkan dia jugaklah?
Adam: ini bukan soal menang atau kalah. Ini soal kamu sekarang. Abang tak ajar kau jadi macam ni. Kalau kau nak, cakap nak. Kalau tak kau tinggalkan dia.
Nadiah: abang. Saya bukan nak kurang ajar tapi saya serabut sekarang. Nanti sajalah kita bincangkan hal ni.
Aku ingin berlalu namun abang lebih tangkas menerkam aku dan menekan bahu ke dinding. Air mata mula mengalir. Abang tak pernah sekasar ini dengan aku.
Adam: kau ni egois!!! Aku tak tahu apa nak jadi dengan kau. Kesalahan dia tak sebesar mana nak dibandingkan dengan pengorbanan yang dia terpaksa tanggung untuk hidup dengan kau! Sudahlah dia terpaksa berjauhan dengan kau. Dia langsung tak dibenarkan hubungi kau. Itu ujian buat dia yang dia terpaksa harungi demi kau. Dan kau ingat siapa yang lakukan semua ni? Dan Aidil buat demi siapa?! Untuk siapa?! Ha?!!!! Ikut kepala dan hati kau je yang kau tahu. Hati orang kau buat macam sampah. Bila orang nak bagi penjelasan kau lari macam pengecut. Inike adik aku?!!!! Kau jawab?! Ini ka orang selama ini aku besarkan? Aku tak pernah lihatlah manusia hati batu macam kau ni.
Air mata merembes keluar. Ya Allah inikah hakikat yang aku tak pernah tahu?
Nadiah: apa yang da berlaku selama ni abang?
Adam: ooohhh baru kau nak tanya aku apa yang jadi? Puas Aidil nak terangkan kau tak nak dengar.
Nadiah: abang tolonglah beritahu apa yang da berlaku?!
Adam: masa papa jatuh sakit. Papa sendiri da serahkan kau padanya. Tapi papa masih belum berpuas hati dengan Aidil. Jadi papa letakkan syarat. Selama tiga tahun, Aidil haruslah menjadi seorang yang berjawatan tinggi. Dalam tempoh itu, papa tak benarkan dia berhubung dengan kau atau kau bukan miliknya. Aidil akur dengan janji papa demi cintanya pada kau. Beberapa hari selepas itu, papa dapat tahu bahawa Aidil merupakan anak kepada seorang usahawan terkenal yang telah pulang dari luar negara. Setelah di selidik, ya, dia datang bekerja dengan kau untuk mengisi masa lapang. Namun setelah jatuh cinta dengan kau, tawaran papanya ditolak demi untuk berada dekat dengan kau. Sejak dari hari tu papa mencari semula Aidil. Papa menyesal. Namun pencarian papa sia-sia. Aidil langsung tak meninggalkan kesan untuk dijejaki. Sekarang kau tahu, betapa besarnya pengorbanan dia buat kau?
Nadiah: abang saya bersalah. Saya mintak maaf. Abang maafkan saya
Adam: bukan pada abang yang kau harus minta maaf Dik.
Aku terduduk menyesali perbuatan diri. Aku menangis semahunya.
Yun: Bos.. Bos... 
Adam: ada apa Yun?
Yun: A.. Ai... Aidil kemalangan
Aku menolak daun pintu meninggalakan restaurant. Abang mendahului aku. Aku ingin tiba secepatnya di hospital namun kesesakan lalu lintas membuatkan aku sesak nafas.
Aku menolak daun pintu yang menempatkan Aidil di rawat. Kaki dan tangannya patah. Masih ada kesan luka padanya yang sebelah lagi. Abang meninggalkan aku dan aidil setelah berbual beberapa ketika dengan dia.. Suasana menjadi sepi.
Aidil: hrmm ada apa kau datang?
Aku tertunduk. Air mata mula mengalir keluar.
Aidil: kalau kau datang sini nak minta maaf. Aku da lama maafkan kau. Pergilah balik. Aku tak suka tengok kau menangis. Keluar.
Nadiah: Aidil tolonglah.. Aku,
Aidil: aku tak nak tengok kau. Pergi!
Aku menutup daun pintu wad Aidil. Aku duduk di kerusi luar yang di sediakan. Tersedu-sedan aku menahan tangis.
Aku meminta izin abang untuk menjaga Aidil di hospital. Abang memberikan keizinan asalkan aku tahu jaga diri. Sebelum aku kembali ke hospital aku membuat kopi aishiteru dan cake blue berry buat Aidil. Sewaktu aku sampai. Dia telah pun tidur. Aku bersyukur kerna aku tak mahu dia menyuruh aku pulang sebaik saja ternampak aku. Aku mengusap dahi dan rambut perlahan-lahan.
Masih ku ingat bagaimana wajah ini tak aku benarkan dia mengubah imejnya. Aidil masih kekalkan imej Jack Sparrownya demi aku. Besar sungguh pengorbanan kau Dil. 
Nadiah: maafkan aku Aidil. Aku tak tahu betapa besarnya pengorbanan kau buat aku. Maafkan aku. Aku sayangkan kau. Sayang sangat. Jangan tinggalkan aku Dil. Aku rindukan senyuman kau. Aku rindu gelak tawa kita, aku rindu nak masak bersama kau dan yang paling aku rindu bila kau usap kepala aku. Mungkin kau tak percaya Dil tapi semenjak dari itu, aku mula sayangkan kau. Tak, salah. Aku mula mencintai kau. Aku cintakan kau.
Aku duduk di kerusi yang disediakan mengadap wajah Aidil sambil menyeka tangis.. Sungguh tenang lelaki ini tidur. Entah bila aku meletakkan kepala di birai katil lalu tertidur.
Perlahan-lahan aku membuka takut-takut kalau Nadiah belum tidur. Aku terjaga tatkala terdengar suaranya. Namun demi mendengar apa yang cuba dia sampaikan aku terus memejamkan mata. Aku nampak dia tertidur berhampiran dengan tangan ku. Aku mengusap lembut wajah comel ini. Kau tak pernah putus asakan nad? Sebab tu kau di sini.
Aku ternampak bungkusan di atas meja makan ku lalu ku buka. Kek dan kopi? Mesti dia yang buatkan. Huh cake ini adalah cake yang paling Nadiah tak suka buat. Susah katanya. Tapi hari ini demi aku dia buatkan. Aku tersenyum pada wajah yang nyenyak tidur ini. Aku memakan kek yang di bawa sehingga habis. Begitu juga dengan kopi. Lazatnya. Walaupun jelas sekali Nadiah kurang mampu untuk membuat kek namun ternyata kali ini dia berjaya membuatnya. Aku kembali tertidur.
Subuh-subuh lagi aku da bangun menunaikan solat subuh dan berdoa pada Tuhan Agar Aidil cepat sembuh. Sebelum aku keluar, aku ternampak bekalan yang ku bawa tak terusik. Hrmm mungkin Aidil belum bangun. Usai solat, aku hanya menunggu di luar wad memandangkan Aidil sudah bangun. Mengingati kata-katanya semalam buatkan aku tak jadi melangkah masuk.. Aduhhh beg aku ada di dalam pula. Takpelah. Tunggu je kat luar dulu.
Bob: bos.
Bob Ida dan Yun datang menjenguk Aidil.
Yun: apa bos buat kat luar ni. Marilah masuk.
Nadiah: takpelah korang masuklah dulu.
Ida: berapa lama da bos kat luar ni.
Nadiah: baru je
Bob: tak yah nipulah bos. Tengok hidung bos yang merah cam badut tu pun da tahu. Kitorang masuk dulu la ea.
Selepas mereka hilang masuk ke dalam wad, aku kembali melentokkan kepala di dinding. Seketika kemudian mereka keluar kembali.
Bob: kami balik dulu nak buka restaurant. Bos jagalah diri baik-baik ea.
Yun: bos, tadi Aidil suruh bos masuk dalam.
Nadiah: kau tak payah mengarut la Yun pagi-pagi ni.
Yun: erk! Kalau macam tu kami balik dulu la ea bos.
Selepas mereka pulang. Beberapa ketika berlalu. pintu bilik Aidil dikuak dari dalam. Muncul Aidil bersama satu tongkat di tangan kanannya memandangkan tangan kiri dan kaki kanan Aidil bersimen. Aku bangun untuk membantunya. Tapi melihat renungan yang tajam membuatkan tindakan ku mati di situ. Aku duduk kembali membiarkan dia merenungi aku.
Aidil: mari masuk.
Aku membontoti Aidil dari belakang. Aidil duduk dikatilnya semula. Dia menyuruh aku duduk dikerusi yang disediakan. Dia merenung aku lama. Aku takut untuk melihat wajahnya. Lalu aku membuang pandang ke lantai. Aku tak tahu hendak menyorokkan lagi muka di mana akibat renungannya itu. Aku merasa malu kerna kesalahan aku padanya selama ini.
Aidil: mari duduk di birai katil ni. Mengadap aku. Ada sesuatu yang aku nak tanyakan.
Aku hanya mengikut arahan Aidil. Aku duduk di birai katil berhampiran dengannya. Aidil mengambil tangan ku yang mengigil ketakutan dan menahan rasa sedih akibat kesalahan aku padanya. Dia mengenggam tangan ku erat. Tersalur sedikit semangat buatku. Saat itu juga air mata tak dapat lagi ku tahan.
Aidil: aku nak kau jawab dengan jujur. Kau, sayangkan aku?
Air mata menitis. Aku mengangguk. Tiada kata yang mampu aku keluarkan saat ini.
Kasihan aku melihat gadis yang aku sayang ini. Seboleh mungkin dia tak mahu menangis namun apa boleh buat. Dia menangis juga. Aku yang duduk di atas katil berhampiran dengannya tak sanggup lagi membiar gadis ini menangis kerna ku. Tanganku pantas menyeka air mata yang terus mengalir dipipi smbil tangan ku sebelah lagi terus menggenggam tangannya erat. Aku mengusap rambut dia yang kelihatan sedikit kusut.
Aidil: aku pun sayangkan kau.
Hanya itu ucapan yang ku nanti dari Aidil. Namun ucapan itu meruntun jiwa aku. Selagi aku tidak memohon maaf selagi itu aku di belenggu rasa bersalah.
Nadiah: maafkan aku dil. Maafkan aku.
Aidil: shhh.. Sudah. Aku da maafkan kaulah. Janganlah nangis lagi ea.
Aidil tersenyum pada ku. Senyuman yang paling aku perlukan. Aku menyeka air mata.
Nadiah: kau nak makan? aku ada buatkan kau kek dan kopi. 
Aku membuka bungkusan yang aku bawa. Apabila membuka saja kotak kek, ia telahpun habis di makan. Aku memandang Aidil dengan penuh tanda tanya. Namun Aidil buat-buat tak tahu dan memandang ke arah lain. Tahulah aku dia telah makan kesemuanya terlebih dahulu.
Beberapa bulan kemudian kami dinikahkah dalam acara yang sederhana namun dirai secara meriah. Setelah dari hari itu, kalau kemana-mana. Tak dilepaskan tangan aku dari genggaman tangannya. Takut aku lari, katanya. Dia kembali bekrja dengan papa dan aku terus mengukuhkah kedudukan restaurant aku.
Aidil: awak sayang saya tak?
Nadiah: Aidil, hari ni saja awak da tanya saya enam kali soalan yang sama.
Aidil: awak penat ke?
Nadiah: tak saya suka jawab ya saya sayangkan awak sangat-sangat.
Aidil: dan saya suka dengar awak sayangkan saya.
Aidil merangkul aku ke dalam pelukannya. Aku dapat mendengar jantungnya berdegup kuat. Aku memandang Aidil.
Aidil: first tyme kena peluk macam tulah lajunya.
Aku mengeratkan pelukan aku pada Aidil. Lebih laju aku dengar jantungnya berdegup.
Aidil: macam nak tercabut jantung saya.
Nadiah: yelah tak mau da peluk awak. Karang tercabut jantung awak saya juga yang susah.
Aku merenggangkan pelukan namun segera di tarik semula oleh Aidil. Menyuruh aku memeluknya kembali
Aidil: aip. Duduk sini diam-diam. Merajuk pulak dia.
Nadiah: kejap lagi tercabut jantung awak macam mana? Saya da tak de plaster nak tolong plasterkan.
Aidil: takpe saya rela ia tercabut demi awak.
Entah mana datangnya semangat. Aku mencium pipi Aidil supaya dia tak terus mengarut yang bukan-bukan. Namun segera aku tertunduk malu dengan perbuatan sendiri. Tula berani saya sangat. Aku dapat mendengar bunyi nafas Aidil. Aku melihat wajahnya sedikit. Pandangan mata kami bertembung. Aku tertunduk malu. Tak mampu melawan panahan matanya.
Aidil: ouh nakal ye.
Nadiah: mana ada awak tu yang mengarut bukan-bukan.
Aidil: kalau macam tu nak mengarut lagila.
NAdiah: urmm awak ni suka sakat saya. Tak mau kawanlah.
Aidil mencium dahiku.
Aidil: nak kawan tak?
Aku mengangguk laju.
Aidil: oh nak kena kiss dulu baru nak kawan balik ea.
Nadiah: hihihi
Aku melentokkan kepala pada dadanya. Aku bahagia kini. Terima kasih Aidil kerna menunaikan janji dan cinta kita.