BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 18, 2011

cerita pendek: my wonderful week

know what? tiz week are wonderful and mean everything to me... it started with shy2 cat for our. but we act like other. we try to be professional as we can. at first you make me so worries. i thought u were not coming, my eye keep staring at that door. but at laz u r here. and suddenly sit beside me. i act as i am but deep in my heart i was smiling. yeah after u go i keep smiling ear to ear like stupid girl smiling in front of computer at that time.

it was Monday evening where i started the presentation. i lost my concentration at that time but seeing in your eyes, i got the spirit to continues it until it ends. i made it. thanks.

today is the day that i am waiting for. the night all of we go out for dinner... yeah i look forward to that night.. before that happen, the rumors comes again and again. i neither not agree to it or else. i keep silent. it funniest when you do it specially to me but they broke it. t not happen but i'm still happy because u r trying to do it for me. i am proud of my dear. the night comes.. i sit at that table i was choose my friend to sit with me but you came and told that place are belongs to you. my friend move to another place. we started eating and after that  there was light at the sky. beautiful light. just like candle like dinner for us. i will never forget about that night

that was the days that i will started my presentation. i am so nervous. but you walked beside me and said good luck! know what? i am very happy. yeah like just now i smile ear to ear again and again.

i hope it was not a fairy tale but it was a dream..

kdg2 aku asa aku wat tindakan bodoh.. same goes like tonight.. supposedly aku study tp atas alasan x larat aku nek nk tdoq but at laz i am watching muvee till 5am... i dun manage my time effectively to get my job done

and sometimes i make a decision based on my heart. i'm not including my brain. i never think first. n i hv mixed feeling right now... whether to continue my plan or not? if yes, i send a message to them that the rumors are true if not my heart is broken.. yeah i am not comfortable right now.. better listen to al Mulk n get to the sleep..

Al Mulk.. light in the dark

Wednesday, August 17, 2011

cerita agak panjang: diari ketika cinta berputik

aku seorang gadis yang mengikut kata hati dan kepala sendiri.. tak pernah aku peduli apa kata orang. bagi aku, aku adalah aku. aku lebih rapat dengan teman-teman lelaki ku tapi itu sewaktu dahulu smpai lah aku menjejakan kaki ke sini. ke universiti. Ya di sini aku mulai berubah namun masih ada sisa perangai ku yg tak ku ubah, aku masih keras kepala kasar semua. cuma aku berubah cenderung berkawan dgn kaumku lbh byk berbanding dahulu. aku tak tahu jika perubahan ini adalah kerana environment ku yang bru. yg memerlukan watak lady like.. tapi cm besa. apa aku kesah kn.. hampir 4 sem aku di sini. aku semakin berubah. bagi mereka, inilah berubahan aku yang paling positif. aku nmpak ladylike, aku try bersopan dan hati aku lembut. mereka da kurang nmpak side aku yang kasar. dalam hati aku bersyukur namun aku juga pernah terfikir. apakah ini aku atau aku berselindung di balik sesuatu yang digelar cinta???

kisah bermula apabila aku mula merapati group lelaki bila aku sem 1. namun antara mereka ramai yg kecundang dan tak meneruskan perjuangan di tempat yang sama. bilangan kaum Adam dlm kelas semakin sikit pada sem seterusnya menjadikan ada diantara mereka yg menarik perhatian ku. someone yg pelik. yeah he is the one act weird like Azman. my ex classmate when i'm on secondary school. baru aku sedar perbezaan antara mereka adalah hati. Azman kalau ditegur mcm x trasa apa2. itu Man. tp yg ini hatinya halus sekali, hati yg ingin dibelai, manja namun hatinya juga keras bila berbicara. tapi ketika ini aku masih tak ambil peduli pasalnya namun namanya bermain di tubir bibirku yg membuatkan roomates ku pening dgn tingkahku.
siapa x pelik bila ceritakan keanehan seorg lelaki yg mereka x pernah kenal.

sem seterusnya aku mula berbicara dgn insan ini. lelaki mana yg kenal aku tapi x start dgn bergadoh? myb la certain org tp yg boleh dikatakan dekat dgn aku. semuanya mesti bergadoh dulu. tapi aku beruntung antara mereka the sharp tongue memahami aku sbagai kwn. pada dia aku tanyakan semuanya, myb x semua dan dia akan bg aku jawapan jujur yg aku nk dgn cara aku sndri. hari ke hari aku dgn mamat pelik ne mcm level kwn2 lelaki aku yg lain. bergadoh tp saling menjaga. :D inilah selalunya kenapa aku lebih suka berkawan dgn lelaki berbnding perempuan.

sehinggalah dimana aku berdiri sekarang perasaan aku berubah. sejak bila itu aku tak pasti dan aku rasa aku sndri x perlu pastikannya. apa yang pasti, syg yg ada padaku skrang bukn syg sbgai kwn. aku tak tahu. aku cuba menidakkan kerna beberapa sbb. (yes, truskan berfikir ia nya psal study pdahal,x. itu bkn halangan utkku) khabar angin yg telah lama ku dengar sengaja diulang tayang di pendengaran ku. dia seorang yang kaya tapi kedekut, dia seorang yg pelik tp nakkan perempuan cntik dan bla bla bla. the sharp tongue guy nilah yg jumpa aku n serkap jarang mcm2. tp smpai ke sudah aku tak pernah mengaku. mereka mengatakan aku berubah kerna dak pelik tu sedangkn mereka x thu isi hatiku. walaupun separuh dr mereka katakan itu adalah benar, tp aku x mampu tuk luahkan. namun aku bersyukur ada dia

when he walk beside me i pretend not to smile but deep in my heart, i feel like wanna dance, happily. but they keep talking. n i refused to heard rumors. when he smile, i feel my world lighting beautifully. tapi aku tetap bergadoh dgn dia tuk menutupi rsa di hati. aku takut. bkn aku tkt rasa ini x berbalas, aku tkut aku x dpt mengawal perasaan

namun ketika cinta ini berputik dah ramai yg tersenyum merasakan detik penantian mereka sudah tba tuk melihat perubahan pdaku. aku tak ingin semua ini berlalu. selalu aku bermohon pada tuhan agar yg pisahkan aku dan dia. aku pun tak thu kenapa aku berdoa bgitu.cuma aku msih mengikut gerak hati kerna inilah saatnya cinta aku berputik

Kebesaran Cinta

sewaktu dahulu
aku hanya seorang gadis biasa
dunianya kosong tak bercahaya
bukan aku memencilkan diri
bukan jua aku yang berkendakkan begini
tindakan ku mengikut kata hati
yang menyebabkan aku agak keras kepala dan kasar
semuanya seakan kosong bagi ku
namun segalanya berubah apabila kau datang menerangi dunia ku
ia bagaikan bercahaya semula
tiba-tiba seorang gadis kasar bertukar berpewatakan lembut dan manja
hatinya begitu luluh tatkala diuji ombak besar
namun gadis ini memilih utk terus bertahan
mengharungi segala onak
hanya kerana untuk bersamanya
walaupun pada hakikatnya
lelaki itu tak tahu rahsia isi hati gadis ini
gadis ini bersyukur kerna cahaya telah menerangi semula dunianya yang selama ini
kosong tiada bercahaya
inilah
Kebesaran Cinta <3

Thursday, August 11, 2011

cerita setengah panjang: cinta aku II

di sinilah cinta aku sekarang. Itali, bersama suami tercinta disisi. aku tersenyum sendiri merenung keluar tingkap..

Adam: apa awak senyum sorang-sorang tu tak nak kongsi ke?

Aku: tak nak. t kalau kongsi saya da ingat kennagan tu.. hahaha

Adam menggeletek aku. aku gelak terkekek sehingga penat.. aku meminta Adam berhenti berbuat begitu

Adam: nak cita ke x?

Aku: ye2 nak cita la ne..

Adam merangkul bahu aku dan melentokkan kepala ke kepala aku. ingin ku tolak kang trasa hati kerna hakikatnya kepala dia berat gila... terpaksalah aku tahan

Aku: awak tahu tak,waktu saya dapat tahu dari mama yg awak akan tinggalakn Malaysia hari tu hati saya remuk sgt.. saya macam tak dapat berfikir nak buat apa. MR TEDDY jd mangsa tyme tu. kesian dia..

Aku memerhati reaksi Adam. dia memberi sepenuh tumpuan pada cerita ku. taklama kemudian kepalanya dilentok di paha sambil bermain jari2 ku.. macam kanak2 je aku tgk dia ne.. comel.

Adam: lepas tu?

Aku: lepas tu,saya terdengar mcm awak panggil saya. saya turun bawah semula saya cakap pada papa dan mama yang saya da buat keputusan. papa kata pergilah cari awak sebelum terlamabat. waktu saya berlari nk ke rumah waktu tu. saya tersadung kaki sendiri, tapi waktu tu sakit pun saya tak endahkan. janji saya dapat cari awak. bila ibu cakap awak da ke airport, saya hampir putus asa. tapi hati saya kata awak tgh tunggu saya..

aku mencuit hidung Adam.

Aku: saya terus bawak Neo kesayangan saya tu cariawak. Pak Mamat memberitahu jalan paling cepat tuk saya smpai ke airport. maklumlah selama ni org yg bwakkan.. ni kena drive sndri..

Adam: awak pecut ke?

Aku: erkkk yup.. waktu saya nampak awak kat airport saya rasa mcm nak peluk awak tapi waktu tu batas menghalang kita jadi saya tampar awak tu melepaskan perasaan saya. tapi sekarang awak da jadi milik saya. tak ada apa-apa yang saya perlu risaukan lagi.

aku tersenyum padanya.

Adam: lepas ne jangan buat lagi mcm tu taw..

Aku: ermm  tgkla dulu.. kalau awak berani nak tinggalkan saya lagi mcm tu saya buat jugak.

Adam melutut di hadapanku. aku tergamam dengan tindakannya..

Adam: awak, saya janji saya takkan tinggalkan awak. mcam mna saya susah nak dapatkan awak mcam tu la saya takkan lepaskan awak.

Aku: Adam, janganlah buat macam ni. saya tak perlu janji awak. saya cuma perlu awak buktikan ja tapi kan wak, saya rindukan MR TEDDY saya. tiap kali saya nak tidur mesti sya pegang tgn dia suh dia usap kepala saya. waktu saya mrah da tumbuk dia kuat2. waktu saya sedih. saya menangis kat dia. rindu TEDDY saya.

Adam membuat muka merajuk. aku dengar dia merungut "sikit2 teddy huh!"

Aku: tapi saya tak perlukan MR TEDDY tu da. MR TEDDY da ada depan saya sekrang..

aku merangkul tubuhku kejap.. terkejut aku dengan kelakuannya..

Adam: jangan awak ulang kata mcm tu da. saya jeles!

Aku: takkanlah dengan TEDDY awak tu pun awak jeles?

Adam: JELES sgt!

tahu pun jeles... aku membalas pelukan Adam walaupun jelas2 Adam memeluk ku kuat ..

aku bahagia kini.. Terima Kasih Tuhan

cerita setengah panjang: cinta aku

hati siapa tak terluka bila insan yg  disayang berada di depan mata bersama wanita lain... namun aku tak salahnya Wan. dia tak salah. aku yang salah. aku yang biarkan hati ini menanam benih cinta, aku yang biarkan ia berbunga mekar. namun untuk luahkan pada Wan, aku takut jadi aku memilih untuk pendamkan perasaan ini. inilah akibatnya. aku merana dlm diam. ketawa ku adalah tangisan ku. senyumku hanya menutup luka dihati tatkala dia bersama wanita lain. namun, suatu hari

Adam: ikut aku jap

Aku: apa ne? ajak aku memarah cmni

Adam: iku aku kalau kau tak nak malu

aku membuntuti Adam ke tasik berdekatan

Adam: apa yang kau nampak Nad pada Wan? apa yang kau harapkan darinya??

Aku: maaf kau tak berhak tanya aku soalan mcm tu.

aku segera ingin berlalu dari situ. situasi mcm nilah yang aku paling tak suka

Adam: Nad, aku sayangkan kau.. aku tak sanggup tengok kau mcm ni Nad. ni bukan Nad yang aku kenal dlu. aku tahu aku tak boleh memenangi hati kau kerna hati kau ada pada Wan tapi tolonglah jaga diri kau. tengok ko da kurus. cmni ke Panda. mana kuasa Panda kau yg mampu buat kau tersenyum Nad? aku ternanti-nanti Panda yang lama. ia lebih baik dari kau yang di depan aku sekarang.Kembalilah Nad. Kembali pada Nad yang dlu

Adam berlalu. terduduk aku menangis di situ. Ya Allah apa yang aku da buat ni? kenapa aku menanti benda yang tak pasti. mengapa aku mengejar sesuatu yang ku tahu itu bukan punya aku.

aku tersekat di dalam kesesakan jalan raya. di dalam kereta air mata tak berhenti mengalir. Pak Mamat juga tidak bersuara melihat keadaan aku. Pak Mamat adalah pemandu keluarga aku sejak aku belum lahir lagi. inilah ayh aku yang kedua. aku amat hormati org tua ini. papa dan mama dlu selalu outstation dan aku ditinggalkan bersama PAak Mamat dan Mak Mah. aku senang bersama mereka, bersama mereka juga aku belajar erti kesederhanaan. oleh kerna itu juga aku dapat selindungkan siapa aku, gadis bangsawan yg di agung di dalam kalangan kami. tapi bagi aku apalah ada pada status. aku lebih memandang hati seseorang
Hati? huh! hati sendiri tak dapat nk nilai mcm mana hati org?

Aku: Pak Mamat. jem lagi ke?

tanya aku tanpa memandang ke hadapan. sejak dari td aku membuang pandang ke luar tingakap yg ujan renyai-renyai.

Pak Mamat: nampaknya mcm tu la...

tiba-tiba pintu belakang dari arah aku dibuka dari luar. tangan ku di tarik keluar dan berlari di dalam hujan.. aku tidak membantah kerna aku tahu siapa yang menarik aku keluar dari kereta. kami berlari di dalam ujan merentasi kesesakan lalu lintas dan tiba di suatu tempat. kami tertawa dan penat..

Aku: tahu je kau cmna nk culik aku ea?

Adam: aku da master ea bab ne. dari kecil taw aku culik kau. bukan sekali. kau inagt tak dlu.. masa tu hujan cmnilah, kau menangis kena marah dengan papa, waktu tu juga aku culik kau bwak main hujan lepas dari tu kau da tak nangis macam sekarang.

aku terdiam mendengar kata-katanya. memang betul. dialah penyelamat aku dari dulu lagi dan.. sehingga sekarang dia tetap begitu. aku benar beruntung ada insan sepertinya di sisi ku namun hati ku tak terbuka untuknya. apakah aku buta.? apakah aku ego? atau apa aku gila dengan cinta pada Wan?

Adam menggosok rambut dan kepala ku.

Adam: da jum! hidung kau da merah tu. selsema lak  kau karang

Haicommmmm!

Adam: kang aku da cakap. sini.

Adam merangkul bahu ku dan berjalan seiring. Adam membawa aku ke sebuah butik

Aku: kita kat mana ne?

Adam: ni? butiklah.. kau buat lawak plak..

Aku: aku tahu la ni butik tapi apa kita buat kat sini.

Adam: tanya lagi. dah! pergi cari baju yang kau nak. pergi tukar baju. karang demam plak. Miss tlg carikan dia baju.

Aku: tapi aku...

Adam: arghhh banyak mulut lah kau hari ni.. nah g amik baju ni.. g tukar.. aku bg kau 3 minit ja. kau tak keluar dlm 3 minit aku tggalkan kau kat sini.

Adam tinggalkan aku dengan wajah yang geram.. aku muncung sedepa.

juru jual: erkk Cik. ini baju untuk Cik

Aku: baju untuk saya?

cantiknya.. rekaannya bagus sekali. aku melihatnya harganya.. mak aih.. gila.. beribu.. longgar lutut aku.. pe aku nk buat ne..da la duit tak bawak.. nk guna duit adam pun agk2 la mcm ni ha harga bju ea..

aku: eh tak pelah saya pilih yang lain

Juru jual: erk tapi Cik ini baju yang cik Adam pilih untuk cik. pakailah cik atau saya akan dibuang kerja, ini high heel nya.

wajah jurujual tu nampak ketakutan yang amat. aku ke kaunter. Aidil Adam: Pemilik Butik

aku tergamam melihat Nad yang baru keluar dari bilik persalinan di butik. cantiknya dia. tepat pilihan gaun labuh yang aku berikan.

Aku: janganlah tengok aku camtu

Adam: eh tak tak... kau nampak menawan.. ha cmnilah.. ini tak slalu pakai kasual style ntah apa-apa kau tu. inikan manis.. tapi ada benda tak ckup lagi.

Aku: apa?

Adam: senyuman kau

aku tersenyum.

kami dibawa pergi limo milik Adam.

aku: Adam kita nak ke mana.

Adam: ikut je la.. jangan banyak tanya

Aku: kau ni kan..

Adam: shhhhhhh

aku menarik muka masam. Adam tersenyum melihat wajah ku mencuka. kami tiba di suatu tempat berprestij

Aku: Adam.. Adam

bisikku.. Adam buat tak endah. lama kelamaan aku menarik lengannya. aku nampak dia tersenyum

Aku: Adam apa kita buat kat sini.

Adam: kau tunggu di sini kejap ye jangan kemana-mana tau.

Aku: ha? kau gila tggalkan aku kat sini.

tak sempat aku berbuat apa-apa lampu terpadam tiba-tiba bila Adam tiada di sisi. sudahlah aku ni takut gelap.

aku: Adam..... kau jangan sampai aku menjerit Adam. kau tahu kan aku takut gelap. aku kira sampai 3 je kau kau x datang jugak aku menjerit...

aku memang seorang yang takut pada gelap. aku juga hampir menangis sekarang. tiba-tiba lampu menyala diiringi dengan piano dan suara org ramai mengalunkan lagu happy bezday. kek setinggi 2 tingkat di tolak di hadapan aku. aku dapat melihat wajah2 yang aku kenali berada di sini termasuk Wan. Adam menghampiri aku. aku menghapuskan air mata yang tadinya ada ditubir mata. aku tersenyum semula

Adam: kenapa terkejut? tak mungkin aku lupa bezday kau. Selamat ulangtahun kelahiran Nad.

Aku: terima kasih

Adam: tiuplah lilin tu cepat.

beberapa ketika kemudian, Adam mengajak aku menari.

Adam: Nad teruskan tersenyum. Ada mata memerhatikan kau nad. matanya terpesona dengan kejelitaan kau

sebaiknya aku ingin meoleh pada wan, wajah ku ditolak semula

Adam: jangan toleh. kalau kau toleh dia akan rasa dia dapan tawan kau. kalau aku cakap mesti kau taw percaya. dia tu price tag.

Aku: kau ni tak baiklah. tahu la kau tak suka aku dengan dia tapi tak payah la kau kutuk-kutuk dia,

Adam: kau marah? aku ni sayangkan kau Nad. aku terima yang kau anggap aku kwn. tapi sebagai kwn kau yang sygkan kau ni, aku taknak kau bercinta dengan org yg syg kan duit kau bkn kau. aku harus pastikan lelaki itu sesuai untuk kau Nad. sesuai utk tak lukakan hati kau, tak buat kau menangis. kau tengok ni.

seorang pelayan berjalan menghampiri Wan smbil membawa air tapi tiba-tiba air itu tertumpah pada sut dan kasut Wan. Wan menerpa ke arah pelayan tadi dan mula marah-marah.

Wan: hey! kau tahu tak berapa mahal sut dan kasut ne. urgghhhh!!! 6 bulan gaji kau pun belum tentu dapat ganti kau tahu tak.. ini buatan dari luar negara bukan sembarangan.

Wan berlalu keluar dari majlis.

Adam: macam tu kau nak buat teman hidup? kalu orang bawah pun dia da tak hormat. mcm mana dia nak hormat kau?

aku merenung Adam tajam. aku agak marah dengan perbuatan Adam. apa maksud Adam ingin membuktikan Wan itu buruk pada ku. aku juga meninggalkan majlis tanpa sebarang kata. bila aku tiba di rumah terus saja aku siapkan diri untuk tidur. aku ingin lupakan semuanya. tak lama selep[as itu handphone ku berdering. aku menjawab dengan malas

aku: hello!

Adam: da tidor ke?

Aku: baru nak tidur kenapa?

Adam: boleh kau buka tingkap kau kejap. aku kat bawah ne.

aku membuka tingkap bilikku. memandangkan kami  berjiran aku boleh nampak Adam dari bilikku. adam tersenyum

Aku: apa kau buat malam2 cmni Adam. masuklah hari da lewat. kang kena embun deman nanti.

Adam: kau tertinggal hadiah kau.

Aku: esok je lah aku dtg amik ea..

Adam: okay

katanya lemah...

aku menutup kembali tingkap bilikku. tapi sejenak kemudian aku tak sedap hati. hati aku memberontak untuk kembali ke tingkap. Ya Allah! jangkkan aku tepat. Adam tak berganjak dari tempat dia berdiri tadi. aku mencapai baju sejuk dan berlari turun ke rumahnya. aku berdiri betul-betul dihadapannya

Adam: kau turun jugak

dalam kesejukan pun Adam masih mampu tersenyum. aku menampar pipinya spontan. menitik air mataku

Aku: kau ni bengong ke apa ha?! macam mana kalau kau demam? tadi da la baru lepas hujan kau ni kan.. eeii!!

aku menyarungkan baju sejuk aku padanya. aku mendemah dahi Adam. panas! Ya Allah aku bersalah pada insan ini

Aku: tgk! kn da demam. eiii nak je aku cekik2 kau sekarang.. degil keras aty ego. semua nak menang kat kau. jum aku bawa kau masuk rumah..

aku menolong memapah Adam ke pintu rumahnya namun dia mengeraskan diri dari berjalan

Adam: amiklah hadiah kau tu.

Aku: kejap lagi aku ambillah. kau dlu lagi penting,

adam merenung aku.,.

Aku: ye la ye la aku ambil.. sekarang kau masuk dlam minum air suam banyak2 ea. selimut tebal2.. ingat tu.

Adam: kau baliklah!

aik halau pulak? tadi ye2 suruh aku dtg.. eee tak paham aku. kotak besar tu aku bawak ke dalam bilik.. apalah isinya... dahla hadiah tu besar dari aku. agak sukar untuk aku bwak ke dalam bilik.. huh! penat! Adam, Adam... haish!

aku membuka kotak besar itu. aku menarik isi kotak itu. keluar patung bear yg besar ditulis MR TEDDY. aku tersenyum. sejenak, aku mengukur kebesaran bear tu dengan dri aku.. husihh kalau mcm ji bkn aku peluk bear ne, bear ni peluk aku blik.. taku ternampak sesuatu pada leher  Mr TEDDY. aku menariknya.. eh ini mcm gmbar negative film. perlahan-lahan aku melihat negative2 itu. gambar2 itu diambil sejak aku kecil bersama Adam. tangis tawa semuanya terungkap dlm gmbar itu. gmbar itu di akhiri dengan gambar aku menari bersama Adam. aku duduk berhadapan dengan MR TEDDY. aku membaca nota disitu "kalau marah tumbuk saya, kalau sedih nangislah pada saya. kalau rindukan seseorang peluklah saya" aku memegang tgn kanan MR TEDDY

aku: hai MR TEDDY nama aku Nad. Terima kasih sudi jadi kawan aku

aku mengusap kepala MR TEDDY lembut sambil tersenyum.

Keesokkannya aku bangun awal menyiapkan nasi bubur buat Adam. keakraban kami sejak kecil embuat kami saling boleh keluar masuk ruma masing2. papa dan mama sudah menganggap Adam sebgai ahli keluarga kami sebdiri.. begitu juga dengan keluarga Adam.

mama: Awal bangun hari ni anak mama.

Aku: ouh mama. Nad nak ke sebelah. Adam demam. NAd masakkan bubur nasi ayam utk dia.. bye2 mama.

aku memdemah dahi Adam. masih panas. Adam terjaga dari tidur.

Adam: Nad

panggilnya perlahan. nampak sgt wajahnya yang keletihan.

NAd: jum makan. aku ada masakkan nasi bubur ayam untuk kau.. bangunlah. aku suapakan

aku membantu Adam. untuk duduk. aku menyuap Adam. namun belum sempat aku menyuapnya dia menolak tgn ku lembut.

Adam: Nad, pergila rehat. kau tak sehat ni. muka kau pucat. bibir kau kering. pergilah berehat Nad.

AKu: aku sehatlah. kau tu,mata da gelapla tu sebab badan kau panas sangat. semua kau nampak tak betul. tu la kau..da tau kat luar tu berembun baru lepas ujan kau duduk gak lama-lama kat luar tu..

Adam: mungkin aku tak nampak, tapi aku tak buta Nad. sini aku demah dahi kau.

Aku: eh tak payahlah.. aku sehatlah

Adam menarik tangan ku kuat sehingga menyebabkan aku terdorong ke depan. tanganya pantas mendemah dahiku. Adam menjentik dahiku.

Aku: aduiii sakitla

Adam: tahu sakit.. hati aku lagi sakit tengok kau tak sehat mcm ni tau tak?da jum aku bawak kau g klinik.

Aku: eleh kau sendiri tak sehat. nak bawak aku plak..

Adam: kau nak pergi ke tak?

aku: tak wekkk

Adam turun dari katil dan mencempung aku ke halaman luar.. aku menjerit jerit minta dilepaskan.

Adam: kau jeritla. papa dan mama kat atas.. diorang tak dengar..

Adam memboloskan aku ke dalam perut kereta. selepas itu dia mengunci aku dariluar..

Adam: duduk dalam tu smpai aku datang. paham x?

Adam memandu kereta ke klinik. sepanjang perjalanan aku mebuang pandang ke luar tanda protes pada Adam smpai la kami kembali semula ke rumah...

Adam: sampai bila kau nak merajuk ne?

aku buat2 tak dengar lalu masuk ke dalam rumah..

aku beruntung Nad da kembali pada dia yang asal.. keras kepala kuat merajuk mcm budak2 dan manja.. itulah Nad yang sebanar..

dengan menggunakan teropong aku teropong ke bilik Nad.. ternyata dia berkata sesuatu pada MR TEDDY yang aku berikan dan menumbuknya beberapa kali. dan akhirnya dia tertidur smbil memeluk patung kesayangan dia tu.  aku tersenyum bahagia.

Suatu hari Adam mengajak aku keluar. hati aku berdebar-debar seperti sesuatu akan berlaku.

Adam: NAd aku dan kau dengar betul2. sudi tak kau aku lamar sebagai suri hidup aku? aku takpandai nak beromantik ni Nad.

Aku: maaf Adam. aku tak dapat berikan jawapannya.

sejak darihari tu hubungan aku dan Adam renggang. sehinggalah aku dapat tahu dari mama bahawa hari ini adalah hari terakhir Adam berpijak di bumi Malaysia. semuanya gara-gara hatinya terluka kerna aku.

Aku: papa mama, NAd da buat keputusan!

aku berlari ke rumah sebelah. namun aunty memberitahu adam sudah ke airport. aku mendapatkan Neo kesayangan aku. tak aku peduli cara panduan ku. apa yang penting sekarang aku harus dapatkan Adam. Adam lebih penting sekarang. aku tiba di airport segera aku mencari- cari wajah Adam. di suatu sudut aku ternampak wajah sedih dan muram Adam. aku berlari mendapatnya.

Aku: Adam!

aku terkaku melihat aku di hadapannya.

Adam: Nad, apa kau buat kat sini

Aku: apa aku buat kat sini?! pang! sampai hati kau nak tinggalkan aku. kau ingat kau siapa slama ni menjaga aku lepas tu senang2 kau nak tggalkan aku? ha! kau siapa nak buat aku mcm tu? Aku tak kira kali ni kau kena dengar cakap aku pulak.

Adam: Nad aku kena pergi...

Aku: jangan kau jadikan ini semua alasan tuk kau tinggalkan aku Adam. jangan

 bercucuran menitis air mata aku.

Adam: Nad...

aku mengenggam tangannya.

Aku: jum!

Adam: kemana?

Aku: rumah tok kadi. kita  bernikah. lepas tu mana kau nak pergi sila bawak isteri kau ni sekali. jangan berani2 nak tinggalkan aku.

Adam: serius Nad?

Aku: nak kena penampar g skali baru nak percaya?

aku mengangkat tgn mengacah utk menamparnya. namun segera tangan aku ditangkap. dan dikucup shahdu oleh Adam....

Aku: flight pkul brapa?

Adam: mlm ni

Aku: yg duduk awal2 kat airport ne nk tunggu sapa? hishhhh!!

aku mengenggam erat tgn Adam nak menarik Adam berlari pergi dari situ..

Adam: eh stop, stop kita nak g mana ni?

tercungap-cungap Adam akibat mengikut aku lari terlalu laju.

Aku: kau ingat kau je bolih culik aku sesuka hati?

Adam: ye la tapi kita nak g mna?

Aku: kahwin la

Adam tersenyum penuh makna. genggaman tangannya semakin erat. kali ini dia mendahului aku berlari..

Adam: kita ke kedai cincin dulu..

kami dinikahkan secara ringkas dan hari itu juga aku bergelar isteri kepada Adam dan mengikutnya ke Itali atas sebab kerja.. inilah cinta aku. <3