BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, June 30, 2012

dek kerna rindu

dek kerna rindukan merbok yg teramat, malam ni aku pakai baju pink yg kami buat masa sport day dulu yg sebenarnya lama dah aku letak x bersentuh dalam almari..

aku rindukan suasana merbok, kesibukan di sana. teman, kawan sahabat dan dia. macam mana kau kat sana sekarang..dek kerna ego aku x pernah kol hg. hrmmm okay stop bout him

aku rindu nk snap byk2 gmbaq. nk berglak dgn semua org. x bertengkar dgn mira. nk dgr eika ngan fai suh kami stop bergadoh.. dgn emy slalu baik.. klu kt klaz aku suka usik syud.. mai sewel aku, aku suka cucuk pinggang maznim. abis semua org aku kacau. paling x lih blah aku suka mesej ngan nana w'pun dlm klaz.

aku rindu tyme kami p tupah. aku rindu kami kuar makan ramai2. aku rindu diam2 kuar klaz pura2 p toilet padahal sepanjang jln p cri mknan lepaz tu msuk klaz wat derk ja.. wat cam xdak apa2 pun.. aku rindu waktu miss kata dia lapar, aku ngan icka kuar diam2 beli mknan. semuanya sal xmau kwn2 kena marah sbb waktu tu tgh presentation. so dr kena marah pasai dia lapaq, bek bli dlu bg lapik perut...

aku rindu saat aku n icka memilih utk kembali menggayakan old school utk ke kelaz.. aku rindu waktu kaki aku berat nk blik tetiap kali hari kamis. dan aku gembira bila ahad pagi aku disambut riang. aku rindu nak kuar pg2 cri nasi lemak utk satu rumah. aku rindu kuey tiaw basah masria

aku rindu hiruk pikuk klaz. gurau senda. nak2 bila ehsan ngan mira celoteh... mestey ramai back up tlg gelak... yg paling kuat gelak kat mira bila smpai rumah, aku la. smpai berdarah bibir sbb waktu mulut aku kering tp nk gelaknya pasai, hamiikkkk kau.. aku rindu bila tetiap pagi bebel kak mira.. asal nk g klaz ja.. mestey kena ingatkan dia sumthing.. pastu dia bawak jalan2 nek keta amy.. maklumlah keta latu (buli)

aku ingat aku mengalirkan air mata terharu aku bila aku cuba buat 12 jam sajak tanpa henti. sokongan kwn2 aku cukup bermakna. seikhlas hati aku cakapa, aku tak boleh buat kalau xdak mereka. aku dah nak give lepas subuh. 8 lbh baie ngan muadz smpai. pkul 10 aku dah mmg betoi2 nk gv up tp aku nmpak kwn2 aku kat sebelah aku. tyme tu la aku rsa terharu sgt...

kalau nak cita bab merbok mmg byk..... sgt byk.... tapi aku bangga. aku bangga dgn kwn2 aku. semua org ada tekanan masing2 sewaktu struggle nk hbiskan diploma. akhirnya kami berjaya.

Friday, June 29, 2012

cerita panjang: senyum

aku terasa happy gila petang neh... aku diterima masuk untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang yang bakal aku ceburi nanti.. meskipun dah pun habis ijazah dalam bachelor of basic administration science tapi minat sebenar aku lebih mendalam dalam bidang animasi... di sebabkan terlalu gembira aku shopping barang untuk dimasak makan malam ni. aku pasti wajah ku mengukir senyuman yang tak terpadam dari tadi. namun senyuman itu segera terpadam tiba2 sebuah kereta dengan laju menuju ke arah aku. aku tergamam. demi mengelak dari berlaku kemalangan aku tersasar di bahu jalan. lutut aku luka. seluar ku terkoyak.

nadzri: hoi x nampak ke keta saya lalu

'bingai ke apa manusia ni jalan camni ko bawak laju2?" nak je aku hamburkan ayat ni

nadiah: hey sedara! yang kau bawa kereta laju2 tu pehal? kau tahu undang-undang ke tak?

nadri: awak luka? marilah saya pun nak ke hospital

nadiah: errkk tak pe sikit je. saya kena balik sekarang

lelaki itu merapati aku. merapati ke telinga ku

Nadri: baik kau ikut aku cepat ke hospital. cuba kau perhati, banyak mata yang memandang. jatuh air muka aku kalau kau tak ikut aku sekarang

entah mengapa aku terima pertolongan lelaki ini. pertolongan? bukan aku ke yang tolong jaga air muka dia. huh!

setelah tiba di hospital, lelaki ini meninggalkan aku di bilik rawatan sedangkan dia hilang entah kemana.. wajahnya tampak begitu cemas. seperti anda sesuatu yang sedang meragut ketenangannya. dengan jalan terencot-encot, aku pergi mencarinya di wad pesakit berdekatan dengan harapan aku boleh mengucapkan terima kasih. aku memandang dari luar wad. aku ternampak seorang wanita warga tua sedang terlantar di atas katil. hati aku seakan luluh melihat keadaan itu. lelaki itu hendak menyuap wanita tua tadi sedikit makanan tapi ditolaknya. aku ke kaunter jururawat.

Nadiah: err nurse, boleh saya tahu penyakit wanita tua tu apa?

nurse: oh dia tu datin dan pengarah besar sebuah syarikat. entahlah baru-baru ni dia kehilangan suami dalam kemalangan. mungkin terasa sunyi buat dia kerap sakit. makin kurang makan. dengar kata anaknya sekarang tengah tension pasal kena uruskan syarikat dan maknya. padahal anaknya tak suka uruskan syarikat tu pun.

Nadiah: thanks for the information.

aku melangkah kaki untuk berjalan pulang bila tetiba suatu suara memanggil aku dari jauh

Nadri: saudari!

aku berhenti melangkah dan tak berniat untuk merapati lelaki tadi keranan kaki ku yang sakit.

Nadri: kaki saudari macam mana?

Nadiah: dah okay dah. terima kasih sebab tolong saya

Nadri: kebetulan saya nak datang sini tadi

"habis kalau kau x datang sini, tersadai aku tepi jalan tadi" sekali lagi hati aku membentak

Nadri: nanti saya hantarkan awak balik. saya kena temankan mak saya dulu

NAdiah: takpe saya amik teksi je

Nadri: tunggu kejap saya hantar awak. saya hampir langgar awak, awak dah jadi tanggungjawab saya. marilah tunggu dalam wad kejap.

nak tak nak aku ikut juga bila lelaki ini hendak memegang lengan aku.

aku menolak daun pintu wad berkenaan. wanita tua itu menoleh dan memandang aku. cepat aku bersalaman dan menghulurkan salam.

Auntie Sarah: kaki kamu kenapa nak?

Nadiah: errr jatuh

Auntie: sampai terkoyak seluar kamu? Nadzri, suruh pak man datang bawakkan seluar.

Nadiah: eh auntie tak pe. saya pun dah balik. sikit je ni. saya pun dah buat rawatan tadi. letak iodine dua tiga hari baiklah ni. err auntie dah makan?

tanya aku berbahasa basi.. sebenarnya aku tak tahu apa yang patut dibualkan. terkeluar pulak soalan tu.

Auntie: kamu pun tahu jawapannya nak. kamu yang ada depan pintu ni tadi kan? siapa nama kamu

aku tertunduk. kantoi!

Nadiah: saya Nadiah

Auntie: macam man boleh jumpa Nadzri?

banyak tanya pulak datin ni.. ishhh takkan nak tipu lagi kutt

Nadiah: errr saya

Nadzri: dia jatuh nak mengelak saya pandu kereta laju tadi umi waktu nak datng sini. itu yang bawak skali datang sini.

Auntie: dah mintak maaf belum?

suasana diam sektika. ternyata lelaki ini ego

Nadiah: sudah

Nadzri: belum

serentak kami meluahkan kata. auntie Sarah kelihatan tersenyum.

Auntie: NAdzri, yang belum disudahkan. bawak Nadiah pergi makan sebelum hantar dia pulang. Nak, makcik suka dengan kamu, kalau kamu tak keberatan esok boleh jenguk makcik sekali lagi? makcik mesti gembira kalau kamu datang.

aku tak segera memberi jawapan. mata aku terarah pada lelaki bernama Nadzri. meminta sedikit jawapan. tapi hampa. dia tak memberi sebarang reaksi.

Nadiah: insyallah saya cuba

di dalam kereta...

Nadiah: hantar saya tempat tadi boleh? keta saya ada di situ?

Nadzri: tak nak makan dulu?

Nadiah: itu pun untuk jaga air muka awak jugak ke?

Ya Allah, awat leser sgt mulut aku ni?????

Nadzri: maaf tadi saya terkasar dengan awak. sekarang nak pergi makan dulu? kalau awak tak nak pun saya nak pergi makan. tengok muka awak buat saya lapar pulak.

Nadiah: okay nnt saya amik cab je.

Nadzri: okay menyesal awak tak ikut. saya tak pergi makan ikan siakap bakar tomyam kailan ikan masin

tetiba perut aku berkierut mendengar nama makanan tersebut. tergelak lelaki di sebelah aku ini.

Nadzri: kita makan dulu ye awak. kesian perut awak lapar.

aku menarik muka masam bila sisa tawanya masih ada.

sewaktu makan telefon bimbit aku berbunyi

Nana: oit Nad? mana kau? kau okay tak kenapa kau tak balik lagi

Nadiah: sorry nana. panjang cita. aku okay jap g aku balik. kau rileks je ea. jap g aku sampai.

Nadzri: pakwe?

Nadiah: awak pun dengarkan nama dia Nana

Nadri: mana tau kut orang Penang. eh esok macam mana awak nak ke wad umi? nak saya hantarkan pemandu?

Nadiah: saya drive.

sampai je rumah. belum sempat aku duduk Nana dah serang aku dengan macam-macam soalan. dia pulak ternampak luka dilutut lagi kecoh dibuatnya. terpaksalah aku layan sahabat terbaik aku ni sebentar sebelum aku merehatkan diri sepenuhnya.

keesokan paginya, seperti biasa aku akan menjenguk umi di hospital dulu sebelum berangkat ke pejabat. inilah rutin harian aku sejak ummi dimasukkan ke wad. ummi bagaikan hilang semangat untuk teruskan hidup selepas pemergian papa. tapi semalam seakan suatu keajaiban. umi seperti sehat melayan gadis dihadapannya. seakan tak sakit.

aku ingin menolak daun pintu wad sewaktu ternampak kelibat gadis dihadapan ummi. ternyata dia sampai lebih awal dariku.

Nadzri: assalammualaikum ummi, err Nadiah

aku sekadar menjawab salamnya di dalam hati. aduhh sampai pulak dah.. aku ingat nak mengelak dari berjumpa dia.

NAdzri: umm breakfast apa ni? wow! ikan masin, sup sayur, asam pedas.. my favourite. hai ummi siap bersuap lagi. orang tak sakit ni dapat tengok je la?

Auntie: rasalah. sedap masaknnya.

aku ingin menghalang. umminya baru saja mahu makan dia pulak menyibuk.

Nadzri: ummi tak mau makan kan. adek habiskan ye

adek? lantaklah. pantas jaru ku mencuti lelaki tadi. segera dia letakkan makana tu atas meja.

Nadzri: melawak jela eleh. mentang ummi ade orang suapakan. adek pun nak sakitlah.

aku menjeling lelaki ini. melawak suka lepas mulut betul. aku tak ambil pusing dengan kata-katanya

Auntie: ni Nadzri, doktor cakap ummi dah boleh keluar lagi dua lagi. nanti kamu datang ambil ye.

pintu wad dikuak dari luar muncul seorang gadis yang tampak elegen di mata aku masuk.

Zara: macam mana auntie hari ni?

Auntie: alhamdulillah sehat.

Zara: auntie ni siapa. nurse peribadi auntie ke? katanya sambil memandang ke arah aku

Auntie: x delah Zara ini Nadiah kawan Nadzri. NAdiah ini Zara Tunang Nadzri.

Nadiah: hai.

Zara: ouh patutlah nampak macam kampung sikit. mana Nadzri jumpa ni auntie?

Nadzri: eh Zara mulut kau boleh sopan sikit tak?

Zara: sorry

aku mengemas mangkuk tingkat yang ku bawa tadi dengan seberapa segera yang aku boleh. punggung aku bagaikan di letak bara api. panaz!

setelah mengucapkan salam aku meninggalkan bilik itu dengan segera. aku tak betah untuk tinggal lama-lama di situ. aku terdengar nama ku dipanggil. aku membuat bodoh. aku mengharapkan pintu lif ini akan tutup dengan cepat. terkejut aku bila tangan seseorang menghalang pintu itu tertutup rapat dan terbuka kembali. ternyata dia penat mengerja tapi apa aku peduli. hati aku sakit. dia masuk ke dalam lif.

Nadzri: saya mintak maaf atas perbuatan Zara. Zara dan saya bertunang atas sebab perniagaan kami yang semakin merudum. papa yang aturkan.

Nadiah: dan awak akan berkahwin. jangan lupa tu. sampai disini saja rasanya urusan kita Encik Nadzri. or should I call you Mr Nadzri Bin Dato' Munir?

lepas dari hari tu aku tak berjumpa lagi dengan lelaki itu mahupun umminya. cukuplah aku tahu dari pihak hospital umminya telah pun keluar dari hospital tersebut. sekarang aku kembali bersedia untuk memulakan kuliah selama enam bulan untuk bidang yang aku ceburi. aku berasa teruja. w'pun Nana dah berkerja dan aku belum, aku tetap membayar sewa rumah seperti biasa. walaupun berkali-kali di tegah Nana.

enam bulan berlalu dengan cepat. aku menamatkan pengajian dan ingin segera mendapatkan pekerjaan sebelum papa n mama bising-bising nakkan aku tinggal dengan mereka di Perth.

NAdiah: nana doakan aku okay?

NAna: ye2 aku doakan kau. apa nama syarikat yang kau nak pergi ni?

Nadiah: ntah. aku lupa. tapi semua pasal syarikat ni aku dah hafal.

nana: kau jangan Nad. aku tuh desperate nak kerja kan?

nadiah: tahulah aku.

sampai aku di syarikat tersebut menanti panggilan untuk ditemuduga. darah gemuruh aku mula menerpa ke segenap ruang muka... tangan ku menggeletar kesejukan. datang wanita ke arah ku.

setiausaha: maaf cik. temuduga tak dapat diteruskan. pengarah ada urusan penting di luar sekarang.

NAdiah: what? macam mana boleh jadi macam tu? macam mana orang yang datang dari jauh.

aku rasa tertipu sangat.

Nadzri: apa hal ni?

aku menoleh ke arah suara tersebut. alangkah terkejutnya aku melihat lelaki yang berdiri dihadapan ku ini. tapi wajahnya seperti biasa saja. seakan tidak pernah berlaku apa-apa. aku juga berlagak biasa.

Setiausaha: tak de ape. dia calon untuk di temuduga

Nadzri: kan saya dah kata saya ada urusan luar? hantar mereka semua balik

sombongnya manusia ni!!!!!!!!!!!!! bentak aku dalam hati.

Setiausaha: tapi Tuan. dia miliki dua ijazah satu basic admin science satu lagi animasi. sayang kalau di hantar pulang.

Nadzri: saya kata cancel semua!!

NAdiah: takpe Cik. saya pun dah tak teringin nak kerja kat sini bila boss awak macam ni. nasihat saya kalau dapat kerja tempat lain berenti je dari sakit jiwa kerja kat sini.

aku ingin blah dari situ selesai menuturkan ayat tersebut namun kaki ku berenti tatkala seorang wanita memanggil nama ku.

Auntie sarah: Nadiah, kamu boleh start kerja esok. kamu dapat jawatan tu

Nadzri: tapi ummi

Auntie: she deserve it, two degrees, one in basic admin second in animation. what you waiting for? kata ada urusan luar. pergilah.

Setiausaha: saya Siti. tahniah Cik Nadiah. esok datang sebelum pukul 9 pagi. saya  akan tunjukkan tempat awak.

Nadiah: maaflah tadi siti. sebab saya awak kena marah.

Siti: takpe saya dah biasa. lepas ni awak pun kena biasakan jugak. awak lah P.A baru dia lepas5 dah di pecat. awak P.A merangkap pelukis animasi dan saya dengar memandangkan awak ada degree in admin, awak juga akan ditempatkan sebagai penolong cik Nadzri. esok saya ceritakan sebabnya ye. selamat bertugas..

phewwww! terasa bagai diletakkan gunung atas kepala aku. aku menutup pintu rumah dengan malas. Nana yang dah balik dari kerja menanti dengan muka penuh tanda tnya

NAna: dapat?

NAdiah: dapat

Nana: alhamdulillah. tapi takkan tu jek ceritanya.

NAdiah: itu je lah,

Nana: kalau sembunyikan apa dari aku Nad?

Nadiah: jum teman aku masak aku cita ngan kau..

Nana: ni yang aku sayang kau ni..

malam ni aku bercadang untuk masak masakan kegemaran kami berdua. ketam masak lemak cili api. dengan sambal belacan.

Nana: mamat tu lagi? boleh tahan ke kau dengan perangai dia yang ikut musim tu?

Nad: ntah la nana. tapi bagi aku dia jadi macam tu mesti ada sebab.

NAna: hrmm kau macam tu la. lepas tu orang happy ending kau jugak yang hati terluka. sudah-sudahlah Nad. pikirlah hati kau sama. kau kira nak selamatkan hati orang je. hati kau?

Nad: kau kan ada? hehehehe

Nana betul. ayat itulah yang sering keluar sejak kami dibangku diploma lagi. insyallah aku akan laluinya dengan hati yang tabah.

aku tiba di pejabat lebih awal dari waktunya. alasannya agar aku lebih bersedia.

siti: cik Nadiah. ini fail dari bilik cik NAdzri. dia mintak cik semak semula file ni. ejaan or sumthing yang boleh diubah.

Nadiah: siti. lepas ni panggil saya nad je. kalau xde org tak payah lah ikut protokol sgt. bila dia nak?

Siti: as soon as possible.

Nadiah: oke letakkan sini.

Siti: err tapi semuanya 6 fail.

Nadiah: its okay.

tiba-tiba komputer dihadapan ku ini berbunyi blink menandakan email baru masuk. "anda dimintak menghadiri mesyuarat pada jam 1000 pagi.." aku bergerak ke bilik mesyuarat memandangkan mesyuarat akan bermula tak lama lagi. apalah Nadzri ni nak sebenarnya. buat mesyuara terkejut macam ni. kelihatan Auntie sarah turut berada di dalam bilik mesyuarat itu.

NAdzri: produk kita kali ini membabit rangkaian yang besar seterusnya target market kita luas. secara detailnya kali ini kita akan fokuskan pada minat remaja. dengan itu saja nak pengiklanan yang menarik dari karya animasi. Cik Nadiah anda di tugaskan untuk membuatkan tugasan ini. anda ada tujuh hari

jauh di sudut hati aku terkejut. 7 hari? kau gila! kau nak bunuh aku ke? perang apa yang di mainkan insan ini Ya Allah. namun ku pastikan riak muka aku tidak berubah dan terus tersenyum.

Nadzri: fail yang siti bagi tadi saya nak esok pagi atas meja saya. saya ada mesyuarat esok pagi.

Nadiah: fail dari syarikat mana?

Nadzri: semuanya

Ya Allah, dengan apa yang sedang kau uji aku ini? apakah insan yang berdiri di hadapan aku ini tak punya perikemanusiaan?

NAdiah: baik saya akan buatkan.

Nadzri: mesyuarat tamat di sini.

baik panggil aku sorang je. tak payah nak buat mesyuarat kecoh2 kat semua orang. bentak aku geram seperti ingin mengalir air mata. namun ku tahan di tubir mata dari di lihat staff di sini. aku mesti kuat.

aku berjanji dengan siti untuk lunch bersama. aku tunggunya dilobi pejabat, aku terserempak dengan Nadzri. aku segera memalingkan wajah.

Nadzri: kerja menggunung ada hati nak keluar makan? i don't think you can handle that things easily.

katanya lalu pergi setelah membolosi dalam perut kereta.

siti: Nad, kau jangan ambil hati ye dengan sikap Tuan tu

NAd: takde lah kak. yang dia nak buli hati saya kenapa. nak bagi saya kerja banyak takpe saya x kisah. tapi mulut dia tuh. pedih hati saya ni kak.

siti: akak tahu Nad. tapi Tuan jadi begitu ada sebabnya. tunangnya ingin percepatkan perkahwinan mereka sedangkan tuan ongin memutuskan pertunangan ni. bos kita tak pernah sukakan tunangnya. katanya dulu boss ada sukakan seorang gadis. katanya gadis itu membantu memulihkan datin dari sakit. tapi sejak gadis tu pergi, begitulah sikapnya. ego marahkan gadis tersebut.

Nad: kenapa dia lepaskan pada saya kak. pergilah cari balik perempuan tu. kahwin dengan dia. senang.

Siti: masuk bulan ni dah tujuh tahun gadis tu menghilang. bss tetap ingin mencarinya semula. dan tinggalkan tunangnya sekarang.

aku masuk ke pejabat semula. mungkin kerana aku sedang 'bercuti' sedikit sebanyak mempengaruhi tindakan dan emosi aku. aku menyelak fail di meja. terlalu banyak ingin dibetulkan.aku mula seperti mesin. membuat yang terbaik adalah prinsip aku.

siti: Nad, sudahlah tu sambung esok pulak.. dah pukul enam lebih ni.

Nad: sikit lagi kak siti. nanti saya balik.

Siti: jangan sampai sakit ye dik.

Nad. thanks kak.

aku terharu dengan layanan kak siti terhadap aku. mungkin jugak dia tak mahu boss nya kehilangan PA lagi kut.

pukul 9 malam aku menutup fail yang ke lima. aku mengambil keputusan untuk pulang dan datang pada keesokkan paginya awal sikit untuk menyiapkan fail yang ke enam.

awal pagi lagi aku dah sampai ke pejabat menyiapakan fail ke enam sebelum naga di bilik sebelah aku ni sampai.

aku menutup file ke enam dengan wajah yang puas. 8.55 pagi. pheww. meletup urat pinggang aku bila aku memusing ke kiri dan ke kanan. aku kelibat nadzri masuk kedalam biliknya. tiba-tiba interkom aku berbunyi

Nadiah: yes?

Nadzri: file yang aku mntak?

aku membawa ke enam enam file menuju ke biliknya. aku mengukir segaris senyuman agar dia turut tersenyum.. hurmmm memang acuan kut macam tu, dia langsung tak senyum.

Nadzri: timeline utk iklan dah siap?

Nadiah: belum

Nadzri: saya nak tgk petang ni

Nadiah: okey ^___^

Nadzri: keluar sekarang

tersandar aku di kerusi empuk di pejabat aku.. aku bermain dgn tablet yang aku beli untuk melukis karakter yang sesuai untuk di buat iklan. tibatiba Nadzri masuk dengan wajah berang.

Nadzri: saya suruh awak buat kerja bukan tersandar main dengan tablet awak tu.

Nadiah: i'm doing my job.

NAdzri: saya tak tahu pulak main tablet salah satu job specification awak.

aku cuma tersengih.. mati akal aku nak balas setiap ayat yang keluar dari lelaki ini. dia keluar sambil merengus seorang diri ke biliknya.

kak siti masuk. bau aroma nescafe membangkitkan semangat aku.

siti: Nad, ni akak buatkan kamu nescafe... kesian kamu kerja dari tadi.

Nad: trimas kakak ku tersayang...

Siti: dah kakak nak hantar ni ke bos pulak.

tiba-tiba aku dengar bunyi kaca pecah dari bilik sebelah.

Nadzri: pahit!! kau reti buat air ke tak ni? kutip cepat

Nadiah: akak? mari saya tolong.

Siti: takpe. pergi buat kerja kamu sebelum kamu kena marah

bisik kak siti. aku mengutip kaca yang bertaburan di lantai.

Nadzri: hah! dah teringin nak jadi setiausaha pulak kat sini. ke kau nak jadi cleaner aku?!

aku memandang tepat ke mata NAdzri. aku seakan tak mampu lagi bersabar dengan kerenah lelaki ini.

Siti: mari Nad. kita keluar.

aku meninggalakn kamar pejabatnya dengan hati yang marah.

siti: sudahlah tu NAd. akak tak apa-apa. jangan dinyala api yang sedang marak Nad.

nad: sekarang saya tahu kenapa saya yang ke lapan.

siti: sabar ye dik.

dua tahun berlalu. sikap Nadzri masih tak berubah. malah makin teruk. hidupnya jugak seakan tidak terurus. syarikat semakin merudum. datin sarah dimasukkan kembali ke wad. agaknya dia jugak stress dengan sikap nadzri dan syarikatnya. aku terdengar sewaktu staff di sini bersembang. siti mengetuk pintu bilik ku.

Nadiah: ye kak?

Siti: Boss kol suruh Nad amik alih tempat dia dengan syarikat ni. dia tak dapat handle sebab perlu jaga datin di hospital.

Nadiah: keadaan datin teruk ke?

Siti: datin tak mahu makan. dia susah hati la tu. waktu kehilangan dato dulu pun macam tu jugak..

NAdiah: ermmm takpelah.... staff semua dah tahu.

siti: belum

NAdiah: jum.

aku mengumpulkan semua staff bawahan ku untuk menaikkan semangat mereka semula yang mula goyah dengan khabar angin.

Nadiah: saya tahu kamu terima banyak khabar angin baru-baru ni

Amir: cik betulke syarikat ni nak tutup

Nadiah: semua tu bergantung pada kita semua. saya janji dengan kamu semua yang kalau kamu semua berjanji akan menyokong dan membantu saya menaikkan semula syarikat ini ke paras stabil, saya akan beri kamu hadiah. boleh?

Dolah: mcm mana dengan Tuan Nadzri?

Nadiah: kenapa?

Dolah: diakan bos

Siti: Tuan Nadzri baru kol. dia mintak cik Nadiah ambil alih tugasnya,

NAdiah: bagi yang tiada keyakinan terhadap saya takpe saya tak salahkan kamu. kita cuba sama-sama okay. so selagi dia takde kat sini saya akan bertanggungjawab.

adam: cik bolehlah naikkan gaji kami?

Nadiah: nakke? tunggu kita stabilkan syarikat ni, saya kan usulkan untuk kamu semua. okay?

mereka tampak kembali bersemangat. Ya Allah. aku telah peroleh kepercayaan mereka. kau kuatkanlah hati serta tenaga kami untuk kami pulihkan semula syarikat ini.

keesokkan paginya aku berniat untuk melwat datin dengan membawa masakan yang sama yang pernah ku bawa dulu

auntie: Nadiah, Auntie mintak maaf dengan kamu pasal perangai NAdzri.di jadi macam tu sebab kamu nak.. hampir setiap malam sejak dua thn ni dia asyik sebut dia sukakan kamu. dia terikat dengan wasiat papanya. sebab itu dia mampu luahkan yang dia cintakan kamu nak. dia sering tangguhkan pernikahannya dengan Zara. kalau bukan pasal wasiat tu, mestey kamu dan dia dah hidup bahagia. satu pinta auntie, kamu tolonglah betulkan sikap Nadzri. nak tolonglah auntie.

katanya sambil mengalir air mata. aku menggenggam tangan datin sarah dan berjanji akan mencuba sebaik mungkin dan aku tukarkan janji itu dengan janji aku pada staff yang lain. aku usulkan kenaikkan gaji mereka jika syarikat kembali stabil. itulah cabaran aku kini.

kini datin kembali ke pejabat semula setelah seminggu berada di hospital. datin umumkan kenaikan gaji kesemua staff yang ada. sorakan mereka buatkan aku hampir menangis. syarikat kembali stabil. aku ada terdengar mulut celupar Nadzri mengatakan aku memandai. lantak kaulah. janji tangunggjawab aku dah lepas..

kak siti menghantar nescafe ke bilik NAdzri setelah singgah menghantar secawak ke bilikku. prank!!! ini kali kedua aku dengar pecahan kaca dari bilik NAdzri. skang kau betul2 cari pasal dengan aku.

NAdiah: kak okay?

Siti: kamu buat apa kat sini. pergi. akak boleh buat. pergi sana buat kerja kamu

Nadiah: takpekak. saya tolong kutip kaca ni.

Nadzri: hah! tu apa pulak menyembang tu. buat kerja tu cepat. aku tak bayar gaji korang nak menyembang dalam syarikat ni.

aku menutup daun pintu kamar bilik ni. yang aku perasan pintu bilik datin sarah yang bersambung dengan bilik ini tak bertutup. tak pulak aku pasti dia ada di dalam itu atau tidak. kak siti masih bersama ku. akibat tak menahan marah, aku tak sedar yang aku menggenggam kaca tadi sehingga tangan ku berdarah.

Siti: YA ALLAH dik tangan kamu berdarah.

aku memandang tepat ke arah Nadzri.

Nadiah: apa masalah awak ni sebenarnya. tak payah cita panjang la. saya sendiri dah muak dengan semua ni. awak tak sedarkan masalah awak tu berpunca dari awak tak senyum. cubalah awak bangun lepas solat subuh tu awak senyum. tengok wajah ummi senyum. insyallah awak, awak tenang sepanjang hari

NAdzri: kau jangan nak masuk campur hal aku. pergi rawat luka tu.

Nadiah: apa awat peduli dengan darah kat tangan ni sedangkan awak tak peduli darah yang terluka di hati hampir semua staff awak. nak2 kak siti yang awak herdik sesuka hati. yang awak lemparkan cawan sesuka hati. dua kali awak tahu tak. tapi kenapa kak siti masih bertahan dengan awak. kenapa staff lain bertahan dengan awak. kenapa?!! tanya diri awak. berubah la awak. tak susah nak senyum. sedangkan senyum mampu menggembirakan hati yang lain

Nadzri: kau tak faham apa yang aku alami. kau takkan faham

Nadiah: siapa pun takkan faham melainkan awak sendiri. awak kalau muka awak terus mcm ni masalah boleh selesai ke?

Nadzri: habis dengan senyum masalah saya akan selesai?!!

Nadiah: ya Encik Nadzri saya jamin awak peroleh ketenangan dan masalah awak akan selesai dengan sedikit usaha doa dan tawakal. jom cuba. msalah mereka turut akan selesai. saya mohon tolonglah kali ni. lihat keajaiban disebalik sebuah senyuman.

aku membukak pintu bilik Nadzri sambil cuba menyorokkan tangan ku yg berdarah dari di lihat staff lain.

Nadiah: pergilah. senyumlah ke arah mereka. mereka menanti sebuah senyuman dari awak encik nadzri. please.. i'm begging

NAdzri bangun dari kerusinya melangkah ke pintu dan menutupnya kembali.

Nadiah: aku tak tahu kalau hati kau dah keras macam batu. mari kak siti.

NAdzri: tunggu. siti awak boleh keluar. awak ikut saya.

perintahnya dengan suara yang kendur.

Nadiah: kita nak kemana?

Nadzri: masuk.

Nadiah: saya takkan masuk kereta kalau awak tak bagi tahu kita ke mana

Nadzri: saya tak culik awak. masuk cepat

nadzri mengarahkan kereta ke tasik putrajaya. tak jauh dari masjid kedua putrajaya. dia membukak pintu kereta aku. Nadri mengambil sesuatu dari belakang kereta dan menghampiri aku.

Nadzri: tahan sakit sikit ye wak. saya nak cuci luka awak dulu.

sesekali aku menarik narik tangan ku. pedih! lagi memeritkan sewaktu diletakkan iodine. keluar air mata ku menahan perih.segera aku mengesat ia dari mengalir lagi.

diam. baik aku mahupun dia, masing-masing membisu. aku tak tahu sama ada ini gila atau tak. tapi x semena mena aku bangun lalu berdiri di hadapan nadzri lalu tersenyum semacam aku gembira di saat itu. tiba-tiba saja, Nadzri turut tersenyum.

Nadiah: awak tersenyum.. yess saya berjaya yessss lalalalalalalala awak senyum awak senyum

Ya Allah gembiranya aku melihat lelaki ini pertama kali tersenyum selepas dua tahun bermasam muka.

Nadzri: terima kasih awak. saya rindukan senyuman awak tu.

erk! sudah. skang baru masalah aku betul2 di depan mata. aku seakan dapat mengagak ayat seterusnya

Nadzri: saya cinta awak Nadiah tapi sesuatu mengikat saya.

Nadiah: awat selesaikan masalah awak dulu baru fikirkan saya dan awak ye

Nadzri: maksud awak kita? sejak bila awak...

Nadiah: saya pun tak tahu awak. saya tak dak jawapan tuk soalan awak tu.

Nadzri: takpe. cukup saya tahu kita punya rasa yang sama.

keesokkan paginya aku lihat Nadzri masuk ke pejabat dengan penuh senyuman. kebanyak staff kaget dengan apa yang mereka lihat. aku sekadar mengangkat kening pada kak siti.

tiba2 zara datang dengan wajah masam.

Zara: mulai saat ni aku bukan tunangkau lagi. aku dah ada orang lain. by the way, you kan perempaun dkt hospital dulu. kau ambiklah mamat lembab ni jadi laki kau. tak hingin aku

zara memulakan langkah untuk pergi. aku keluar ke hadapan pintu.

Nadiah: err miss Zara. mesti mata boyfriend baru kau tu rabun kan? kenapalah dia pilih kau yang dah berkedut ni. cuma kau senyum, mesti hilang kedut kat muka tu. kau tengok semua orang kat sini. tersenyum je. sebab tu diorang awet muda dari kau. bye...

zara keluar dengan muka masam. staff bersorak riang. kau salah pilih lawan kau zara. kau salah.

beberapa minggu berlalu. hubungan aku dengan semakin rapat. tapi pagi ni masuk kepejabat dia seolah-olah merajuk dengan aku. aku mencapai surat didalam laci dan melangkah ke bilik datin sarah.

Nadiah: maafkan saya datin. saya tahu ini mengejut saya harap datin boleh pertimbangkan.

Auntie: nampaknya syarikat ni akan hilang seseorang yang berkebolehan.

Nadiah: insyallah saya akan kembali suatu hari nanti jika ada peluang.

Auntie: syarikat ini sentiasa menerima kedatangan kamu nak.

Nadiah: memandangkan saya bukan lagi staff disini. auntie. jaga makanan elok2 ye. saya akan rindukan auntie

Auntie: baik. kamu jaga diri. terima kasih atas segalanya. pasal Nadzri tiada apa yang dapat auntie balas budi kamu nak. satu permintaan auntie sebelum kamu pergi. boleh kamu panggil ummi?

nadiah: ya ummi

datin sarah memeluk ku erat.

aku mengemas barang dan mengucapkan selamat tinggal pada semua. esok selepas kenduri perkahwinan nana aku akan berangkat ke perth australia. aku akan tinggal di sana.

nana: nad kau ni berani sangat lah. kau pasti ke dia nak cari kau sampai ke perth? kau ni sewel ea

Nad: oit. pengantin x elok membebel. baik kau tidur dendiam. esok kau tu nak bersanding

nana: aku ni x pe. dah sah pun jd hak org.. kau tu yang aku risaukan. buat dia x cari kau sampai ke perth cm manA?

Nad: membujang sampai ke tua la jawabnya

nana: haish kau ni.. dia cari kau nanti

kata nana seakan-akan berdoa agar Nadzri akan mencari aku di Perth dan menikahi aku. entah kenapa tiba2 aku rsa nk tinggal dgn mama dan papa. bkn merajuk. malah aku juga takut akan rindu pada nadzri. tapi rasa ini mengatasi semuanya.

aku diterbangkan ke perth dengan penerbangan awal. nadzri tak datang pun. mungkin masih merajuk dengan aku. sewaktu di atas kapal terbang, dengan tak semena-mena rindu aku kuat mengcengkam pada nadzri. Ya Allah, kenapa rasa ini terlalu kuat untuknya.

aku tiba di perth. pada siapa pun tidak ku khabarkan kedatanganku. baik papa mama atau abang tdak tahu akan kehadiran ku ke sini. aku mengesat tangisan. hati aku seperti berat untuk teruskan langkah. ingatan aku asyik melayang pada nadzri. aku menangis lagi. seseorang datang menghukurkan tisu.

Nadiah: thanks

Nadzri: sekarang kita nak kemana?

aku mendongak. betulka apa yang aku lihat ni. benarkah lelaki yang berada dihadapan ku ini kekasih aku?

aku merangkul lehernya. dan menangis teresak esak di dadanya. aku menangis semahunya. dia mengusap usap kepalaku

Nadzri: sudahlah tu. kan saya ada kat sini. awak menangis macam saya dah mati pulak

aku menumbuk numbuknya geram

Nadiah: sejak bila awak ikut saya?

Nadzri: sejak dari dalam kapal terbang. saya duduk sebelah awak.

Nadiah: lepas tu awak tengok n biar je saya menangis ingatkan awak? eee jahatnya

Nadzri: habis awak tak jahatlah? curi hati saya bawak lari datang perth. haaa xdak jahat la

dia mengajuk cara aku geramm

Nadiah: eeeeeeeeee

Nadzri: eeeee

akhirnya dia tergelak melihat muka ku yang muncung sedepa.

NAdzri: saya tak sanggup awak tinggalkan saya. jadi saya ikut awak ke sini, sayang.

Nadiah: habis sekarang nak cakap apa kat papa dengan mama pasal awak ni?

Nadzri: cakap je la saya bakal menantu diorang.

Nadiah: ishhh

Nadzri takpa senyum jke... semua masalah selesai.

aku menekan loceng rumah dengan berharap papa dan mama x bertanya banyak pasal Nadzri. pintu dikuak. tersembol mama di muka pintu.

Mama: Ya Allah papa, nadzim mari tengok siapa yang dah blik

aku memeluk mama erat.. sambil mengalir air mata

muncul papa dan abang. aku memeluk papa. dengan tangisan kerinduan penuh erti. kemudian aku memeluk abang

abang: Ya Allah beratnya kau duk. berapa kampit beras kat malaysia tu kau makan?

Nadiah: abang ni... mama tengok abang

mama: Nadzim, adik kau baru sampai dah nak cari pasal. Nadiah siapa kawan kamu ni.

Nadiah: eh lupa. mama papa abang ini Nadzri. kawan, bekas boss dan... eh dia temankan saya datang sini

mama: masuklah

nadzri menyalami semua orang. tetiba abang teriak.

nadzim: nadzri tdor bilik abang.

papa: janga mengada. bagilah dia selesa sikit. bilik tamukan ada.

Nadzri: takpelah uncle mana2 pun boleh.

papa sekadar menggeleng melihat telatah abang. beginilah kami kalau bertemu. perangai tak ubah ,acam budak2. dang bertelagah je keja.

mama: Nad,

ye! ketiga-tiga kami beralih dan menjawab serentak. maklumlah di pangkal nama bermula dengan NAD

mama: salah. nadzim, bawak nadzri berehat dulu. karang makan malam siapa mama panggil.

Nadiah: ntah abang nad pergi bawak nad tu berehat. nad ni nak manja2 dengan papa ngan mama.

aku meletakkan kepala di ribaan papa. terasa hilang semua penatku. papa mengusap kepala ku membuatkan aku rasa mengantok.

mama: tak nak story apa ke dengan mama. lama kamu tak balik. tiba2 balik bawak teman lak tu. calon menantu mama ke?

nadiah: papa tengok mama

papa: papa pun nak tahu juga siapa dia dengan kamu

aku diasak dengan pelbagai soalan.

Nadiah: ni yang rasa nak p mandi ni. hihihi

mama: sayang mama tak? baik jawab cepat.

Nadiah: yelah tu calon menantu papa dgn mama tapi papa ngan mama kena test dia dulu. okay?

papa: anak papa dah besar rupanya.

mama: dah pergi naik rehat. nanti mama panggil.

Nadiah: orait!

masa makan malam, Nadzri berdepan dengan ku, dan abang di sebelahku.

Nadiah: wah mama masak favourite adek. masak lemak ketam cili api. besnya.

tiba-tiba abang mengambil ketam yang ada di pinggan ku,

nadiah: mama.................

mama: nadzim!

nadzim: orang nak tolong kupaskan isi..

papa: tak malukan dengan nadzri? kamu berdua dah besar taw.

mama: nadzri, jangan dilayan sangat dua beradik ni. pantang berjumpa beginilah diorang.

Nadzri: takpe. saya okey.

tak lama kemudian kami dinikahkan di Malaysia. dan majlis perkahwinan kami di adakan sesederhana mungkin.

aku sah menjadi isteri kepada nadzri. aku bahgai. tak dapat digambarkan bahgianya aku ketika ini. desakan nadzri membawa aku kembali ke pejabat ni.

siti: laaa kau ke dik gadis yang selama ni bos cari tu?

Nadzri: ye kak. adik akak nilah. yang salah hampir gila cari nam bulan x jumpa tu akak.

aku melangkah masuk ke pejabat nadzri. dia mengekori aku dari belakang. memerhati tiap langkah aku.

Nadiah: abang, kenapa tempat saya tu tak berganti?

Nadri: buat masa ni abang tak perlu lagi kut pembantu. biar je lah dulu.

Nadiah: saya nak kesana kejap

kak siti mengetuk pintu bilik.

Siti: rindu ke?

Nadiah: sikitlah. akak sehat?

Siti: sehat. nah enam file. esok pagi boss nak ada atas meja dia

Nadiah: boss akak tu tahu nak buli saya je...

siti: suami kau jugak. akak keluar dulu.

aku mengumpul semua file tersebut dan pergi ke bilik Nadzri.

Nadiah: ooo pandai suruh siti hantar file masuk bilik saya. tak nak pembantu konon. rupanya nak suruh kita ni kerja dengan dengan dia. well, encik nadzri takboleh ke awak bertimbang rasa sikit? esok pagi mana sempat?

Nadzri: kenapa pulak x sempat. dulu sempat je

Nadiah: dulu saya bujang. sekarang saya bersuami. kena jaga suami. lainlah suami saya bagi saya buat o/t sampai lewat malam. tak balik rumah. lepas tu esok pagi baru blik. dia keluar pergi pejabat

Nadzri: okay okay saya faham..tak payah buat kerja. duduk je sini dengan saya.

Nadiah: haa nak suruh berkepit dengan dia pulak.. rumah siapa nak uruskan sayang oiii

nadzri tergelak dengan nada suara aku.

Nadzri: awak ni kalau geram je nak panggil saya sayang ea.

aku menjelir lidah tanda tak ambil pusing dengan kata-kata nadzri.

Nadri: dah jum balik

nadiah: aik dah nak blik?

Nadri jumlah...

                                                                            -tamat-

Monday, June 18, 2012

anda beruntung tika amarah ku menyala
aku memilih untuk mengalirkan air mata

anda beruntung jika baran ku datang
aku memilih untuk berdiam

anda juga beruntung jika aku hanya menjeling
dari aku menengking

maaflah, aku masih belum mampu bertukar menjadi insan yang mampu bersabar tika amarah datang menerpa. aku masih tak mampu menghalangnya. benar, bersabar itu separuh dari iman. dan sebaik-baiknya orang yg pemarah menahan sabarnya.

bukan aku. aku masih mencuba menjadi yg terbaik. ketahuilah

tika aku memilih untuk berdiam
aku takut andai tersalah bicara
aku takut ada hati terguris dek kata
almaklumlah lidah ini setajam pisau
ada yang paling ku takuti
jika aku diam
aku takut andai terbit rsa benci dihati
terkesan dari marah yg terpedam
dan juga aku khuatir kalau2 ia akan menjadi dendam

aku insan biasa
cuba menjadi diri sendiri
juga cuba memberi yang terbaik
namun ku juga punya hati
tahu menangis
tahu marah
kerna mencari dan menjadi yanbg terbaik itu
pegangan yg kukuh adalah sabar
dan aku mahu menjadi orang yg sabar