BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, March 9, 2017

setinggi gunung

setinggi itu juga penantian aku
entah bila akan berakhir
entah bila sebuah jawapan akan muncul
namun aku terus menunggu.
entah mengapa kaki ini terlalu berat untuk melangkah
melangkah pergi meninggalkan mu.
kali ini aku begitu sabar menanti sebuah jawapan.
mungkin bagi aku ini yang paling berbaloi untuk tunggu

apa istimewanya
apa hebatnya kau 
sehingga hati aku terpaut dengan kau
apa hati kau begitu mulia sehingga hati aku tak mampu berpaling dari mu
aku hampa
aku hampa dengan diriku
di saat aku yakin aku kuat
di saat aku yakin aku tak kan bercinta lagi
akhirnya aku lemah
aku tersungkur di pertengahan jalan
aku tewas dengan perasaan aku sendiri
semuanya kerana kamu

kamu yang muncul tiba-tiba dihadapan ku
hadir bagaikan angin kencang
tiada tanda
tiada amaran
puffff
didepan mata
begitu kau bermain dengan perasaan aku
mudahnya bagi kau

kau buat aku bingung
kau buat aku penasaran
apa ini?
apa yang kau cuba lakukan?
apa kau cuba bermain dengan hati dan perasaan ku
apa kau ingat aku ini boneka?
yang ada tika kau sedih
yang ada tersenyum tika kau berduka
memulih setiap nestapa kamu?
aku juga manusia
aku juga punya hati dan perasaan.
jangan buat aku jadi bingung begini
jangan biar aku tertunggu-tunggu satu benda yang tak pasti.
aku perlu jawapan
tolong jangan bermain teka silang kata
hati aku penat
hati aku letih
lelah untuk cinta yang tak pasti
hati aku sedih kerna pernah terluka
hati aku belum cukup kuat untuk menempuh semua ini sekali lagi
jadi tolong,
tolong jangan main-main dengan perasaan aku.
tembok yang ku bina ini belum kukuh.
aku tak rela andai ia roboh sekali lagi,
aku tak kuat.
aku lemah.

Tuesday, March 7, 2017

Menjelang Hari-Hari Terakhir


Dalam Lif Pun Sempat
Eshal Tak Dak


menjelang hari-hari terakhir aku kat sini. cuma ini yang aku pinta, keseronokan. pengakhiran yang begitu sempurna. terima kasih teman. terima kasih untuk dua bulan yang penuh keceriaan. terima kasih atas ilmu yang diberi. terima kasih atas tunjuk ajar yang diperturunkan. terima kasih mahaguru-mahaguru sekalian. jasa kalian akan aku kenang sampai bila-bila.

3 bulan. 3 bulan aku akan merantau ke tempat lain. bulan 6 mungkin aku kan kembali. mungkin juga tidak. entahlah aku sendiri tak pasti dengan apa nak jadi sepanjang tempoh aku di sana. jika baik. aku kembali, jika tidak, tidaklah jawapannya. 

hampa semua tak dak galang ganti.