BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, May 25, 2014

Hang Tunggu Aku Mai...

April. It was a busy week. Aku kat kampus. Susana ceria macam biasa cuma aku yang menyendiri, menghindari dari mencampuri conversation kwn2 aku yg aku sendiri tak tahu hujung pangkal. baik aku diam saja. di dalam hati aku doakan saja kelas cancel memandangkan aku tak mood tuk teruskan class. suka hati aku ja kan? hehe

Sedar tak sedar, aku dah pun memasuki semester terakhir degree. pheww.. bebanan berat kian terasa. 3 minggu lagi sebelum aku menghadapi final exam di final semester. Doakan aku. sesungguhnya keyakinan aku kian goyah...

agak mengecewakan bagiku, tetiba pintu klass dikuak dari luar dan itu bererti kelas dimulakan. dengan berat. aku mengangkat kepala memaksa diri bersedia untuk memberi sepenuh focus lecture kali ni. bila lecturer aku ni take five,   handphone aku bunyik. panggilan dari mak. dalam hati aku tertanya sendiri, kenapa mak called sedangkan mak taw aku di kelas.

hello mak.
Nadiah, permohonan master dah bukak. (mak excited)

gulp! dalam hati, aku mula menangkap ayat seterusnya dari emak. otak ligat berputar menelaah segala percakapan mak sebelum ni. ternyata ia menjadi waktu ni. aku cuma cakap dengan mak "nanti kita sembang dekat rumah" tp lagi skali otak aku ligat mencari alasan lebih tepat untuk mencari ruang berfikit. master? biar betul.

lepas SPM dlu, lepas puppy love aku terhenti di tahun 2008, aku memasang harapan untuk study sampai menara gading which mean master juga didalam perangcangan. tapi sekarang, onak duri liku ranjau sepanjang aku di degree tak meyakinkan aku untuk meneruskan langkah lagi. performance aku di ijazah membuatkan aku rasa tak layak bagi aku meneruskan perjalanan lagi.

Amik mak petang tu dari office, mak masih belum bukak mulut pasal master. weird! aku menanti dgn penuh debaran. mana taknya alasan yg sengaja ku cipta tadi habis terbang melayang. Mak tanya aku nak minum petang dimana. sesuatu yang biasa ditanya. mak nampak tenang. mak lupa ka pasal master?

malam tu, aku turun bawah lepas fokus aku hilang bila terbau masakan mak. aku turun. Nasi kuning, ayam goreng sambal, gulai daging cayaq. di sebabkan aku lapaq tahap gaban. aku lupa nilah strategi mak. telaah aku tepat bila malam tu mak mula melangkah setapak. alasan busy ku berikan bila mak suruh aku isi master. seriously, aku tak yakin. tapi lepas seminggu aku isi jugak dengan harapan yg layu. aku noktahkan saja semua borang master yang aku isi. deep in my heart, aku harap and aku berdoa, jika aku layak, salah satu permohonan ni diharap aku dapat.

hari ke hari, May mula menjelma. harapan yg dulunya aku anggap sepi kian menyepi. tapi aku tak taw kenapa. setiap kali laptop di buka, tabs pertama yang ku buka semuanya berkenaan dengan master. semua permohonan aku semak walaupun aku tahu tarikh tutupnya belum sampai. telah ku suarakan hajat di hati untuk bekerja saja selepas degree. tapi suara mak ayah memujuk untuk apply master sekadar test market. aku tahu benar niat di hati mereka. ayat yang sama di keluarkan suatu ketika dulu bila kak menyuarakan benda yang sama.

workload semakin bertambah. aku cuma mengharapkan cuti khas semester ini hadir dengan lebih cepat. hahaha minggu terakhir, akhirnya cuti yang klu harapkan hadir menemui aku. malam sabtu, balik dari dinner dengan family, aku tolong kak dengan assignmentnya. niat dihati, aku tangguhkan dulu assignment aku memandangkan aku cuti seminggu. heheheh setelah 5 hari laptop aku berehat, malam tu di on semula gara2 sebuah assignment.

seperti biasa aku semak dulu semua permohonan aku ke master. selalunya ke semua universiti yang aku apply akan menunjukkan ikon in review. peliknya malam tu aku x nmpak ikon in review. aku buat bodoh and meragui apa yang baru aku nampak. aku klik satu button, terpapar surat tawaran master di sebuah IPTA. biar betul der?? aku panggil mak, aku panggil ayah untuk pastikan mata aku tak menipu aku dengan apa yang di lihat.

Alhamdulillah.. syukur ke hadrat Ilahi. siapa sangka aku hadapi hard time, difficulties in these following weeks berbalas dengan surat tawaran ni. sujud syukur aku pada MU Ya Allah. sungguh tak ku sangka.

Master, Hang Tunggu Aku Mai.. hehehe