BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, January 30, 2019

BagaiKan mimpi

Januari 2019

Jujurnya permulaan 2019 aku tak daklah happy mana. Banyak mengundang ketidakstabilan emosi yang hampir merasuk akal fikiran. boleh dikatakan masalah datang dari pelbagai penjuru. dimulakan dengan ketidakfahaman dua pihak yg menganggu aku secara tak langsung, orang sekeliling tak sihat yang menuntut kekuatan emosi dan kudrat yang lebih. disnilah bermulanya kejatuhan dan kekuatan seorang seketui Nadiah. belum ditambah masalah duit. beban kerja usah dicampur kerna aku masih mampu menggalas. sejujurnya ia tidak mengganggu aku pun. hairankan. bagaimana seorang PhD student menjadi RA pada projek sendiri tak merasakan beban kerja sebagai beban. jujurnya aku enjoy student life aku. enough with that.

rutin aku berjalan macam biasa. paginya aku timur laut. after lunch aku di CDR. Malam aku hanya di bilik. macam yang aku cakap ujian datang menerpa bila kak sakit, ayah sakit. malam aku tidur tak lena. emosi aku terganggu bila 'mereka' jua seperti tidak menjaga hati aku. emosi aku 'koyak'. sehinggakan ada waktunya aku deny orang sekeliling aku. di ajak keluar, aku terperap dalam bilik. di ajak makan aku menolak. berat aku menyusut ke 55 kg. smpai charles tanya " aku really dying?" haha.

Allah itu Maha Pengasih lagi Maha Penyayang. Aku kuat kerana rahmatNYA, kerna kasihNYA. kerna PenyayangNYA. aku dihantar insan insan yang mencerikan dunia dan hariku tanpa mereka sedar aku memerlukannya. tanpa perlu aku ceritakan semua.

3 minggu aku berlalu dengan kedukaan, kemuraman, dan sedikir keceriaan. aku bersyukur kerana masih 'hidup'. bila ada yang bertanya "macam mana tahun baru hg?" aku hanya menjawab "free trial lagi. februari baru start 2019".

sekarang, seminggu sebelum habis 'free trial' aku. bagaikan mimpi aku happy gila minggu ni. Alhamdulillah target responden berjaya dicapai. kawan pjj ada kt usm. rasa macam. yeah im back. the real nadiah is back. nadiah yang rajin mengusik, yg gelak like crazy, yg tak peduli sekeliling. could be said aku bahagia. terima kasih pada Allah. tak dibiar aku terus hanyut dengan ketidakstabilan emosi. air mata yang 3 minggu ini basah dipipi seakan kering. jerawat stress seakan menghilang. bagaikan mimpi. jika ini mimpi, aku ak ingin berjaga darinya. izinkan aku terus mengecap bahagia. kerna aku telah lama berduka. izinkan aku bermimpi kerna itu jua membuat aku happy