BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, November 19, 2017

My Hectic Week

11.11.2017

Birthday Kak Yana. Aku tak hadiah dia apa2 pun. Cuma Surah Yasin saja dapat aku hadiahkan. sorrylah pitih xdo kak. hehehehe.

12.11.2017

We celebrated Kak Yana Besday at Mydin Tmn Batik. Jue call suh tlg belikan kek chocolate tuk kak yana.. bila dkt Mydin, Kak Yana bolih bgn berdiri buat ucapan. Full of laugh. katanya tak biasa berumur 28 tahun 1 Hari. podah.

13.11.2017

aku bertolak ke Penang dengan kak. Esok presentation aku dengan Prof n Dr D. 2 minggu ni aku pulun buat qeja dengan harapan hari ni aku lih semak2 ja slide aku. im started doubted myself. ini yg first or ini yg first. what shud i answer, if they started asked something im blur?

Lan n Charles told me not to be so stress. it wont help even it makes things get worse. im listen to them. i found Mr Ashok at bilik beku. dgn wajah ceria he greet me so loud "Hey Girl!". im smiling ear to ear. Mr Ashok mintak tlg aku test bath water which  temperature air tu 3C. aku lih tahan lebih kurang 8 minit. Eshal n Mr Ashok dah gelabah, not so gelabah tp suh aku cepat basuh tgn so that temperature tgn aku normal balik. bagi aku it just brain ctrl. time aku test tu, aku men nset, aku sembang dgn mr ashok n eshal. so aku x fokus pun kt tgn dlm ayaq tu. benda tu mmg sejok. dah la dok bilik beku. bila Lan masuk, Mr Ashok gtaw progress n 8 minit test tu. terus Lan kata " aku rasa ko kena buat brain test ni nad. sbb otak kau unik." ntah la

ada lagi satu benda yg aku sikit risau lain dr presentation aku. result PTD kuar. yes. hari yg sma. aku ingat hari ni aku balik pukul 8 malam.

14.11.2017

hasil meeting buat aku lagi stress. even prof said it was a good start but i was so disappointed. rasa sangat tak guna dan bodoh. tp aku lih gelak. thats how im hiding n delivering my stress out. smpai Lan n Charles tnya aku okay ke x sbb gelak banyak sgt. as a psikologist, Lan ckp, aku tgh stress tp aku sendiri tgh deny benda tu. kak n Eshal n fifi kuar g buat kajian.

15.11.2017

hari ni aku mengaku aku stress. wif all the things yg aku restart balik, aku rsa give up. mula aku rasa semua ni sia-sia. lepas kak kuaq, aku mengadu dkt Lan, aku rasa pening nak pitam, sakit perut nak muntah, n yes aku stress. teramat stress. Dokter nk meeting ngan aku lak kul 3.30 ptg. suddenly aku dpt kol dr eshal yg kuar ngan kak dr pagi ke satu tempat ni. before that, early in the morning kak dah bertengkaq ngan org. bila dapat kol tu, terbang segala sakit aku td. yeah. i always put my sister first. tak sempat x grab apa2 just nset ja. aku turun bawah. kak pitam tp sat ja.apa jg lepas tu, aku x mo cita. tapi aku batalkan meeting. big thanks to them yg cover aku mcm2. 6.30 ptg bru aku msuk opis balik. just tuk amik brg aku yg aku tggai. mujur eshal tutup laptop aku n kemas apa yg patut. Thanks Bro. jaga kak aku tak susah tp bkn senang.

16.11.2017.

hari ni pon mcm2 jadi. after kak repoted apa yg jadi (hasil) dia p tmpat tu semlm, DR rsa he should take action. rasa mcm chaotic hari ni sbb belah ptg, ada satu kawasan kajian ada masalah. inilah yg slalu jadi bila dealing with kawasan yg mcm2 karenah. kami balik lewat coz of that matter.

17.11.2017

pagi ni kak x sehat. mcm biasa aku teman dia smpai dia okay skit. 9 lebih baru sampai opis. which aku nk jumpa Dr hal semlm yg meeting tergantung semua tu. sadly, he bz tapi nk jumpa kak. urghhhh. lagi skali terpaksa ckp kak aku x sehat. bila di tnya kenapa x hntar ke pusat sejahtera? aku mati kutu. nk jawab apa sbb bkn disitu ubat dia. pukul 11 lbh bru kak masuk opis. aku p amik dia. aku lak sakit perut x mau2 hari ni. so aku balik awai jln kaki since keta ada kt kak. dia ajak jln2 pun x mau p.

aku beruntung sbb kak zura n kak yana dok mesej hari ni. x dklah stress sgt dok gelak. semuanya pasai wording 'abstinence'. tu ja

18.11.2017

pagi2 kak dh buat perangai which aku dh tak tahan. aku isi minyak den aku p jln2. bila maghah n sedih aku reda skit bru aku masuk opis. b4 sembhyg jumaat brula meeting dgn dr darshan. 2 jam kut. dr sebelum depa p sebhyg jumaat smpai balik bru habis meeting. drive balik sp, dgn mood yg paling x best.

apa jadi minggu ni, aku rasa sgt terbeban. rasa gunung dok ataih pala. hmmmm ntah la

aku doa aku tabah, kuat n sabaq ja hadap semua ni. aku still bersyukur dikurniakan kwn2 yg slalu ada dgn aku. Alhamdulillah.

Sunday, November 12, 2017

Bermula seorang yang begitu asing
Sombong, aku tak rasa kau pemalu orangnya
Lokek senyum, apatah lagi lagaknya bagai kau saja wujud di dunia
Sepasang mata milikmu menimbulkan tanda tanya di hati
Apa yang cuba kau sembunyikan?
Rasa apa yang sedang bermain dibenakmu?
Aku penasaran
banyak yang ku dengar tentang kamu
banyak juga cerita itu ini
Namun aku juga hindari dari dekati kamu
Tanpa sedar, aku menilai siapa kamu
Maafkan aku.

Tuhan Maha Kaya
Kau dan aku dipertemukan lagi
Masih seperti kamu, diam membisu di satu pelosok asing
Biar bingit disekelilingmu
Kamu tetap saja dengan dunia mu
Lantas aku berdoa agar kita tidak perlu bersemuka

Jangkaan aku meleset
Tika tugas yang harus ku pikul harus bersama dengan mu
Kamu begitu menjengkelkan
Merenung tepat ke dalam mata aku
Kali ke 3, baru kamu kembali ke dunia nyata
Aku kaget
Jelas aku tidak tahu harus bertindak
Lantas menjadi seorang profesional adalah pilihan terbaik

Hari ke hari
Tiba masa untuk aku mengundurkan diri
kamu tidaklah sesombong muka mu
tidak juga sediva karekter mu
dalam senyum mu ada jenaka
dalam lembutmu ada nasihat
kebaikkanmu juga tak terhitung
Tak ku duga ini akhirnya
Sahabat, Teman, apa saja, itu pasti merujuk kamu

Jadi Teman,
Andai aku boleh mengaku
Aku mengaku aku rindukan kau sahabat
Andai aku boleh luahkan
Rindu itu sakit
Rindu itu kecewa
Rindu itu sedih
Kalau rindu itu batu, ini aku baling ke kamu
Biar kamu tahu sakitnya rindui kamu

Phew...
Biarpun aku lampiaskan sedikit rasa di sini
Rindu yang bertamu di hati tak pernah hilang
Adakah aku yang tidak kuat
atau aku yang terlalu rindukan kamu
Aku slalu berdoa
agar kamu selamat, happy dan sihat.
selalu dalam lindungan-NYA.

Ya Allah,
aku sayangkan mereka.
aku rindukan mereka
hiasi hari-hari mereka dengan kegembiraan