BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, May 30, 2013

cerita tangkap muat: kerna aku miliknya

aku menetap di sebuah rumah sewa memandangkan aku kini menuntut ilmu di sebuah universiti. disebelah aku ada Aidid, Aidil, Amir,  dan Ammar. ianya pelik bagaimana aku boleh kenal mamat empat oraang yang sangat annoying. okay, mulanya Aidid yang terlebih dahulu mencari pasal dengan aku. tapi lepas aku tertumbuk mukanya haritu, dia seolah-olah tak membenci oraang sederhana macam aku lagi da. bukan setakat aku, malah ketiga-tiga orang rakannya juga pelik dengan sikap Aidid.  m,...

dulu aku dan Aidid saling membenci. masakan tidak. Aidid sering membuli orang kelas bawahan seperti aku. namun bagiku, dia memilih lawan yang salah. lihat saja hari ini. dia sendiri meluahkan rasa hati pada aku. sedangkan aku, tak pasti dengan perasaan sendiri. aku tetap melayan sebagai seorang kawan. tika aku ingin meluah rasa hati, Aidid sering berdalih sehinggakan kini, aku pula yang takut dia terasa hati. satu yang aku tahu, kami sering bertelagah. mungkin, ini yang buat aku rasa bersalah.

Aidid: oit dak kecik. apa kau menungkan tu ha?

Nad: mana ada aku termenung. kau usha aku ea?

Aidid: errr mana ada aku usha. muka kau tu bukan cantik pun aku nak usha

Ammar: blah la kau. tapi dia juga yang kau pilihkan?

Aidid: shhhh

Aidil: apa dulu kau suka panggil dia, ermmm haaa itik hodoh.

Aidid: diamlah aku tumbuk nak? aku je boleh panggil dia macam tu.

Aidil: how sweet..

urghhhh tak habis-habis perangai mengusik mereka ni. kadang2 buat pipi aku merasa panas. aku sendiri tak faham. kalau aku tak dak perasaan pada aidid, kenapa aku jadi macam ni. hrmmm. telefon bimbit ku berbunyi nyaring mintak diangkat.

Nad: hello. baik saya datang.

aku menamatkan panggilan.

Nad: korang. aku kena pergi dulu. membe aku masuk hospital.

aku berlari turun tanpa mempedulikan response mereka. aku bergegas mencari teksi atau bas. bagi aku, aku harus cepat sampai ke hospital. kawan baik, sabarlah. aku pasti ke sana.

tiba tiba kereta sport Aidid berhenti di hadapan aku.

nad: apa kau buat kat sini?

aidid: nailah cepat. aku hantarkan kau.

nad: trimas.

Nad, kau tahu tak apa hati aku fikirkan sekarang? andai kata aku jatuh sakit begini, beginikah kau. akankah kau berlari sekuat hati seperti ini demi sampai kepadaku.

kami tiba di hospital. aku terkejut tatkala melihat sekujur tubuh yang terbaring di atas katil wad ketika nad menolak daun pintu tadi. aku sangkakan temannya perempuan. rupanya lelaki. arghhhh cemburu, kenapa kau bertambat di hati.

Syazril: tak nak kenalkan kawan kau ke?

Nad: ini...

Aidid: aku Aidid. teman lelaki Nad.

haaa.. aduh Aidid kenapalah kau ni. kenapa kau cakap macam tu depan syazril? bentak hati aku.

nad: eh kau tu Ril. mesti kau tak jaga makan minum kan? kerja lebih masa. rehatlah sama. kau ingat kau ni robot ke apa kerja 24 jam?

Syazril: aku sakit pun kau nak membebel kat aku kan. ini mesti mama bagitahu kau aku kat sini. aku okaylah. demam panas sikit je pun. mama yang lebih-lebih.

Nad: sikit apa sampai masuk hospital? kau tahu kan aku sayang kau.

ayat tu, menikam jantung aku. lantas aku terbatuk kecil bukan sengaja tapi ia spontan.

Nad: kau kenapa Aidid? nak air.

Aidid mengisyaratkan bahawa dia okay. apa kena mamat ni? tadi okay je.

sewaktu pulang dari hospital, aku perasan bagaikan ada sesuatu yang lelaki ini hendak katakan. aku menanti. Aidid beberapa aku menoleh ke arah aku. hanya dengusan kecewa aku dengar. tiada sepotong ayat dari bibirnya keluar.

Aidid: kau lapar?

Nad: tak

Aidid: dahaga?

Nad: aidid, aku tahu kau nak cakap sesuatu. just say it. soalan kau semua merepek repek lah. why dun you straight to the point?

Aidid: okay. aku, aku arghhh aku lapar. temankan aku makan.

Nad: itu ja kau nak cakap dari tadi? urghh penat aku tunggu ja.

Aidid: siapa suruh kau tunggu.

Nad: dah kau buat muka nak tanya soalan, aku tunggu je lah.

Aidid: eiiii itik ni.

Nad: apa kau panggil aku?

Aidid: tak de apa.

phewwww takkan lah aku nak tanya dia sejauh mana dia ambil berat pasal aku. malula aku.

Aidid: lepas ni. kalau kau nak jumpa membe kau tadi tu, ajak aku sekali faham?

Nad: buat apa ajak kau?

Aidid: aku kata ajak aku sekali ajak jelah., mestilah pasal aku nak ikut.

Nad: eh bukan selalu kau ke paling malas nak keluar.

Aidid: ini lain. kang kau menggatal dengan dia siapa susah, aku jugak.

ayat terakhir Aidid buat aku tersenyum. tahulah aku. rupanya dia cemburu. padanlah terbatuk bagai, tanya soalan merepek-repek. haishh Aidid, Aidid.

2 bulan berlalu setelah Aidid ke New York atas arahan mamanya yang ingin kami berpisah. sebelum Aidid pergi, dia berusaha menggagalkan rancangan mamanya dari mencederakan aku. jadi dari, Aidid terluka kerna aku lantas menjadi anak derhaka pada mamanya, aku rela Aidid ke New York. dalam 2 bulan ini juga Aidid tak pernah menghubungi aku. malah aku tahu dari media bahawa Aidid bakal ditunangkan segera dengan seorang perempuan kaya. Aidid pergi, tanpa ucapan selamat tinggal atau perpisahan. jadi dengan khabar pertunangannya aku anggap, inilah kesudahan bagi kami.

telefon ku berdering saat aku sedang berlepak dengan 3 rakan Aidid yang lain.

Nad: helo?

Aidid: Nad?

lemah suaranya. bagai terhenti seketika darah yang mengalir. aku terkedu. tak tahu ingin memberi respon apa.

Aidid: kau sihat?

Nad: aku, baik. kau?

Aidid: aku demam panas. rindukan kau agaknya.

bergetar suara aidid seperti bergetarnya hati aku menahan tangis.

Nad: kau rehatlah. jangan cakap banyak sangat. aku letak dulu.

Aidid: nanti! aku nak dengar suara kau. aku rindukan kau Nad.

Nad: aidid. kau dah nak bertunang pun. lupakan aku

Aidid: kau dah tahu.

Nad: erk!

Aidid: aku nak kau tahu itu bukan keputusan aku.

Nad: rehatlah

aku mematikan talian. lantas aku kembali pada mereka bertiga.

Ammar: Nad, kakak aidid baru call mintak ke sana. Aidid deman teruk sampai masuk hospital. dah dua hari. kau nak ikut?

aku hanya menggeleng.

Nad: korang pergilah. mana tahu, lepas dia tengok kalian ada di sana, semangat pulih.

Aidil: keras kepala

aku terdengar sayup2 suara itu.

Amir: Nad, kalau pasal duit yang kau risaukan, kamikan ada.

Nad: takpe korang pergi je lah.

keesokkan paginya aku dibangunkan dengan bunyi hon yang bising di hadapan rumah. aku menyelak langsir. alangkah terkejutnya aku tiga buah kereta mewah mereka menanti di hadapan rumah. aku segera turun mendapatkan mereka.

Nad: apa dah jadi. bukan korang pergi New York ka?

Ammar: tidak tanpa kau sekali.

Amir: pergilah mandi. selebihnya serahkan pada kami.

Nad: tapi... tapi aku

Aidil: degil lagi. pergila bersiap cepat.

sampai di lapangan terbang, aku mundar mandir sendiri. ketiga-tiga mereka mentertawakan aku. Aidil memegang bahu ku lembut.

Aidil: kau kenapa?

Nad: kenapa kau tanya aku? macam mana kalau kat sana nanti tunang dia nampak aku. mama dia nampak aku.. habislah aku.

Ammar: itu yang kau risaukan? haha takpe Nad. kak lydia dah uruskan semuanya.

Amir: dah senyumlah balik.

Nad: tapi aku tetap susahkan korang.

Amir: sampai masa, kami tuntut balasan balik. hahaha

saat ini, betapa aku berharap Nad datang menjenguk aku di sini. tapi mana mungkin. dia jauh di Malaysia. hari saja doktor dah beberapa kali memberi aku suntikan, tapi demam aku tak juga kebah. pintu wad dikuak.

Aidid: doktor, please. i dunno the injection anymore.

aku melihat badan aidid bergetar menahan sejuk. air di tubir mata hanya menunggu masa untuk jatuh ke bumi.

Nad: Aidid.

Aidid menoleh. mungkin tidak percaya akan keberadaan aku di situ. dia kembali ke bawah selimut.

Amir: Aidid, Nad datang jenguk kau.

air mata yang ku tahan kini mencurah-curah mengalir di pipi. aku memandang mereka bertiga apabila tiada respon dari Aidid. aku ingin melangkah keluar tapi di tahan Aidil. Aidil mendorong aku ke katil Aidid. dia menyelak selimut Aidid tapi Aidid terus kaku. aku kalut.

Nad: panggilkan doctor. Aidid pengsan!

Aidid tersedar untuk beberapa ketika kemudian terlelap semula. mungkin kesan dari suntikan. namun satu benda yang pasti, Aidid tidur dengan mengenggam tanganku. bila ditarik, makin kuat genggamannya. dia ni tidur ke tak?

Nad: takpelah, malam ni aku jaga dia. korang baliklah dulu.

Amir: kau pasti?

aku menangguk.

selepas mereka pulang, aku menatap puas-puas wajah yang sedang lena di hadapan ku ini. terasa rinduku terubat kembali.

aku mengusap lembut wajah comel ini. kasihan Nad. tertidur berlengan tangan aku disisi. walaupun lenguh, aku seakan tidak terasa kerana sayang aku melimpah ruah buat si gadis ini. Nad erjaga

Aidid: selamat pagi.

Nad: pagi. haaaa apa aku buat kat sini? ohh kau tak sihat.

Aidid: boleh pulak buat terkejut. kau sihat?

Nad: apasal masa kau kol aku dua hari lepas kau tak cakap kau sakit teruk?

aku menampak lengannya kuat.

Aidid: aduhh sakitlah. kau risaukan aku ea?

Nad: tahu sakit. sakit hati aku kau rasa tak? kalau aku tak risaukan kau, kenapa aku ada kat sini. urghh

aku ingin bangun dari kerusi lantas Aidid menarik aku kuat. aku betul-betul berada dihadapannya. air mata aku mengalir.

Aidid: shhhhh jangan menangis. aku okaylah.

Nad: kau tu tanya soalan merepek.

Aidid: kalau aku tak tanya soalan merepek, mana aku tahu kau sayang aku ke x?

Nad: aku tak jawab pun

Aidid: kau tak payah jawab. aku dah tahu. last aku punya soalan untuk kau. aku nak kau jawab dengan jujur dan ikhlas. Nad, aku nak melamar kau jadi isteri aku, kau sudi tak.

aku terdiam.

Aidid: soal mama, kita uruskan bersama-sama. lambat laut, dia mesti faham. jadi?

Nad: aku sudi.