BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Friday, February 6, 2015

Cause I Believe

09 September 2014

aku di sini. di sebuah institusi awam meneruskan perjuangan dalam pengajian. aku mula ragu-ragu dengan keputusan untuk keluar dari universiti lama aku. aku sayangkannya. ia tetap di hati aku. aku ambil masa yang lama untuk sesuaikan diri di sini. segalanya bermula dengan pelbagai rungutan. ada saja yang tak kena di mata aku. jadi aku mengambil keputusan, selagi aku boleh berulang alik dr rumah ke sana, aku akan buat. pada aku ketika itu, aku perlu buat apa yang aku rasa aku perlu buat untuk pengajian aku kali ini. jika dulu diploma dan ijazah aku diberi peluang kali ini juga aku takkan sia-siakannnya.

first semester, pelbagai dugaan serta cabaran yang aku hadapi. tak faham dalam kelas itu dikira common dalam sesi pembelajaran. aku faced difficulties untuk buat assignment. mujur Allah hantarkan insan2 yang membantu aku dalam menghadapi semua ini tak kira dari segi rohani dan fizikal.

tipulah kalau aku cakap sem 1 ni aku tak minitik ayaq mata. aku mengaku. its so tough. banyak sangat ujian. emosi terganggu fikiran bercelaru. setiap kali aku rasa tersungkur, setiap kali tu juga aku rasa nak giveup. aku tak taw kenapa aku teruskan juga. sehinggalah satu tahap telinga aku berdesing dengan satu perkhabaran yang dibawa. amarah aku mula membara namun bukan bagi aku untuk percaya akan perkhabaran yang di sampaikan tanpa usul periksa. jadi aku kikiskan rasa syak wasangka tapi aku biarkan rasa amarah itu membakar sisa semangat yang ada. misi aku hanya satu, for the 1st result came out, aku nak tgk 4 subjek yang aku ambil sem ni lulus. thats what the most matter untuk aku. performance aku, aku taw macam mana. lulus merupakan satu tiket yang cukup berharga untuk bayar segala penat lelah aku study. mungin aku rasa aku dah buat yang terbaik mungkin jugak ia belum cukup terbaik but then Allah knows everything.


29/12/2014 - 13/01/2015

examination week. nak kata aku berhempas pulas tu tak daklah sangat cuma aku berusaha memberi yang terbaik. dua jam masa diberikan untuk jawab dua soalan tak cukup bagi aku. i need more time to eleborate. myb aku dah terbiasa dengan 3 jam untuk 4 soalan kut. walaupun paper first and second aku berjalan dengan agak-agak lancar tapi satu tamparan hebat hinggap di muka bila paper ke 3 menjelma. aku tersedar paper tu 2 jam untuk 4 soalan. dalam fikiran aku mencongak membahagi masa yang mampu aku berikan selama mungkin untuk satu soalan. tapi untuk time management kali ni aku mengaku aku fail untuk lunaskan setiap masa yang ada. aku tersungkur. 1 soalan penuh aku tak jawab. hanya tiga soalan yang aku sempat. taw tak macam org gila tulisan aku time tu. then mulalah datang penyakit (penyakit ka?) serabut ayam aku. dunia aku rasa macam gelap. masa depan aku mula buat aku cemas. master level aku boleh tertinggai satu soalan sbb tak sempat jawab? apa alasan aku untuk lulus. aku overthinking waktu tu. mujurlah gap untuk paper ke4 agak panjang. jadi masa pemulihan or wake up call untuk aku pun panjang. yes, aku amik masa yang lama untuk bangun semula. banyak tekanan yang aku terima waktu tu. so, i choose to study on 4th paper dengan sisa semangat yang berkurangan. dalam hati aku, aku cuma nak habiskan semua ni n get well rest.

seminggu selepas tamat exam master untuk semester satu ni, aku tak keluar rumah. aku masih dalam keadaan tertanya-tanya apa nasib aku. i just cannot let it go out of my mind. i kept overthinking. but time fly. sedikit demi sedikit aku lupakan apa yang berlaku dan mengharap yang terbaik. aku tak putus-putus berdoa.


05/02/2015

hari ini hari yang di nanti-nanti. 1st result akan keluar. untuk result penuh akan keluar 17/02/2015 nanti. pagi tu aku hantar mak p office sebab aku teringin nak balik merbok. inilah yang slalu aku buat bila aku rasa little bit lost. aku akan balik ke tempat jatuh bangun aku dulu. mengingati semula hasil dari kejatuhan dan kebangkitan aku. merbok mendamaikan aku. musim daun luruh cukup menenangkan. lepas dapat apa yang dihajati, lepas puas melihat merbok mendapat semula semangat yang hilang, aku balik ke rumah. aku lihat jam 9 (pg) lebih. aku mula meragui diri. nak tengok ke tak result tu. just in case apa-apa jadi mampu ka aku hadapi nanti. but then i know i should face the moment of truth. dengan lafaz bismillah aku bukak jugak result aku. Alhamdulillah semuanya LULUS. aku mengucap syukur yang panjang. siapa tak seronok bila terlalu banyak pressure, terlalu banyak tenaga dan usaha dicurahkan berhasil dengan baik. Alhamdulillah. rupanya mak pun ketaq perut tunggu result aku. mak paling takut first paper n third paper aku sbb yang paling aku reyau tak lih buat. n then aku cakap kat mak, yang ni pun aku puas dah. takpalah bab grade n pointer tu. yang ni pun aku dah bersyukur baq hang. susahnya master ni, masing masing punya kemampuan. rezeki Allah yang bagi. aku terima qada dan qadar DIA. mungkin rezeki aku menyambung pelajaran ini satu keputusan yang tepat.


so the big thing is when you believe in yourself that you can do it, In Sya Allah, with some usaha doa dan tawakal, you can do it. it is a matter of how much you put your effort, give back what you get, have a good relationship with Allah then believe it yourself. letak tepi apa orang kata. mereka tak dudk tak berdiri kat tempat kita. apa yang kita ada, apa kita kita lalui, itu yang kita hadap. bukan mereka. mereka yang memberi inspirasi dan guideline tapi yang memilih itu kita dan yang menentukan itu Allah. :)

Alhamdulillah. sekali lagi aku bersyukur pada MU.

0 comments: