BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 5, 2010

kasih seorang ayah





hati aku terusik bila mengenangkan ayah kini jauh diperantauan. pada mulanya seperti yang aku katakan pda mira "aku akan okey kalau mlm ni ayah aku x kol aku. sbb aku akan mula rsa sedih dan geram then aku akan cepat pulih. kalau ayah aku kol, aku akan rindu." malam tu kata2 ku menjadi nyata.. kali pertama aku kol, mak cakap ayah tengah pack barang.. pukul 930 aku kol ayah tgh sembhyang. dan kemudian, telefon aku berdering, aku menjerit kegirangan melihat pemanggilnya adalah dr rumahku. tapi tertanya jangkaan aku yang ayah menelefon ku meleset sama skali. bayangkan betapa terguris dihati aku bila aku menjawab telefon "ayah..." dgn girang tetapi si pemanggil menjawab. " ni akulah abang ed. mlm tu aku langsung x bercakap dengan ayah. aku tidur dengan linangan air mata sehinggakan roommate aku x berani menegur. betullah kata orang, ckp itu umpama doa. padan muka.. doa da termakbul. pagi keesokkan aku geram sangat. aku nekad x kan telefon sehinngga ayah sendiri kol aku. dlm perjalanan aku ke kelas, lbh kurang 750 ayah text aku dengan menyatakan dia da sampai di bukit merah.. barulah aku mampu tersenyum.

tengahhari tu aku terus kol ayah. ayah titipkan pesanan supaya jaga diri, jaga mak, adik kakak kat umah. blaja rajin2. katanya, dalam perjalanan pergi, dia teringat aku ngan adik aku memandangkan kami pernah ikut kali pertama ke sana. dia teringat kami berdua bising dalam keta. dia ingat mcm mana aku bagi direction smpai sesat hingga ke lumut. air mataku hampir menitik. lalu aku berikan alasan aku mahu makan. tapi siapalah aku untuk membohong ayah. tanpa sedar aku da beritahu pada awal percakapan telefon yang aku sudah makan. ayah tersedar tentang itu. lalu aku berdalih lagi dengan menyatakan aku masih lapar. ayah maafkan aku tentang itu.

dan pada sebelah malam pulak ayah kol lagi. ayah kata "nad bincanglah dengan mak, mana taw ada jalan nak balik" letak telefon, aku terpk walaupun ayah jauh dari aku, dia masih mahu aku pulang ke rumah sama seperti waktu dia ada di sini. dia x mau aku aku keseorangan. alhamdulillah. mak datang amik td.

bila aku melangkah masuk ke bilik. secara tidak sengaja terlepas beg dr genggaman tangan aku. bilik ku x seperti biasa. kerusi x ditempatnya. aku tahu siapa yang mengubah bilik aku. airmata ku mula mencurah-curah keluar apabila terlihat dua naskah buku management ada di atas almari. padanlah ketika aku kol selasan lalu dia ayah cakap ayah tengah kemas stor. rupanya dia mencari buku ini untuk diberikan padaku.

ayah ketiadaan mu amat terasa. jika dulu ayah dirumh, ayah akan sering berleter itu dan ini. ayah mesti suh study walaupun pernah aku nyatakan aku punya masa sendiri. kalau dulu ayah dirumah, aku x perlu risau, tiap2 minggu aku akan dibawa pulang. dan apa yang aku paling x leh lupa, ayahlah yang akan diam2 amik gosok baju2 ku untuk dibawak ke universiti. akulah yang akan teman ayah ke sana sini. dan diupah dengan breakfast yang sedap. ini permintaan aku yang ayah takkan tolak. lebih2 lagi kalau mengikutnya ke pasar. setiap pagi aku akan membebel taknak ikut ke pasar, ayah akan cakap. kalau x ikut ayah x nk bli nasi lemak. dan aku akan bangun ikut jugak teman.. petang2 aku akan ikut mak ayh pergi jogging and main badminton. pernah juga kami berdua pergi ke semeling diam2. balik lepas kutip hasil barulah kami beritahu kami ke semeling. seronok waktu. ayah kena gigiit kerengga. tapi kini. aku rindu leteran ayah. aku rindu dengar suaranya yang suruh aku belajar dalam keadaan separuh marah yang pastinya bhsa ayah dalam bhsa minang yang akan menjadi bahan aku ketawa.. aku tahu ayah akan balik, tapikasih seorang ayah macam dulu aku rindu.

1 comments:

Ceritera Kita said...

nad....sabar ea....itulah hidup....kdg2 kte kne berpisah dgn org yg kte syg...walau pun perpisahan 2 sekejap jerk...tp rse nyer ckp mendlm....