BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 18, 2010

knapa aku masih berharap?

GOODBYE BABY-HEY MISS CHENTA

Disaat ini terkenang dirimu
teringat kembali saat kita bertemu
sinar wajah yang sering dirindu
di dalam tidur termimpi selalu

Tika berjauhan hati tetap satu
kepada dirimu kuingati selalu
kenangan indah bermain dikalbu
ingin ku kembali seperti dahulu

c/o
Goodbye baby it my last words for you
apa yang berlaku kau dan aku pun tahu
dugaan ini tabah hadapi biar berlalu pergi

i said im sorry forgive me am trying
kuharap dikau pun bisa begitu
usah kesali pemergianku cinta dihatimu...

lagu/lirik: Awan, Hey Miss Chenta

lirik lagu neh ada persamaan dgn apa yg jd dengan aku sepnjang aku menjejakkan kaki ke menara gading. berat tuk aku merelakan apa yang terjadi. sebagai hamba ALLAH aku tahu, aku harus meredhakannya. tahu x pedihnya hati aku sehinggakan adakala air mata ku menitis? menidakkan sesuatu yang benar amat payah untuk aku terima. yeah! aku mencuba dan mengharap agar ia berlaku namun ianya mustahil jika ahnay aku seorang merasakannya dan tidak dia. aku cuba melangkah pergi sejauh mungkin. semakin aku ingin menjauh semakin itulah aku terasa dekatnya dia dengan aku. malam ini aku berkecil hati dengannya. jika difikirkan semula. kenapa harus aku berkecil hati sedangkan aku mahupun dia yang tak mengerti apa2 tiada selintas hubungan. hanya perasaan yg menjadi penghubng bicara. itupun hanya aku dan tidak dia. jika tgh hari td aku begitu gumbira bila dia bertanya khabar dan mengambil berat tetap ddengan senangnya mlm ni hati ku terusik pilu.

aku sering mengingati diriku sendiri. sabarlah nad. yup1 aku sedar aku bukan siapa2 bgnya. bkn juga 'teman baik yang kenal dan rapat dengannya'. aku hanya serangga ditaman belantara. aku hanya tisu yang diambil waktu diperlukan dan dicampak bila x lagi digunakan. itulah aku. ingin aku keluar dari situasi ini. ingin aku pergi darinya. ingin aku padamkan perasaan ini tapi aku x mampu. kata mereka, masa menyembuhkan segalanya. hampir sethn ia tetap sama. mungkin ada yang berubah tapi perasaan ini. bagai ia terpatri di situ. tak ingin diusik atau terusik.

hurghhhh teman.. seandainya kamu tahu yang berdiri ddisebalik bayang dibelakang mu itu adalah aku, adalah kamu akan menoleh sejenak lalu tersenyum. bkn kata penghargaan yang aku inginkan bukan jua pujian. hanya keikhlasan kamu yang aku perlukan. [erbuatan mu melukakan hati ku. sering jua aku menepis semuanya. namun akhirnya aku juga yang pasrah. disamping tak melukakn perasaan hati aku juga try untuk menjauh. menjauh? aku rindu. dan setiap kali aku rindulah nama mu menjadi mainan mimpi. san keesokkan harinya aku akan berharap untuk terserempak denganmu. dan ALLAH ITU MAHA BESAR. dan aku akan ketemu dengan mu. dan selepas itu akan cuba melupakanmu. inilah rentetannya.

teman andai dapat kamu melihat aku dibalik kesakitan ini. aku pasti kamu turut merasai tapi kini aku lebih pasti bahawa kamu akan pergi cuma kata hati yang masih berdegil untuk memahmi bahawa kamu bukan untukku

0 comments: