BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Thursday, August 12, 2010

khas buat guruku

guru,
jika dulu aku dileteri
jika suatu ketika dulu
tangan ku dipimpin ketika berjalan
jika suatu ketika dahulu
senda, tawa, gurau, dan duka
semuanya aku luahkan pada mereka
tapi kini,ketika aku melangkah ke menara gading.
tangan ku tidak lagi dipimpin
aku tidak lagi dileteri
tiada lagi suara-suara nasihat, dorongan serta panduan dari kamu.
aku dibiar berlari sendiri.

guru,
malam ini,
aku sangat rindukan kalian
ilmu yang di timba sejak dahulu menerangi aku kemana sahaja
membuatkan aku tidak keseorangan dalam kegelapan.
engkaulah cahaya.
ketika aku jatuh dalam perjalanan menuju ke menara gading,
aku menangis sendiri
terkenang kisah lalu
sewaktu aku jatuhlah suara pendorong semangat ada disisi
sewaktu aku ingin mula berjalan sekali lagilah,
mereka ada disisi
menjaga agar aku tidak jatuh semula.

guru,
di menara gading,
ilmu mu ku bawa,
andai sahaja aku mampu melawan masa,
ingin saja aku pulang,
berlari ke arah kamu semua,
memulakan semuala perjalanan pertama.
kerna disini,
tiada siapa yang leteri aku
tiada siapa ingin memimpin tangan ku.
tiada siapa yang ingin mengajar ku untuk berlari

guru,
ketiadaan mu rindu.
leteran mu kubawa sebagai iringan dorongan aku di sini
guru,
jika boleh aku lampiaskan semuanya
ingin aku luahkan
betapa aku perlukan kamu semua untuk mendaki puncak yang tinggi ini
betapa aku perlukan kalian
untuk memastikan aku tidak lagi jatuh kesakitan

guru,
mungkin disini
kita kan berpisah
kenangan bersama
tiada ku lupa
yang terpahit dan yang termanis bagi ku terindah
ku ingati buat selama lamanya....

0 comments: