BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, July 17, 2011

cerita pendek: sudah tertulis begitu.....

"sudah la tu cik, lepaskan je la syarikat tu.. cik da x mampu da nk pertahankan syarikat tu. serahkan jelah saham syarikat tu pada syarikat kami" ujar Adam

"maaf ye cik... kalau itu lah tujuan encik dtg, silalah dgn segeranya encik balik pada syarikat encik. saya tak berminat"

aku ingin berlalu dari situ. hurghhhhhhhhhhh orang ne tak tahu penat dan tak paham bahasa ke? aku ckp aku takkan serahkan saham syarikat, xkanlah.. sampai mati pun aku takkan serahkanlah!!!!!!

"cu.... kau jagalah syarikat tu baik2. itu satu2nya syarikat yang atuk berikan pada kau. Nak harapkan papa kau, ermmm kau sendiri paham kn?"

terduduk aku mendengar permintaan atuk. papa.. sudah lama tak kutemu papa.. sejak dr kecil papa membenci. sejak dr kecil, aku ditinbggalkan bersama datuk. semuanya gara-gara papa menuduh bahawa akulah punca kematian mama. papa membawa diri ke luar negara. bersama papa, abg dibawa bersama. sedih aku.. sejak kecil terpisah kasih syg family sndri..

empayar atuk di malaysia agk besar sehingga mampu melebarkan sayap ke luar negara. atas alasan inilah yg papa gunakan untuk tggalkan aku. katanya, ingin menjaga perusahaan datuk di sana.. papa, tak tahukah kamu anak mu ini sedang memerlukan bantuan? asalkan papa salurkan sedikit semangat, aku pasti boleh lakukan. rintih aku. aku keseorangan di sini. atuk semakin sakit. haishhhh apa pun yang jadi aku takkan jualkan saham syarikat ini pada sesiapa... berani2 mintak aku jualkan... huh!

seminggu ini aku lega kerana kesihatan aku bertambah baik jika dibandingkan dengan seminggu yang lepas.. aku juga teramat lega kerana tdak diganggu oleh Adam, si  hantu pembeli saham. tapi kelegaan aku tak lama. ia berakhir apabila telefon bimbit ku berbunyi dan tertera nama 'hantu'. fahamlah aku bila Adam meminta tuk berjumpa...

"kenapa awak tak mahu jualkan saham tu pada syarikat kami: soal Adam.

aku menyampah bila kena soal bab syarikat ne ngan dia. kalau tak dtg kang, banyak lak dikatakan pada aku, tak profesional la, takut la.,.ada saja alasan dan caranya untuk memerangkap aku. grrrrr

"awak hanya pekerja rasanya tak perlu saya jelaskan pada awak" jawabku.. ada riak sesalan pada wajah Adam

"jangan sombong cik Nadiah. katakanlah kenapa awak beria-ia mempertahan syarikat yg hampir lumpuh. apa sgt yang awak bolih buat tuk naikkan syarikat tu semula?

"saya akan pertahankan syarikat tu dengan apa cara sekali pun. caranya x perlula kita bincangkan"

"sudahlah. jangan kita bincang lagi pasal ne. maaf rosakkan mood awak. mari saya bawa awak ke suatu tempat. ada benda lain saya nak cakap dengan awak"

aku hanya mengikut kemana arahnya dia membawa aku. tiba di suatu tempat yang berhadapan dengan laut..

"kenapa awak bawak saya ke sini?" tanya ku

Adam tersenyum

"waktu saya serabut, tak boleh berfikir, jiwa kacau di sinilah saya akan duduk menghadap laut, tenangkan fikiran, mengadu pada laut. dan lepas tu saya rsa lega sgt. adakalanya saya rasa nk mnjerit, saya akn jerit disini. luahkan segala isi hati. Cik Nadiah pun cubalah. tak semestinya menjerit pada laut tu gila."

aku merenungnya tajam. hampir tak percaya apa yang dikatakannya

"awak nak kata situasi saya sekrang jiwa kacau?"

"jangan salah faham. tapi awak boleh cuba. tgk ne. AKU TAK SUKA LAKUKAN KERJA YANG BOLEH LUKAKAN HATI ORANG YANG AKU SAYANG IAITU NADIAH!!!"

Adam menjerit lantang. termengah-mengah dia. GULP! aku segera ingin mengangkat kaki. sah sewel mamat ne. tangan ku diraih kejap sebelum sempat aku melangkah. aku terhoyong hayang seketika.

"Cik, tunggu."

nafas ku mula tak menentu

"maafkan saya. saya mula sukakan cik. semangat cik mempertahankan syarikat membuatkan menular rasa sayang. pada hari ni saya nampak cik tak sehat, saya teringin nak jaga cik sampai cik sehat. mungkin saya agak lancang dengan cara ini tapi cik...."

aku melonggarkan genggaman tgn Adam di pergelangan tangan ku. aku menghadap laut

"SAYA TAK SUKA AWAK!!!!!!!!"

Aku menghadap Adam.

"puas hati awak sekarang?"

aku ternampak Adam tersenyum.

"kenapa awak senyum?" tanyaku pelik

"akhirnya cik luahkan jugak sedikit perasaan pada laut. sudahlah cik mari saya hantar cik balik. tentang kata-kata saya tadi tu, itulah kebanarannya"

beberapa hari berlalu dngan begitu pantas. dan beberapa hari ini juga aku terkenangkan Adam. apa yang dikatakannya dikotakan jnjinya. pernah aku masuk hospital akibat demam kuat sewaktu keluar unch bersama Adam, dia lah yang menjaga ku di hospital sehingga aku pulih. sanggup tidah ke tempat kerja walaupun berulang kali aku mengusirnya pergi. katanya, " apa boleh cik buat kalau saya nak duduk sini pu, cik sakit, nak menjerit? jeritlah. karang kena suntik padan muka" hehe Adam, Adam bila agknya awak nak putus asa?

pintu office ku dikuak setelkah diketuk. muncul Liza di hadapan ku.

"ada apa liza?"

"errr.. ini hasil cadangan untuk syarikat kita membangun semula. dan ini errr ini... ini hasil sisatan latar belakang cik Adam"

kenapa liza gagap? aku meminta liza keluar dr kamar aku. aku meneliti setiap butir2 bukti yang dikemukan Liza untukku. aku meminta Liza menyiasat siapa Adam, semenjak hari dia bertanya tentang mengapa aku ingin mempertahankan syarikat ini. Alangkah terkejutnya aku mengetahui siapa Adam sebenarnya. tanpa menunggu lama, aku memandu kenderaan ke syarikat Adam.

ketika aku dibenarkan masuk berjumpa Adam, mukanya jelas kelihatan pucat.

"Adam Bin Zainal, pengarah muda syarikat yang ingin membeli saham syarikat saya. cucu kepada bekas pemandu atuk yang dulu kononnya baik. lepas papa awak atuk ambil kerja, susu dibalas tuba, dan sekarang, anaknya pula ingin buat benda yang sama? menjaja cinta tuk dapatkan saham syarikat saya? huh! manusia jenis apa awak ne?"

"apa kecoh2 ne?!" tempelak seseorang. org yg aku kenal. Zainal bin Abidin. org yang mengkhianati atuk. sehingga atuk jatuh sakit sehingga ke hari ini. sehingga banyak syarikat atuk lumpuh dan sekarang yg tggal syarikat yang aku pegang.

"ouh. cucu kepada Razak.. hrmm baguslah. dtg nak jual saham ke?" sindirnya

"asal kalian berdua tahu ye, saya takkan jualkan saham syarikat tu sedikit pun pada kalian sampai mati!!!"
aku melangkah laju ke pintu tba2 Adam menahan

"papa sudahlah tu. dia pun cakp dia tak nak jualkan. apa yang papa dendamkan sgt dengan kuarga Cik Nadia ne papa? papa yang jatuhkan semua syarikat atuk dia kn? apa laghi papa nak? blom puas ke papa?"

"apa kau ckp ne? dengan perempuan ni pun kau lembik" ujar papanya

"maafkan Adam papa.Adam tak sanggup lagi buat semua ni. papa da bukan mcm papa yang Adam kenal. papa jauh kejam lg papa."

"jadi apa kau nk buat sekrang huh?" soal papanya keras

"saya kan berkahwin dengan Cik Nadiah. dan bertsama mengusahakan semula syarikatnya."

hampir terkeluar jntung aku. biar betul manusia depan aku ne. merah padam muka uncle zainal ketika ini.

"keluar kau anak derhaka. jangan kau pijak lagi rumah aku selagi kau tak tggalkan perempuan ni. dan ingat, sekali kau melangkah keluar. jawatan kau, kesenangan kau hari ini bukan lagi hak kau"

habis saja kata2 itu, Adam menarik tangan ku keluar dari syarikat milik papanya.

"macam mana sekarang" tanya ku setelah keadaan reda

"saya nak jumpa atuk awak. mintak izin nak kahwin dengan awk" adam menyedut air minumannya

"saya tak kata pun saya sudi"

pfffffffffffstttt tersembur sedetik air minuman Adam. terkejut agknya.

"jadi awak.. awakhrmmmmm"

"saya Nadiah sudi tak awak ikut saya blik ke rumah tuk bincangan dengan atuk hal perkahwinan kita?"

adam tersenyum sejenak kemudian senyumannya hilang.

"walaupun saya tak berharta?"

"harta boleh cari. tapi satu syarat. saya takkan setuju kalau ayh awak x restu" nyta aku

terdiam Adam.

"harus ka mcm tu"

aku mengangguk laju. kami trima perkhabaran ayh Adam jatuh sakit teruk. selama itulah aku mnjaga dia dgn keizinan dr atuk. dan pada hari itu jugalah uncle zainal memohon maaf dan merestui perkahwinan aku dan adam. sewaktu mahu mengangkat nikah, aku ingat Adam menguruskan wali hakim memandangkan papa jauh di luar negara, tapi alangkah bersyukurnya aku papa menerima ku semula dan sudi mewalikan aku.

terima kasi adam. kalau suatu ketiuka dahulu aku menjerit pada laut, aku tak sukakan kamu tapi sekarang aku ingin mnjerit pada laut bhawa kamulah kekasih aku

0 comments: