BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Monday, January 26, 2009

andai ini akhirnya, aku terima



"mama mama... lihat mama. nina dapat 6A 2B." jar ku pada mama sewaktu makan malam. "kenapa dengan kamu nina? kamu gembira peroleh hanya 6A. you know what? mama tak happy dengan keputusan kamu." aku cuba menahan rasa. tiba-tiba nuni datang dengan muka gembira. "mama, nuni dapat 5A 3b mama." "erm... pandainya anak mama. kamu usaha lagi ye sayang. mama tahu kamu boleh buat yang terbaik." hati k agak terguris dengan kenyataan mama. hati mula bertanya siapa aku di hati mama. semenjak mama bernikah sekali lagi, aku seakan dipinggirkan dari hidup mama. walaubagaimanapun tidak pernah aku merungut atau berdendam pada mama dan nuni. aku terima nuni sebagai adikku walaupun umurku sama.

kini, kami dewasa sudah. mama tetap mama. belaiannya sudah tidak aku rasai. terguris hatiku hanya air mata menemani. "mama, nani nak keluar pergi pejabat pendaftaran. lepas tu nani ingat nak pergi cari kerja." "pergilah" jawab mama sepatah tanpa menoleh ke arahku. luluh hatiku dengan perbuatan mama. "mama, nuni nak keluar pergi clubbing." "pergilah sayang. nani pun nak keluar, kamu pergi dengan dia sekalilah ye." perbualan mereka aku dengari. "tapi mama, nuni nak bawak kereta." "tak pe.nuni bawak nani ke pejabat pendaftaran ye. lepas tu nani bawak kereta." ak cuba memujuknya. tapi lain pulak jadinya. "kau ingat aku drebar kau ke? pergi jelah mana kau nak pergi dengan bas ke teksi ke. bak sini kunci kereta tu." nuni merampas kunci kereta dari tangan ku. kereta itu papa hadiahkan padaku. hari aku dapat hadiah kereta dari papalah adalah hari terakhir aku melihat dia dimuka bumi ini.

kepalaku terasa terlalu berat. aku cuba juga untuk melangkah. "nani tolong ambilkan aku air. kaki aku terseliuh lar." aku memandang mama. mama cuma membatukan diri. "ape lagi kau tercongok di situ? cepat! ambilkan air, aku haus." aku pergi mengambil air. aku berjalan ke arah nuni. kepala ku seperti ditimpa sesuat yang berat. Ya Allah sakitnya. air yang k bawa jath dikaki nuni lalu pecah gelas itu. kaki nuni berdarah akibat terkena kaca. "mama!!! nani saja cederakan nuni mama. lihat mama. hey! kau mmg tak boleh buat kerja ke ha? lembap macam siput" mama ku lihat merengus marah. mama datang ke arah ku dan terus menampar muka ku. 'sampai begini mama kau pinggirkan anak sendiri.'

keesokan harinya aku pergi ke hospital untuk memastikan apa sakitku. "nani, saya harap awk bersabar. awak menghidapi barah ditahap ke 4. pihak hospital terpaksa menahan awak disini untuk rawatan lanjut." "baiklah doktor." 3 hari aku dihospital. aku memandang handphone ku sepi. mama langsung tidak menghubungiku. tiada langsung khabar dari mama. 'mama, tidak rindukah mama pada anak kandung mama. anak yang ada dalam perut mama 9bulan?' aku menangis sendiri. "nani, biarlah saya berterung terang dengan awak." "apedia doc? katakan saja saya terima.""kamu sudah tidak punyai masa yang panjang. barah didalam otak kamu semakin membesar. pembedahan adalah jalan yang bahaya untuk dipilih. setakat ini, pihak hospital akan bekalkan ubat pada kamu dan..." percakapan doktor itu ku dengar bagai angin lalu sahaja. sudah tiba masanya. "doc. tak usah doc terang dengan lebih lanjut. cukuplah saya tahu masanya bakal tiba. kalau tak keberatan, andai saya sudah tiada, tolong titipkan surat ini pada mama. katakan pada mama dan nuni bahawa saya sayang pada mereka." doktor imuda it memandang aku sayu. "nani, berserahlah pada Allah. ikhlas saya katakan tiada pesakit dapat bertahan selama ini. kamu sungguh kuat nani. saya kagum dengan awak."

"Ya Allah!!! sakitnya!!!!" doktor dan beberapa orang doktor cuba menenangkan ku. sudah ku pesan pada doktor, jika aku bergini tolong jangan disuntik dengan ubat. aku mengucap didalam hati. "nani bertahan nani. ikut saya." doktor itu mengajar aku mengucap dua kalimah shahadah. kepala ku menjadi ringan seringan-ringannya. aku tenang semula. "terima kasih doc. doc, nurse, terima kasih pada kalian bertungkus lumus menjaga saya nak menahan dengan karenah saya." "itu memang tugas kami." balas doktor itu sambil diperhatikan nurse-nurse yang ada di situ. "doc, mungkin da tiba masanya. saya rasa letih dan mengantuk sangat. saya nak tidur. terima kasih sekali lagi." "baiklah" aku memejam mata. aku tenang di alam sana sekarang.

'mama, andai mama sedang membaca surat nani, nani sudah tiada lagi dimuka bumi. nani pergi pada papa. walau apa pun perasaan mama sekarang nani tetap sayangkan mama. mama walaupun selama ni nani banyak memendan rasa dengan mama. nani banyak tidak setuju dengan tindakan mama. nani mohon maaf mama. mama, jagalah nuni. salam dari kejauhan, nani"

0 comments: