BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, January 31, 2009

kesedaran dan penyesalan


tak lama lagi result spm nk kuar. aku jadi kecut setiap kali ingatkannya. aku da mimpi mcm2. dan aku sedar result aku bukan shj menentukan nasib aku lepaz ni tapi kesemuanya. keluarga aku, cita-cita aku, dan impian aku. semuanya akan musnah dalm satu saat bila aku dapat result teruk.
15 minit tadi, pakteh dan teh baru balik dari rumah aku. alhamdulillah mereka sihat selepas selamat pulang ke tanah air. 'ceramah' pakteh walaupun umum tapi aku terasa ianya dituju padaku. adakah kesedaran ku ini sesaat cuma? mintak2 janganlah begitu. mampukah aku lakukan yang terbaik untuk spm aku tahun lalu.
Ya Allah, hanya Engkau yang tahu perasaan ku ketika ini. aku rasa seperti mahu menangis sepuas-puas. barulah aku sedar. bila aku cuba menoleh ke belakang dan melihat spm aku. ia hancur berkecai. adakah keputusan aku begitu juga. sekarang aku tak mampu lagi untuk berbuat apa-apa melainkan tunggu result dan berdoa yang terbaik.
waktu sekarang aku cuma takowt menanti keputusan. apa yang paling aku risaukan sekarang deringan telefon pada pagi result keluar. Ya Allah adakah apa yang aku duga selama ini tepat? adakah aku akan kecundang? adakah tiada ruang untuk aku gembirakan keluarga dengan keputusan spm ku.
aku harus redha dengan keputusan ku. aku tahu. aku da lakukan yang terbaik untuknya. tapi adakah keluarga ku akan terimanya. ayah pasti patah hati. kediaman adakalanya cukup untuk buat aku tertekan. urgh....

0 comments: